You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

RAJA MELEWAR
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
ANJURAN:

UNIT PPISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2012

TEMA:

SUKAN MENYIHATKAN KITA

TEMPAT:

ASTAKA, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA


MELEWAR

TARIKH

17 SEPTEMBER 2012

MASA : 4.30-7.00 PETANG


1.0 PENDAHULUAN

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertanggungjawab


melaksanakan segala program kurikulum dan kokurikulum yang
diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk mewujudkan guru
yang seimbang dan harmonis dari se gi jasmani,emosi,rohani,intelek dan
social yang berilmu pengetahuan,berketerampilan dan
beriltizam;berpandangan progresif serta saintifik,berkemahiran kreatif
serta kritis,berakhlak mulia dan berbudaya maju untuk menjadi lebih
produktif.Pertandingan Bola Tampar merupakan salah satu tajuk bagi
memenuhi keperluan kurikulum dalam mata pelajaran Pendidik an jasmani
teras.Melalui program ini semua komponen dalam mata pelajaran ini dapat
diaplikasikan.Justeru,guru pelatih yang terlibat d alam aktiviti ini dapat
memberi kerjasama serta diberi pendedahan secara langsung bagi
memantapkan pemahaman terhadap Pendidikan Jasmani Asas.Ini secara
tidak langsung mampu melahirkan bakal guru yang bukan sahaja
mempunyai intelektual yang tinggi tetapi cergas dari segi fizikal .

2.0 MATLAMAT

Pertandingan Bola Tampar ini bertujuan memastikan kecemerlangan


Institut Pendidikan Guru (IPG) bersinambungan bagi melahirkan guru
pelatih yang gemilang dalam bidang akademik dan sukan. Program ini
diharap dapat membantu guru pelatih memperolehi pengalaman dan demi
memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh apabila menjadi guru yang
berupaya serta dapat melatih murid di sekol ah menjalankan sukan mini
secara selamat dengan latihan yang berkualiti. Selain itu, bakat guru pelatih
masing-masing dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa yang
akan datang.
3.0 OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai


Pertandingan Bola Tampar.
Membentuk pelajar yang mampu berkerjasama dengan pelajar pelbagai
kaum.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
Melahirkan para pelajar yang mempunyai bakat dalam permainan bola
tampar.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

4.0 TARIKH

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 17 September 2012 iaitu pada hari isnin.

5.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

RUJUK LAMPIRAN 1

6.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM & AHLI JAWATANKUASA


6.1 Senarai Tugas Jawatankuasa Program

BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS


1. PENGERUSI - Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan
melaksanakan program ini.

- Bertanggungjawab memantau perjalanan program


ini.

2. NAIB - Membantu pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi


PENGERUSI merancang dan melaksanakan program ini.

- Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya


pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

3. SETIAUSAHA - Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program.

- Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang


diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan
program ini.

- Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan


mesyuarat.

- Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi


sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri.

4. NAIB - Membantu segala urusan kerja Setiausaha.


SETIAUSAHA
- Mengambil alih tugas setiausaha,ketika setiausaha
tidak hadir dalam mesyuarat yang dijalankan.

5. BENDAHARI - Memegang amanah untuk mengutip bayaran peserta.

- Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun


program.
6.2 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

BIL JAWATANKUASA SENARAI TUGAS


KERJA

1. AJK MAKANAN & -Membeli barangan untuk peserta yang


MINUMAN mengambil bahagian dalam pertandingan bola
tampar.

-Memyediakan makan dan minuman sepanjang


pertandingan.

2. AJK HADIAH -Hamper untuk kumpulan yang menang .

3. AJK KESELAMATAN -Memantau keadaan persekitaran sebelum aktiviti.

-Memastikan kawalan keselamatan peserta dalam


semasa program berjalan.

4. AJK KEBERSIHAN -Memastikan kebersihan keadaan, semasa dan


selepas pertandingan bola tampar berlangsung.

-Menyediakan jadual bagi tugas-tugas


membersihkan kawasan tertentu.

5. AJK PERALATAN -Menguruskan persediaan peralatan bagi tujuan


kegunaan pertandingan.

-Memastikan peralatan adalah cukup semasa di


keluarkan dari stor pusat dan semasa
mengembalikan barangan tersebut.

7.0 PERBELANJAAN
RUJUK LAMPIRAN 2
8.0 PENUTUP.

Kegemilangan guru-guru pelatih melalui kecemerlangan dalam Pertandingan Bola


Tampar adalah penting demi memanifestasikan misi Jabatan Pendidikan jasmani
dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar melatih guru
permulaan yang berwibawa, mempertingkatkan jati diri serta mengekalkan
kecergasan diri,dan dapat menguasai kemahiran bola tampar agar berupaya
mendidik murid-murid, membentuk sahsiah, disiplin diri dan dapat dilaksanakan
sewajarnya dengan mencapai matlamat dan objektif. Penggembelengan sumber
modal dan tenaga warga Institut Pendidikan Guru kampus Raja Melewar amat
diperlukan bagi merealisasikan hasrat ini. Atas perhatian, pertimbangan,
sokongan, iltizam dan kerjasama semua pihak,saya dahului dengan ucapaan jutaan
terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................... ..............................
( Uthayakumar a/l Govindarajan ) (PN.MAZNAH BINTI MANAN)
Setiausaha Pertandingan Bola Tampar, Penyelaras Pertandingan Bola Tampar,
PPISMP SEMESTER 1, Jabatan Gerko,
AMBILAN JUN 2012, Institut Pen.Guru Kampus Raja Melewar
Pendidikan Jasmani SJK(T),
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

..
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Pengerusi : KALAISELVAM A/L SUBRAMANIAM

Naib Pengerusi : REVATHI A/P LINGGAM

Setiausaha : UTHAYAKUMAR A/L GOVINDARAJAN

Naib Setiausaha : SANTHI A/P PANNEE SELVAN

Bendahari : PAVITRA A/P VEERAPATHI

Naib Bendahari : SUBENTHIRAN A/L SEGARAN

AJK Minuman dan keselamatan : PIRAKAS A/L SHANGAR

: SHANDYAINI A/P MAHENDRAN

AJK Hadiah dan kebersihan : NAGESWAR SRI A/L MANIMARAN

: SUGANNIYA A/P SEKARAN :

AJK Peralatan : DINESH A/L MADHAVAN

AJK Teknikal : SHARVIND A/L SUBRAMANIAM


: THINESH KUMAR A/L P.CULENTHIRAN
:KISHAN RAJ A/L RAJENDERAN

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL ITEM KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Wisel 3 x RM 0.90 2.70
2 Minuman 2 kotak X RM16 32.00
3 Hadiah 3 buah X RM25 75.00
4 Cenderahati 5 orang X RM10 50.00
Jumlah RM 159.70

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap kumpulan untuk


pertandingan ini ialah sebanyak RM10.00.
Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet
yang disenaraikan kerana terdapat kumpulan yang akan memberi tajaan
dalam melaksanakan Pertandingan Bola Tampar ini.

You might also like