You are on page 1of 30

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN SATU

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)

MODUL TERAS ASAS

PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

No 18. 62604 Putrajaya. mekanik. 47600 Subang Jaya.86043 Dicetak: OMR PRESS Sdn. Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Parcel E. Tmn. 372. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Selangor Darul Ehsan. rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Tahun satu ISBN 978-967-5094-93-4 1. Perindustrian USJ 1. Jln Industri USJ 1/12. Physical education and training-Study and teaching (Primary) I . ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik. Blok E9.Bhd. Aras 4-8. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel. Kementerian Pelajaran Malaysia. fotokopi.com .Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tel: 03-8024 6396 Faks: 03-8024 6936 email: omrsdnbhd@gmail. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pendidikan jasmani. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Aspek 4 17 12. Aspek 1 6 9. Fokus Mata Pelajaran 3 6. Pendahuluan 1 3. Perkara Muka Surat 1. Objektif 2 5. Kandungan iii 2. Organisasi Kandungan 4 7. Cadangan Agihan Masa 5 8. Aspek 2 11 10. Matlamat 1 4. KANDUNGAN Bil. Aspek 3 15 11. Aspek 5 19 iii .

.

memelihara satu cara hidup demokratik. berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: p KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN p KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA p KELUHURAN PERLEMBAGAAN p KEDAULATAN UNDANG-UNDANG p KESOPANAN DAN KESUSILAAN v . menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak. MAKA KAMI. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. rakyat Malaysia. membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

masyarakat dan negara. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. rohani. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. berketerampilan. berakhlak mulia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. vi .

Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) menekankan aspek keselamatan. fisiologi Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani juga digubal suaian fizikal.PENDAHULUAN Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani digubal melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran sejak dari awal lagi. Antara pencapaian setiap standard kandungan. iaitu psikomotor.Disease Control Divison.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung. rohani. estetika dan nilai. aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. keselamatan. yang perlu murid kuasai dan capai. Pengajaran dan pembelajaran Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan menerapkanStandard Kurikulum nilai estetika. perkembangan motor. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. perkembangan motor. pembelajaran motor. kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease Section. biomekanik. fisiologi senam. emosi. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui modal insan yang sihat dan cergas. Antaranya melibatkan disiplin tersebut melibatkan pembelajaran motor. psikologi sukan. pengetahuan dan nilai. Physical dilaksanakan menyeronokkan dalam suasana dengan yang seronok menekankan dengan aspek Education. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui Guru yang mengajar Guru yang mengajar Kurikulum KurikulumStandard StandardPendidikan Sekolah dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang Rendah Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuanperlu Pendidikan Jasmani Tahun Satu dan merangkumi kemahiran. Justeru itu. 2006). Standard mempunyai pengetahuan dan kemahiran kemahiran asas dalam pergerakan dan asas dalam kecergasan pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator kemahiran berdasarkanpergerakan disiplin ilmudan kecergasan Pendidikan berdasarkan Jasmani. tahap kecergasan murid ditingkatkan 1 . disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. biomekanik. sosiologi senam. suaian fizikal. kognitif dan afektif. sebagai panduan. dan yang cergas dan sihat serta berkemahiran. jasmani. psikologi sukan dan sosiologi sukan dengan dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah sukan. menunjukkan 60. Pengajaran Sekolah dan pembelajaran Rendah Pendidikan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana seharusnya yang Murid Sekolah oleh International Council for Health. MATLAMAT Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani adalah bertujuan memenuhi hasrat Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu seimbang dan harmonis dari segi intelek.

OBJEKTIF Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah Tahun Satu berkebolehan untuk:- 1. mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat. 5. tanggungjawab kendiri. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala. 2 . mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. 3. FOKUS MATA PELAJARAN Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor. 4. dan 9. 8. 6. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan. 2. dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. dan memupuk elemen keselamatan. 7.

