Professional Documents
Culture Documents
Yang Dihormati En.Razali Bin Ahmad Naib Yang Dipertua PIBG SK LKTP Kemasul;
Yang Dihormati Guru-Guru Penolong Kanan SK LKTP Kemasul - En. Fadzil Bin Ahmad - Guru
Penolong Kanan 1, En.Abdul Razak Bin Abdul Majeed- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
& Pn. Rohiah Bt Abu Bakar- Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum;
Yang Dimuliakan, rakan-rakan seperjuangan guru-guru SK LKTP Kemasul, semua AJK PIBG dan
seterusnya anak-anak murid SK LKTP Kemasul yang dikasihi sekalian.
Sidang hadirin yang dimuliakan.Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan
ikuti Lagu Negeri Pahang, semua hadirin diminta berdiri.
*************************************************************
Syukur Alhamdulillah, puji-pujian kepada Allah SWT atas segala rahmatNya, pada hari ini,
Jumaat, 16 JamadilAkhir 1432 Hijrah bersamaan 20 Mei 2011, kita berkumpul di dewan ini,
untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2011. Untuk
makluman semua hadirin, tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah Guru Penjana
Tranformasi Pendidikan Negara.
Saya selaku pengacara majlis secara peribadi mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua
guru & pendidik di SK LKTP Kemasul. Semoga sambutan Hari Guru yang kita raikan pada hari
ini akan mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara kita dan seterusnya meningkatkan lagi
kualiti diri kita sebagai seorang guru yang memikul amanah besar daripada Allah SWT untuk
mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan yang berjaya dan menjana tranformasi
pendidikan negara. Kepada semua murid, terima kasih atas kehadiran pada hari ini untuk sama-
sama meraikan Hari Guru. Diharapkan pada hari ini, di samping memberikan ucapan dan hadiah
kepada guru-guru, tunjukkanlah sikap dan akhlak yang baik, hormati dan sayangilah guru.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Perutusan Hari Guru 2011, iaitu perutusan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Dimulai dengan perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - Y.Bhg. Dato'
Abd. Ghafar Bin Mahmud, yang akan disampaikan oleh Pn. Rohiah Bt Abu Bakar- GPK Ko-
Kurikulum. Dipersilakan.
*********************************
Terima kasih kepada Pn. Rohiah Bt Abu Bakar GPK Ko-Kurikulum yang telah menyampaikan
perutusan Hari Guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Seterusnya bacaan perutusan Hari Guru daripada Timb. Perdana Menteri Merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, yang akan
disampaikan oleh En. Fadzil Bin Ahmad, GPK 1. Dipersilakan.
********************************
Terima kasih diucapkan kepada En. Fazdil Bin Ahmad GPK 1, yang telah menyampaikan
perutusan Hari Guru 2011 daripada YAB Timb.Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia.
************************************
Hadirin hadirat yang dimuliakan,.petikan daripada puisi Guru Oh Guru karya Sasterawan
Negara Allahyarham Datuk Usman Awang,
Hadirin sekalian
Majlis pagi ini diteruskan dengan ucapan Ketua Murid, mewakili murid-murid SK LKTP
Kemasul sempena sambutan Hari Guru, yang akan disampaikan oleh adik Mohd Taufik Bin
Basar Ketua Pengawas Sekolah, dipersilakan.
******************************************
Terima kasih adik Mohd Taufik Bin Basar, atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan wakil AJK Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK LKTP
Kemasul, En.Razali Bin Ahmad Naib YDP PIBG, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada En. Razali Bin Ahmad NYDP PIBG, atas ucapan itu tadi. Pihak sekolah
merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP, NYDP dan AJK-AJK PIBG yang telah banyak
memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan setiap program di sekolah ini. Semoga
kerjasama antara guru dan PIBG sekolah ini akan berterusan.
***************************************************
Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar di atas ucapan dan amanat itu tadi. Semoga segala
pesanan dan ingatan Guru Besar tadi dapat kita jadikan nasihat yang berguna. Seperti petikan
puisi Allahyarham Datuk Usman Awang:-
Tibalah kita ke kemuncak acara pagi ini iaitu nyanyian lagu Guru Malaysia yang akan
disampaikan oleh semua guru SK LKTP Kemasul yang akan diketuai oleh Guru Besar,
Pn.Normadiah Bt Mohamed. Semua guru dijemput naik ke pentas.
*********************************************
Terima kasih kepada semua guru yang telah bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia.
Acara rasmi kita pada pagi ini berakhir di sini. Walau bagaimanapun, aktiviti sambutan Hari
Guru kita akan diteruskan selepas ini dengan aktiviti sukaneka dan persembahan murid & guru
pada pukul 11 pagi nanti.