You are on page 1of 5

SMK PUCHONG PERDANA

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF SEMPENA
BULAN PENGHAYATAN MERDEKA
7- 21 OGOS 2017

__________________________________________________________________________________

PN. NORHAYATI BT ZAKARIYA


[22 MEI2017]
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF
SEMPENA BULAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2017
_______________________________________________________________

1. PENDAHULUAN
Kelab Fotografi SMK Puchong Perdana bercadang untuk mengadakan satu pertandingan
Video Kreatif Sempena Bulan Penghayatan Kemerdekaan peringkat sekolah kelak.
Pertandingan ini terbuka kepada semua warga pelajar SMK Puchong Perdana dengan tema
Malaysiaku. Aktiviti ini dijalankan untuk para pelajar dapat melahirkan rasa cinta terhadap
negara mereka dengan cara yang kreatif.

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN
a. Memberikan peluang kepada semua warga pelajar untuk menampilkan bakat
mereka
b. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang videografi
c. Memberi peluang bagi pelajar untuk mempamerkan hasil terbaik mereka.
d. Menggalakkan pelajar berkerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan mereka
e. Memupuk semangat patriotisma dikalangan pelajar SMK Puchong Perdana

3. PELAKSANAAN PERTANDINGAN DAN ATURCARA PERTANDINGAN


Tarikh : 7 Ogos 21 Ogos 2017
Masa : 2 minggu
Tempat : SMK Puchong Perdana
i. Pelajar membentuk pasukan masing-masing terdiri daripada 4 orang
ii. Mereka perlu menghasilkan satu video kreatif dalam durasi 3 minit.
iii. Masa yang diberikan adalah 2 minggu
iv. Yuran penyertaan yang dikenakan pada setiap pasukan adalah RM5.00
v. Pada 22 Ogos, semua pasukan yang bertanding perlu menghantar hasil kerja masing-
masing pada guru penasihat Kelab Fotografi
vi. Peserta akan diberikan taklimat ringkas sebelum mereka memulakan pertandingan.
vii. Mereka perlu menyerahkan SATU hasil terbaik mereka untuk pada urusetia
pertandingan.
viii. Hasil kerja mereka akan diadili oleh jurugambar professional dan pihak pentadbir.

Hadiah untuk terdiri daripada:


i) Juara - Hamper bernilai RM100.00, 4 buah cenderhati serta sijil
ii) Tempat Ke-dua - Hamper bernilai RM80.00, 4 buah cenderhati serta sijil
iii) Tempat Ke-tiga - Hamper bernilai RM 60.00, 4 buah cenderahati serta sijil
iv) 3 saguhati - 3 Hamper bernilai RM40.00, 12 buah cenderahati serta sijil

Selain daripada itu, setiap peserta yang menyertai pertandingan akan menerima sijil
penyertaan.
Hasil terbaik mereka akan digunakan dalam persembahan video dan dipamerkan untuk Hari
Apresiasi Ko-Kurikulum sebagai pengiktirafan untuk hasil kerja mereka.
4. SASARAN
Warga pelajar SMK Puchong Perdana sesi pagi dan petang

5. JADUAL PELAKSANAAN

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN


1 22 Mei 2017 Penyediaan kertas konsep untuk lawatan dan Pn. Norhayati
pertandingan
2 22 Mei 2017 Penyerahan kertas konsep untuk Pn. Norhayati
ditandatangan oleh pentadbir
3 22 Mei 2017 Persediaan poster dan borang penyertaan Pn. Maizura
4 1 Ogos 2017 Perlantikan AJK Urusetia Pertandingan Pn. Norhayati
5 1 Ogos 2017 Menampal poster pertandingan AJK Pelajar
6 4 Ogos 2017 Penyerahan borang penyertaan kepada Semua Guru
pelajar Penasihat
7 4 Ogos 2017 Taklimat Pertandingan Pn. Norhayati
8 7 Ogos 2017 Pertandingan dijalankan Semua peserta
pertandingan
9 22 Ogos 2017 Peserta menyerahkan hasil kerja mereka Semua guru
10 27 Ogos 2017 Gambar disenaraikan pendek untuk hakim Semua guru
11 28 Ogos 2017 Pemenang dipilih Hakim/ Pentadbir
12 29 Ogos 2017 Penyediaan hadiah dan sijil Pn. Maizurah
Pn. Noorfitrizawati
13 4 Sept 2017 Penyampaian Hadiah kepada pemenang Semua guru terlibat

6. SUMBER KEWANGAN
Sumbangan Ko-Kurikulum
i. Hadiah Hamper = RM360.00
ii. Cenderahati = RM276.00
Jumlah = RM636.00
(Ringgit Malaysia : Enam ratus tiga puluh enam)

j. PENUTUP
Dengan ini kami berharap agar usul kami untuk pertandingan ini dapat diluluskan. Melalui
pertandingan ini adalah diharapkan agar pelajar dapat menghayati bulan penghayatan
merdeka dengan lebih bermakna dan menerapkan semangat patriotism di kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak kami juga akan dapat mengenali bakat baru dalam bidang videografi.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:


( Norhayati Zakariya) ( Pn. Rohaiza Omar) ( En. Mohammad bin Ismail)
Guru Penasihat Penyelaras Kelab & Persatuan Penolong Kanan Ko-Kurikulum

You might also like