You are on page 1of 5

BATIK PELANGI

NAMA:WAN ABDUL MUSTAQIM BIN WAN BAUANAN


KELAS:3KAA
SUBJEK:PENDIDIKAN SENI VISUAL

SEJARAH BATIK PELANGI


Batik Pelangi merupakan kain warisan yang menjadikan salah satu kemahiran tradisi, Batik
Pelangi juga merupakan kain batik yang tertua berada di Malaysia. Batik Pelangi lebih
dikenali sebagai seni perhiasan dan juga merupakan salah satu teknik resis batik.

Mengikut sejarah, titik permulaan Batik Pelangi adalah berasal dari India, Jodhpur dengan
menggunakan teknik yang di panggil Bandhani pada abad ke-18. Di india, corak kain
Bandhani lebih halus dari Batik Pelangi, mereka menjahit teritik sehalus secebik kain
untuk membentukan corak di kain. Batik Pelangi mula di sebarkan pada abad 18 dan
diusahakan oleh orang Kelantan dan Terengganu yang telah berhijrah ke Indonesia
untuk mendapatkan ilmu seni Batik Pelangi yang dikenali sebagai Batik Jemputan di
sana. Perbezaan Batik Pelangi dan Batik Jemputan adalah dari segi jarak coraknya
antara satu sama lain dan Batik Jemputan mempunyai renda di sekeliling kain
tersebut manakala Batik Pelangi tiada renda.

Batik Pelangi merupakan salah satu teknik resis yang tidak menggunakan lilin tetapi benang
atau tali yang di jahit atau ikat pada kain dengan kemas pada corak kain untuk
menghalang daripada warna. Batik Pelangi diusahakan oleh Minah Pelangi dari
Terengganu dan Haji Che Su dari Kelantan. Minah Pelangi merupakan salah seorang
tukang tenun istana. Dia telah menghasilkan kain yang berwarna-warni dengan
menggunakan teknik ikat celup yang kemudiannya dikenali sebagai teknik pelangi.
Haji Che Su pula, memulakan perusahaan Batik dikawasan Lorong GajahMati di
KotaBharu Kelantan padatahun 1911. Pada ketika itu teknik pembuatan batik
hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup.
Batik Pelangi dikenali sebagai ikat celup pada awal permulaan batik pelangi tersebar di
Malaysia. Apabila pengusaha Batik Pelangi berhijrah ke Indonesia untuk mendalami
ilmu batik, Batik Pelangi mula di usahakan dengan menggunakan dua teknik iaitu
teritik dan ikat celup. Batik Pelangi dikenali dengan warnanya yang pelbagai dengan
menggunakan alam sekitar sebagai sumber warna pada awal permulaan batik pelangi
disebarkan. Kemudian baru menggunakan warna sintetik seperti napthol. Pada
awal permulaan Batik Pelangi tersebar di Malaysia, warna Batik Pelangi ketika itu
hanyalah berwarna hitam dan biru. Kemudiannya warna lain mula
dihasilkan(merah, kuning, biru)

Pada Peredaran masa kini, Batik Pelangi di Malaysia tidak lagi di usahakan namun
tekniknya masih lagi di gunakan. Bandhani masih lagi di usahakan secara besar-
besaran di India, Jaipur dan Ranjasthan dan di Indonesia Palembang kerana di India
Bandhani merupakan kain utama digunakan untuk membuat sari dan selendang di
sana manakala di Indonesia, rakyat sehingga kini masih lagi memakai batik
walaupun peredaran zaman sudah maju.

WARNA-WARNA BATIK PELANGI


Pada awal permulaan Batik Pelangi diusahakan, warna-warna yang digunakan adalah terhad
seperti hitam
dan biru yang di perolehi dari pokok Indigofera yang menghasilkan warna biru. Kemudian
selepas Batik
Pelangi diusahakan dengan menggunakan sumber alam untuk menyerikan lagi kain.

Antara warna-warna dye terawal dihasilkan adalah warna dari rebusan kulit buah-buahan,
daun-daunan
dan akar kayu. Sekarang warna alam dan warna sintetik remazol digunakan untuk membuat
batik. Berikut
adalah contoh antara warna-warna alam yang di hasilkan dahulu dan kini.

Warna-warni asli yang terdapat dahulu dan kini:

1.Brazilwood ( variasi merah)


2.kunyit, pomegranate (kuning)
3.kulit manggis, indigo, orseille ( warna ungu
4.biru, biru gelap)
5.logwood, akar madder ( coklat, merah, ungu)
6.biji asam jawa yang di campur kanji dan warna hasil daripada akar madder di
campur dengan inai,
gambe, kulit bawang dan safflower.

WARNA PADA ATAS KAIN

WARNA PADA ATAS FIBER


TEKNIK-TEKNIK BATIK PELANGI

Tekni-teknik diatas merupakan teknik yang berasal dari Indonesia. Teknik ini adalah
teknik jahitan yang
digunakan untuk membuat Batik Pelangi. Teknik ini dipanggil teritik. Jahitan teritik di
jahit jelujur dan
kemudian di tarik rapat-rapat dan di jadikan satu gumpalan. Ia adalah salah satu
teknik yang utama dan
penting dalam proses pembuatan Batik Pelangi.

KEISTIMEWAAN BATIK PELANGI


Merupakan warisan negara, tekstil lama. Ia juga merupakan kain yang menjadikan
idola kepada semua
pengusaha batik untuk menkarya batik yang lebih baik atau menkarya teknik kain
batik yang baru.
Tekniknya masih boleh digunakan walaupun peredaran zaman berubah.Walaupun
kain batik pelangi
merupakan teknik resis dimana ia tidak menggunakan lilin sebagai agen penghalang
warna-warna daripada
bercampur, ia tetap di ketegorikan sebagai batik kerana susun atur rekaan corak
adalah sama seperti batik.

TAMAT

You might also like