You are on page 1of 35

1

HAZIQ AZREE BIN YAZID (2013)


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1.0 PENGENALAN
Setiap hari merupakan episod baru dalam kehidupan dan kehidupan tidak dapat lari
daripada
interaksi. Ini kerana manusia memerlukan satu sama lain kerana manusia tidak dapat
hidup
sendiri. Namun, konflik sering kali timbul kerana manusia tidak mendapat apa yang
mereka
inginkan. Glasser (1998) melihat terdapat lima keperluan utama manusia yang sering
didambakan iaitu keperluan survival yang merupakan keperluan fisiologi manusia
seperti makan,
minum dan tempat tinggal. Selain itu, terdapat empat lagi keperluan yang
diklasifikasikan
Glasser sebagai keperluan psikologi iaitu kasih sayang dan dimiliki, keinginan
untuk bergembira,
keinginan untuk bebas memilih dan keinginan untuk dihargai.
Bagi membantu mereka yang dilanda konflik ini, maka perlunya kepada seorang
pembimbing yang boleh berkongsi dan mendengar segala yang dihadapi kerana pada
waktu
tersebut, individu tidak dapat berfungsi secara total. Maka, di sinilah kaunselor
perlu memainkan
peranan bagi membantu individu mencapai celik akal. Kaunselor bertindak sebagai
pembantu
dan bukannya pengarah kerana setiap individu mempunyai potensi diri dan mampu untuk
berkembang. Atas kepercayaan ini, maka kaunselor telah dilatih bagi membantu klien
dengan
kemahiran tertentu supaya sesi yang dijalankan benar-benar memberikan makna pada
klien.
Dalam sesi ini, saya sebagai kaunselor pelatih, akan cuba membantu klien yang
mengalami konflik yang berhubung dengan keinginan penghargaan kendiri. Dengan
secubit ilmu
di dada, saya akan cuba membantu klien semaksimum yang mungkin, berbekalkan
kemahiran
asas yang telah dipelajari sewaktu semester dua dan dipandu dengan Choice Theory
Reality
Therapy (CTRT). Sesi ini dijalankan sebanyak dua kali dengan harapan ia telah mampu
memberikan sokongan pada klien untuk mencapai celik akal.
Dalam penulisan ini, akan dihuraikan

proses kaunseling yang telah dijalankan secara

keseluruhan, membincangkan kemahiran-kemahiran yang digunakan serta mempersembahkan


bagaimana teori CTRT ini digunakan dalam sesi. Ia disusuli dengan diagnosis masalah
klien
berdasarkan perspektif CTRT. Akhir sekali, saya akan membuat sedikit refleksi atas
keseluruhan
2

sesi dan juga refleksi daripada klien. Semoga sesi ini dapat membantu klien untuk
berfungsi
kembali seperti sedia kala dan diharapkan laporan ini menepati kehendak penilai.

2.0 MASALAH KLIEN


Setelah tamatnya sesi pertama, saya dapat mengenal pasti masalah klien ialah
masalah
komunikasi yang menyebabkan hubungannya dengan rakan-rakan terganggu setelah
dilantik
mengendalikan sebuah program. Klien amat terkilan kerana dia tidak mendapat
kerjasama yang
baik dari rakan-rakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Klien
sebenarnya
inginkan penghargaan dari rakan-rakannya setelah mereka melantik dirinya sebagai
pengarah
program. Namun, setelah dia dilantik timbul beberapa isu yang membuatkan dia rasa
marah,
terkilan dan tertekan.
Antaranya faktor yang mendorong perasaan sedemikian dalam diri klien ialah sikap
salah
seorang rakannya yang mencabar kewibawaannya kerana cemburu dan ingin menjadi
pengarah
program. Bukan itu sahaja, rakannya ini telah banyak mempersoalkan tindakannya
serta enggan
menyokong segala usaha yang dilakukan sewaktu program berlangsung. Kedua, ramai
dalam
kalangan rakan sekelasnya, tidak memberikan kerjasama untuk menghadiri mesyuarat
dengan
pelbagai alasan malah ada yang menggelarnya beruk monyet ketika diajak menghadiri
mesyuarat. Ketiga, rakan yang dipertanggungjawabkan meminjam board tidak
melaksanakan
tanggungjawabnya hingga akhirnya klien sendiri terpaksa menyelesaikannya. Malah,
selepas
program dia tidak memulangkan board tersebut hingga pensyarahnya dimarahi oleh
dekan
fakulti.
Keempat, klien rasa kecewa kerana sewaktu program dilaksanakan ramai rakan sekelas
tidak memberikan kerjasama dan ada yang tidak hadir. Malah ada dalam kalangan
mereka yang
balik awal ke kampung walhal mereka telah sebulat suara bersetuju memilih tarikh
tersebut
untuk melaksanakan program. Kelima, pensyarah meminta klien untuk menyenaraikan
nama
mereka yang tidak melaksanakan tugasan namun dia rasa serba salah kerana khuatir
dimarahi
oleh rakan-rakan. Oleh itu, klien tidak berbuat demikian namun klien rasa terkilan
dia
dipersalahkan walhal dia tidak melaporkan nama mereka pada pensyarah. Keenam, klien
rasa
hubungannya dengan rakan yang mempersoalkannya kewibawaannya semakin renggang dan
3

dingin kerana pelbagai peristiwa. Wujud rasa dendam yang mendalam dalam diri kerana
pelbagai tohmahan yang diterima. Kesimpulannya, masalah klien adalah masalah
komunikasi
dengan rakan-rakan dan dia ingin dihargai dengan cara mendapat kerjasama semua
setelah
dilantik oleh mereka.
3.0 PROSES KAUNSELING YANG DIJALANKAN
Menurut Mizan Adiliah dan Halimaton Haliliah (1997), proses kaunseling merupakan
suatu
keadaan formal dan sistematik berdasarkan cara pengendalian kaunseling yang
melibatkan dua
pihak iaitu kaunselor dan klien. Dalam menjalankan sesi kaunseling ini, terdapat
beberapa proses
utama yang perlu dilaksanakan iaitu :
4

Penyediaan prasesi

Susulan

Membina hubungan

Penerokaan dan mengenal


pasti masalah

Penamatan

Pelan Tindakan

Membuat keputusan

Rajah 1 : Proses Kaunseling


3.1 Penyediaan pra-sesi
Dalam menjalankan sesi ini, saya telah memulakan pra-sesi dengan memberikan borang
maklumat diri serta borang persetujuan termaklum kepada klien. Hal penting bagi
mengetahui serba sedikit latar belakang klien serta mendapatkan persetujuan darinya
kerana
5

ia melibatkan etika kerahsiaan. Ia juga bertujuan bagi memudahkan sesi dijalankan


kerana
saya dapat mengetahui latar belakang klien bagi memudahkan pembinaan hubungan
rapport.
3.2 Membina hubungan
Saya cuba membina hubungan mesra dengan klien sebaik sahaja memulakan sesi pertama.
Ketika ini saya cuba berjenaka dengan bertanyakan nama yang selesa bagi klien. Bagi
saya
ini merupakan asas dalam membina hubungan rapport kerana klien akan rasa dihargai
sekiranya kaunselor mengingati namanya [00:17]. Kontak mata, senyuman dan nada
suara
juga merupakan pergerakan non-verbal yang ditumpukan bagi membuatkan klien selesa
dan
dihargai.
Seterusnya, saya telah memulakan penstrukturan dengan menerangkan sesi kaunseling
pada klien memandangkan klien tidak pernah menjalani sesi sebelum ini. Saya
menyatakan
dalam sesi ini peranan saya sebagai kaunselor yang akan mendengar curahan klien dan
segala-galanya termaktub di bawah etika kerahsiaan melainkan hal-hal yang berkaitan
dengan keselamatan klien [01:49]. Di sini, saya menyerahkan borang etika untuk
ditandatangani oleh klien sebagai bukti persetujuan. (Tujuan rakaman untuk dinilai
oleh
pensyarah).
3.3 Penerokaan dan mengenal pasti masalah
Penerokaan bermula dengan klien menceritakan bahawa dalam suatu program yang
dianjurkan oleh universiti dan beliau telah dipilih sebagai pengarah program atas
persetujuan
ramai [03:36]. Mereka juga telah berikrar bagi memberikan kerjasama sepanjang
program
berlangsung. Klien telah menceritakan terdapat tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan
selepas
program. Klien rasa amat kecewa kerana ramai rakannya yang tidak hadir ketika
mesyuarat
dilangsungkan dengan pelbagai alasan sedangkan sebelum beliau dilantik, semua telah
bersetuju untuk memberikan kerjasama.
Klien rasa geram dan marah, kerana rasa tidak dihormati sedangkan beliau boleh
menerima, sekiranya dimaklumkan secara baik. Klien juga rasa kurang selesa kerana
ada
seorang rakannya yang langsung tidak memberikan komitmen dengan memberikan pelbagai
alasan malah mengejeknya. Bukan itu sahaja, menurut klien dia diancam dengan kata-
kata
6

berbaur ugutan dan mempersoalkan kemampuannya [0:18]. Klien sedar rakannya itu
cemburu kerana rasakan yang dia lebih layak mengendalikan program tersebut namun
tidak
mendapat sokongan ramai kerana tidak lagi dipercayai. Ini kerana sebelum ini
rakannya itu,
pernah gagal dalam mendapatkan pengangkutan hingga program mereka terpaksa
dibatalkan
sedangkan pada waktu itu semua telah membawa beg untuk bertolak.
Kemudian, saya meminta penjelasan klien sama ada sikap seorang rakannya ini
menyebabkan klien rasa tidak berpuas hati dengan semua rakan sekelas [10:22].
Namun,
klien menyatakan rakan yang lain melaksanakan tugas namun dari segi penglibatan dan
kualiti kerja sahaja yang kurang memuaskan. Klien menyatakan dia masih kurang
berpuas
hati dengan seorang rakan yang dimaksudkan kerana baru-baru ini, rakan tersebut
mempersoalkan wang yang dikutip sedangkan ia telah digunakan untuk program tersebut
seperti makanan dan cenderahati. Ini membuatkan klien lebih marah kerana bukan
sahaja
tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan malahan mempersoalkan tanpa
usul
periksa.
Saya bertanyakan perasaan klien terhadap persoalan dilemparkan. Klien rasa tindakan
tersebut kurang ajar baginya [14:55]. Bukan itu sahaja, rakan tersebut enggan
bertanggungjawab malah memerli klien. Klien dikonfrantasi sama ada dia melupakan
rakan
tersebut hingga dia rasa diabaikan [15:38]. Klien menyatakan bukan tanggung
jawabnya
untuk mengerahkan setiap perkara. Saya juga meneroka cara yang dilaksanakan klien
untuk
berbaik dengan rakannya. Klien menyatakan dia pernah bertanya melalui we-chat namun
dia
diperli oleh rakan tersebut.
Klien telah memohon untuk mencurahkan perasaannya untuk menceritakan mengenai
seorang lagi rakannya yang membuat kerja last minute. Klien rasa terkilan kerana
ketika
sehari sebelum program, rakannya menyatakan board belum dapat dipinjam hingga
akhirnya
dia terpaksa melakukannya sendiri. Klien mendapat tahu bahawa rakannya itu
bermasalah
dengan teman wanita. Klien menyatakan rasa tidak berpuas hati dan menganggap
tindakan
tersebut tidak profesional.
Seterusnya, klien menyambung terdapat lagi seorang rakannya yang tidak menghadiri
mesyuarat sedangkan dia telah menghantar pesanan ringkas kepada semua. Klien juga
7

terkejut kerana rakannya membalas binatang beruk. Klien juga menambah bahawa dia
kurang berpuas hati dengan hasil kerja rakan-rakannya. Selanjutnya, klien berkongsi
bahawa
ketika program berlangsung ramai yang tidak menghadiri forum dengan pelbagai alasan
hingga pensyarahnya berasa berang.
Saya telah merumuskan terdapat empat masalah utama klien. Pertama, rasa tidak
berpuas
hati dengan rakan yang mencabar kewibawaannya. Kedua, rakan yang tidak melaksanakan
tanggungjawabnya untuk meminjam board. Ketiga, ada rakan yang disuruh menghadiri
mesyuarat namun sering tidak hadir dan terakhir ramai dalam kalangan rakannya tidak
hadir
ketika program dijalankan.
Saya, merasakan klien begitu stress dengan situasi yang dihadapi. Maka, saya terus
meneroka masalah yang seterusnya bagi membolehkan klien meluahkan perasaannya.
Klien
menyambung, ketika pameran berlangsung ramai dalam kalangan rakan-rakannya tidak
bertugas dan pulang ke kampung, sedangkan mereka sepatutnya menjalankan
tanggungjawab
[22:48]. Klien meneruskan bahawa setelah selesai program rakannya tidak memulangkan
board hingga menyebabkan dia dimarahi oleh pensyarahnya.
Saya meneroka, sama ada pensyarah menyalahkan klien atau tidak namun klien
menyatakan pensyarah tahu dia telah melaksanakan tanggungjawabnya. Namun, menurut
klien, pensyarahnya rasa kecewa dengan program yang dilaksanakan. Saya simpulkan
bahawa masalah yang berlaku adalah sebelum, semasa dan selepas program. Kemudian,
saya
meneroka hubungan klien selepas program. Klien menyatakan dia tidak mahu mengambil
peduli namun dia masih rasa masih rasa kurang berpuas hati dengan rakan yang
mempersoalkan tanggungjawabnya. Klien kemudiannya, dipanggil oleh pensyarah namun
dia
rasa serba salah untuk melaporkan nama mereka yang tidak melaksanakan
tanggungjawab.

Saya telah merumuskan bahawa masalah klien adalah masalah berkaitan komunikasi
dengan rakan-rakan yang mempengaruhi hubungan mereka. Saya meneruskan penerokaan
sejauh mana hubungan dengan rakan yang sering mempersoalkan kemampuannya. Klien
menyatakan hubungannya kian tawar kerana tidak lagi banyak bercerita bersama dan
rasa
wujud kejanggalan. Klien rasa terkilan kerana dipandang rendah dan sukar melupakan
apa
8

yang dilakukan padanya. Klien menganggap segala yang berlaku memberikan pengajaran.
Klien menyatakan dia menunggu untuk post-mortem yang akan dilaksanakan bagi melihat
sejauh mana mereka membela diri.
Saya telah menyimpulkan masalah yang berlaku adalah masalah hubungan dengan
rakanrakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Sikap beberapa
individu dilihat
merupakan punca utama klien rasa amat terkilan khususnya apabila ada yang mencabar
kewibawaannya.
3.4 Membuat keputusan
Pada sesi sebelum ini, klien ada menyatakan bahawa dia malas untuk memikirkan soal
rakanrakannya selepas program berakhir kerana baginya yang lepas biarlah lepas.
Walau
bagaimanapun, kelihatan ada unfinished business dalam diri klien khususnya dengan
rakan
yang mencabar kewibawaannya. Ini terbukti melalui kenyataan klien dalam sesi
pertama
yang menyatakan bila di ajak ke rumah rakannya dia rasa malas, tindak berbual lagi
dengan
rakan tersebut dan hanya bercakap pada perkara yang perlu sahaja. Dalam hubungan
dengan
rakan-rakan yang lain, klien sedar ketegangan yang wujud dan cuba mengajak
rakanrakannya berbincang namun mereka menolak dengan alasan tiada apa yang perlu
dibincangkan.
Walau bagaimanapun, dalam sesi kedua ternyata keputusan klien berubah setelah satu
perjumpaan diadakan oleh pensyarahnya. Pada pertemuan tersebut pensyarah telah
memanggil mereka untuk meluahkan perasaan. Antara yang dipanggil adalah dari
kalangan
mereka yang diceritakan oleh klien. Pada awalnya mereka menolak untuk meluahkan
perasaan namun setelah dipaksa tampil ke hadapan. Mereka telah memohon maaf atas
tidak
memberikan bekerjasama sewaktu program dijalankan.
Saya meneroka adakah ini yang dimahukan oleh klien? Klien ternyata bersetuju dan
mengatakan bahawa inilah kehendaknya. Dia menyatakan dia berasa puas kerana mereka
mengaku segala kesilapan yang dilakukan, begitu jua dengan diri klien. Hasilnya,
klien nyata
mengubah keputusan daripada membiarkan hubungan dingin tersebut dengan melepaskan
segala yang dendam yang dipendamkan selama ini hingga membuatkannya kembali ceria.
Klien juga telah mengambil keputusan untuk berbaik-baik semula dengan rakannya dan
9

mereka telah bersetuju untuk mengadakan riadah di sungai sebagai usaha mengeratkan
lagi
hubungan persahabatan mereka.

3.5 Pelan Tindakan


Saya juga telah mengajak klien untuk memikirkan pelan tindakan sekiranya dia
dilantik
semula menjadi pengarah program. Hal ini bertujuan bagi mempersiapkan klien untuk
berhadapan dengan situasi yang sama kelak.
Menurut klien, merasakan dia perlu menyediakan rancangan tambahan seperti pelan A
dan B atau lebih banyak lagi. Misalnya, klien menyatakan mungkin dia perlu menukar
ahli
kumpulan dengan meletakkan beberapa individu yang boleh diharapkan dalam satu-satu
kumpulan dan juga menukar bahagian yang digemari oleh ahli.
Klien juga telah diajak untuk menilai semula sama ada kekurangan pengalaman sebagai
salah satu faktor pimpinannya sebagai pengarah program kurang mendapat sambutan.
Menurut klien pengalamannya memang kurang dan ini merupakan kali pertama dia
menjadi
pengarah program. Program ini juga telah memberikan klien satu pengalaman untuk
berinteraksi dengan orang lain dan mengendalikan ahli kumpulan. Berdasarkan
kenyataan ini
jelas klien sendiri mengakui kelemahan dirinya, yang merupakan salah satu faktor
kegagalan
program ini berjalan seperti yang diharapkan.
Maka, saya telah mengajak klien untuk berbincang bagaimana rancangannya untuk
memperbaiki kelemahan yang ada. Menurut klien, antara kelemahannya yang dikatakan
oleh
rakan-rakan adalah dia terlalu berlembut dalam memberi arahan. Pada klien, dia
tidak mahu
memarahi rakan-rakannya, namun akhirnya rakan-rakannya tidak menghormatinya.
Klien menyatakan bahawa dia perlu belajar bagaimana untuk menjadi tegas dan dalam
masa yang sama tidak menyakiti hati orang lain. Saya telah meminta penjelasan
kenyataan
klien ini bagi mendapatkan apa yang dimaksudkan oleh klien. Menurut klien,
contohnya bila
ingin mengarahkan mereka bekerja, dia perlu menetapkan satu due date untuk
melaksanakan
tanggungjawabnya. Ini kerana pada program tersebut, dia tidak menetapkan masa
hingga
rakan-rakan lupa akan tanggungjawab mereka. Justeru, klien rasakan dengan
menetapkan
tarikh misalnya, seminggu sebelum program berlangsung semua hendaklah membentangkan
hasil kerja masing-masing. Dengan itu segala kelemahan akan dapat diatasi bersama
dan
bukannya dengan cara marah-marah.
10

Klien juga ditanya sama ada dirinya bermuhasabah diri. Klien menyatakan bahawa
mungkin dia perlu lebih bersabar dan berfikiran positif. Klien juga menyatakan
bahawa dia
perlu menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu kerana dikhuatiri dia menyalahkan
sedangkan rakannya ada hal peribadi ketika program berlangsung. Selain itu, dengan
mendekati rakan-rakannya dia dapat mengenal peribadi rakan-rakan dan hubungan
rapport
mungkin akan memudahkan dia mendapat sokongan daripada rakan-rakannya.

3.6 Penamatan
Klien bersetuju untuk menamatkan sesi kerana baginya masalah berkaitan program ini
telah
berakhir dan hubungan dengan rakan-rakannya telah pun pulih. Di akhir sesi klien
sedar
bahawa malah dalam program ini lebih kepada miss communication. Klien juga sedar
bukan
sahaja rakan-rakannya sahaja yang perlu dipersalahkan malahan dia sedar bahawa
terdapat
kelemahan dalam kepimpinannya khususnya disebabkan oleh kurangnya pengalaman dalam
mengendalikan sesuatu program. Dengan ini unfinished business klien telah dapat
diselesaikan dan klien merasakan lega dan tidak lagi kelihatan tertekan.

3.7 Susulan
Saya telah memaklumkan pada klien sekiranya dia memerlukan saya untuk berbincang
mungkin dia boleh berhubung dengan saya sebagai susulan. Setakat ini klien rasa
kehidupan
nya berjalan seperti biasa.
11

4.0 KEMAHIRAN ASAS YANG DITERAPKAN


4.1 Sesi Pertama
Kemahiran
Unsur Humor

Masa
00:19

Dialog
Haziq Azree, nak cikgu panggil, Haz ke, ree?
Panggil Ziq je sebab ramai kawan panggil ziq.
Betul lah cikgu cakap tadi?
Haha

Soalan Terbuka

00:42

Sebelum ini, ziq pernah datang ke sesi kaunseling?


Tidak, pernah ini kali pertama buat sesi kaunseling.

Membina

00:55

Kalau, begitu cikgu terangkan sedikit berkenaan sesi kaunseling ini. Ia

Penstrukturan

melibatkan kita berdua..

Peranan

Cikgu sebagai kaunselor akan berperanan mendengar segala yang Ziq

Kaunselor

nak cerita kan pada hari ini.

Peranan Klien

Ziq boleh menceritakan soal diri Din atau perkara yang mengganggu
Ziq.

Etika

Tetapi, ia terletak di bawah etika kerahsiaan di mana cikgu tidak akan

Kerahsiaan

memaklumkan pada sesiapa, walau bagaimanapun jika ia melibatkan


keselamatan Ziq, mungkin cikgu perlu memaklumkan pada pihak yang
berkenaan.
06:10

Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak
pernah minta maaf. Lepas tu macam tak tahulah malah kadang-kadang
dia ni macam mengejek macam dia cakap, tengoklah kau nanti tahulah
kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang bukan
nak bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam
mengejek pula, macam saya tak tahu nak buat tugas.

Membuat

Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan

parafrasa

kemampuan Ziq
8: 38

Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq
tidak berpuas hati dengan rakan-rakan lain yang tak datang, yang
keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan juga kerana rakan Ziq
12

mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah


Minta

program itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan

Penjelasan

Ziq rasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain
ataupun dia sebenarnya punca?
Rasanya tidak kawan-kawan lain ada juga yang membantu. Rasanya
kawan yang lain ok, cuma penglibatan mereka sahajalah kawan saya
yang lagi seorang ini memang saya rasa tidak berpuas hati dia tidak
hadir dalam program tu

Refleksi Isi

09:56

So, masalahnya sekarang Ziq rasa tidak berpuas hati dengan rakan Ziq
seorang ni?

12: 27

Dekat situ dia komen saya tiada dalam senarai di atas, jadi dia tak perlu
buatlah report tu.. Bagi saya macam kenapa dia ni, kenapa perlu cakap
macam tu..saya tiada dalam senarai buat report dalam slide show. Dia
cakap dia tak terlibatpun

Dorongan

12:36

Aaha

Minimum
Saya rasa geramlah, malas nak gadohkan, dia cakap macam perli
lah..macam dia anggap program ini tidak berjaya sebab itulah bila minta
dia buat post mortem untuk program ini pun dia tak nak buat!
Konfrontasi

13:25

Tapi adakah Ziq meninggalkan nama dia dalam program itu?

19:33

Kebanyakannya saya tidak berpuas hati dengan kerja dia oranglah,


macam dia orang melambat-lambatkan kerjalah..tak tanya dahulu, apa
yang perlu dibuat, kalau tak tahu tanyalah balikkan, ada yang buat tugas
bagus, ada yang setengah macam lasi minit nak buat jadi kerja
terbengkalai. Paling saya kecewa masa forum, pensyarah jemput seperti
hospital Slim River. Sepatutnya satu kelas kena pergi tapi hanya dalam
10 orang yang hadir. Jadi pensyarah macam kecewa padahal dah
diberitahu sejak awal lagi nak buat program lagi, bersetuju tak tarikh tu.
Tapi ada sahaja alasan tapi still tak boleh beri komitmen.

Refleksi
Perasaan

20:56

Jadi, situasi itulah membuat Ziq terkilan..


13

Kesimpulan

21:00

Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada
masalah dengan rakan pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada

Kecil

rakan din yang buta tak tahu, suruh pinjam board tapi tak pinjam.
Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga. Keempat,
sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang.
27:00

Selepas program tu, saya rasa dah lepas biarlah yang lepas dah tak ambil
kisah harap jadi pengajaran lecturepun macam sedih. Hubungan Ziq
dengan kawan-kawan ok. Cuma dengan kawan Ziq yang seorang yang
suka mengejek tu jelah Ziq rasa tak puas hati dengan dia. Ada seorang
kawan perempuan mengadu pada lecture yang dia tak buat kerja.
Lecture tanya dia buat kerja tak. Ziq pun cakap lah dia cakap tapi tak
buat. Lepastu Ziq cakaplah macam dia orang buat kerja sedikit pun Ziq
kata buat kerja. Tak nak lah memburukkan lagi rakan sebab semua tu
markah. Markah itu pun 10 dia orang akan tentukan sendiri berapa yang
dia rasa penglibatan dan 10 markah lecture bagi.

Refleksi

27:52

Nampaknya, lepas program ni lecture ada follow-up, tanya siapa tak


buat kerjakan. Ziq pun, bila nak bagi respons pun Ziq rasa serba salah..

Pengalaman
31:52

Jadi pengarah program ini mungkin dapat mematangkan Ziq untuk kenal
orang tu, perangai dia macam mana, macam mana nak handle program
dengan perangai kawan yang ada macam ni lepas ni. Macam ada yang
tak nak buat kerja

Parafrasa

Kira, dengan program ni Ziq dah dapat kenal hitam putih perangai
rakan-rakan Ziq.

Kesimpulan

Kesimpulannya, cikgu simpulkan bahawa dalam program ini adalah

Besar

masalah dengan rakan-rakan, sebelum, semasa dan selepas program


dilaksanakan, ada tiga peringkat. Ada beberapa individu yang
menyebabkan Ziq rasa lebih terkilan yang cuba mengejek dan mencabar
kewibawaan Ziq dalam memimpin program itu. Pada sesi berikutnya,
Ziq nak tengok balik sejauh mana mereka nak buktikan mereka nak buat
kerja untuk post-mortem yang dilaksanakan.
14

4.2 Sesi Kedua


Kemahiran
Penstrukturan

Masa
01:00

Dialog
Terlebih dahulu ingin saya terangkan apa yang kita buat pada sesi

Ringkasan sesi

terdahulu.. Ziq dah ceritakan ada empat masalah utama yang semuanya

pertama

berkaitan dengan program. Pertama, ada dalam kalangan rakan-rakan


din yang mencabar kewibawaan Ziq sebagai pengarah program. Ramai
dalam kalangan rakan-rakan Ziq enggan memberikan kerjasama
sewaktu program berlangsung. Ketiga, ada rakan Ziq yang mencari
alasan masalah dengan teman wanita menyebabkan dia tidak dapat
menjalankan tanggungjawab meminjam board. Keempat, ada rakan Ziq
yang tidak memulangkan board selepas program yang menyebabkan
lecture marah.
2-3 minggu lepas tu mungkin ada rakan-rakan perempuan yang
mengadu pada pensyarah bahawa dia tidak berikan kerjasama pada
program tu, pada minggu lepas pensyarah panggil kami satu
perjumpaan. Pada perjumpaan pensyarah menyuruh semua rakan-rakan
meluahkan apa yang terbuku dalam hati masing-masing. Pensyarah
suruh orang yang saya katakan haritu meluahkan seorang demi seorang
meluahkan isi hati. Pada mulanya mereka tidak mahu keluar tetapi
pensyarah memaksa seorang demi seorang tampil ke hadapan. Salah
seorang rakan yang saya beri tahu keluar. Dia minta maaf dia mengaku
dia buat salah. Namun, masih ada lagi yang dia nak pertahankan
contohnya, dia kata kita tidak boleh menilai dari mula pekerjaan
bukannya daripada awal sahaja. Sebab ada yang mengadu tentang dia
tak buat kerja. Jadi, dia pun rasa kecewa dan minta maaf atas silap dia.
Ada rakan lain ada aktiviti lain dan hanya beritahu pensyarah dan dia
minta maaf dan dia mengaku salah. Dia minta semua bersatu balik dan
setiap orang menyatakan kami semua minta maaf dan akan
bekerjasama selepas ini.
15

Parafrasa/

5: 45

Apa yang cikgu faham, pensyarah berikan satu peluang untuk semua
meluahkan isi hati. Adakah ini yang din mahukan?

