You are on page 1of 7

TUGASAN INDIVIDU

Pilih satu artikel berkenaan pembinaan, perancangan, pengurusan, perubahan ataupun


pelaksanaan kurikulum daripada jurnal pendidkan dan sediakan satu jurnal review.

1.0 MAKLUMAT JURNAL

Jurnal pendidikan yang saya pilih untuk tugasan ini bertajuk Penyoalan guru:
Pemangkin pemikiran aras tinggi murid yang berkaitan dengan isu Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pengarang bagi jurnal pendidikan ini bernama
S.Supramani dari Universiti Malaya (UM). Jurnal ini diterbit oleh penerbit UM pada
tahun 2006.

2.0 PEMILIHAN JURNAL

Dalam zaman global yang pesat ini, pendidikan memainkan peranan yang penting
bagi merintis transformasi sosial dengan melahirkan generasi muda yang berfikiran
KBAT. Oleh itu, apakah teknik atau kemahiran yang harus ada pada seorang guru
untuk menggalakkan pemikiran aras tinggi di kalangan pelajar? Bagi menjawab
persoalan itu, saya pun tertarik dengan tajuk jurnal ini. Melalui pemilihan kajian
jurnal ini, saya berharap mendapat penjelasan dan gambaran yang mendalam tentang
teknik penyoalan guru yang lebih berkesan untuk membentuk murid yang berfikiran
aras tinggi. Secara tidak langsung, saya dapat mengaplikasikan teknik itu dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam bilik darjah.

3.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah satu konsep pembaharuan pendidikan
berdasarkan Taksonomi Bloom yang terdiri daripada enam kemahiran kognitif
mengikut aras rendah iaitu pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi, manakala aras
tinggi merujuk kepada kemahiran menganalisis, sintesis dan penilaian.

KBAT merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan usaha ke arah itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memasukkan elemen KBAT ke dalam anjakan

1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) bagi melahirkan generasi
yang dapat menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran dunia yang kian kompleks.

Selain itu, kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif menyemak semula
kurikulum sekolah rendah dan menengah dengan memasukkan elemen KBAT dalam
pengajaran selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan
negara ke arah ^f-ekonomi (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001, ms. 1). Sebagai
contohnya, kurikulum peperiksaan dan pentaksiran untuk mata pelajaran Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan dikaji semula bagi
menerapkan KBAT. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa usaha-usaha untuk
menyemai dan memupuk kemahiran berfikir di kalangan murid diberi keutamaan.

Onosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi (higher-
order thinking) berlaku apabila seseorang itu menggunakan minda secara meluas
dengan mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan
atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Maka, pengajaran KBAT tidak
boleh dipisahkan daripada penggunaan soalan. Menurut Wilen (1995), pengajaran
KBAT haruslah bermula dengan soalan-soalan yang baik. Ini adalah disebabkan
soalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjalankan
idea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, menguji
kebolehan serta menilai pencapaian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001, ms. 43).

4.0 RINGKASAN JURNAL

Sampel kajian dalam jurnal ini terdiri daripada 5 orang guru bahasa yang terlatih dan
murid-murid Tahun Lima di 5 buah Sekolah Kebangsaan, di Zon Bangsar, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam proses kajian, hanya soalan verbal guru dan
respon murid akan dirakam dan dicatat sebagai pemerhatian bagi tujuan analisis
kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh manakah teknik penyoalan
guru dapat menggalakkan pemikiran aras tinggi pelajar dalam proses pengajaran
Bacaan dan Pemahaman. Selain itu, pengkaji juga akan meninjau bilangan dan jenis
soalan kognitif yang digunakan oleh guru mengikut aras pemikiran. Seterusnya,
pengkaji dapat menyelidik perhubungan antara aras kognitif soalan guru dengan aras
kognitif respon murid untuk melihat sama ada soalan guru dapat mencambah respon
murid yang searas dengannya.

2
Melalui kaijian pemerhatian ini dapat disimpulkan bahawa kelima-lima orang guru
itu sering menjalankan kaedah pengajaran yang melibatkan proses pemikiran yang
menguji ingatan murid terhadap apa yang telah diajar oleh guru. Dengan itu, murid-
murid tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam proses pemikiran aras tinggi.
Pengkaji dalam kajian jurnal juga mendapati bahawa guru telah mengemukakan
soalan konvergen (aras kognitif rendah) pada permulaan pengajarannya dan
memperkembangkannya lagi dengan soalan susulan (probing) untuk mencambahkan
lagi respon baru daripada murid. Secara tidak langsung, soalan guru yang mengaitkan
perkara-perkara yang ada kaitan dengan isi petikan tetapi tidak tercatat secara
eksplisit dalam petikan amat menggalakkan respon-respon Permikiran Aras Tinggi.

Daripada pemerhatian kajian, pengkaji juga mendapati bahawa penggunaan soalan


kognitif aras tinggi dapat mencambah lebih banyak respon murid pada aras tersebut.
Ini telah membuktikan bahawa terdapat hubungan yang ketara antara soalan guru dan
respon murid.

