You are on page 1of 15

HBHE3203

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER/2014

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI : 760818115448001

NO. KAD PENGNEALAN : 760818-11-5448

NO. TELEFON : 012-3719254

E-MEL : redberry1808@gmail.com

NAMA : FATIMAH BT KAMARUL BAHARIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PP BANGI

1
HBHE3203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan m/s 3


2.0 Teks Ceramah m/s 4
3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan m/s 7

4.0 Laporan Analisis Pemantauan m/s 9

4.1 Analisis pemantauan


4.2 Cadangan penambahbaikkan
5.0 Penutup m/s 14

Rujukan

2
HBHE3203

1.0 PENGENALAN

Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk
mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optimum murid-murid dan kegiatan
sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahua n,
sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Tumpuan adalah kepada Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyepadukan dan menyelaras semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan
utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif.
Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan latihan kakitangan profesiona l
kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan
yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan berkuatkuasa
untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang
disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah
semakin berkembang seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan komunika s i.
Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementeria n
Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudka n
Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS).

Matlamat PBSS adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri,
menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih,
ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling
ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan
Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan Program Sihat Tanpa AIDS untuk
Remaja (PROSTAR) dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan
Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan
Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.

3
HBHE3203

2.0 Ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Teerlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi
menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang amalan kebersihan dan keselamatan.

Saya turut mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa n
kepada PIBG SK Seksyen 6 Kota Damansara, guru-guru dan murid-murid sekalian.Kehad ira n
guru-guru dam murid-murid sekalian memberikan saya sokongan dan semangat untuk
menyampaikan ceramah ini selain menunjukkan betapa hadirin sekalian mempunyai semangat
yang tinggi dalam menjadikan sekolah sebagai tempat yang bersih, cantik , indah dan selamat.

Hadirin sekalian,

Amalan kebersihan perlu dipupuk dan disemai sejak awal lagi iaitu dari rumah dan diperkuk uh
serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Selain daripada
kebersihan, keselamatan diri juga perlu dititikberatkan dan diberi perhatian.

Keselamatan diri pula boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk melindungi diri
dari kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang
boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan
serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolahnya. Keceriaan dan kebersihan
kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim
sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Program keceriaan sekolah mempunya i
matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria,
cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi
kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal.

4
HBHE3203

Kemalangan boleh terjadi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kemalangan yang berlaku
di sekolah perlu diambil kira bagi mengelakkan ianya berulang. Kemalangan yang kerap kali
berlaku di sekolah adalah seperti jatuh tangga, dicederakan rakan, tergelincir di kawasan licin,
dihempap peralatan dan sebagainya.

Berdasarkan sumber akhbar Utusan Malaysia, pada 27 Oktober 2011 yang lalu pernah
dilaporkan seorang murid perempuan tahun satu pengsan manakala rakannya cedera di tangan
setelah ditimpa sebatang tiang bendera ketika menyertai aktiviti sukan di sebuah sekolah di
negeri Selangor. Oleh itu, kemalangan yang berlaku ketika berada di kawasan sekolah perlu
diambil berat begitu juga dari segi keceriaan dan kebersihan. Justeru, sekolah yang selamat
ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya
dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat
keberkesanan proses pendidikan di sekolah.

Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan,
padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Di dalam penilaian dan pemantau Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS), terdapat enam teras utama yang telah digariskan oleh Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998. Bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga
sekolah. PIBG, sektor awam ,sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat
ke arah melahirkan sekolah yang sihat. Surat Pekeliling lkhtisas ini bertujuan untuk
mengingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan
sekolah supaya proaktif dan prihatin terhadap aspekaspek kesihatan pelajar, khususnya yang
ada kaitan dengan perkembangan kesihatan rohani, emosi dan sosial mereka. Perkembangan
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara perlu
sentiasa dihayati

Hadirin yang dikasihi sekalian

Kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru di mana ia akan menolong
pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Oleh itu tugas serta tanggungja wab
pihak sekolah dalam memastikan keadaan ini berterusan amatlah diharapkan. Keadaan yang
kotaor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang
jelik dan rasa jijik bahkan boleh menjejaskan kesiahatan kita.

5
HBHE3203

Oleh itu saya suka untuk mengingatkan kepada semua warga sekolah iaitu murid-murid, guru-
guru dan pihak pentadbiran perlu memikirkan langkah yang bijak dalam menjaga kebersiha n
kawasan sekolah agar semua pihak merasa selesa dan gembira di sekolah.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Jaminan terhadap keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping
keperluan-keperluan lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Berdasarkan Teori
Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan mendapatkan makannan seseorang itu dipenuhi,
seseorang itu memerlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan diperolehi,
seseorang itu melangkah ke tahap keperluan social iaitu keperluan untuk berkawan dan
berhubung dengan orang lain(Saccuzo, 1987).

Keupayaan menjaga keselamatan diri melibatkan adanya usaha dan tindakan seseorang untuk
mengelakkan sesuatu kemudaratan berlakuseperti kemalangan atau kecerderaan daripada
berlaku. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikiran, kita
seharuslah sentiasa berfikir dan berusaha untuk mencari jalan bagi menjaga keselamatan diri
keluarga dan keseluruhannya.

Hadirin sekalian,

Keselamatan tidak memilih mangsa , kemalangan boleh berlaku dan terjadi di mana- mana
sahaja. Sebagai contoh, semasa menjalankan aktiviti sukan pelajar yang diawasi oleh guru
adalah lebih selamat berbanding dengan pelajar yang bermain tanpa pengawasan guru. Tahap
pengawalan keselamatan pula berbeza-beza mengikut situasi dan persekitaran. Oleh itu
kawalan keselamatan di bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah adalah berbeza. Murid-mur id
perlu mengikuti segala peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk memastikan mereka selamat
selama mereka berada di sekolah.

Sekian sahaja ceramah saya pada kali ini dan saya amat berharap apa yang saya sampaikan
dalam ceramah saya dapat dijadikan iktibar dan panduan kepada semua yang hadir pada hari
ini.

Semua orang sukakan suasana yang cantik dan ceria. Selain daripada cantik faktor keselamatan
perlu diberi perhatian. Cadangan-cadangan yang saya utarakan ini boleh dipraktikkan untuk
meningkatkan keselamatan semasa murid di sekolah..

6
HBHE3203

BORANG PEMANTAUAN KESELAMATAN FIZIKAL


(BANGUNAN SEKOLAH, PADANG SEKOLAH, MAKMAL DAN BILIK-BILIK
KHAS 2014)

Soalan dibawah berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan. Tandakan bagi


jawapan anda berdasarkan kepada skala dibawah :

1) Sangat tidak setuju


2) Tidak setuju
3) Setuju
4) Sangat setuju
No Item Pemantauan STS TS S SS
Kantin
1 Layanan pekerja dengan pelanggan memuaskan
2 Pengurusan di kaunter hadapan yang sistematik
3 Fizikal Kantin

4 Makanan Bertudung

5 Sistem Basuhan

Makmal Sains
Bekalan air dan saliran berada dalam keadaan
1 sempurna
2 Bekalan elektrik berada dalam keadaan sempurna
3 Bekalan gas berada dalam keadaan sempurna
Alatan asas keselamatan berada dalam keadaan
4 sempurna
Bilik Persediaan Makmal Sains / Bilik Sains berada
5 dalam keadaan sempurna
Persekitaran Sekolah
1 Padang Sekolah
2 Gelanggang Permainan
3 Kawasan Pagar
4 Sistem Perparitan
5 Pelupusan Sampah
Bilik Darjah
Perabot asas mencukupi dan
1 mengikut piawai.
2 Mempunyai sudut pembelajaran.
3 Keadaan bersih, ceria dan menarik
Pengudaraan dan pencahayaan
4 yang mencukupi.
5 Fizikal Kelas
Bangunan Sekolah
1 Pejabat Guru
2 Blok A ( Pejabat )
3 Blok B
4 Blok C
5 Bilik KH

Catatan :

7
HBHE3203

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Cadangan:__________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Tandatangan Pemeriksa ;
_________________________
(_________________________)

8
HBHE3203

4.0 Laporan analisis pemantauan/pe meriksaan

4.1 Dapatan analisis daripada borang maklum balas

Guru Guru Guru Guru Guru


No Item Pemantauan %
1 2 3 4 5 Purata
Kantin
Layanan pekerja dengan
1 3 3 3 3 3 3 75
pelanggan memuaskan
Pengurusan di kaunter hadapan
2 2 3 3 3 4 3 75
yang sistematik

