You are on page 1of 3

2

Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana empat soalan yang lain.

1 (a) (i) Nyatakan pengertian Asma Wa sifat. [2 markah]


(ii) Senaraikan empat Asma Wa Sifat yang anda tahu. [4 markah]

(b) Alam terbahagi kepada dua iaitu alam ghaib dan alam musyahadah. [4 markah]
Jelaskan dua hikmah beriman dengan alam ghaib.

(c) Hadis adalah sumber perundangan Islam yang kedua.


(i) Terangkan dua peranan hadis sebagai penjelas kepada Al- [4 markah]
Quran.
(ii) Senaraikan dua ciri hadis dhaif [2 markah]

(d) [4 markah]
Beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W akan membawa
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kepada seseorang.

Berdasarkan pernyataan di atas , huraikan hujah untuk menyokong


kebenaran pernyataan di atas.

2 (a) (i) Nyatakan maksud Rabbaniyyah. [2 markah]


(ii) Jelaskan dua prinsip Rabbaniyyah [4 markah]

(b) Firman Allah SWT yang bermaksud : [4 markah]

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat


kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan
dalam melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
( Surah al-Maidah, 5 : ayat 2 )

Berdasarkan maksud ayat diatas, bagaimanakah pertolongan yang


dianjurkan dalam Islam.

(c) Terangkan dua cara menghayati sifat Waqiiyyah dalam kehidupan. [4 markah]

(d) Huraikan dua bukti Alamiyyah dalam bidang ibadat [4 markah]

(e) Sebahagian daripada ajaran Islam adalah teguh dan tidak berubah- [2 markah]
ubah.
Berdasarkan pernyataan di atas ,berikan dua contoh thabat dalam
hukum syariat.

3 (a) (i) Terangkan dua etika kehakiman menurut Islam. [4 markah]


(ii) Perlantikan hakim mestilah berdasarkan kelayakan dan kriteria [6 markah]
tertentu bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan dapat
direalisasikan. Bincangkan kelayakan tersebut.

(b) (i) Nyatakan maksud Sistem Sosial Islam. [2 markah]


(ii) Jelaskan dua ciri Sistem Sosial Islam. [4 markah]
(iii) Tawakal ialah berserah diri kepada ketentuan Allah SWT
setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
Huraikan dua kelebihan sifat tawakal. [4 markah]
3

4 (a) (i) Nyatakan pengertian hak milik menurut Islam. [2 markah]


(ii) Huraikan dua tujuan Islam menetapkan batasan hak milik harta. [4 markah]

(b) Harta memainkan peranan yang penting dalam menjamin


kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
(i) Jelaskan tiga peranan harta bagi mencapai tujuan tersebut. [6 markah]
(ii) Senaraikan dua golongan yang tidak layak mengurus harta. [2 markah]

(c) Mengabaikan muamalah secara Islam dalam urusan kehidupan harian [6 markah]
akan meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat. Bincangkan.

5 (a) Perundangan Islam ialah hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah


SWT kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak
dan sebagainya.
(i) Huraikan dua sebab al-Quran dan hadis menjadi sumber [4 markah]
perundangan yang utama.
(ii) Terangkan dua cara mencapai matlamat perundangan Islam [4 markah]
dalam memelihara kehormatan diri.
(iii) Jelaskan dua keperluan perundangan Islam kepada negara. [4 markah]

(b) Mengapakah melakukan perbuatan makruh tidak digalakkan dalam [4 markah]


Islam.
(c) Ibadat terbahagi kepada ibadat khusus dan ibadat umum. [4 markah]
Berikan pengertian ibadat-ibadat tersebut dengan contohnya sekali.

6 (a) Perkahwinan amat dituntut oleh Islam.


(i) Terangkan pengertian perkahwinan dari segi bahasa dan istilah. [4 markah]
(ii) Jelaskan dua hikmah perkahwinan dalam Islam. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan jenis hukum jenayah menurut Islam. [4 markah]


(ii) Kemukakan dua hujah yang menyokong hukuman jenayah [4 markah]
Islam mampu mengawal perbuatan manusia daripada
melakukan jenayah.

(c) Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman yang berat [4 markah]
telah dijatuhkan ke atas pesalah. Mengapakah perbuatan tersebut
masih berlaku?

7 (a) (i) Nyatakan pengertian penyelesaian masalah menurut Islam. [2 markah]


(ii) Senaraikan empat cara penyelesaian masalah menurut Islam. [4 markah]

(b) Doa merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah umat Islam.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan doa? [2 markah]
(ii) Huraikan dua kesan dalam pembentukan akhlak individu yang [4 markah]
berdoa.
(c)
Perlembagaan Madinah digubal untuk menyatupadukan seluruh
penduduk Madinah sehingga mampu menjadi contoh dan ikutan
kepada seluruh dunia.

Bincangkan peranan masyarakat untuk memupuk perpaduan di [4 markah]


negara kita.
(d) Jelaskan dua implikasi pengabaian tanggungjawab sosial. [4 markah]
4