dan komposisi badan. kemahiran Melalui Aspek 3. akuatik asas. kelenturan. murid berkeupayaan meningkatkan dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai. kandungan dikelompokkan kepada bahagian. 5. kelenturan. dan 1. manipulasi alatan merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun dan pergerakan berirama. bukan lokomotor. bukan lokomotor. murid dapat mengaplikasikan 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan 3 . 4. rekreasi dan kesenggangan. komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu kapasiti aerobik. dan berasaskan lima aspek iaitu:- 2. dan komposisi badan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). kekuatan dan Melalui Aspek 1.ORGANISASI KANDUNGAN Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu lokomotor. konsep kecergasan. persekolahan yang diorganisasi secara modular mengikut 3. konsep pergerakan. gimnastik asas. dan 5. kekuatan dan Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan daya tahan otot. Melalui Aspek 4. rekreasi dan kesenggangan 2. komponen kecergasan berasaskan kesihatan Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan iaitu kapasiti aerobik. prinsip dan strategi lokomotor. dan modular. kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-lengkap Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan (self-contained) yang terdiri daripada pengetahuan. bahagian yang dinamakan sebagai modul. akuatik asas. konsep kecergasan. murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep. prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:- 1. murid menguasai pelbagai corak pergerakan daya tahan otot. dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:. konsep pergerakan. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan pengetahuan mengenai konsep. Dalam kurikulum 4. Melalui Aspek 2. manipulasi alatan dan meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi pergerakan berirama. Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan 1. 2. fizikal yang melibatkan: 3. Modul merangkumi . dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:- Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Satu terdiri daripada Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan yang dibina 1. gimnastik asas.

Manakala lajur Standard Kecergasan Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1. Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. tanggungjawab kendiri. Kemahiran dalam Pergerakan 2. Susunan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan kandungan Aspek 3 Kecergasan kurikulum ini dilaksanakan. prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan Aspek 1 Kemahiran Pergerakan yang melibatkan:- Modul Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan 1. Bagi tujuan pengajaran kemahiran. dinamika kumpulan. interaksi sosial. dan Aspek 5 Kesukanan 4. konsep sosiologi dan psikologi. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Meningkatkan Kesihatan Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu yang Modul hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan Kecergasan Aspek 4 Aplikasi Pengetahuan dan Standard Pembelajaran. 3. pengurusan dan keselamatan.Aspek 5: Kesukanan Melalui Aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Ringkasannya adalah seperti berikut. Lajur Standard Kandungan mengandungi dalam Meningkatkan kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala untuk pengajaran kecergasan. Aspek 5 Kesukanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor. 4 . guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri darpada Aspek 3. Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.- Jasmani menerusi elemen keselamatan.

persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan. 5 . CADANGAN AGIHAN MASA Modul Standard Kandungan Bilangan Waktu Kemahiran Aspek 1 dan 2 Konsep pergerakan 6 Pergerakan asas 22 Pergerakan berirama 4 Gimnastik asas 8 Akuatik atau 4 Rekreasi dan kesenggangan Kecergasan Aspek 3 dan 4 Konsep kecergasan 4 Kapasiti aerobik 4 Kelenturan 2 Kekuatan dan daya tahan otot 4 Komposisi badan 2 Jumlah 60 Nota: Guru boleh memilih antara akuatik dengan rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik. Aspek 5 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan.

1Berkebolehan melakukan 1. menggelongsor.1.1. ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.1. melompat sebelah kaki (hopping).2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo. sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat.1 Melakukan pergerakan berjalan.1. Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor 1. berlari. pelbagai pergerakan imbangan.5 Melakukan pergerakan dalam laluan lurus. 1. irama dan isyarat. 1.2 Berkebolehan melakukan 1.1.2. ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza.1. 1. 1. lokomotor dengan lakuan yang betul 6 . berdasarkan konsep pergerakan. mencongklang (galloping). 1. irama dan isyarat. berlengkok dan zig.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk.zag. 1.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Konsep Pergerakan 1.4 Menukar arah dari hadapan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo.3 Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang. pelbagai pergerakan melompat.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas. berskip dan melonjak (leaping).1. pemindahan berat badan dan layangan.

1. Pergerakan Bukan Lokomotor 1.4.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.4 Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.2.2 Melakukan balingan atas kepala. 1. aras.3. 1. mengayun.2 Melakukan pergerakan melompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki atau sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi.2 Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah. menarik.4.1 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok). meringkuk. 7 . pelbagai pergerakan memusing.5 Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama. Kemahiran Manipulasi Alatan 1.1 Melakukan balingan bawah tangan.3 Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama.3 Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah. yang betul.3. mengilas.3 Menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang betul. satah. kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan 1. bukan lokomotor dengan lakuan yang betul. dan kelajuan dengan rakan dan alatan. aliran dan daya dengan rakan dan alatan. laluan.4 Berkebolehan melakukan 1.3 Berkebolehan melakukan 1. dan mengimbang. menolak. 1.2. aras.2.2. meregang. 1. 1.4.3.

5 Menendang bola yang digolek. lengan dan kaki. 1.4.4.4.9 Mengelecek bola ke hadapan menggunakan kaki. 1.4.5 Berkebolehan melakukan 1.6 Menendang bola dan seterusnya berlari ke hadapan. pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama.10 Mengelecek bola berterusan menggunakan satu tangan. 8 . 1. 1.4.4.5.8 Memukul belon ke atas menggunakan alatan.4.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.4 Menangkap bola yang dilambung sendiri.7 Memukul belon ke atas secara berterusan dengan menggunakan tangan. Pergerakan Berirama 1.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik. 1. 1.

lakuan yang betul. badan.2 Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki. melakukan kemahiran putaran dengan lakuan 1.8.6. Akuatik Asas 1. berjalan.2 Melakukan guling balak berterusan.3 Melakukan putaran telur.1 Melakukan imbangan dan sokongan menggunakan bahagian badan secara statik. dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian dan sokongan badan. berdiri.9 Keyakinan dan 1. dan berdiri dalam air dari posisi apungan tiarap 9 .TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 1. meluncur (glide).8.7 Berkebolehan melakukan 1. 1.9.1 Melakukan hambur ke hadapan menggunakan kaki. Kawalan Badan dan Sokongan 1. kemahiran hambur dan pendaratan dengan 1.6.6 Berkebolehan melakukan 1.9.2 Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air. keselamatan dalam air.2 Melakukan imbangan dengan tiga.1 Mematuhi peraturan dalam air.8. pergerakan yang memerlukan imbangan 1. Putaran 1. yang betul.7. mengapung tiarap.1 Melakukan putaran menegak.7. 1.8 Berkebolehan 1. bobbing.

melambung dan menyambut semasa melakukan aktiviti rekreasi melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan permainan dan kesenggangan.1 Menggunakan kemahiran berlari.10. dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan.2 Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan aktiviti seperti membina istana pasir.10 Berkebolehan 1.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Rekreasi dan Kesenggangan 1. mengelak. 10 . 1.10. seperti Datuk Harimau dan Batu Seremban.

2.2 Mengenal pasti ruang diri.1. Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor 2. imbangan.1.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.2 Memahami dan 2. kanan.3 Mengetahui konsep dan 2.2.2. hadapan.1.4 Mengenal pasti arah pergerakan kiri. belakang. 2. 2. pemindahan berat melakukan konsep asas badan dan layangan. Kemahiran Manipulasi Alatan 2. atas dan bawah.1 Mengenal pasti dan 2.1. 11 . membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan 2. lokomotor dan bukan lokomotor.3 Membezakan tempo dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.1 Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan prinsip asas kemahiran atas kepala.3 Mengenal pasti ruang am.3.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Konsep Pergerakan 2.1 Mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor. 2. pergerakan. manipulasi alatan.

Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 2.3.1 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak mengikut edar mengikut irama.6 Mengenal pasti pergerakan jari tangan semasa mengelecek bola.5 Memahami konsep 2.8 Mengenal pasti titik kontak pada alatan yang dipukul.5. 2. 2. 2. hambur dan pendaratan.7 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa mengelecek bola.4. 2.3. 12 .TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.3.3.5 Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang.3. 2.1 Mengenal pasti pergerakan serta merta. irama.2 Menyatakan kedudukan badan semasa melambung dan membaling alatan. Kemahiran Berirama 2.3 Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada pergerakan. 2.3.3.4 Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola.4 Memahami konsep gerak 2.

Putaran 2.2 Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul. 13 . keyakinan dan keselamatan di air.7 Memahami konsep 2.7. kawalan badan dalam pergerakan.2 Mengenal pasti kedudukan anggota badan semasa melakukan guling balak.1 Mengenal pasti tapak sokongan.5.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan putaran putaran dalam menegak. 2.3 Menyatakan kedudukan anggota badan untuk menghasilkan putaran telur.6.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2. pergerakan.2 Mengenal pasti kemahiran bobbing yang betul. Kawalan Badan dan Sokongan 2.7.1 Mengenal pasti peraturan dalam air.7.8.8 Mengaplikasikan konsep 2.6 Mengetahui konsep 2.8.3 Mengenal pasti kemahiran apungan tiarap yang betul. 2. 2. 2.8.4 Mengenal pasti kemahiran luncur yang betul. 2. Akuatik Asas 2.8.

aktiviti rekreasi dan kesenggangan.9 Menjana kreativiti dalam 2.2 Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti seperti membina istana pasir dan mereka cipta objek yang menggunakan plastisin dan blok mainan.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN ASPEK 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Rekreasi dan Kesenggangan 2. 2. 14 .9.1 Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional.9.

1. aktiviti meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot. 15 .1 Berkebolehan melakukan 3.4. 3. aktiviti kelenturan.1 Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik 3. kadar pernafasan dan kadar nadi.4.3 Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan. aktiviti yang membina kapasiti aerobik. Kelenturan 3.2. berlari dan regangan yang boleh aktiviti fizikal berpandukan meningkatkan suhu badan dan otot.3.3 Berkebolehan melakukan 3.4 Berkebolehan melakukan 3.1 Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 3.2 Berkebolehan melakukan 3.4. 3.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan.2 Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka masa. konsep kecergasan.TAHUN 1 MODUL KECERGASAN ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Konsep Kecergasan 3.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan.

5.4. 3. Komposisi Badan 3. 3.TAHUN 1 MODUL KECERGASAN ASPEK 3 : KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.7 Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core muscles).5 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan.4 Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan.4. 3. badan.5 Mengenal pasti komposisi 3.4.6 Melakukan ringkuk tubi separa. 16 .4.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat.

2 Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal.2 Mengenal pasti senaman yang betul untuk meningkatkan kelenturan pada bahagian badan.2.3. 4.3 Menguasai konsep asas kelenturan.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik 4.4 Menyatakan keperluan air sebelum.1.1 Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. 4.TAHUN 1 MODUL KECERGASAN ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Konsep Kecergasan 4.1.1 Menamakan jantung sebagai organ yang penting dalam badan. diaplikasikan semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal.2 Menguasai konsep asas kapasiti 4.3 Mengenal pasti keperluan memanaskan dan menyejukkan badan.1. aerobik.2 Mengenal pasti urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dalam melakukan aktiviti fizikal.1 Mengenal pasti teknik regangan yang betul.3.1. semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 4. 4. Kelenturan 4.2.1 Menguasai konsep kecergasan yang 4. 4. 17 . 4. 4.2.

5.3 Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot. organ dan lemak.2 Mengenali bentuk badan kurus.5.2 Menyatakan bahawa melakukan senaman secara berulang-ulang dapat meningkatkan daya tahan otot. Komposisi Badan 4.1 Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi. 4.4 Menguasai konsep asas kekuatan 4. 4. 4.TAHUN 1 MODUL KECERGASAN ASPEK 4 : APLIKASI PENGETAHUAN MENINGKATKAN KECERGASAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4. 4.4. dan daya tahan otot.5 Mengetahui komponen badan.1 Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang. 18 . Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4. sederhana dan berlebihan berat.4. otot.4.3 Mengenali bahawa aktiviti regangan dapat meningkatkan fungsi otot.3.

1.2 Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. 5.2 Menerima cabaran.2. 5. 5. 19 . kemenangan dan kekalahan dalam permainan. Tanggungjawab Kendiri 5.1.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen 5.3 Mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.4 Mengenali dan mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.2. 5. semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan pengurusan dan keselamatan.2 Mempunyai keyakinan. Jasmani.1 Membuat persediaan diri sebelum.1. dan 5.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN ASPEK 5 : KESUKANAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Pengurusan dan Keselamatan 5. tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani.1.

4 Berkebolehan membentuk 5.3.4.2 Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.1 Melakukan aktiviti secara berpasangan. 20 .3 Berkebolehan berkomunikasi dalam 5. kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal.TAHUN 1 MODUL KEMAHIRAN DAN KECERGASAN STANDARD 5 : KESUKANAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Interaksi Sosial 5.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal. Dinamika Kumpulan 5. 5.4.

.

my/bpk .moe. Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 hƩp://www. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8.gov.