You are on page 1of 15

2.

Fokus Kajian
Huraian Fokus Kajian

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya,

namun untuk penyelidikan tindakan ini, saya hanya menfokuskan kepada

masalah kefahaman murid tentang topik pengembaraan Parameswara dari

Palembang ke Melaka. Ia bermula apabila saya membuat langkah awal iaitu

menemubual secara terbuka bersama guru sejarah mereka iaitu Puan Salina

Binti Hashim yang mengajar kelas tersebut. Guru sejarah mereka mengatakan

bahawa murid kelas ini sememangnya mempunyai masalah dalam setiap

subjek dan salah satunya adalah mata pelajaran sejarah. Dengan ini terdapat

segelintir murid yang menunjukkan sikap yang negatif sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Setelah beberapa minggu mengajar kelas ini, saya mendapati bahawa murid-

murid mempunyai kognitif yang rendah terutamanya dalam aktiviti

berkumpulan yang memerlukan murid melaksanakan aktiviti secara

berkumpulan . Keadaan ini telah menyebabkan tahap pemahaman murid

terhadap mata pelajaran sejarah adalah tidak memberangsangkan. Hal ini

dibuktikan dengan ujian-ujian awal yang telah saya berikan iaitu rata-rata

murid tidak dapat mendapat markah lulus yang telah saya tetap, lebih-lebih

lagi terdapat murid yang tidak menjawab soalan yang diberikan.

Salah satu asas penting dalam mata pelajaran sejarah adalah murid-murid

faham terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diajar terutamanya dalam

peristiwa-peristiwa sejarah. Keadaan ini membolehkan murid untuk

memahami sesebuah peristiwa sejarah yang telah mereka pelajari. Piotr

Wozniak (1999), dalam tulisannya The 20 Rules of Formulating Knowledge

in Learning meletakkan kefahaman sebagai peraturan pertama dalam

memaksimumkan pembelajaran melalui pernyataannya, Do not learn if you


do not understand. Trying to learn things you do not understand may seem

like an utmost nonsense. Still, an amazing proportion of students commit the

offence of learning without comprehension.

Murid lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu fakta sejarah apabila

mereka membuat perkaitan dengan apa yang mereka cuba fahami tersebut

khususnya dengan mengatitkan dengan diri sendiri atau disebut sebagai

personalizing (Piotr Wonziak, 1999). Pendek kata buku besar di dalam

pengajaran sejarah dapat meningkatkan bukan sahaja kefahaman murid

bahkan secara tidak langsung kepada ingatan jangka masa panjang murid.

Oleh itu, saya telah merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-

murid untuk memahami topik peristiwa pemgembaraan Parameswara. Saya

telah merangka beberapa tindakan berdasarkan kepada pembacaan saya

mengenai cara mengatasi masalah ini melalui kajian-kajian terdahulu.

Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada murid-murid kelas tahun 4

Mursyid di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim. Tinjauan awal berbentuk ujian dan

pemerhatian dalam bilik darjah menunjukkan bahawa kefahaman murid

adalah rendah. Keadaan ini menimbulkan kerisauan dalam diri saya kerana

kefahaman murid terhadap sesuatu topik pada masa kini telah menjadi salah

satu isu yang sangat dititikberatkan oleh setiap golongan lapisan masyarakat

terutamanya guru dan juga ibu bapa murid. Menurut Carter (1973) dalam

Abdul Jalil (1997), pencapaian adalah sebagai penyelesaian dan kecekapan

yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran, pengetahuan atau kemajuan yang

diperolehi secara semulajadi yang tidak terlalu bergantung kepada

kecerdasan akal fikiran. Hal ini menunjukkan bahawa guru memainkan

peranan yang penting dalam memastikan setiap isi pelajaran yang diajar

dapat disampaikan dengan jayanya. Kesannya akan mempengaruhi tahap

kefahaman mereka kerana sejarah merupakan salah satu pembelajaran fakta


16
yang mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu murid akan belajar sejarah

secara berterusan sehinggalah ke sekolah menengah kelak. Pekara ini

haruslah di bendung pada peringkat awal iaitu apabila murid baru sahaja

diperkenalkan dengan mata pelajaran sejarah pada tahap dua.

Masalah utama yang berlaku dalam bilik darjah ialah murid kurang memberi

respon positif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya dari

aspek memberi respon melalui pembelajaran dua hala. Walaupun, terdapat

segelintir murid yang sering memberi respon kepada guru, akan tetapi

jawapan yang diberikan tidak mempunyai kaitan terhadap tajuk yang diajar.

Selain itu, pemerhatian turut dilakukan apabila murid melaksanakan aktiviti

berkumpulan dalam bilik darjah iaitu guru memerhati tingkah laku dan

penglibatan murid. Rata-rata murid tidak dapat menyelesaikan tugasan yang

telah diberikan oleh guru. Bukan itu sahaja, murid-murid akan menjadi pasif

dan tidak mahu melibatkan diri. Dengan ini objektif aktiviti berkumpulan yang

dijalankan tidak tercapai.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kurangnya kefahaman murid

dalam mata pelajaran sejarah. Antaranya adalah murid tidak memahami isi

pelajaran yang disampaikan oleh guru akibat daripada penceritaan peristiwa

sejarah yang terlalu padat menyebabkan murid tidak faham apa yang ingin

disampaikan. Selain itu, penyampaian guru yang mendatar dan tidak

mempunyai intonasi menarik turut menjadi faktor penting dalam menyebabkan

murid tidak mengambil perhatian dalam pelajaran guru. Azman Idris (1994),

menyatakan bahawa pencapaian akademik murid merupakan apa yang

dihasilkan atau diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu pembelajaran. Guru

memainkan peranan penting dalam bilik darjah dalam memastikan murid

faham apa yang telah diajar kerana guru merupakan individu yang mampu

17
mempengaruhi kefahaman murid dengan cara memperkenalkan pedagogi

yang bersesuaian dengan tahap murid.

Bukan itu sahaja, amalan pedagogi guru juga memainkan peranan penting

dalam memastikan keberkesanan sesi pdp guru dalam bilik darjah iaitu guru

haruslah mengaplikasikan kaedah yang bersesuaian dengan tahap kognitif

murid agar murid mudah untuk faham. Keadaan ini secara tidak langsung,

membantu guru dalam menggunakan kaedah atau teknik yang paling efektif

dalam mengajar sesebuah topik.

Malahan di peringkat sekolah rendah, mata pelajaran sejarah merupakan

mata pelajaran baharu, hal ini juga merupakan faktor yang menyebabkan

murid mempunyai pengetahuan umum berkaitan sejarah dan tidak melibatkan

diri. Oleh itu, terdapat beberapa kriteria yang telah saya gunakan bagi

menfokuskan kajian saya. Antaranya adalah:

a. Kebolehtadbiran

Isu yang difokuskan dalam penyelidikan tindakan saya ialah kefahaman murid

dalam mata pelajaran sejarah bagi sesuatu topik yang diajar. Oleh itu, setiap

guru memainkan peranan penting bagi membantu muridnya menyelesaikan

masalah yang mereka hadapi terutamanya dalam aspek kefahaman murid

kerana ia penting dalam memastikan murid faham sesuatu topik yang diajar.

Jika murid tidak faham, maka itu murid secara tidak langsung akan tercicir ke

belakang apabila guru mengajar topik yang baru dalam bilik darjah. Dengan

ini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam bilik darjah iaitu

menggunakan pedagogi yang bersesuaian agar objektif pdp dapat tercapai.

Hal ini dibuktikan oleh Abd. Karim (1994) menyatakan bahawa setiap guru

memainkan peranan yang penting dalam mempelbagaikan kaedah

pengajaran.

18
Dengan ini penggunaan buku besar dapat memastikan murid faham apa yang

telah diajar oleh guru dengan adanya kepelbagaian penggunaan gambar yang

menarik serta penggunaan ayat yang ringkas dan mudah. Pada masa yang

sama dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dalam mengajar topik

tersebut.

b. Kepentingan

Kepentingan masalah ini diberi perhatian kerana mata pelajaran sejarah

merupakan mata pelajaran baharu yang baru diperkenalkan di peringkat

sekolah rendah. Oleh itu, guru perlulah menggunakan kaedah pengajaran

yang bersesuaian bagi memastikan murid dapat memahami tajuk pengajaran

guru dengan mudah dengan mengambil aspek tahap kognitif murid bagi

memastikan setiap murid mendapat peluang untuk belajar yang adil. Tindakan

yang hendak dijalankan dapat membantu murid untuk meningkatkan

pemahaman murid menggunakan teknik buku besar seterusnya membawa

kepada pencapaian murid terhadap mata pelajaran sejarah dalam tahun 4

sebagai asas kepada pengenalan subjek sejarah terhadap murid-murid tahun

4 kerana prestasi seseorang murid adalah berkaitan dengan tahap kefahaman

seseorang individu dapat menguasai ilmu yang dipelajari. Dengan kata lain,

tindakan yang dijalankan oleh guru dapat meningkatkan kefahaman murid

agar mereka tidak tercicir dalam mempelajari asas sejarah dalam tahun 4.

c. Kebolehgunaan

Hasil kajian ini dapat membantu guru-guru serta penyelidik lain di masa

hadapan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah supaya menjadi lebih

berkesan terhadap pengajaran sesuatu topik yang diajar iaitu guru dapat

meningkatkan kualiti serta pedagogi mereka. Yang mana penggunaan buku

besar dapat memastikan kefahaman murid dengan lebih mendalam dengan

19
adanya visual dan juga bimbingan guru melalui penceritaan sesebuah

peristiwa dalam sejarah.

d. Kawalan

Penyelidikan ini dilaksanakan dalam sebuah kelas tahun 4 yang mempunyai

murid seramai 20 orang. Bahan yang dipilih adalah bersesuaian dengan

tahap dan kebolehan murid kerana tidak melibatkan kos yang tinggi. Selain

itu juga ia mudah diaplikasikan untuk tahap kognitif murid yang berbeza serta

mudah untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

e. Kolaborasi

Pelbagai usaha kolaborasi dilakukan bersama-sama dengan warga sekolah.

Antaranya adalah penemuan dengan pentadbir sekolah, iaitu saya telah

memberi sedikit penerangan dan gambaran berkenaan penyelidikan yang

akan dijalankan. Tambahan pula, saya juga berbincang dengan guru panitia

sejarah dan juga dengan guru-guru sekolah yang lain bagi mengumpul dan

mendapatkan maklumat mengenai fokus kajian. Kolaborasi dengan guru-guru

adalah bertujuan untuk meningkatkan serta menambah kemahiran pedagogi

guru. Selain itu, saya juga berkolaborasi dengan guru pelatih lain bagi

memberi pendapat dan cadangan penambahbaikan bahan bantu mengajar

yang akan digunakan.

f. Kerelevenan kepada sekolah

Kaedah yang saya perkenalkan bagi meningkatkan kefahaman murid

terhadap mata pelajaran sejarah tentang topik pengembaraan Paramesawara

dari Palembang ke Melaka ini turut boleh menjadi inspirasi kepada guru-guru

lain untuk mengaplikasikan teknik ini dalam topik-topik sejarah yang lain

memandangkan sejarah banyak melibatkan urutan peristiwa yang banyak

memudahkan murid untuk memahami peristiwa sejarah.

20
Saya memilih topik Pengembaraan Parameswara kerana saya berpendapat

bahawa topik ini merupakan salah satu topik yang menarik di tahun 4 dan

topik ini mempunyai perkaitan dengan topik-topik yang lain apabila mereka

mempelajari sejarah tahun 5 kelak. Oleh itu, murid perlulah menguasai topik

ini terlebih dahulu sebelum mereka dapat mendalami topik Melaka yang lain.

Jesteru itu, teknik yang diperkenalkan ini dapat meningkatkan kefahaman

murid serta meningkatkan tahap kecemerlangan mata pelajaran sejarah di

sekolah.

Teknik penggunaan buku besar ini juga secara tidak langsung dapat

membantu guru dalam menggunakan kaedah yang sama apabila mengajar.

Tindakan

Dengan ini, untuk mengatasi masalah ini saya menggunakan Model

Penyelidikan Stephen Kemmis 1983 dalam membantu proses penyelidikan

tindakan saya iaitu mengaplikasikan lingkaran-lingkaran yang diketengahkan

dalam model ini. Lingkaran ini yang terdiri daripada membuat refleksi,

membuat perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi dapat membantu

saya dalam melaksanakan kajian ini. Teknik yang saya telah gunakan dalam

mengatasi masalah murid saya adalah menggunakan buku besar. Hal ini

demikian kerana buku besar yang menekankan konsep integrasi multimedia

mempunyai gambar-gambar, warna-warna, kosa kata mudah dan plot mampu

meningkatkan kefahaman murid. Penggunaan gambar visual dan teks ayat

yang besar membantu murid untuk lebih mudah mengingati fakta kerana

murid lebih mengingati apa yang dilihat. Buktinya, penggunaan gambar sahaja

sudah mampu membantu murid untuk mentafsir mesej gambar tersebut.

Abdul Rahim (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah

pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam mata pelajaran yang

berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti proses pengajaran dan

21
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang melibatkan guru-guru dan

murid perlu kepada pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini

seperti penggunaan komputer, perisian atau internet. Ini bermakna

kebanyakan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh murid adalah melalui

deria penglihatan. Oleh itu, buku besar menjadi sebuah media pengajaran

dapat membantu murid menekankan isi-isi penting kepada jalan cerita

peristiwa sejarah yang penting kerana ia mempunyai urutan kejadian secara

kronologi iaitu dalam membantu murid mengekalkan objektif utama

pembelajaran.

Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan mengatur beberapa langkah

bagi membantu murid-murid memahami, mengingati dan menceritakan

semula fakta sejarah berdasarkan Model Penyelidikan Stpehen Kemmis 1983

dalam membantu proses penyelidikan tindakan saya iaitu mengaplikasikan

lingkaran-lingkaran yang diketengahkan dalam model ini kerana saya telah

mengenalpasti masalah yang wujud dalam bilik darjah hasil daripada refleksi

pengajaran dan pembelajaran yang lalu . Dalam mengambil langkah-langkah

tindakan saya, pada mulanya, saya telah membuat refleksi hasil daripada pdp

lalu diikuti dengan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi hasil

daripada dapatan dapatan data dan analisis data. Lingkaran ini boleh berulang

ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusya dengan membuat penambahbaikan

sehinggalah masalah yang dihadapi dapat diatasi.

22
Rajah 1. Kitaran fasa pertama model kajian Kemmis dan Mctaggart (1983)

Fasa Refleksi

Saya telah membuat refleksi terhadap beberapa aspek termasuk perlakuan,

komunikasi murid dan guru, bahan pengajaran serta kaedah yang digunakan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dari minggu ke minggu semasa

menjalani praktikum di sekolah. Melalui refleksi, saya dapat mengenal pasti

tindakan yang harus diambil untuk membantu murid bermasalah supaya

objektif pengajaran dapat dicapai sepenuhnya. Masalah yang dihadapi oleh

murid dikenal pasti berdasarkan pemerhatian awal dari aspek penglibatan

murid dan lembaran murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan oleh saya.

Berdasarkan kepada data tinjauan awal yang telah dianalisis, saya dapat

mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Mursyid iaitu murid

tidak faham apa yang telah diajar oleh guru sehingga menyebabkan mereka

menjadi pasif dalam bilik darjah dan tidak mampu memberi jawapan yang

betul selesai selepas guru mengajar.

23
Fasa Perancangan

Fasa kedua ialah merancang. Saya telah merujuk beberapa kajian lepas

berkaitan tajuk pengembaraan parameswara serta penggunaan kaedah buku

besar sebagai rujukan bagi menyokong keberkesanan penggunaan teknik ini

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya juga telah merancang objektif

yang ingin dicapai dan persoalan kajian. Berdasarkan daripada perancangan

ini, saya telah menyediakan set soalan ujian pra, ujian pasca, borang soal

selidik dan soalan temu bual bagi membuktikan keberkesanan teknik yang

saya aplikasikan.

Ujian pra akan dijalankan sebelum tindakan intervensi dilaksanakan. Ujian

pasca pula akan dilaksanakan setelah tindakan intervensi dijalankan dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala, insturmen boring soal selidik

dan soalan temu bual hanya akan dilakukan pada kitaran kedua.

Fasa Bertindak

Saya telah menjalankan kaedah pengajaran tradisional terlebih dahulu iaitu

kaedah chalk and talk. Setelah pembelajaran dijalankan, saya memberikan

ujian pra kepada semua murid Tahun 4 Mursyid. Kemudian, saya telah

melaksanakan tindakan intervensi iaitu penggunaan buku besar untuk

mengajar topik yang sama.. Seterusnya, saya menjalankan ujian pasca

menggunakan skop soalan yang sama seperti ujian pra. Kemudian itu, saya

menggunakan intrumen borang soal selidik semasa menjalankan tindakan

intervensi. Kaedah soal selidik dan temu bual melalui penggunaan borang

soal selidik dan protokol temu bual bagi mengumpul data dibuat setelah

intervensi dijalankan.

Saya telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid hasil daripada

tinjauan awal. Saya telah merancang satu pelan tindakan untuk menangani
24
maslah yang dikenal pasti dengan menggunakan kaedah buku besar dalam

topik Pengembaraan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

Fasa Pemerhatian

Fasa keempat ialah memerhati iaitu proses yang dilakukan bagi memastikan

tindakan yang dijalankan berkesan atau tidak, mengumpul data ujian,

melengkapkan borang soal selidik, mendapatkan analisis temu bual murid dan

seterusnya membuat analisis data bagi mendapatkan refleksi tindakan.

Bagi ujian pra dan ujian pasca, analisis telah dilakukan secara manual

memandangkan kumpulan sasaran yang sedikit. Perbandingan keputusan

ujianpra dan ujian pasca telah direkod dalam bentuk jadual, carta pai dan graf.

Item dianalisis dalam bentuk jadual dan peratus (%) dan min akan dikira bagi

melihat dengan lebih jelas sekiranya berlaku perubahan setelah intervensi

dijalankan ke atas murid.

Bagi soal selidik pula, data dikutip dan dianalisis untuk melihat tahap

kefahaman murid dalam pembelajaran menggunakan buku besar bagi topik

pengembaraan Parameswara. Item bagi soal selidik tersebut dianalisis dalam

bentuk jadual dan peratus (%) kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk graf.

Hasil pemerhatian berdasarkan senarai semak berstruktur dianalisis untuk

melihat reaksi murid terhadap kaedah tradisional dan tindakan intervensi.

Saya telah membuat analisis untuk melihat sama ada kaedah buku besar

yang digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid bagi topik

pengembaraan Parameswara berjaya menjawab persoalan kajian atau tidak.

25
Tentukan Kaedah
Tinjauan awal kumpulan pengajaran
sasaran tradisional

Intervensi
Analisis
(Penggunaan Ujian pra
Instrumen
Buku Besar)

Ujian pasca
Analisis
Pemerhatian Refleksi
Instrumen
Soal selidik

Rajah 2. Langkah-langkah tindakan yang dirancang

Teori pengajaran utama yang menjadi panduan saya dalam melaksanakan

penyelidikan tindakan ini adalah teori pembelajaran kognitif atas bahasa

murid-murid dalam membina pengetahuan yang diterima. Carter(1973),

mentakrifkan bahawa kefahaman adalah sebagai penyelesaian atau

kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu kemahiran yang diberi atau

pengetahuan di sekolah. Pengetahuan ini akan melibatkan aktiviti yang

memberi makna kepada pengalaman murid. Pendek kata, pembelajaran dan

perkembangan murid bergantung pada pengalaman mereka semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. (Eggen dan Kauchak, 2008)

Bersandarkan kepada teori pembelajaran penerimaan Ausubel, saya telah

mengambil kira beberapa bahasa dalam teori ini untuk mengukuhkan lagi

penyelidikan tindakan saya. Ausubel yang memberi penekanan kepada

penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru menjadikan guru untuk

memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid faham apa yang

telah diajar oleh guru. Menurut beliau pembelajaran bermakna apabila bahan
26
pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Bahan

yang bermakna ini pula tergolong kepada dua aspek iaitu, teks pengajaran

dan juga aspek penyampaian ilmu oleh guru. Menurut Ausubel gabungan

kedua-dua aspek ini menjadikan bakal menghasilkan pembelajaran yang

bermakna. Hal ini demikian kerana, murid memperolehi banyak maklumat

yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran yang

berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.

Menurut Ausubel, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid

itu sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamannya. Selain itu, bahan-

bahan pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya.

Sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, maka

hasil pembelajaran adalah berupa hafalan dan tidak bermakna. Menurut

Ausubel, terdapat dua syarat untuk menjadikan pembelajaran melalui

penerimaan ini menjadi bermakna. Syarat pertama ialah, murid mesti

mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.

Manakala syarat kedua pula ialah pengetahuan sedia ada dalam struktur

kognitif murid harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

Susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara teratur,

langkah demi langkah serta menggunakan bahan serta laras bahasa yang

sesuai dengan peringkat umur pelajar juga ditekankan dalam kajian saya yang

mana saya telah menggunakan teknik bercerita sebagai salah satu cara saya

dalam memastikan murid faham apa yang telah diajar. Selain itu, guru

hendaklah menyusun maklumat secara ansur maju daripada maklumat umum

kepada khusus iaitu secara deduktif. Buktinya, saya memulakan cerita saya

melalui konsep awal sehinggalah kepada yang lebih sukar lagi.

Bagi amalan pedagogi guru pula, guru perlulah menekankan laras bahasa

yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid kerana ia penting dalam

27
meningkatkan kefahaman murid. Buktinya, penggunaan visual dan ayat

mudah dalam buku besar ini mampu membantu murid untuk memahami apa

yang hendak disampaikan oleh guru. Keadaan ini secara tidak langsung

meningkatkan teknik pedagogi guru dalam mengajar topik yang mempunyai

jalan cerita. Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru

dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta

yang lengkap.

Malahan, penggunaan buku besar yang telah diaplikasikan turut digunakan

sebagai bahan konkrit yang telah disesuaikan dengan tahap pemikiran murid

untuk membantu pemahaman murid.

Hal ini bersesuaian dengan konsep teori pembelajaran yang diperkenalkan

oleh David Ausubel iaitu dalam Advance Organizer ekspositori yang mana

maklumat umum berkaitan sesebuah topik diberikan kepada murid agar ia

memudahkan murid untuk menerima maklumat baru kelak. Faktor inilah yang

menjadi panduan dalam penyelidikan tindakan saya kerana subjek sejarah di

sekolah rendah mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Oleh itu,

pembinaan asas pengetahuan sedia ada adalah penting dalam memastikan

murid untuk memahami topik pelajaran yang seterusnya dengan lebih

mendalam. Dengan ini, guru merupakan individu yang memainkan peranan

penting bagi membina struktur kognitif murid.

Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi

(penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat

menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti

dalam kaedah kuliah. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran

untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari

dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta

28
mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk

pelajaran.

Oleh itu, melalui teori-teori penyeldikan tindakan dan teori pembelajaran yang

dikukuhkan dalam penyelidikan tindakan ini, ia telah menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan menjadi lebih berkesan

dalam bilik darjah. Penyelidikan ini juga diharapkan dapat membuktikan

bahawa penggunaan buku besar sememangnya merupakan teknik yang

berkesan dan menarik untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran mata

pelajaran sejarah dalam mengambil kira aspek kognitif murid.

29

You might also like