5.0 ULASAN /PANDANGAN TERHADAP KAJIAN JURNAL

Penyoalan guru yang berkesan di dalam bilik darjah dapat melahirkan individu yang
berfikir secara produktif. Maka, saya berpendapat bahawa setiap guru haruslah
menjadikan kaedah menyoal ini sebagai salah satu teknik pengajaran dalam bilik
darjah untuk menilai pembelajaran dan kemajuan murid, menimbulkan minat murid,
mencari sebab, merangsang pemikiran kritikal, mengukuhkan pembelajaran serta
meneroka pandangan alternatif. Walau bagaimanapun, guru haruslah memastikan
soalan yang dikemukan adalah bermatlamat, dinyatakan dengan jelas, ringkas dengan
beberapa perkataan yang mungkin supaya murid memahami apa yang dimaksudkan
serta bersesuaian dengan tahap murid. Menurut John Anthony Ciardi (1916 1986),
soalan yang baik tidak ada jawapan. Oleh itu, guru harusah mampu membimbing
para pelajar memberikan idea yang jelas, mengembangkan potensi berfikir, serta
dapat menggerakkan daya imaginasi pelajar.

Selain daripada kebolehan guru untuk mengutarakan soalan-soalan yang sesuai bagi
menggalakkan pemikiran murid, saya berpendapat bahawa seseorang guru itu juga
harus memiliki pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknik penyoalan yang

3
berkesan. Sebagai contohnya, guru haruslah menguasai soalan-soalan yang
membangunkan tahap pemikiran aras tinggi seperti soalan-soalan yang menguji
implikasi dan akibat, meneroka pandangan alternatif,mencari sebab dan penjelasan
serta soalan-soalan yang menerangkan pemikiran. Guru juga haruslah memiliki
pengetahuan bagi mengadakan pelbagai aktiviti yang berunsur KBAT dalam proses
pengajaran di bilik darjah. Di samping itu, guru yang berkemahiran haruslah dapat
mengenal pasti tindak balas terhadap soalan-soalan murid serta memberi masa
kepada murid untuk berfikir dan menjawab soalan itu.

Sebenarnya, semua guru bahasa telah dilatih menggunakan pelbagai jenis soalan
dalam pengajaran mereka bagi menggalakkan interaksi Pemikiran Aras Tinggi di
kalangan pelajar. Malangnya, aktiviti Bacaan dan Pemahaman yang sepatutnya tidak
wujud. Fenomena ini berlaku adalah disebabkan guru-guru lebih bergantung pada
teks dan soalan-soalan yang terkandung dalam buku teks (Institut Bahasa Melayu
Malaysia, 1999). Bagi mengatasi masalah guru, pelbagai latihan telah diperkenalkan
oleh KPM bawah PPPM (2013-2025).

Antaranya, ialah Program International Baccalaureate (IB) dan Program I-Think.


Program International Baccalaureate (IB) ialah program antarabangsa untuk
membangunkan generasi muda yang berpengetahuan, bersifat ingin tahu, penyayang
serta berfikiran antarabangsa (international minded) bertujuan untuk memberi
penekanan kepada penglibatan dalam aktiviti sosial , projek berkumpulan serta proses
pemikiran aras tinggi. Program I-Think pula merupakan program yang bertujuan
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid ke arah
menghasilkan murid berinovatif.

Saya berpendapat bahawa hasrat KPM untuk melahirkan pelajar yang berfikiran
KBAT dapat dicapai sekirnya sistem pentaksiran pada semua peringkat Sekolah
Rendah dan Menengah dikaji semula secara beransur-ansur bagi membiasakan muri-
murid terhadap jenis soalan yang berunsur pemikiran aras tinggi. Sebagai contohnya,
sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras
tinggi menjelang 2016. Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan itu bermaksud
guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan
latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.

4
6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa sesetengah guru mengaku bahawa


mereka sendiri masih tidak tahu cara meningkatkan daya pemikiran pelajar mereka.
Mereka sudah biasa mengajar pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan ragu-ragu
apabila dicadangkan supaya daya pemikiran pelajar dikembangkan. Mereka juga
berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan
mengembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat yang berlainan dan
bercanggah.

Sesetengah guru masih belum bersedia untuk menerima cabaran mengajar KBAT
dalam bilik darjah. Pada pandangan saya, kesediaan guru untuk mengendalikan
proses pdp seperti yang dituntut oleh sesuatu inovasi merupakan salah satu daripada
pembolehubah utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan inovasi tersebut.
Oleh itu, saya berharap guru-guru dapat berusaha mengubah amalan pengajaran dan
pembelajaran mereka dalam bilik darjah dan sentiasa bersikap positif terhadap corak
perubahan pendidikan dari semasa ke semasa.

Selaras dengan Wawasan 2020, peranan sistem pendidikan ialah untuk mendidik dan
menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan dan berketerampilan tetapi
juga boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, tahap pengetahuan dan persepsi
guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir adalah penting untuk menyediakan
pelajar ke arah mencapai matlamat dan wawasan pendidikan. Kesimpulannya, guru
haruslah bijak untuk menjalankan pelbagai pendekatan bagi menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5
7.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012. Membudayakan Kemahiran Berfikir.


Diambildaripada
http://www.lmsipda.net/lms/file.php/1/ithink/KemahiranArasTinggi.pdf

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, 2012. MalaysiaElemen Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Instrumen Pentaksiran. Diambildaripada
http://ipik.edu.my/Sepintas_Lalu/elemen_KBAT_dalam_instrumen_pentaksiran.pf

Seman Salleh, 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian
Kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal
IPBA3 (2), 27-44.

S. Supramani, 2006. Penyoalan Guru: Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal
Pendidikan Universiti Malaya, 225-246.

6
8.0 LAMPIRAN- ARTIKEL JURNAL

You might also like