You are on page 1of 7

PROGRAM IHYA RAMADHAN

DAN
KEM PEMANTAPAN IBADAH
1435H

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru, program ini dirancang dan
dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah,
serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan
Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk


menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya
Ramadhan 1430H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat
membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai
objektif-objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya Ramadhan 1435H ini dijalankan adalah untuk:

2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,


intelek
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan


murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan


mental setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.2 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang


bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis


sikap mementingkan diri sendiri.

3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan


diri dalam setiap situasi.

3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan


sempurna.

3.7 Mempertingkatkan bacaan Iqra dan al-Quran.

3.8 Memperbaiki cara berwuduk dan bersolat seperti yang dituntut Islam.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

a) Program Harian akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan 1435H


Hari : Hari Isnin hingga Jumaat
Masa : 7.45 pagi 8.45 pagi
Tempat : Kelas Pendidikan Khas

b) Program Induk pula akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 21-23 Julai 2014


Hari : Hari Isnin hingga Rabu
Masa : Sepanjang hari
Tempat : Homestay Kampung Tehel

5.0 KUMPULAN SASARAN

a. 13 orang murid Islam Pendidikan Khas


b. 4 orang guru Islam Pendidikan Khas
c. 2 orang Pembantu Pengurusan Murid

6.0 ANJURAN

6.1 Program Pendidikan Khas, SMK Durian Daun.

7.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :

6.1 Tadarus Al-Quran / Iqra dan Solat Jemaah


6.2 Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid
6.3 Tazkirah Ramadhan
6.4 Tayangan Video
6.5 Program Kemasyarakatan Membersihkan Masjid Kg. Tehel
6.6 Qiamullail
6.7 Solat Tarawikh
6.8 Majlis Berbuka dan Bersahur

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 1

8.0 JAWATAN KUASA PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 3

10.0 PENUTUP
Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid
dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib
dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang
dapat mendekatkan diri kepada Allah seretusnya untuk mencari
keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ .....................................
......
(EN. ZULKIFLI BIN MD ALI) (PN. SOYAH BTE
SANUSI)
Setiausaha, Guru Penolong Kanan HEM,
Program Ihya Ramadhan & SMK Durian Daun.
Kem Pemantapan Ibadah

Disokong oleh,

...
(PN. SANIAH BTE SAMSUDIN)
Pengetua,
SMK Durian Daun,
Lorong Tun Fatimah,
75400 Melaka.

LAMPIRAN 1

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Pendapatan Perbelanjaan

1. Bayaran Peserta :

18 orang murid X RM 30.00 540.00


05 orang guru X RM 30.00 150.00
02 orang PPM X RM 30.00 60.00

2. Makan Berbuka dan Sahur :

2 kali berbuka
(RM 6 X 2 kali X 25 orang) 300.00
2 kali bersahur
(RM 6 X 2 kali X 25 orang) 300.00

3. Pengangkutan : (LPBT)

a) SMKDD ke Homestay Kg Tehel 100.00


b) Homestay Kg Tehel ke SMKDD 100.00

4. Cenderahati : (PCG)

RM 50.00 X 4 orang 200.00

5. Bayaran Homestay : (PCG)

RM 300.00 X 2 malam 600.00

5. Perbelanjaan tidak diduga


(Duit Jualan) 100.00

JUMLAH KESELURUHAN 750.00 1700.00

LAMPIRAN 2
TENTATIF
PROGRAM IHYA RAMADHAN &
KEM PEMANTAPAN IBADAH

21 JULAI 2014 ( ISNIN )


8.00 pagi : Semua peserta berkumpul di SMK Durian Daun
8.15 pagi : Bertolak ke Homestay Kg Tehel
9.30 pagi : Sampai di Homestay Kg. Tehel
10.00 pagi : Slot 1 : Ice Breaking
12.00 tengahari : Tidur
1.00 petang : Persiapan solat & Solat Jemaah Zohor
2.00 petang : Slot 2 : Kewajipan Berpuasa
4.00 petang : Persiapan solat & Solat Jemaah Asar
5.00 petang : Slot 3 : Amali berwuduk
6.00 petang : Rehat & Persiapan Diri
7.00 petang : Berbuka Puasa & Solat Jemaah Maghrib
8.20 malam : Solat Jemaah Isyak & Solat Tarawih
10.20 malam : Moreh & Refleksi Diri
11.00 malam : Tidur

22 JULAI 2014 ( SELASA )

5.00 pagi : Sahur dan Persiapan Diri


6.00 pagi : Solat Jemaah Subuh
6.30 pagi : Mari Mengaji
8.00 pagi : Slot 4 : Lailatul Qadar
10.00 pagi : Slot 5 : Amali Solat
12.00 tengahari : Tidur
1.00 petang : Persiapan solat & Solat Jemaah Zohor
2.00 petang : Slot 6 : Program Kemasyarakatan
4.00 petang : Persiapan solat & Solat Jemaah Asar
5.00 petang : Slot 7 : Tayangan Video
6.00 petang : Rehat & Persiapan Diri
7.00 petang : Berbuka Puasa & Solat Jemaah Maghrib
8.20 malam : Solat Jemaah Isyak & Solat Tarawih
10.20 malam : Moreh & Refleksi Diri
11.00 malam : Tidur

23 JULAI 2014 ( RABU )

5.00 pagi : Sahur dan Persiapan Diri


6.00 pagi : Solat Jemaah Subuh
6.30 pagi : Mari Mengaji
8.00 pagi : Slot 7 : Amali Azan
10.00 pagi : Majlis Penutupan
11.00 pagi : Persiapan Diri
12.00 tengahari : Check Out LAMPIRAN 3

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM IHYA RAMADHAN &
KEM PEMANTAPAN IBADAH

Jawatankuasa Induk Program :


Penasihat : Tn. Hj. Md Rashid bin Hj. Hussin
Pengarah Pelajaran Melaka

Penasihat 2 : Tn. Hj. Abdul Mutalib bin Osman


Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka

Pengerusi : Tn. Hj. Ismail bin Hj. Alias


Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas

Setiausaha : En. Md. Aziz bin Lani


Ketua Unit, Unit Pendidikan Khas

Setiausaha 2 : En. Yahya bin Md Tap


Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Khas

Jawatankuasa Kerja Program :

Pengerusi : En. Md. Aziz bin Lani - Ketua Unit, UPK

Pengerusi 2 : En. Yahya bin Md Tap - Penolong Pengarah, UPK

Setiausaha : En. Zulkifli bin Md Ali - SMK Durian Daun

Pengangkutan : En. M. Ezuan bin M. Karim - SMK Durian Daun

Kebajikan : Pn. Yuziana bte M. Lawee - SMK Durian Daun

Dokumentasi : En. M Rusnol Affendy - SMK Durian Daun

Keselamatan/
Penginapan : En. Hermi bin Baki - SMK Durian Daun

Cenderahati/Hadiah : En. Fikri bin Anual - SMK Durian Daun

Seranta : En. Zulkifli bin Md Ali - SMK Durian Daun

You might also like