You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JERNIH
34510 BATU KURAU PERAK

BIL. 1/2017

Tarikh : 9 MAC 2017 (KHAMIS)


Masa : 1.35 petang
Tempat: Makmal Komputer

Kehadiran:
1. En Azharun Bin Wanik - Penasihat
(Guru Besar)
2. En. Ahmad Kamal b Abdul Wahab - Pengerusi
(GPK HEM)
3. Mohd Hafiz bin Abdullah - Setiausaha
4. Mohd Sofri bin Abdul Ma nan - AJK (Guru)
5. Pn Mariam bt Abdul Wahab - AJK (Guru)
6. Pn. Siti Faezah Nur bt Md Aznan - AJK (Guru)
7. En. Ku Aziz bin Ku Chik - AJK (Kakitangan)

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah

1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah ditetapkan
mencakupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi dan persekitaran yang
selamat (Contoh : Tempat pembiakan nyamuk aedes)

Tindakan: Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha untuk mengekalkan markah sekolah dalam
aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah.

Tindakan: Makluman

3. Perkara yang dibincangkan


3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2017
3.1.1 Keceriaan Kelas seperti susun atur dan hiasan kelas pada minggu
pertama persekolahan.
3.1.2 Program bersama BOMBA pada 20 November 2017 berkaitan
dengan ceramah keselamatan serta demonstrasi memadam
kebakaran, menangkap ular dan pertolongan cemas.
3.1.3 Gotong-royong peringkat SKSJ pada 14 April 2017 fokus untuk
membersihkan kawasan-kawasan seperti kelas, bilik-bilik khas dan
kawasan padang sekolah.
3.1.4 Keceriaan Tandas
- Pintu tandas dan selak akan dibaiki
- Cadangan untuk mengecat dinding tandas dengan pelbagai jenis
warna supaya nampak ceria
- Cadangan untuk mengecat doa masuk ke tandas pada dinding
sebagai panduan kerana penggunaan kertas tidak efektif dan
tidak tahan lama
3.1.5 Tampal dan gantung kata-kata hikmah di kantin dan laluan gajah
menyusur menggunakan bahan yang keras. Polisterin dan kayu tidak
sesuai. Cadangan untuk menulis dan mengecat kata-kata hikmah di
tangga menggunakan cat minyak supaya lebih berwarna-warni dan
cantik serta diserahkan pelaksanaannya kepada Panitia English.
3.1.6 Dinding di sebalah tandas lelaki dibuat lukisan mural berkaitan
dengan pemandangan.
3.1.7 Pertandingan Keceriaan Kelas dengan ganjaran piala pusingan secara
mingguan untuk mengumpul mata pada hujung tahun bagi
mendapatkan hadiah mengikut Tahap 1 dan Tahap 2. Antara aspek
yang diutamakan ialah membuat sudut bacaan, carta, jadual waktu,
jadual tugas dan pelan laluan kecemasan ( Lubang di dalam Kelas
5B dan 3B akan ditampal pada waktu cuti persekolahan)

Tindakan : Semua Guru, Murid


dan Kakitangan

3.2 Perancangan Aspek Keselamatan


3.2.1 Laluan keluar masuk sekolah perlu lebih sistematik

Tindakan : En. Mohd Sofri

3.2.2 Papan tanda dan poster keselamatan perlu ditambah terutamanya di


kantin dan bangunan baru apabila siap nanti

3.2.3 Pemeriksaan alat pemadam api yang sudah tamat tempoh dan perlu
ditukar ganti

3.2.4 Pelan laluan kecemasan perlu dikemaskini

3.2.5 AJK Keselamatan dimasukkan sekali bersama 3K melibatkan


program bersama tetapi laporan berasingan.

3.2.6 Latihan Kebakaran peringkat sekolah akan diadakan sekali lagi


untuk penggal kedua persekolahan.

3.2.7 Membuat dan membina lebih banyak taman di kawasan sekolah.


Cadangan untuk melihat dan memastikan kawasan yang sesuai
terlebih dahulu dan akan dibincangkan kemudian.
3.2.8 Pemantauan sistem perparitan sekolah perlu dilakukan oleh semua
pihak dan maklumkan kepada pekerja jika memerlukan tindakan
lanjut.

4. Hal-hal lain
4.1.1 Mural di dinding-dinding bangunan sekolah akan diserahkan kepada
pihak luar jika harga yang ditetapkan berpatutan.

5. Penutup

5.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab masing-
masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid hasil didikan kita
supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif dan lebih selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 3:30 petang dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..
(En. Mohd Hafiz bin Abdullah ) (En Azharun Bin Wanik)
Setiausaha Guru Besar
Program 3K Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih
Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih