You are on page 1of 3

_____________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0

KALI PERTAMA SESI 2017

Tarikh : 07 Mac 2017 ( Selasa )

Masa : 1.45 tengah hari

Tempat : Makmal Komputer SKKL

Pengerusi : Pn. Mazni Binti Johan

Kehadiran :

1. En. Jasmawari Bin Majid ( Guru Besar SKKL )


2. Pn. Khuzaimah Binti Ahmad ( GPK 1 )
3. Pn. Mazni Binti Johan ( Guru Literasi BM Tahun 2 dan Guru Numerasi Tahun 1 )
4. Pn. Husna Binti Hassan ( Guru Literasi BI Tahun 1)
5. Pn. Nor Azalinee Binti Saufi ( Guru Literasi BM Tahun 1 & Guru Numerasi Tahun 3 )
6. Cik Azila Fazila Binti Abdul Rahman ( Guru Literasi BI Tahun 3 )
7. Pn. Nurulain Binti Zakaria ( Guru Numerasi Tahun 2 )
8. En. Abdul Mutalib Bin Mustapha ( Guru Literasi BI Tahun 2 )

Tidak Hadir :

1. Pn. Siti Aishah Binti Mohd Menar ( Penyelaras LINUS ) cuti bersalin
2. Pn. Siti Aishah Binti Hasan ( Guru Pemulihan ) cuti bersalin

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan Ajk LINUS yang sudi
hadir pada Mesyuarat Linus 2.0 Kali Pertama pada tahun 2017.
1.2 Pengerusi juga berharap agar segala aktiviti dapat dijalankan bersama agar
penglibatan serta penambahbaikan dapat diselaraskan.
Makluman : Guru Linus

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu


Tiada
3.0 Perkara-perkara berbangkit
Tiada

4.0 Fokus Mesyuarat

4.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Linus2.0 sekolah 2016

4.1.1 Pengerusi menyatakan agenda pertama adalah berkaitan penyusunan


semula organisasi bagi Jawatankuasa Linus2.0 2016.
4.1.2 Pengerusi memaklumkan format penyusunan organisasi bagi
Jawatankuasa Linus2.0 2017 ini mestilah mengikut buku pengoperasian
Linus.
Makluman : Guru Linus
4.2 Penentuan KPI Linus Sekolah

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi penentuan KPI Linus Sekolah, ia


boleh diselaraskan mengikut KPI Linus Daerah.
Makluman : Guru Linus

4.3 Makluman Pelaksanaan Saringan Linus2.0 2017

4.3.1 Pn. Mazni memaklumkan bahawa Saringan 1 Linus akan dijalankan tidak
lama lagi. Bagi Tahun 4, Saringan Khas akan dilaksanakan tetapi bagi
murid yang tidak menguasai LBI pada Saringan 2 tahun lepas sahaja.
4.3.2 Pengisian data tahun 4 akan ditutup lebih awal berbanding tahun 1, 2 dan
3 iaitu pada 28 April 2017.
4.3.3 Instrumen Saringan 1 Membaca akan di emel ke sekolah.
4.3.4 Borang BPPI hendaklah dibuat Salinan dalam saiz A4.
4.3.5 Kelas pemulihan wajib dibuka.
4.3.6 Pihak sekolah mesti mengesahkan penerimaan instrumen.
4.3.7 Instrumen hendaklah disimpan ditempat yang selamat.
4.3.8 Pentadbir perlu juga membuat pemantauan saringan dan mengisi boring
kawal mutu.
4.3.9 Dalam penulisan RPH, tulis di ruangan aktiviti iaitu Saringan Lisan.
4.3.10 Pengisian boring BPPI mestilah menggunakan pen hitam atau biru.
Makluman : Guru Linus
5.0 Ucapan penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan sudi
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini. Segala permasalahan berkaitan
dengan Linus boleh merujuk kepada beliau.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.50 petang.

Disediakan oleh , Disahkan oleh ,

.. ..

( MAZNI BINTI JOHAN ) ( JASMAWARI BIN MAJID )

Guru Linus 2.0 Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar Sekolah Kebangsaan Kuala Lanar

You might also like