LEMPAR CAKERA

by rin yu mei on 2008-05-01, 11:47:15 pm PENGENALAN Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu. Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya. Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya

JENIS DAN BENTUK CAKERA Cakera untuk acara rasmi hendaklah diperbuat daripada kayu atau bahan--bahan sejenis yang sesuai. Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengansimpai atau "rim" logam (besi atau tembaga) dan di tengahtengah muka cakera ada piring bulat logam. Ada juga jenis cakera yang tiada piring bulat logam tersebut. Bagaimanapun, bahagian tengah cakera itu hendaklah rata dan ukuran serta berat cakera hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa). Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik. Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pert"andingan rasmi. Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg. manakala untuk wanita adalah 1 kg. Untuk maklumat yang lebih terperinci ten tang perbezaan aspek¬aspek yang lain antara cakera untuk lelaki dan untuk wanita, sila rujuk kepada buku panduan rasmi IAAF atau KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia). Gambar rajah yang diberi menunjukkan beberapa maklumat ten tang cakera dan bahagiannya.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan -akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila

50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan. kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. 02:40:54 am Secara umurnnya. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera. koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. penonton dan peserta yang menunggu gilirannya. jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. demi keselamatan para pegawai. lutut. sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Bagi setiap lemparan yang sah. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru. Sebaliknya. Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar. Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasibadan. PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian. FASA PERGERAKAN by rin yu mei on 2008-05-04. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan. guru seharusnya mene gaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan. Mengikut peraturan rasmi. Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian. pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan. Ketika seseorang peserta membuat percubaannya. CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru. Di peringkat sekolah. siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera. cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh. melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut: a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera b) Fasa hayunan awalan c) Fasa lemparan d) Fasa ikut lajak dan pemulihan . kuasa. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur.

Lihat juga fasa 1. TEKNIK MELEMPAR CAKERA Umumnya. b) Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri.TEKNIK MEMEGANG CAKERA Salah satu faktor yang mempengaruhi pergerakan cakera di udara adalah cara alat itu dipegang ketika ianya dilempar oleh seseorang pelempar. b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Fasa 2: Hayunan Awalan a) Untuk memulakan hayunan ke belakang. terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera. pelajar mengilaskan badannya ke hadapan. c) Semasa hayunan ke belakang. . melempar dengan gaya berdiri adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Berdasarkan dua gaya ini. J ari-jari itu direnggangkan agak sama jaraknya. telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam bidang lempar cakera. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Para pelajar perlu membiasakan dirinya dengan teknik yang betul melalui latihtubi yang sesuai mengikut kemampuannya. teknik melempar dengan rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka. Cara memegang cakera hendaklah selamat. cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Oleh itu. Tekapkan tapak tangan kanan (bagi yang melempar dengan tangan kanan) ke at s muka cakera di a mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam. pelajar rendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki. didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak. Setelah mereka biasa atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan. TEKNIK GAYA BERDIRI Fasa 1: Persediaan a) Pelajar berdiri dengan gaya menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. selesa dan sesuai dengan bidang tapak tangan pelajar. b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan. Pada ketika ini. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. Bagi para pelajar yang baru belajar acara ini. Fasa 3: Pelemparan a) Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan). Ibu jari reha t atas muka cakera. iaitu Gaya Berdiri dan Gaya Berpusing. latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Para pelajar cuba membayangkan cara mereka memegang sebuah buku di sisi badannya. Guru seharusnya mengingatkan para pelajar bahawa alat ini dipegang dan tidak digenggam dengan jari-jari yang dibengkokkan. Badan direndahkan. Tumpukan perhatian kepada butir-butiran mengajar yang utama untuk memudahkan pembelajaran para pelajar di setiap peringkat latihan yang dijalaninya. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai adalah 30°-35°. Sama seperti dalam pembelajaran acara merejam lembing dan melon tar peluru. Kaki berjarak seluas bidang bahu. teknik memegang cakera hendaklah dianggap penting dalam keseluruhan proses melempar cakera.

Fasa 3-7: Rotasi atau Berpusing (a) Apabila selesai hayunan terakhir. momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya. pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. kedua-dua belah kakimenolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Fasa 8-10: Pelemparan Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan. Fasa persediaan Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Kaki berjarak seluas bidang bahu. teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan yang beransur maju. Fasa 1. berpusing dan tindakan melempar di saat-saat akhir. kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan. (b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan.Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan (a) Ketika melemparcakera. (b) Selesai sahaja langkah ini. TEKNIK GAYA BERPUSING DAN MELEMPAR Teknik ini sukar bagi para pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran as as melempar dengan gaya berdiri. tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Pastikan kedua-dua belah kaki membantu pelemparan dengan menolak kuat ke atas tanah. Dalam gaya rotasi ini. . Bagi para pelajar yang telah mahir dengan gaya berdiri. 2: Hayunan Awalan Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. Teknik memegang cakera adalah seperti untuk gaya berdiri. Tindakan kaki ini pentinguntukmenambah daya kepada lemparan itu. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing). Mata masih memerhatikan pergerakan cakera. Pad a ketika inilah cakera itu dilempar dengan tangan yang lurus dan jari-jari memutar cakera mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Peserta akan merasa simpai logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya.

peserta :erus memerhati cakera hingga ia mendarat. Sambil mengimbangkan badannya. b) Lemparan seseorang peserta dikira batal sekiranya peserta. tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di aras leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakannya. PERATURAN ASAS ACARA a) Cakera mestilah dilempar dari bulatan. Pada masa yang sarna. Sarung tangan tidak boleh digunakan. c) Bagi lemparan yang sah. .Fasa 11: Ikut Lajak dan Pemulihan Selepas cakera dilempar. Ia mesti tinggalkan bulatan dari bahagian belakang bulatan dalam keadaan berdiri. Daripada tiga percubaan itu. Sekiranya berlaku seri di tempat kelapan. e) Untuk mendapat pegangan yang baik. sesudah memasuki bulatan dan memulakan pergerakan untuk melempar. setiap peserta akan membuat en am percubaan. setiap peserta dibenarkan melakukan tiga percubaan. peserta dibenarkan menggunakan bahan -bahan pelekat seperti "resin" atau bahan-bahan sejenis dengannya di bahagian tangan sahaja. cakera hendaklah mendarat atau jatuh supaya bekas kesannya di dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor. Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari perdirian yang statik (tidak bergerak) dalam bulatan. keputusan itu dibiarkan dan peserta-peserta berkenaan akan bersama-sama dengan yang layak membuat tiga percubaan itu. Sekiranya hanya lapan atau kurang orang yang mengambil bahagian. d) Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah. tersentuh sebarang bahagian badannya di kawasan luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan (top edge of the circle) atau terlepas cakera dari pegangannya ketika membuat percubaan. f) Jika lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian. lapan peserta yang terbaik lemparannya akan membuat tiga lagi percubaan untuk menentukan pemenang. kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful