You are on page 1of 6

PERJANJIAN PERKONGSIAN ini diperbuat pada 17 haribulan Oktober 2017.

DI ANTARA

(Muhamad Hanapi bin Jamaludin) (860605595423) beralamat di (Lot 4185 Jalan


Masjid Kg. Sg. Buah 43800 Dengkil) (selepas ini dirujuk sebagai Rakan kongsi
Pertama) di satu pihak;

DAN

(Muhammad Amrun bin Ruzali) (910301015031) yang beralamat di (Blok A, 4-28


Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang) (selepas ini dirujuk sebagai
Rakan kongsi Kedua) di pihak yang kedua;

DAN

(Mastura binti Mas'ud) (881112435678) yang berlamat di (No 14 A, Kampung Sungai


Damar, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor) (selepas ini dirujuk sebagai Rakan
kongsi Ketiga) di pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA:-

1. Pihak-pihak bersetuju untuk menubuhkan satu perkongsian di bawah nama


Akademi Pencak Kalam bagi menjalankan perniagaan perkhidmatan latihan
yang beroperasi di (No 1-2, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang,
Selangor.) (selepas ini dirujuk sebagai Perniagaan tersebut)

2. Pihak-pihak bersetuju menandatangani Perjanjian ini tertakluk kepada syarat-


syarat dan terma-terma yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:-

1
1. MODAL

2.1 Pihak-pihak bersetuju bahawa modal perkongsian adalah


disumbangkan oleh setiap rakan kongsi dalam bentuk tunai dan
kepakaran seperti berikut:-

Rakan kongsi Pertama RM550


Rakan kongsi Kedua RM550
Rakan kongsi Ketiga RM550

2. PEMBAHAGIAN PEMILIKAN

2.1 Pihak-pihak bersetuju bahawa pembahagian pemilikan perkongsian


adalah seperti berikut:-

Muhamad hanapi bin Jamaludin 31%


Muhammad Amrun bin Ruzali 30%
Mastura binti Mas'ud 29%
Akademi Pencak Kalam 10%

2.2. Tanpa mengira Klausa 2.1 di atas, pihak-pihak bersetuju bahawa


perolehan keuntungan dan tanggungan kerugian hendaklah dikongsi
secara sama rata di antara pihak-pihak perjanjian ini.

3. HAK, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB RAKAN-RAKAN KONGSI

3.1 Pihak-pihak adalah mempunyai hak yang sama rata dalam pentadbiran
Perniagaan tersebut dan bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti
pemasaran bagi memajukan Perniagaan tersebut;

3.2 Pihak-pihak bersetuju untuk sentiasa berbincang dan mendapatkan


persetujuan setiap rakan kongsi sebelum membuat apa-apa keputusan
yang melibatkan perniagaan tersebut;

3.3 Pihak-pihak hendaklah tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang


boleh menjejaskan nama baik Perniagaan tersebut;

3.4 Pihak-pihak hendaklah menunjukkan kepercayaan dan niat baik


terhadap pihak yang lain dalam mengendalikan Perniagaan tersebut;

2
3.5 Pihak-pihak tidak boleh memberi pinjaman atau membuat pinjaman
menggunakan nama Perniagaan tanpa kebenaran ketiga-tiga rakan
kongsi;

3.6 Pihak-pihak tidak boleh menggunakan wang atau aset Perniagaan


tersebut untuk kegunaan sendiri kecuali untuk kegunaan bagi
Perniagaan dan bagi manfaat Perniagaan tersebut;

3.7 Pihak-pihak tidak dibenarkan memasuki apa-apa perjanjian bagi pihak


Perniagaan tanpa kebenaran dari ketiga-tiga rakan kongsi.

3.8 Ketiga-tiga rakan kongsi bersetuju melantik atau mencadangkan


seseorang individu yang boleh memberikan manfaat kepada syarikat
melalui persetujuan bersama.

4. TEMPOH PERKONGSIAN

4.1 Tempoh Perjanjian ini adalah selama tiga (3) tahun bermula dari tarikh
Perjanjian ini dan boleh diperbaharui dengan persetujuan pihak-pihak.