3 Fizikal Kantin 3 3 2 3 3 2.8 70

4 Makanan Bertudung 2 3 3 3 3 2.8 70

5 Sistem Basuhan 3 3 3 3 3 3 75

Guru Guru Guru Guru Guru


%
1 2 3 4 5 Purata
Makmal Sains

Bekalan air dan saliran berada


1 dalam keadaan sempurna 4 4 4 4 4 4 100

Bekalan elektrik berada dalam


2 4 4 4 4 4 4 100
keadaan sempurna

Bekalan gas berada dalam keadaan


3 4 4 4 4 4 4 100
sempurna

Alatan asas keselamatan berada


4 dalam keadaan sempurna 3 4 4 4 3 3.6 90

Bilik Persediaan Makmal Sains /


5 Bilik Sains berada dalam keadaan 3 4 4 4 3 3.6 90
sempurna

9
HBHE3203

Guru Guru Guru Guru Guru


Persekitaran Sekolah Purata %
1 2 3 4 5

1 Padang Sekolah 3 3 3 3 2 2.8 70

2 Gelanggang Permainan 3 3 3 2 3 2.8 70

3 Kawasan Pagar 2 3 2 2 3 2.4 60

4 Sistem Perparitan 3 2 3 2 2 2.4 60

5 Pelupusan Sampah 2 3 3 2 2 2.4 60

Guru Guru Guru Guru Guru


Bilik Darjah Purata %
1 2 3 4 5
Perabot asas mencukupi dan
1 mengikut piawai 3 2 3 3 2 2.6 65

2 Mempunyai sudut pembelajaran. 3 3 3 3 3 3 75

3 Keadaan bersih, ceria dan menarik 3 4 4 3 3 3.4 85

Pengudaraan dan pencahayaan yang


4 mencukupi 4 4 4 4 4 4 100

5 Fizikal Kelas 3 3 3 3 3 3 75
Guru Guru Guru Guru Guru
Bangunan Sekolah Purata %
1 2 3 4 5
1 Pejabat Guru 3 3 3 4 4 3.4 85
2 Blok A ( Pejabat ) 3 3 4 4 3 3.4 85
3 Blok B 4 3 3 3 4 3.4 85
4 Blok C 3 3 4 4 4 3.6 90
5 Bilik KH 4 3 3 3 4 3.4 85

Purata markah bagi setiap kawasan:

Kantin Makmal Persekitaran Bilik Bangunan


Sains Sekolah Darjah
73 96 64 80 86

10
HBHE3203

Pemantauan dan Pemeriksaan kebersihan di


Kawasan Sekolah

100

80

60

40

20

0
Kantin Makmal Sains Persekitaran Bilik Darjah Bangunan
Sekolah

Graf di atas menunjukkan tahap kebersihan dan keselamatan SK Seksyen 6 kota


Damansara

4.2 Laporan dan cadangan penambahbaikkan.

Berdasarkan graf yang ditunjukkan dapat lah disimpulkan secara keseluruhannya kebersihan
dan keselamatan kawasan sekolah SK Seksyen 6 Kota Damansara adalah ditahap yang
memuaskan. Makmal sains mencatatkan markah skor tertinggi diikuti oleh bangunan sekolah,
bilik darjah dan kantin . Naman begitu kawasan persikitaran sekolah hanya memperolehi skor
sebanyak 64%. Oleh itu pihak sekolah perlu meningkatkan kebersihan dan keselamatan di
seluruh kawasan sekolah agar sekolah menjadi kawasan yang selamat khasnya untuk murid
dan amnya untuk seluruh warga sekolah.

Cadangan penambahbaikkan.

a) Kantin

Kebersihan di kawasan kantin perlu diberi keutamaan .Ini kerana bagi mengelakka n
terjadinya keracunan makanan yang boleh memudaratkan pelajar. Pihak sekolah perlu

11
HBHE3203

mengingatkan AJK kantin untuk menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi
memastikan kawasan kantin dalam keadaan bersih dan selamat.
Seterusnya menu bagi murid-murid dan guru harus dipelbagaikan dan bernutrisi. Ini kerana
kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka. Selain itu
makanan perlu dipastikan menarik dan memenuhi selera murid.

b) Persekitaran sekolah

Bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan selamat, pihak sekolah perlu
mengindahkan kawasan sekolah. Membaik pulih tempat-tempat yang terjejas. Memastikan
kerusi dan meja yang rosak dilupuskan dengan segera.Ini bagi mengelakkan kawasan tersebut
menjadi tempat pembiakan bagi haiwan perosak seperti tikus dan lipas. Haiwan-haiwan ini
boleh mengakibatkan penyakit seperti kencing tikus dan sebagainya.

