You are on page 1of 10

MOHAMAD SYAZWAN BIN CHE HAMZAH

A151392

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN

Perkataan institusi berasal daripada perkataan Latin, instituere yang memberi erti
sesuatu yang diwujudkan atau ditubuhkan. Ini bermaksud bahawa institusi adalah satu corak
kegiatan atau aktiviti manusia yang wujud dan berterusan. Istilah ini begitu popular di kalangan
sarjana sains politik, kerana institusi menjadi pusat kepada segala tindak tanduk manusia.
Fahaman mengenai institusi dipelopori oleh ahli sosiologi. Walau bagaimanapun istilah ini
diubahsuai dan digunakan oleh ahli sains politik untuk menjelaskan kegiatan politik.

Institusi politik wujud daripada proses-proses sosial terutamanya yang cuba mengatur
susunan masyarakat. Sekaligus ini menggambarkan bahawa kepentingan kumpulan-kumpulan
manusia tertentu sentiasa dijaga dan dipertahankan oleh mereka melalui proses penyertaan dan
penglibatan politik. Institusi politik bukan sahaja mencorakkan tingkah laku pemegang kuasa
tetapi ia juga mempengaruhi bagaimana organisasi sosial dapat berinteraksi serta dapat
bertindak mempertahankan kepentingan mereka.

Dalam tamadun cina, pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak
tempoh sebelum dinasti Qin (221SM-209SM). Terdapat empat aliran pemikiran politik yang
utama, antaranya ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Konfusianisme
menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak, Daoisme menekankan pemerintahan
berdasarkan kebajikan, Legalisme menekankan pemerintahan berdasarkan perundangan,
Moisme menekankan pemerintahan berdasarkan tabii(wuwei). Sistem politik dan
pemerintahan Cina adalah berdasarkan dinasti yang bersifat feudal. Setiap dinasti akan merujuk
satu aliran falsafah. Ciri- ciri unik dalam sistem pemerintahan China di mana Maharaja
mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran Negara.
Falsafah Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze yang berasal daripada golongan
bangsawan. Ajaran ini mempunyai karya-karya yang terkenal di kenali sebagai Chiang atau
klasik. Terdapat Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confusius antarnya ialahs Books of
Odes, Books of History, Books of Changes, Books of Rites, dan Spring and Autumn Annals.
Aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang berpandukan etika berpusat kepada
kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi
keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Falsafah Konfusianisme ini
mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia
menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip
moral. Dari segi konsep pemusatan kuasa, aliran Konfusianisme menegaskan bahawa urusan
pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan.

Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah.
Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai
balasan kepada kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan
negara mesti bercorak paternalistik. Menurut Confucius pemerintah hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula
merupakan model terbaik untuk diikuti. Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang dia
amalkan oleh Konfusianisme ialah, kerjasama antara pemerintah dan rakyat merupakan kunci
dalam segala kejayaan dalam bidang ekonomi, soisal dan politik.

Pada era kegemilangan dalam aliran Konfusianisme, pendidikan yang bertunjangkan


tradisi zaman silam, dijadikan sebagai panduan berguna untuk membina keseimbangan dalam
hubungan mereka dengan pemerintah, di kalangan ahli keluarga dan juga dengan anggota
masyarakat yang lain. Kestabilan ini akan wujud apabila setiap orang mengetahui peranan dan
kedudukan masing-masing. Bagi Memupuk Kesetiaan Kepada Raja, Konfusianisme
menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan
kepada raja. Konfusianisme mengambil pendekatan birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana
seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han bertujuan mengekalkan disiplin rakyat .
Pemikiran politik aliran Daoisme pula, lebih cenderung kepada fahaman anarki dalam
erti kata moden pada masa kini. Ciri-ciri golongan pemikiran ini, menafikan bulat-bulat
peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang begitu dititik beratkan oleh
Konfusianisme. Aliran Daisme, tidak memberi impak yang besar kepada sistem politik negara
China. Hal ini kerana Daoisme mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan
sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga kehidupan secara primitif yang mengharmonikan
diri dengan alam semesta. Pemikiran ini cuma menjadi penawar hati kepada mereka yang gagal
dalam kerjaya sebagai pegawai kerajaan dan orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan
hidup. Daoisme juga di ejakan dengan Taoisme dan ia merupakan sebuah falsafah berdasarkan
teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Kitab Daode
Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan
ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain
menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina

Falsafah Legalisme lahir pada akhir zaman Dinasti Chou Timur. (770-221S.M). Faktor
wujudnya aliran falsafah ini disebabkan oleh faktor politik dan krisis sosial yang memuncak di
sebabkan percubaan wilayah-wilayah kecil membebaskan diri daripada kerajaan Chou.
Keadaan yang genting ini, mendatangkan wujudnya ramai golongan intelek dan pemikir yang
mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral atau politik yang telah melahirkan lebih
seratus aliran falsafah antaranya aliran Legalisme. Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa
tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang menghasilkan karya berjudul Book Of
Lord Shang dan Han Fei dengan karyanya Han Fei Tzu. Ciri-ciri utama aliran legalisme
Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang
sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. .
Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa pembaharuan yang
menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan (multistate)
kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik
terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh kuasanya.
Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat
perlu untuk bagi mengawal tingkah laku rakyat yang ingkar bagi mewujudkan keamanan dan
kesejahteraan negara. Konsep Pemusatan Kuasa bagi aliran legalisme ini , menekankan
pemerintahan bercorak pemusatan kuasa di tangan seorang raja yang menggunakan kuat kuasa
undang-undang. Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan
kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.. Dengan itu masyarakat yang ideal
akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh
Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China
di bawah pentadbirannya. Dengan itu, masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera
dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada
dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.

Matlamat untuk negara bagi aliran legalisme menggunakan pendekatan yang berbeza.
Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada
negara dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berbakti untuk kepentingan
pemerintah dan negara. Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah
tidak tepat. Menurut mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza
berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Bagi memupuk kesetiaan kepada raja, aliran
Legalisme ini mengambil pendekatan undang-undang bagi memastikan rakyat memberi
ketaatan kepada raja. Seterusnya bagi mengekalkan disiplin rakyat, Legalisme menggunakan
kuasa tentera dan kekerasan contoh semasa dinasti Chin.

Seterusnya adalah moisme. Ajaran moisme ini telah dibawa dan disebarkan oleh Mo
Tzu ( Mo Zi) yang lahir sekitar tahun 470 SM di negeri Lu dan meninggal dunia pada tahun
391 SM. Ideaidea beliau telah di satukan dalam buku Mo-tzu (The Works of Mozi) yang
mengandungi 53 buah bab. Mo zi mengajarkan bahawa perkara yang penting adalah "cinta
universal", kemakmuran untuk semua orang, dan memperjuangkan bersama-sama untuk
memusnahkan kejahatan. Mo tzu telah mengasaskan aliran yang dinamakan sebagai aliran
Moisme. Konsep pemikiran moisme ialah mementingkan kasih sayang sejagat (jianai),
mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib, dan mengutamakan
golongan cerdik pandai (shangxian). Asas-asas dalam ajaran moisme ialah, mengutamakan
persamaan bagi setiap manusia tanpa mengira taraf dan kedudukan, menegaskan seorang
pemerintah hendak mempunyai moral yang tinggi. Bagi ajaran moisme, Cinta sepatutnya tiada
perbezaan antara yang lebih atau yang kurang. dan menekankan persamaan dalam mencintai
orang lain. Cinta kepada orang lain setara dengan cinta kepada orang tua.

Institusi politik dan sistem pemerintahan, Aliran pemikiran politik moisme pula
menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu.
Kemudian, menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan melantik sesiapa yang berkelayakan
dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan kerajaan. Ada kalanya, sukar untuk
mengiuti sepenuhnya apa yang di ajarkan dalam aliran ini. Oleh sebab itu, pemikiran politik
aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.

.Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM),


keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun, golongan pemerintah China
biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran
negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin
memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api
kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap
pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin
negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap
berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.

