You are on page 1of 9

JABATAN PELAJARAN PERAK,

PROGRAM KAJIAN TINNDAKAN NEGERI PERAK


PERINGKAT SEKOLAH

2008

MENGATASI KELEMAHAN MENYEBUT


PERKATAAN YANG MELIBATKAN
KONSONAN BERGABUNG (DIGRAF)
DENGAN TEKNIK
‘CANTUM DAN SEBUT’

OLEH:
EN MAZNI BIN OTHMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,


32030 SITIAWAN, PERAK

JUN 2008

KELOLAAN

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK


JABATAN PELAJARAN PERAK.
1
KANDUNGAN:

Muka surat
1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 2

2. Isu Keperihatinan 2

3. Objektif Kajian 2

4. Kumpulan Sasaran 3

5. Perlaksanaan Kajian 3

6. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. 7

2
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan menunjukkan
sikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan.
Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat
murid untuk belajar.
Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang
melibatkan konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata “ng...’, ‘ny...’,
‘kh...’, dan ‘sy...’.
Penekanan yang lebih kepada suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataan
seperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk ke
kelas perdana semula.

2. ISU KEPERIHATINAN

Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka sering


kali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yang
mempunyai ‘digraf’. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan di
dalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf).
Murid akan menyebut ‘gaga’ bagi perkataan ‘nganga’ dan ‘yayi’ bagi perkataan
‘nyanyi’. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah
tersebut.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menyebut
perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf).
Objektif Khusus:
a) Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata konsonan
bergabung (digraf) bagi ‘ny’ dan ‘ng’.
b) Murid boleh membaca perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.
c) Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujung
tahun.
d) Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemah
dalam pembelajaran.

3
4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah seramai 12 orang yang terdiri daripada murid Tahun 2 dan
Tahun 3 yang kini berada di kelas Pendidikan Pemulihan Khas.

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah


Daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan didapati pelajar bermasalah
dalam menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf) ‘ny’ dan
‘ng’. Perkataan-perkataan seperti ‘nyonya’, ‘nyanyi’, ‘tanya’, ‘nyamuk’, ‘bunyi’,
‘nyala’, ‘dengan’, ‘lengan’, ‘tangan’, ‘nganga’, ‘telinga’, ‘singa’, tidak dapat disebut
dan dibaca oleh pelajar.
Dalam ujian diagnostik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut
suku kata nga, ngi, nge, nge, ngu, ngo dan nya, nyi, nye, nye, nyu, nyo dengan betul dan
lancar. Seramai 8 orang daripada 12 orang murid salah semua di dalam menyebut suku
kata ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Daripada Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada kumpulan sasaran dapatlah
dilihat kelemahan-kelemahan murid yang perlu ditingkatkan. Rujuk kepada jadual
Rekod Ujian Saringan.
(12 orang murid yang dikaji. Angka menunjukkan bilangan murid yang melakukan
kesalahan).
Soalan : Bunyikan suku kata di bawah.
nga ngi ngu nge nge ngo
8 8 8 9 9 9
nya nyi nyu nye nye nyo
9 9 9 10 10 9
Soalan: Isikan suku kata yang sesuai berdasarkan gambar.

bunga penyu singa nyamuk


10 11 10 11

Soalan : Eja dan sebut perkataan di bawah.

4
nganga nyanyi ngilu
11 11 12
nyonya tangan monyet
10 12 12

Soalan : Tandakan ( √ ) pada ejaan yang betul.

bengis 4 betul monyet 8 betul


begis 8 salah moyet 4 salah
banyak 10 betul beruang 10 betul
bayak 2 salah beruwang 2 salah
bagun 5 salah nyanyi 4 betul
bangun 7 betul nanyi 8 salah

Soalan : Suaikan gambar dengan perkataan.

Gambar orang nyanyi nyanyi 4


Gambar bangunan bangunan 6
Gambar mulut nganga nganga 3
Gambar nyamuk nyamuk 7
Gambar penyu penyu 1
Gambar cuping telinga telinga 10
Gambar sungai sungai 11

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Bagi mengatasi masalah ini sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dirancang.
1. Aktiviti “Cantum dan Sebut” menggunakan kad-kad huruf
2. Aktiviti eja dan sebut berdasarkan gambar dengan tayangan slaid ‘Power Point’.
3. Aktiviti bertulis dengan menjawab lembaran kerja berkaitan apa yang dipelajari.

b. Bahan-bahan yang digunakan.


1. Kad huruf.
2. Papan panel.
3. Kotak kertas.
4. Bahan “Powerpoint”

c. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian.

5
1. Penilaian secara pemerhatian
2. Penilaian secara lisan dan bacaan
3. Penilaian secara tulisan dan lembaran kerja.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian


5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1
Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah ‘Cantum dan Sebut’ yang menggunakan kad-kad huruf yang perlu dicantum
menjadi suku kata dan murid menyebutnya.
Langkah-langkahnya:
1. Kad-kad huruf di masukkan ke dalam kotak.

2. Murid dipilih secara rawak.


3. Murid memilih 2 kad mengikut warna dan menggantungnya pada papan panel.
Huruf ‘n’ di awal suku kata memang telah tersedia.

4. Setelah selesai, murid dikehendaki mengeja dan menyebut suku kata tersebut.
Jika murid dapat menyebutnya dengan betul, ganjaran akan diberikan.

5. Pengayaan juga boleh dilakukan dengan meminta murid mengambil 3 kad


mengikut warna huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ‘ngan’,
‘nyet’, ‘ngis’, ‘nyak’ dan sebagainya.

6
5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2

Aktiviti ini merupakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT. Guru


menggunakan Power Point Slide Show untuk memaparkan suku kata yang akan
dipelajari.
1. Guru menunjukkan slaid suku kata digraf ‘nga, ngi, ngu, nge, ngo’, dan ‘nya,
nyi, nyu, nye, nyo’.
2. Murid eja dan sebut suku kata tersebut secara individu dan kumpulan.
3. Guru tunjuk gambar, murid sebut nama gambar.
4. Murid eja perkataan yang ditunjukkan secara individu dan kumpulan.
5. Ulang aktiviti hingga selesai semua gambar.
6. Murid membaca rangkai kata yang ada suku kata digraf.

5.5 Refleksi kajian


5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid
1. Secara pemerhatian.
2. Secara bacaan dan lisan
3. Secara ujian bertulis

5.5.2 Rumusan Pemerhatian.


Berdasarkan ketiga-tiga pemerhatian di atas, semua murid berminat
untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Mereka
berusaha untuk menyebut suku kata yang ditunjukkan. Empat orang murid
telah berjaya membaca perkataan bersuku kata digraf ini tanpa perlu mengeja
terlebih dahulu. Selebihnya seramai lapan orang murid boleh menyebutnya
dengan mengeja terlebih dahulu.

5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah


Dijalankan Secara Keseluruhan.

Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya membuatkan murid


dapat membaca sekurang-kurangnya perkataan KV+KKV atau KV+KKVK
dengan lancar walaupun mereka terpaksa mengeja terlebih dahulu.

6. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA.

7
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid-murid pemulihan khas ini. Saya bercadang meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru Tahun 1 (KIA2M). Setersunya saya akan menjalankan aktiviti
seperti ini untuk kemahiran yang lain pula iaitu suku kata dan perkataan konsonan bergabung (digraf)
bagi “kh” dan “sy”.

8
LAMPIRAN

CONTOH KERTAS UJIAN DIAGNOSTIK DAN


UJIAN KAJIAN TINDAKAN.