Kemahiran
Berfokus
Soalan Terbuka/ 07:19

Maksudnya dah lega dalam hati Ziq. Masa awal program apa kehendak

K. berfokus

Ziq yang sebenar?


7:42

Mungkin harapan Ziq terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja
Cuma din yang mengarah tapi sebaliknya bila Ziq tanya dah proceed
belum tapi dia orang cakap tak boleh nak pinjam dan banyak kali din
beritahu proses ni. Last-last Ziq kena buat kerja. Mungkin Ziq terlalu
meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja.

Refleksi

08:38

Apa yang cikgu nampak Ziq meletakan harapan yang tinggi untuk
mereka melaksanakan tanggungjawab mereka namun apa yang berlaku

Pengalaman

sebaliknya.
Adakah Ziq memainkan peranan sebagai ketua?

Kemahiran
Berfokus

Kesimpulan kecil 10:36

Apa yang cikgu faham, Ziq tahu tanggungjawab Ziq dan Ziq harap
rakan-rakan tahulah tanggungjawab mereka. Sekiranya Ziq dilantik
menjadi pengarah program pada masa akan datang apa yang Ziq akan
buat?
Bila Ziq tanya kebanyakan kawan-kawan Ziq cakap Ziq terlalu lembut
bercakap dengan dia orang mungkin Ziq terlalu lembut dan tak terlalu
tegas itulah kelemahan Ziq.

K. Berfokus

13:00

Sepanjang program ini apa kelemahan Ziq sebagai ketua?

Memberi
14:00

Ok, bagus! Apa yang cikgu nampak Ziq cuba bertanya kawan-kawan

dorongan/

apa kelemahan diri Ziq sendiri dan Zin rasakan elemen ketegasan tu

Parafrasa

kurang dalam diri Ziq.


14:10

Minta penjelasan 14:16

Mungkin kena tegas tapi tak menyakiti hati orang lain


Apa yang Ziq maksudkan dengan tegas dan tak menyakiti hati orang
lain?

15:13

Lepas ni Ziq kena tegas dengan cara tetapkan tarikh seminggu sebelum
16

program dah kena siap dah bukan dengan cara marah-marah


Urutan Logik

15:43

Apa yang cikgu nampak Ziq dah nampak satu perkara yang Ziq kurang
seorang ketua perlu letak satu waktu untuk ahli mempersembahkan
tanggungjawab.

K. Berfokus

16:00

Ada lagi tak planning masa hadapan untuk memperbaiki diri Ziq?

16:15

Rasanya
Kaunselor diam seketika..

Kesenyapan

Pelan lain lagi ya


Pendedahan

16:32

Ziq ada muhasabah diri?

Kendiri/
Mengatasi
kesenyapan
Saya kena siasat dahulu perkara yang sebaliknya, mungkin Ziq kena
kenal peribadi dan kenal rakan-rakan punya peranan
Kesimpulan kecil 17:23

Apa yang cikgu nampak, ada perkara Ziq tertinggal. Mungkin Ziq perlu
bertanya jika ada masalah lain dan kedua mungkin dengan mengenal
rakan lebih dekat mungkin Ziq lebih faham.

28:42

Adakah Ziq benar-benar lega? atau masih terngiang-ngiang?


Din rasa dah lega mungkin dengan aktiviti luar bersama dapat
mengeratkan lagi. Mungkin benda yang dah lepas perlu dibuang

Kesegeraan

29:30

Maksudnya Ziq nak buka buku barulah..

Rumusan Besar

29:33

Berdasarkan apa yang Ziq kongsikan dengan cikgu pada hari ini, cikgu
dapat lihat pertama, rupanya Ziq sedar sebagai pengarah program
bukan sahaja rakan-rakan Ziq ada kelemahan tetapi Ziq juga ada
kelemahan yang perlu diperbaiki mungkin kerana kurang pengalaman
kepimpinan Ziq dipersoalkan. Ziq juga mungkin perlu bersifat tegas
dan kreatif. Mungkin sepanjang program Ziq sedar Ziq perlu lebih
bersabar maklumlah sebagai seorang laki remaja biasa cepat marah.
Walau bagaimanapun Ziq dah muhasabah diri untuk berubah.

Penstrukturan

30:33

Cikgu ucapkan terima kasih kerana sudi datang bersama cikgu dan
ingin cikgu tekankan lagi kita masih tertakluk di bawah etika
17

kerahsiaan yang mana ia akan dirahsiakan oleh cikgu.


Persetujuan

30:45

Setakat ini sahajalah sesi kita, atau Ziq perlu sesi yang lain?

bersama
Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak
ucapkan terima kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang
saya rasa dan dapat suatu input dari cikgu dan cikgu membantu saya
untuk memahami orang lain.
Memberi

31:16

kadang-kadang dalam keadaan emosi, mungkin kita tak nampak.

galakan
Susulan

Cikgu rasa Ziq sebenarnya ada kebolehan itu mungkin, bila kita

31:29

Insya-Allah kita boleh berhubung lagi dan sekiranya ada apa Ziq boleh
hubungi cikgu.

5.0 ANALISIS PSIKOLOGI BERDASARKAN TEORI CTRT


Dalam menjalankan sesi kaunseling bersama klien ini, saya telah memilih untuk
menganalisis
klien berdasarkan perspektif teori CTRT. Sepanjang sesi pertama ini, setelah
penerokaan dibuat
dengan begitu mendalam, klien dilihat bermasalah kerana dia tidak mendapat apa yang
diimpikan iaitu dia mengharapkan rakan-rakan yang melantiknya sebagai pengarah
program
memberikan kerjasama sepanjang program dijalankan.
Hal jelas menunjukkan needs klien adalah inginkan penghargaan dari rakan-rakannya
setelah dia diberikan power sebagai pengarah program. Glasser (1998) menjelaskan
kebanyakan
individu mencari power seperti kehendak untuk menang, mengejar apa yang kita
hendak,
melaksanakan sesuatu mengikut cara kita, mengarah orang lain apa yang perlu
dilaksanakan dan
melihat mereka melaksanakannya dan melaksanakan apa yang kita rasakan bagus. Dalam
hal ini
klien ternyata inginkan power kerana dia apabila ditanya kehendaknya yang sebenar
klien
menyatakan bahawa :
Mungkin harapan Din terlalu tinggi untuk semua orang buat kerja Cuma Din yang
mengarah, tapi sebaliknya bila Din tanya dah proceed belum tapi dia orang cakap tak
boleh nak pinjam dan banyak kali Din beritahu proses ni. Last-last Din kena buat
kerja.
Mungkin din terlalu meletakkan harap tinggi untuk dia orang buat kerja. [7:42/
sesi2]
18

Berdasarkan kenyataan klien, jelas menunjukkan klien inginkan rakan-rakannya


melaksanakan apa yang telah diarahkan sepanjang program tersebut dan dia ingin
melihat apa
yang diarahkan dilaksanakan sebaiknya. Namun, apa yang berlaku sebelum, semasa dan
selepas
program dia berhadapan dengan konflik yang hebat kerana rakan-rakannya tidak
memberikan
kerjasama seperti tidak hadir ke mesyuarat, tidak melaksanakan tugas meminjam dan
memulangkan board, tidak hadir sewaktu program dengan pelbagai alasan hingga ada
yang
pulang ke kampung, malah ada juga yang mempersoalkan kepimpinannya. Hal ini telah
menyebabkan konflik yang amat hebat dalam diri kerana dia rasa tidak dihargai
hingga dia rasa
tidak berpuas hati, marah, geram dan terkilan hingga wujud tekanan dalam diri.
Segala-galanya,
hanya terungkai apabila rakan-rakannya meminta maaf dan mengaku kesalahan mereka.
Hal ini
jelas dinyatakan oleh Glasser (1998) bahawa kebanyakan manusia akan berusaha keras
untuk
mencapai kekuatan power walaupun terpaksa menjatuhkan orang lain. Namun, dalam hal
ini
klien bukanlah ingin menjatuhkan orang lain tetapi dia inginkan pengakuan terhadap
power yang
dimiliki sudah cukup untuk melegakan hatinya.
Selain itu, jika ditinjau masalah klien dari terminologi Real World dan Quality
World
pula, timbul konflik kerana Quality World klien inginkan semua rakan-rakannya
menghargai dan
menghormatinya sebagai ketua dengan melaksanakan segala arahan yang telah diberikan
sebagai
pengarah program. Namun, dari segi Perceive World klien dia rasa kecewa, marah,
sedih,
terkilan dan stress kerana dalam Real World, ternyata rakan-rakannya tidak
melaksanakan arahan
seperti yang diingini dalam Quality World.
Kesannya telah mempengaruhi Total Behaviors klien merangkumi aspek tindakan,
pemikiran, perasaan dan fisiologi klien. Glasser (1990) dalam Sharf (2012)
menggambarkan
bahawa tingkah laku menggunakan diagram kereta. Dalam analoginya ini, keperluan
asas
(needs) iaitu mandiri, dikasihi dan pemilikan, kekuasaan, kebebasan dan keseronokan
manusia
diumpamakan sebagai enjin kenderaan. Kereta ini dipandu oleh kehendak manusia, roda
belakang sebagai perasaan dan fisiologi. Bahagian ini kurang dikawal stereng tidak
seperti
bahagian roda hadapan yang dikawal oleh perbuatan dan pemikiran. Perbuatan dan
pemikiran
inilah yang akan menentukan tingkah laku.
19

Rajah 2 : Model kereta Glasser


Jika dirungkai masalah klien berdasarkan terminologi ini, sepanjang program ini
klien
telah dipandu kehendak untuk memberikan yang terbaik sebagai pengarah program
(power)
kerana inilah merupakan program pertama yang dilaksanakan olehnya. Perbuatan klien
dengan
memberikan arahan ini umpama tayar hadapan. Klien sering berfikir cara untuk
memastikan
agar setiap rakan yang terlibat untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah
diberikan sebaik
mungkin. Namun, klien rasa kecewa, marah, geram dan terkilan kerana mereka tidak
melaksanakan tanggungjawab seperti yang diharapkan. Akhirnya ia mempengaruhi
fisiologi
klien sehingga dia kelihatan stress.
Justeru, bagi mengubah situasi ini pada masa akan datang klien telah diajak untuk
menilai
(E) kembali tindakannya sebagai pengarah program. Menurut Glasser (1998) kunci
untuk
mengubah tingkah laku adalah mengubah perbuatan dan pemikiran terlebih dahulu
kerana emosi
dan tindak balas fisiologi akan turut berubah. Dalam hal ini, klien telah
didiagnosis bagaimana
untuk dia mengubah arahan yang diberikan dalam cara yang lebih berkesan. Hal ini
kerana
klien sendiri sedar sebagai pengarah program dia rasakan arahan yang diberikan
kurang
dihormati kerana kurang tegas dan kurang jelas. Klien telah merancang sekiranya dia
diberikan
peluang untuk memegang jawatan sebagai pengarah program dia perlu memberikan arahan
yang
lebih baik. Misalnya, meletakkan due date untuk melihat proses dijalankan oleh ahli
serta lebih
tegas untuk ahli melaksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu, fikiran klien akan
lebih tenang
sekiranya semua ahli faham atas arahan yang diberikan.
20

Dengan itu, klien akan rasa gembira dan tidak stress jika sekiranya ia dijalankan
seperti
yang diharapkan. Kerjasama rakan-rakan akan membuatkan klien rasa dihargai dan
needs power
tercapai. Perubahan ini juga difokuskan pada internal control klien kerana
perubahan dalam diri
adalah lebih mudah berbanding mengubah orang lain. Dengan ini barulah klien dapat
mencapai
identiti berjaya.
6.0 APLIKASI TEORI KAUNSELING YANG DIJALANKAN
Dalam menjalankan sesi kaunseling bertunjangkan teori CTRT ini, terdapat empat
prosedur
wajib yang perlu dilaksanakan iaitu kehendak, keinginan (want), mengenal arah tuju
klien
(direction), penilaian (evaluation) dan pelan bertindak (planning). Berikut
merupakan aplikasi
WDEP yang telah dijalankan sepanjang sesi ini dilaksanakan.
Kemahiran

Sesi

Masa

Dialog Kaunselor

04:25

Sepatutnya, dah lantik Ziq menjadi pengarah program ikutlah arahan


din. Adakah begitu Ziq? Namun yang berlaku sebaliknya?

07:25

Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar?

06:12

Maksudnya, Ziq terkilan bila rakan mempersoalkan kemampuan


Din?

05:27

Maksudnya, Ziq paling kecewa apabila ada seorang rakan din tidak
memberi komitmen?

1
09:00

Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa
tidak berpuas hati dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain
ataupun dia sebenarnya punca?(dia punca tak puas hati)

11:36

Apa perasaan Ziq bila rakan mempersoalkan tindakan Ziq?

29:00

Adakah hubungan dingin Ziq dan rakan yang mengejek itu,


berlanjutan hingga luar program?

26:23

Bagaimana hubungan Ziq dengan rakan-rakan selepas program itu?

30:31

Ada rasa terkilan dalam diri Ziq. Adakah terjejas nya hubungan Ziq
dengan dia mempengaruhi kehidupan seharian Ziq?
21

11:17

Adakah lecture menyalahkan Ziq? Atau seluruh ahli kelas?

08:35

Apa yang cikgu nampak, Ziq sebenarnya meletakkan harapan yang


tinggi supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka
namun apa yang berlau sebaliknya. Tapi Ziq, adakah Ziq rasa Ziq
memainkan peranan sebagai ketua?

11:56

Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia


dengan pelan-pelan tambahan?

13.00

Din anggap segala kelemahan tu, mungkin ada serba sedikit dengan
diri din sendiri. Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq
sebagai pengarah program?

14:14

Macam mana dengan tegas dan tak menyakitkan hati orang lain?
Ada dua perkara cikgu nampak di situ..

15:00

Apa yang cikgu nampak ada dua perkara. Pertama, din kurang
ketegasan dalam masa yang sama nak jaga hati kawan-kawan din.
Kedua, seperti yang Ziq cakap Ziq perlu letak due date pada ahli
kumpulan. Ada lagi plan nak baiki diri Ziq? Ada Ziq muhasabah
diri?

20:02

Apa yang cikgu nampak din banyak bercakap soal ego. Ziq rasa
adakah diri din yang ego atau rakan din?

P
2

10:44

Apa yang Ziq faham din sebagai pengarah program faham


tanggungjawab

din

dan

din

harapkan

rakan-rakan

faham

tanggungjawab mereka. Jadi bila berlaku kejadian sebegini, jika


pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa
yang din akan buat?
22

7.0 REFLEKSI
7.1 Kaunselor
Sebelum saya memberikan refleksi izinkan saya menyatakan terlebih dahulu bila
rakaman sesi
pertama dibuat dan sesi kedua. Ketika sesi pertama dibuat adalah pada 19 April 2013
dan sesi
kedua adalah pada 21 Mei 2013. Tarikh pelaksanaan sesi ini amat penting kerana
setiap
perbezaan tarikh ini membezakan proses pengetahuan yang saya berkenaan teori.
Maksudnya,
pada sesi pertama saya melaksanakan sesi tanpa kefahaman yang jelas mengenai teori
kerana Dr.
Jazimin hanya mengajar CTRT pada 28 Mac 2013 hanya untuk mengenal teori dan belum
aplikasi. Oleh itu, setelah hampir 10 kali melihat sesi pertama dan berulang-ulang
khususnya
ketika membuat tugasan ini baru saya sedar tidak banyak unsur CTRT yang saya
masukkan
melainkan Doing and direction (D), khususnya perasaan klien.
Pada masa tersebut, saya merasakan sesi pertama perlu fokus pada Needs (W) dan
Doing
klien (D) sahaja kerana terlalu bimbang dengan kelemahan kaunselor CTRT yang
dinyatakan Dr.
Jazimin iaitu terlalu ingin cepat hingga silap mencari klien sebenar. Namun,
setelah berbincang
dengan Cik Faizura, dan Dr. Jazimin sendiri telah menonton rakaman dan memberikan
komen
terhadap sesi saya, terdapat satu teguran yang sama iaitu kurang fokus pada
klien. Pada
mulanya saya kurang faham apa yang tidak berfokus? Bagaimana untuk fokus? Kini baru
saya
sedar, untuk fokus pada klien ialah dengan menggunakan jantung CTRT iaitu
evaluation (E).
Jika dilihat kembali sesi yang pertama, seolah-olah menyerupai PCC kerana saya
melayan sahaja
cerita klien. Walau bagaimanapun, layanan saya juga banyak meneroka (D) iaitu total
behaviors
A-T-F-P khususnya pada bahagian perasaan klien seperti rasa terkilan, marah dan
tidak berpuas
hati. Seharusnya, untuk lebih cantik Dr. Jazimin mengatakan perlu evaluation pada
bahagian
tertentu. Contohnya :

Apa perasaan anda ketika itu?

Adakah awak rasa dia patut faham perasaan awak?

Inilah yang dikatakan evaluation dan barulah saya faham setelah Dr. Jazimin berkata
demikian. Maka, balik daripada kelas tersebut saya telah membuka kembali Modul
kaunseling
kelompok CTRT untuk melihat apa yang dimaksudkan evaluation. Sebenarnya ada 20
jenis
evaluation yang boleh digunakan menurut Wubbolding dan Ahmad Jazimin (2005) dalam
23

Ahmad Jazimin (2012). Bermula di sinilah saya mula mengenal cara mengendalikan
kaunseling
berdasarkan CTRT yang sebenar.
Walau bagaimanapun, sesi pertama saya bukanlah sia-sia kerana banyak yang saya
pelajari. Bermula dengan penstrukturan, saya dapat membina dengan baik namun saya
rasa
kesilapan utama saya ialah terlupa menyatakan sesi selama 45 minit. Namun, Cik
Faizura
memaklumkan tidak semua perlu dibuat pada awal sesi. Sekiranya teringat saya boleh
menambah pada mana-mana bahagian sesi. Ini merupakan idea baru buat saya dan saya
rasa ini
adalah fleksibiliti yang perlu dimiliki kaunselor berkemahiran tinggi. Kemudian,
beberapa
masalah teknikal seperti tidak perlu nampak muka klien dan borang sesi sepatutnya
diserahkan
semasa pra-sesi merupakan antara aspek yang perlu saya baiki.
Dalam sesi pertama ini juga ada beberapa kekuatan yang masih boleh saya banggakan
sebagai semangat untuk memperbaiki kelemahan saya. Ketika tayangan dalam kelas pada
16 Mei
2013, Dr Jazimin memberikan respons positif pada saya khususnya kemahiran asas yang
saya
tonjolkan dalam sesi.
1. Kemahiran parafrasa
Klien :
Ada sahaja alasan dia nak pergi ke sana lah ke sinilah tapi dia tidak pernah minta
maaf. Lepas tu
macam tak tahulah malah kadang-kadang dia ni macam mengejek macam dia cakap,
tengoklah
kau nanti tahulah kau nak uruskan tugas ini macam mana susahnya nanti. Dia orang
bukan nak
bagi sokongan malah dia orang tak bagi sokongan langsung macam mengejek pula, macam
saya
tak tahu nak buat tugas.
Parafrasa:
Maksudnya, Ziq rasa terkilan ada rakan yang mula mempersoalkan kemampuan Ziq?
2. Kemahiran Minta penjelasan
Ok, secara umumnya cikgu nampak dua perkara di sini, Ziq kata Ziq tidak berpuas
hati dengan
rakan-rakan lain yang tak datang, yang keduanya Ziq rasa agak kecewa dan terkilan
juga
kerana rakan Ziq mengejek kerana dia rasa dia yang sepatutnya memegang pengarah
program
24

itu. Adakah kerana kawan Ziq yang mengejek ini menyebabkan Ziq rasa tidak berpuas
hati
dengan keseluruhan rakan-rakan yang lain ataupun dia sebenarnya punca?
Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui kemahiran ini ketika ditanya oleh Dr.
Jazimin.
Saya hanya melakukan secara tidak sengaja dan barulah saya sedar ini adalah
kemahiran
meminta penjelasan.
3. Rumusan Kecil
Maksudnya, kalau kita tengok balik masalah yang pertama Ziq ada masalah dengan
rakan
pertama yang mengejek Ziq. Kedua, rakan ada rakan Ziq yang buat tak tahu, suruh
pinjam
board tapi tak pinjam. Ketiga, ada rakan suruh pergi meeting dia tak datang juga.
Keempat,
sewaktu program tu ramai rakan-rakan din yang tak datang.
Beberapa contoh dalam kemahiran asas ini merupakan yang dinilai oleh Dr. Jazimin
sendiri dan
saya telah merekodkannya dari awal untuk saya terjemahkan dalam refleksi ini kerana
saya rasa
ia akan menjadi kelebihan berbanding rakan-rakan tidak mahu menunjukkan sesi
mereka.
Beberapa komen dari Dr. Jazimin dan Cik Faizura telah saya cuba perbaiki ketika
sesi yang
kedua khususnya fokus pada klien dan meminta klien evaluation dan planning.
Dalam sesi yang kedua, saya telah cuba memperbaiki kelemahan utama iaitu dengan
memasukkan unsur (E) dan (P). Sebelum ini saya telah meneroka dengan mendalam dan
saya
pasti Wants klien adalah Power atau penghargaan diri. Bagi memastikan kehendak
klien saya
telah mengemukakan soalan Wants iaitu :
Pada awal program ini, apa kehendak Ziq yang sebenar?
Jawapan klien mengesahkan keinginan penghargaan dari rakan-rakan membolehkan saya
meneruskan proses (E) dan (P). Memandangkan (D) iaitu total behaviors telah banyak
saya
teroka dalam sesi pertama, saya mula memasukkan seberapa banyak evaluation dalam
sesi kedua
melalui beberapa soalan. Misalnya :