Sistem Pemerintahan Dan Sistem Politik China Sistem Beraja Tamadun China

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu. Ia berlaku di sekitar
Sungai Kuning atau Hwang .Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766
- 1122 SM atau 1523 - 1027 SM). Pada awal permulaan tamadun iaitu zaman Dinasti Shang
dan Dinasti Chou telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Pada
ketika ini, menjadi kepercayaan orang cina Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir.
Raja juga bertanggungjawab sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Di zaman ini China
mengamalkan sistem feudal. Feudal didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan yang
dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu tertentu bukannya kerajaan pusat. Struktur
masyarakatnya berbentuk piramid. Masyarakat dibahagikan kepada golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Sesuai dengan tradisi feudal China, para pemerintah Chou
menggantikan Dinasti Shang (Yin) dan mengesahkan aturan yang menetapkan mereka sebagai
mandat langit, iaitu para penguasa memerintah dengan mandat dari langit. Bila mandat dari
langit dicabut, rakyat berhak menggulingkan penguasa tadi. Perintah langit ditetapkan oleh
nenek moyang Chou, Tian-Huang-Shangdi, yang berada di atas nenek moyang Shang,
Shangdi. Doktrin ini menjelaskan dan membenarkan kekalahan Dinasti Xia dan Shang, dan
pada waktu yang sama mendukung hak kekuasaan para penguasa sekarang dan masa depan.
Pada zaman dinasti Chin, bawah pemerintahan Shih Huang Ti, merupakan Zaman
kemaharajaan yang paling gemilang. Maharaja Shih Huang Ti telah menukar gelaran raja
menjadi maharaja sewaktu era pemerintahannya . Baginda menghapuskan sistem feudal dan
digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor. Maharaja
dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri daripada pegawai kerajaan.

Di era pemerintahan baginda menguatkuasakan undang-undang yang sangat ketat


supaya rakyat takut melakukan kesalahan. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh
Han Fei Tsu, seorang ahli falsafah. Menurut beliau tingkah laku manusia hanya dapat dikawal
melalui penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan ketat (keras). Kerana ingin membina
satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu yang mengamalkan sistem feudal,
baginda mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil Raja
di Atas). Baginda menggelar diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama ( Shih bererti
pertama, Hwang Ti bererti maharaja). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar,
baginda banyak dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah
China. Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya.
Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar baginda.

Walaupun baginda telah membina empayar yang besar, orang cina di katakan langsung
tidak terhutang budi olehnya kerana kesalahannya yang cukup besar di mana peristiwa
pembakaran segala buku. Baginda berbuat hal demikian kerana tidak menyokong idea sarjana
China dalam hal-hal pentadbiran. Jadi baginda mengambil tindakan membakar buku-buku
sejarah dan falsafah yang mempunyai unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang sarjana
pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka menyusahkan baginda. Bagi orang China
peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka.
Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM 220 SM). Tembok besar negeri China.
Telah dibina sewaktu pemerintahan baginda.

Pada Zaman Dinasti Han (206 SM 220 SM), pelantikan pegawai-pegawai kerajaan
mesti melepasi Sistem Peperiksaan Awam. Sistem ini terbuka kepada semua rakyat yang layak
dan sangat mengutamakan kebolehan seseorang . Supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan
tidak dicabar. pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan
memiliki kekayaan yang besar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang berasaskan
ajaran konfuses. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum Kanun yang
menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah
dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika
dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang
ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China
yang berat dan zalim dengan hukuman yang ringan
Rujukan

1. Lok Chong Hoe, 1998, Tamadun Cina,Falsafah , Pandangan Hidup dan Aspek-aspek
Kesenian, Pulau Pinang, USM.

2. Joseph Needham, 1954, Science and Civilization in China, Cambridge , Cambridge


University Press,

3. D.C Heath and Company , 1973, An Introduction to Chines Civilzation, Lexington,


Massachusetts Toronto, London.

4. Fung Yu Lan (terj), Sejarah ringkas Falsafah Cina. Kuala Lumur: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. Esa Khalid. 2004. Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India, Cina dan Jepun. Skudai Penerbit
Universiti Teknologi Mara
Soalan

1. Yang manakah aliran pemikiran politik yang utama, dalam Tamadun Cina

i.Konfusianisme,

ii.Daoisme,

iii. Legalisme

iv. Moisme.

a. i dan ii

b. i, ii dan ii

c.i,ii,iii dan iv

2. Yang manakah antara berikut yang menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak,

a.Konfusianisme,

b. Daoisme,

c. Legalisme

d. Moisme.

3. Apakah aliran politik Daoisme?

a. menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak,

b. menekankan pemerintahan berdasarkan kebajikan,

c. menekankan pemerintahan berdasarkan perundangan,

d.menekankan pemerintahan berdasarkan tabii(wuwei).


4. Antara berikut yang manakah falsafah politik yang memberi keutamaan kepada manusia dan
kehidupan sosialnya?

a.Konfusianisme,

b. Daoisme,

c. Legalisme

d. Moisme.

5 Yang manakah aliran yang mengambil pendekatan undang-undang bagi memastikan rakyat
memberi ketaatan kepada raja.?

a.Konfusianisme,

b. Daoisme,

c. Legalisme

d. Moisme.

You might also like