Selain itu kawasan sekolah perlu dicat dan diperindahkan dengan landskap-landskap yang
menarik. Cat-cat yang telah pudar perlu digantikan dengan cat yang baru dan ceria. Kawasn
persekitaran perlu dipastikan selamat dengan mengambil kira kebersihan longkang dan
keselamatan penutup longkang agar tidak membahayakan murid-murid. Penutup longkang
yang diperbuat daripada besi boleh ditukarkan kepada yang diperbuat daripada plastic untuk
mengelakkan kecurian dan sekali gus mengelakkan murid daripada terjatuh ke dalam longkang.

Bumbung bangunan juga perlu dipastikan selamat dan berada dalam keadaan yang baik.
Begitu juga dengan lantai di laluan laluan utama perlulah dalam keadaan selamat iaitu tidak
licin dan merbahaya terutamanya ketika hari hujan. Antara ialah menggantikan laluan di
sepanjang koridor daripada simen yang licin dan berbahaya kepada bahan material lain yang
lebih kesat dan selamat. Kemalangan selalu berlaku terutamanya semasa hujan akibat daripada
lantai licin dan murid terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan.

Seterusnya memastikan tiada laluan air bertakung di sekitar kawasan sekolah termasuk
laluan air di bahagian bumbung sekolah. Ini bagi mengelakan kawasan tersebut menjadi
kawasan pembiakkan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkn demam denggi di kalangan
pelajar dan guru sekolah. Keselamatan di padang pula adalah dengan menggantikan jenis tanah
di padang kepada tanah yang menyerap air dan rumput yang lebih berkualiti seperti rumput
karpet. Selain iru pokok hiasan pagar boleh ditanam disekeliling pagar sekolah. Selain daripada

12
HBHE3203

langkah menjaga keselamatan iaitu dapat menghalang murid daripada terjatuh ke dalam
longkang. Pokok hiasan pagar ini juga boleh menjadi landskap yang mencantikkan kawasan
sekolah.

c) Bilik darjah

Keadaan bilik darjah yang ceria dan kondusif menyediakan suasana pembelajaran yang
selesa dan menyeronokkan. Peralatan di dalm kelas mestilah lengkap dan teratur.Kerusi dan
meja perlu diatur mengikut kesesuaian pelajar. Dinding bilik darjah yang pudar perlu dicat dan
diceriakan. Selain itu cadangan untuk menjadikan suasana bilik darjah menarik ialah menghias
kelas mengikut musim perayaan dan sambutan hari kebangsaan. Ini dapat memupuk semangat
kekitaan daan memupuk perpaduan di kalangan murid sekolah.

Sudut-sudut khas seperti sudut membaca dan sudut kreatif boleh diwujudkan di dalam
setiap kelas. Sudut-sudut ini menyediakan bahan bacaan untuk murid dan juga sebagai ruang
pameran untuk mempamerkan hasil kreativiti murid di dalam kelas tersebut.

d) Bangunan

Bangunan sekolah perlulah memenuhi piawaian dan mendapat pengikhtirafan daripada


JKR(Jabatan kerja Raya) . Cadangan untuk penambahbaikkan ialah bagunan sekolah perlu
dicat atau di hiaskan dengan mural- mural yang menarik dan bermakna. Selain itu dinding
bagunan sekolah juga boleh menjadi sebagai penyebaran maklumat di mana maklumat dan
ingatan ataupun kata-kata yang baik boleh dituliskan di dindidng sekolah secara kreatif dan
menarik.

13
HBHE3203

5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa keselamatan adalah sangat penting


walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang
memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu
tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman
bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk
memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang.
Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang
kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakka n
sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam
menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak
dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan
murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku
di kawasan sekolah.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih pula memberikan keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.
Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu
pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah
tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan
persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan
pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.
Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang
mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang
mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai
kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan
amal.

(2659 bilangan patah perkataan)

14
HBHE3203

Rujukan
http://www.moe.gov.my/my/program-3k

Modul OUM HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Edisi Kedua

15

You might also like