You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA 2

41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT KHAS UNIT KANTIN

Tarikh : 5 Julai 2017

Masa : 12.50 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran : 8 orang

Turut Hadir:

Pn Noraisah Bt Mayar (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Tidak Hadir (Bersebab):

1. En Muhammad Firdaus Bin Abd Rahman

2. En Omar Mukhtar Bin Shaharuddin

Urus Setia Mesyuarat:

Pn Jayanthi A/P Subramaniam ( KETUA UNIT KANTIN)

1. PERUTUSAN MESYUARAT
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan menyatakan tujuan utama mesyuarat untuk
memutuskan keputusan kontrak 2 + 1 pihak kantin bagi sesi 2018.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cadangan : Pn Noor Diyana BT Abdul Aziz
Sokongan : Pn Ramizah BT Mahmad Rajaee

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN


4.1 Ketua Unit Kantin mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK Unit Kantin.

Tindakan : Makluman
4.2 KANTIN-
4.2.1 Banyak aduan dan kelemahan pihak kantin yang telah di terima dari pihak
guru dan murid antaranya:
(i) Tidak menjaga kebersihan persekitaran, seperti longkang dan sinki
sangat kotor.
(ii) Tidak menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan.
(iii) Pekerja kantin tidak mematuhi peraturan berpakaian.
(iv) Makanan RMT tidak memuaskan dan tidak berkualiti.
(v) Harga makanan yang dijual kepada murid tidak berpatutan.
(vi) Makanan yang tidak berkhasiat dijual kepada murid, seperti sosej dan
nugget.
(vii) Pekerja kantin tidak menghormati guru-guru.
(viii) Pekerja kantin tidak pasti ada suntikan typoid.
4.2.2 AJK kantin perlu menilai dan membuat keputusan sama ada menamatkan
atau melanjutkan kontrak pihak kantin di sekolah.
4.2.3 Berdasarkan keputusan undian, majoriti pihak guru setuju menamatkan
kontrak pihak kantin.
4.2.4 Pn Noraisah Bt Mayar mengumumkan tidak akan menyambung kontrak 1
tahun terhadap Lilin Ku Sayang Catering.
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Tiada

6. PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Urus Setia

Setiausaha Unit Kantin


SK Kampung Jawa 2
Tarikh : 5 Julai 2017