5. AKAUN

5.1 Apa-apa hasil dari Perniagaan tersebut hendaklah dimasukkan ke


dalam akaun yang dibuka di bawah nama Perniagaan seperti yang
dipersetujui oleh pihak-pihak dalam Perjanjian ini dan semua wang
keluar melalui buku cek hendaklah ditandatangani oleh pihak-pihak di
dalam Perjanjian ini.

5.2 Sebarang dokumen melibatkan perakaunan Perniagaan hendaklah


disimpan di premis perniagaan.

6. PENAMATAN PERKONGSIAN

6.1 Mana-mana pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan lebih awal
selama 30 hari memberikan notis bertulis kepada pihak yang lain
mengenai niat menamatkan perkongsian ini.

3
6.2 Dalam keadaan ini, pihak-pihak hendaklah bersama-sama
menyediakan laporan kewangan Perniagaan dikira sehingga tarikh
penamatan dan apa-apa keuntungan atau kerugian termasuk modal
asal hendaklah dikira sehingga tarikh penamatan perkongsian dan
dibahagikan mengikut Klausa 2.1 Perjanjian ini.

6.3 Pihak-pihak bersetuju bahawa selepas penamatan dan pembahagian


keuntungan atau kerugian, pihak-pihak tidak mempunyai apa-apa lagi
tuntutan terhadap pihak yang satu lagi.

6.4 Sekiranya salah satu pihak meninggal dunia ketika Perjanjian ini masih
lagi berkuatkuasa, maka Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya
dan apa-apa hasil dari Perniagaan tersebut yang seharusnya dibayar
pada pihak yang meninggal dunia hendaklah menjadi sebahagian dari
harta pesaka pihak yang meninggal tersebut untuk dibahagikan
kepada waris mengikut faraid dan/atau wasiat (sekiranya ada).

7. PERSELISIHAN

7.1 Sekiranya terdapat perselisihan, perbezaan pendapat atau persoalan


yang timbul di antara pihak-pihak yang melibatkan penguatkuasaan
atau pentafsiran Perjanjian ini ia hendaklah dirujuk kepada Arbitrator
untuk perbincangan. Sekiranya pihak-pihak tidak dapat mencapai kata
putus atau penyelesaian, maka ia hendaklah ditadbir oleh Undang-
Undang Malaysia.

8. NOTIS

8.1 Sebarang notis, permintaan atau tuntutan yang dirujuk di dalam


Perjanjian ini hendaklah diserahkan oleh setiap pihak kepada pihak
yang satu lagi secara bertulis dan dianggap telah sempurna diserahkan
sekiranya ia diserahkan melalui surat berdaftar prabayar dan
dialamatkan kepada alamat terakhir pihak yang satu lagi. Notis,
permintaan dan tuntutan tersebut adalah dianggap telah diterima
pada tamatnya tempoh lima (5) hari dari surat berdaftar tersebut
diposkan.

4
9. KEBOLEHASINGAN

9.1 Apa-apa terma, syarat, peruntukan, waad atau akujanji yang


dinyatakan di dalam Perjanjian ini sekiranya menyalahi undang-
undang, terlarang atau tidak boleh berkuatkuasa di dalam satu bidang
kuasa hendaklah, tidak berkuatkuasa setakat penyalahan, larangan
atau ketidakbolehan penguatkuasaan itu manakala peruntukan yang
masih tinggal adalah masih berkuatkuasa dan tidaklah menyebabkan
terma, syarat, peruntukan, waad atau akujanji itu menjadi
keseluruhannya tidak sah di dalam bidangkuasa yang lain.

10. UNDANG-UNDANG DAN BIDANGKUASA MAHKAMAH

10.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut Undang-Undang Malaysia


dan pihak-pihak bersetuju untuk diserahkan di bawah bidangkuasa
Mahkamah Tinggi Malaya.

***************************************************
Baki Perjanjian ini sengaja ditinggalkan kosong

****************************************************

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah


menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun mula-mula bertulis di atas.

Ditandatangani oleh Muhamad Hanapi bin Jamaludin )


Yang namanya tersebut di atas )
di hadapan :- )

5
Ditandatangani oleh Muhammad Amrun bin Ruzali )
Yang namanya tersebut di atas )
di hadapan :- )

Ditandatangani oleh Mastura binti Mas'ud )


Yang namanya tersebut di atas )
di hadapan :- )