Ziq rasa Ziq memainkan peranan sebagai ketua? [8:35]

Adakah disebabkan Ziq kurang pengalaman, Ziq kurang bersedia dengan pelan-pelan
tambahan? [11:56]
25

Sepanjang program ini, Ziq rasa apa kelemahan Ziq sebagai pengarah program?
[13:00]

Ada Ziq muhasabah diri? [15:00]

Kemudian, saya cuba memasukkan Planning melalui soalan :

Jika pada masa hadapan din dipilih menjadi pengarah program lagi, apa yang Ziq akan
buat? [10:44]

Secara keseluruhannya, saya rasakan sesi kedua ini adalah lebih baik berbanding
sesi yang
pertama dan ia turut diakui oleh Cik Faizura ketika berjumpa dengannya. Saya juga
telah
mengubah dari sudut intonasi suara yang dikatakan oleh Cik Faizura ala Isim Debat.
Intonasi
suara mungkin agak kasar sedikit kerana saya sudah terbiasa dengan persekitaran dan
mungkin
benar kata Dr. Jazimin ia personaliti kaunselor. Walau bagaimanapun saya akan cuba
memperbaiki dari semasa ke semasa dan terbukti saya berjaya pada sesi yang kedua.
Kesimpulannya, saya telah faham apa bagaimana untuk melaksanakan sesi kaunseling
berdasarkan teori CTRT. Atas nasihat dan bimbingan Dr. Jazimin dan Cik Faizura saya
telah
yakin 100 peratus untuk melaksanakan sesi yang sebenar. Saya akan cuba menggilap
kemahiran
seperti membuat parafrasa, refleksi dan kesimpulan dengan lebih mantap. Terima
kasih atas
bimbingan dan teguran yang diberikan semoga saya dapat melaksanakan sesi lebih baik
pada
masa hadapan.
7.2 Refleksi Klien
Berakhirnya, sesi yang pertama klien telah membuat refleksi bahawa dia berasa lega
kerana
dapat berkongsikan masalah yang dihadapi bersama kaunselor. Hal ini jelas dapat
dilihat dari
raut wajah klien yang sedikit tenang berbanding di awal sesi. Pada sesi yang kedua
klien telah
menyatakan bahawa :
Setakat ini sahajalah. Saya rasa masalah pun dah selesai, saya pun nak ucapkan
terima
kasih pada cikgu sebab, saya dapat luahkan apa yang saya rasa dan dapat suatu input
dari cikgu dan cikgu membantu saya untuk memahami orang lain.
26

Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa klien telah sedar bahawa masalah yang
berlaku
dalam program lebih kepada miss communication sahaja. Jika dilihat pada sesi yang
pertama
klien banyak bercakap soal salah orang lain, namun dalam sesi yang kedua kaunselor
telah
membawa klien untuk menilai kelemahan dirinya. Klien juga telah belajar daripada
kesilapannya
dan berharap dia dapat memperbetulkan tindakannya pada masa akan datang dengan
beberapa
alternatif yang telah dibincangkan dalam sesi yang kedua.
8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, tugasan kelas kaunseling individu ini banyak memberikan input
berguna pada
saya khususnya dari segi teori dan aplikasi. Dari segi teori, dilihat memang mudah
untuk
meneroka klien kerana apa yang perlu ialah meneroka needs klien sama ada survival,
kasihsayang dan pemilikan, kegembiraan, kebebasan memilih dan penghargaan diri.
Walau
bagaimanapun, dari segi aplikasi agak sukar untuk diterjemahkan dalam sesi kerana
memerlukan
kemahiran yang tinggi serta kepantasan berfikir dalam menganalisis masalah klien
untuk
dipulangkan semula pada klien dengan tepat seperti yang dinyatakan.
Dalam menjalankan dua sesi ini juga dapat dilihat dengan jelas, proses kemahiran
saya
dibentuk. Hasil sokongan, kritikan dan teguran Cik Faizura khususnya ketika makmal
banyak
mempertingkatkan kemahiran yang saya miliki. Beberapa cadangan dan pendapat Dr.
Jazimin
juga banyak membantu saya khususnya bagaimana untuk menyulam sesi saya dengan teori
CTRT. Jika dilihat pada sesi yang pertama saya tidak berfokus pada klien, namun
pada sesi yang
kedua saya sudah mendapat celik akal bagaimana untuk berfokuskan pada klien dan
di situ
saya dapat melaksanakan jantung CTRT iaitu evaluation. Penggunaan evaluation juga
membolehkan saya membantu klien melihat bagaimana untuk berhadapan dengan masalah
yang
sebenar dan apa tindakan yang perlu dilakukan pada masa akan datang, kerana
tindakannya akan
mempengaruhi total behaviors.
Tugasan ini juga telah memberikan saya keyakinan untuk menjalankan sesi kaunseling
individu yang sebenar dan terima kasih atas kedua tenaga pengajar yang banyak
memberikan
tunjuk ajar hingga saya berjaya menyelesaikan tugasan ini sebaik mungkin.
27

9.0 BIBLIOGRAFI
Gerald Corey (2000). Theory & Practice of Group Counseling, Fifth Edition. United
State of
America. Thomson Learning.
Ian R. Ridqway. Reality Therapy : William Glasser (born 1925) 2007;5: 8-11. URL:
http://www.myauz.com/ianr/articles/lect5realitytherapyglasser.pdf
James Archer & Christhopher (2007). Theories of Counseling and Psychotherapy.
United State
of America. Pearson Education.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimaton Halaliah Mokhtar (2007). Apa dan
Bagaimana.
Kaunseling Individu. Shah Alam : Fajar Bakti
Mohd Aziz Shah dan Hazalizah Hamzah (2011). Pengenalan Pembangunan Sahsiah. Kuala
Lumpur : Emeritus Publication Sdn. Bhd.
Mohd Aziz Shah Mohd Arip et. al (2009). Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala
Lumpur :PTS Profesional Publication.
Richard S. Sharf (2012). Theories of Psychotherapy and Counseling, Fifth Edition.
United State
of America. Brooks/ Cole, Cingge Learning.
Robert E. Wubbolding (2011). Reality Therapy. Washington. American Psychological
Association.
Sapora Sipon dan Hapshah (2008). Penghantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah
publication.
William Glasser (1998). Choice Theory : A New Psychology of Personal Freedom.
United State
of America. Harper Perennial Publisher.

10. LAMPIRAN
a. Kontrak Persetujuan (Inform Consent)
b. Ulasan Cik Faizura Sesi 1 Dan 2
c. Ulasan Dr. Jazimin Sesi Satu

You might also like