You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MENTANGAU,

23100, PAKA, DUNGUN, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 9 Januari 2017 (Isnin)


Masa : 10.00 p.m
Tempat : Bilik Mesyuarat SKDM

Kehadiran :

1. En. Abd Halim Bin Mohamad (Guru Besar)


2. Pn. Norazizah Binti Jusoh (PK Pentadbiran)
3. Pn. Katina Binti Seman (PK Hem)
4. En. Abd Aziz Bin Saat (PK Ko)
5. En. Ahmad Shahrani Razni Bin Mohd Radzi (Ketua Panitia)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan Guru Besar
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2016 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Guru Besar

2.1 En. Abd Halim Bin Mohamad selaku Guru Besar, mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan tahniah
dan syabas kerana pencapaian UPSR 2016 dengan kelulusan sebanyak 86.36%
dan GPMP sebanyak 3.32.
2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan supaya Perancangan Strategik dibuat pada tahun 2016 hingga
2020 (Jangkamasa panjang)
2.4 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.

Tindakan : Tindakan guru.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn Norazizah Binti Jusoh mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh En. Abd Aziz Bin Saat

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Jadual pencerapan P & P jadual pencerapan telah disediakan oleh PK 1.


Tarikh sebenar pencerapan bergantung kepada keadaan semasa dan pencerap.
Guru diminta sentiasa bersedia untuk dicerap.
4.2 Guru perlu mengemaskini KPI dan Headcount berdasarkan pencapaian tahun
lepas
4.3 Mengadakan kursus LDP setiap kali guru menghadiri kursus KSSR.

Tindakan : Guru Sains

5. Perancangan Panitia Sains

5.1 Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim sekolah.

5.2 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 bagi Tahap 2 sahaja adalah
seperti berikut :
ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2016.

BIL
TAHUN LULUS
MURID A % B % C % D % % E %
(A+B+C+D)
TAHUN
16 0 0 0 0 1 6.25 3 18.75 4 25 12 75
4
TAHUN
15 0 0 0 0 5 33.33 4 26.66 9 60 7 46.66
5
TAHUN
MARKAH UPSR 2016 DIAMBIL KIRA
6

ANALISA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN 2016

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % D % LULUS % E %

2016 6 22 0 0.0 6 27.27 6 27.27 7 31.82 19 86.36 3 13.63

5.3 Target UPSR 2017.


Calon pada tahun 2017 adalah seramai 15 orang. Target lulus matapelajaran
adalah sebanyak 100%. Pencapaian A matapelajaran Sains seramai 8 orang.
Pencapaian 8 orang adalah sebanyak 53.33%. Manakala target GPMP adalah
3.00.

5.4 Penulisan Buku Rekod Mengajar.


Buku rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR bermula
pada tahun 2017.
5.4.1 Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja. Manakala
Tahap 2 menggunakan sebanyak 2 buah.

5.5 Aktiviti Panitia


Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun
2017.
5.5.1 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
5.5.2 Aktiviti mingguan Pusat Sumber Sekolah bersama Panitia Sains
5.5.3 Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5
dan Tahun 6.
5.5.4 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
5.5.5 Minggu Matematik dan Sains.

5.6 Perancangan Strategik


Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
5.6.1 Target Sains Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 5.
5.6.2 Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus
secara keseluruhan.

Tindakan : Guru Sains


6.0 Hal hal lain.

Ketua Panitia dan guru sains boleh menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar yang
diperlukan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran dan diserahkan kepada guru
perpustakaan Media.

6.1 Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam Buku Rekod
Penggunaan Bilik Sains.

Tindakan : Guru Sains

7.Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
( En. Ahmad Shahrani Razni B. Mohd Radzi ) ( Pn. Norazizah Binti Jusoh )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Durian Mentangau SK Durian Mentangau