You are on page 1of 3

CARL ORFF

¹Menyanyi, menyebut,menari dan bermain merupakan aktiviti di dalam elemen


pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang baru dalam setiap
apa yang disebut di awl tadi merupakan pembelajaran yang menggunakan
pendekatan yang aktif di dalam pendidikan muzik seperti mana yang telah diutarakan
oleh Orff Schulwerk. Dalam ertikata lain, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku
semulajadi kanak-kanak iaitu ‘bermain’.

Carl Orff dialhirkan pada tahun 1895 di Munich, Jerman. Beliau memulakan
pembelajaran muzik dengan piano dan ketika berumur lima tahun di bawah
pengawasan ibunya. Beliau sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan
sastera. Beliau menerima latihan pendidikan muzik secara formal di Akademie der
Tonkust bertempat di Munich. Dari tahun 1915 hingga 1917, Orff menjadi Pengarah
Muzik di Munich Kammerspiele dan orang yang banyak mempengaruhi kerjaya
beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan
mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroque khususnya komposer
Claudio Monteverdi.

Selepas tamatnya perang, beliau memegang beberapa jawatan dalam opera


mannheim dan Darmstdt sebelum kembali ke Munich untuk melanjutkan
pengajiannya dalam pendidikan Muzik. Mulai tahun 1925 hingga akhir hayatnya,
beliau menjadi pengasas dan Ketua Jabatan Gunther School untuk gimnastik, tarian
dan muzik di Munich. Di sisnilah beliau membina teori-teori Pendidikan Muziknya.
Dalam sekitar tahun 1937, karya beliau yang bertajuk ‘Carmina Burana’
diopersembahkan di Frankfurt. Dengan kejayaan Carmina Burana, Orff
memansuhkan karya-karya beliau yang kecuali Catulli carmina dan entrata yang
digubah semula.

1- http://mzu3111.blogspot.com
2-
FALSAFAH

CARL Orff sebenarnya sangat menyanjungi komposer Moteverdi. Kebanyakan


karya Orff adalah berdasarkan sumber-sumber lama seperti cerita-cerita dongeng
dan lagenda. Beliau tidak memangdang sumber-sumber tersebut sebagai suatu yang
lama kerana ia boleh digunakan semula. Sumber-sumber yang telah kehilangan
elemen masa masih mempunyai spiritual power. Minat utama Orff ialah dalam
ekspresi realiti spiritual.

Beliau percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entiti yang
berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik
elemental menurut Orff ialah muzik pergerakan dan pertuturan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan.
Hasil dalm kaedah Orff ialah kepercayaan bahawa muzik weujud dalam setiap
individu dan kanak-kanak menggunaka irama dan pergerakan yang natural untuk
menghasilkan muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian
Kebudayaan Jerman untuk sekolah-sekolah elementari di Berlin.

Menurut beliau lagi, selepas kanak-kanak membina kemahiran dengan satu


alat muzik, konsep seperti meter, tekanan, dan anakursis diperkenalkan dalam corak
pertuturan, diperkukuhkan dalam aktiviti laindan dipelajari serta dikaji dalm konteks
muzikal.Satu contoh spesifik ialah pengajaran bentuk Canon. Pendekatan Orff
terhadap Pendidikan Muzik mencatatkan bahawa pertuturan, chant dan lagu
menjurus ke arah yang sama iaitu satu kesinambungan. Pengalaman kanak-kanak
dengan nyanyian bermula dengan pertuturan. Ini bermakna melodi adalah satu
hasilan daripada irama.

Kanak-kanak belajar melodi dalam nyanyian dan melodi diperkenalkan melalui


nyanyia ‘Solfa’. Terdapat urutan yang tertentu dalam pembelajaran solfa. Seperti
dalam kebanyakan teori muzik yang melibatkan nyanyian, jeda menurun minor ke
tiga ‘so-mi’ merupakan jeda yang pertama diajarkan kepada kanak-kanak. Menurut
Saliba (1991), nada yang sesuai bagi renj vokal kanak-kanak di bawah umur 7 tahun
adalah lebih sesuai menyanyi dalam nada F major. Ton ‘la, re dan do’ menyusul
kemudian bagi melengkapkan skel pentatonik dan ton ‘fa’ dan ‘ti’ sebagai ton akhir
1- http://mzu3111.blogspot.com
2-
dalam kaedah ini. Kaedah Orff menggunakan skel pentatonik kerana beliau percaya
bahawa skel ini merupakan tonaliti semulajadi kanak-kanak dan mod pentatonik ini
dapat memberikan keyakinan pada diri kanak-kanak kerana hasil ciptaan daripada
skel ini adalah lebih mudah serta senang dibunyikan. Pengukuhan seumpama ini
adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Bahagian terakhir dalam elemen muzik Orff ialah pergerakan elemental.


Seperti yang disebutkan terdahulu, perkataan elemental dalam konteks ini merujuk
kepada sejenis perlakuan dan di dalam kes ini pergerakan di mana kanak-kanak
mengambil bahagian tanpa latihan awal atau arahan. Mengikut Orff, aktiviti jenis ini
memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi lebih ekspresif. Kanak-kanak lebih
mudah meluahkan pemikiran dan perasaan mereka melalui pergerakan dan lukisa
daripada perkataan. Membenarkan kanak-kanak meluahkan perasaan mereka
dengan cara ini dapat membenarkan mereka menggunakan imaginasi kerana kita
sebagai orang dewasa sering terlupa bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi
mengaitkan dengan muzik yang berkenaan. Aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan
untuk meluahkan perasaan ialah berjalaan ‘ tip-toe’, melompat untuk membayangkan
halangan, berpusing-pusing untuk membayangkan ‘pening.

Matlamat kaedah Orff in adalah untuk melahirkan kreativiti muzikal kanak-


kanak. Apabila pendidikan secara tradisi mengatakan kanak-kanak mesti belajar
membaca notasi untuk menjadi pemuzik yang boleh berdikari. Kaedah Orff
memfokus ke arah perkembangan kreatif dan ekspresif kanak-kanak.

Alat-alat muzik yang digunakan dengan kaedah Orff secara langsung


membezakannya dengan kaedah-kaedah lain. Orff menggunakan ‘Xilofon’ dan
pelbagaia metalofon yang mempunyai bar yang mudah alih. Ini membenarkan guru
menukar bar untuk mod-mod tertentu untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan
kanak-kanak. Alat-alat muzik Orff adalah hasil padanan daripada alat-alat muzik
gamelan Indonesia.

1- http://mzu3111.blogspot.com
2-

You might also like