1.

0

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya.

2.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK
1

bekerjasama dan hormatmenghormati antara satu sama lain. 5. Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. 4. pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan. berketrampilan. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum. Agama Budhha. Di dalam usaha membentuk ideologi negara. Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undangundang negara. 2. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Agama Kristian. Di samping itu. Faktor individu: 2 . Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Agama-agama ini.1. 3. khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara. Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.

Sehubungan ini. Maka seelok-eloknya ia hendaklah dicungkil. Ini dapat membantu individu terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. emosi dan jasmani. idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. potensi dan kebolehan yang tertentu. 3. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani. Perkembangan. sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara 3 . potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan. kemahiran dan nilai murni. Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dimana bakat.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dapat saya senaraikan di sini. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat. dikembangkan dan dipertingkatkan. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur. dipupuk. Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat. Faktor sejagat: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup dengan tenang. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. potensi dan kebolehan mereka. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. 6.

Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai kemahiran asas 3M ( membaca. emosi dan jasmani. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek. Tidak lupa juga. kritikal dan reflektif. rohani. Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek). Individu tersebut juga mestilah sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta berkemahiran untuk berfikir secara kreatif.satu sama lain. Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. sahsiah yang baik(emosi). maka terhasillah individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Individu juga mesti menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 4 . individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. unsur yang terakhir ialah unsure jasmani iaitu dimana individu hendaklah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal. individu juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. menulis dan mengira). percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Tidak ketinggalan. Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Apabila keempat-empat ini seimbang. manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. iaitu intelek.

Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua belas dimana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi. agama. bertimbang rasa. keluarga. Setiap individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah. Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh dan berinisiatif.segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. bersih dan cekap selain dari mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. bangsa dan negara. hormat-menghormati dan sebagainya. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan eleman yang kesepuluh di mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik. Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan disamping sering mengekalkan kestabilan 5 . masyarakat. Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. kekitaan.

Saya akan menerangkan berdasarkan aspek-aspek berikut : 1) Kepimpinan 1. 4. Manakala yang terakhir adalah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Antaranya ialah. Beliau bertnaggungjawab terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum sekolah. • Selain itu. reading program. masyarakat dan negara. Elemen yang ketiga belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi serta berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. saya dapati banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh guru-guru dan pihak sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.0 PERANAN GURU/SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK Sepanjang pemerhatian saya semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di sekolah SK Sungai Kerawai. Selaras dengan tugas beliau untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah dan pelajar. dan understanding and using English grammar. profesion.dan mematuhi perlembagaan dan peraturan negara serta mampu mempertahankan maruah diri. program bijak sifir. bidang tugas guru besar sangat luas. Di mana individu haruslah menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup dan perlu memupuk persefahaman keluarga. bangsa dan negara. vocabulary building. agama. 6 .1 Guru Besar • Saya perhatikan guru besar yang sebagai orang nomnor satu dalam sekolah mengamalkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran beliau. Individu juga hendaklah mematuhi norma masyarakat dan cintakan negara. pelbagai program telah dianjurkan. Ini dapat memudahkan guru-guru beriteraksi dengan guru besar jika ada masalah yang timbul dan murid-murid juga dapat bersemuka dengan guru besar tanpa sebarang halangan.

menyemak skema pemarkahan yang disediakan oleh Guru Panitia. kelab dan persatuan dan permainan telah dianjurkan. Antara tugas beliau ialah Beliau bertanggungjawab kepada keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum. urusan pusat sumber sekolah (PSS). peperiksaan. sebagai naib pengerusi jawatankuasa kurikulum sekolah. penilaian dan sebagainya. Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. menyelenggara maklumat tentang kurikulum dari semasa ke semasa. Contohnya.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran ( GPK 1 ) • Guru PK Pentadbiran adalah orang nombor dua dalam sekolah dan merupakan penolong kepada guru besar. • Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah. program yang sepatutnya wujud di sekolah seperti unit beruniform. menyusun jadual waktu sekolah. Ini bagi memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran mereka. GPK1 akan memastikan ada guru ganti bagi ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit. 1. 1. • Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid. urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru. Tujuannya adalah supaya penilaian dan peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang terkini. Selain itu juga. urusan berkaitan tenaga pengajar.3 Guru Penolong Kanan Kokurikulum • Tugas seorang guru penolong kanan kokurikulum adalah mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi memastikan 7 . Ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi bakat murid-murid dalam bidang kokurikulum.• Dalam bidang kokurikulum. GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan peperiksaan.

kelab dan persatuan serta permainan. aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat murid-murid. Melalui aktiviti ini. daerah. membaca doa sebelum sesi pembelajaran bermula. • Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani muridmurid. sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. saya dapat lihat pelbagai budaya yang diamalkan seperti budaya memberi salam kepada guru-guru. • Selain itu. Guru-guru akan memberikan latihan di peringkat sekolah. Bahan-bahan bacaan ini juga diletakkan di pondok-pondok rehat di mana murid-murid akan membacanya semasa mereka beristrirehat di sana. Di sekolah ini. Ini bersesuaian dengan FPK untuk melahirkan pelajar yang mempunyai potensi secara menyeluruh dan bersepadu.rancangan tersebut berjalan dengan lancar. 3) Kokurikulum dan Kurikulum 8 . dan membaca serta menepati masa. negeri dan seterusnya kebangsaan. Ini adalah bertepatan dengan FPK yang berusaha untuk melahirkan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Peranan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah memperkembangkan aspek jasmani murid-murid. beratur semasa hendak membeli makanan di kantin sekolah. diletakkan bahan-bahan bacaan seperti cara mengeja dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 2) Budaya sekolah • Budaya memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku seseorang. • Apa yang bagus ialah di atas setiap meja di kantin sekolah tersebut. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga iaitu unit beruniform. murid-murid dapat mempelajari ilmu di luar bilik darjah seperti menguruskan diri ketika perkhemahan unit beruniform.

banyak program yang telah dirancang oleh pihak sekolah seperti Kelas Intensif untuk murid-murid Tahun 6. kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2. • Dari segi kurikulum pula. Justeru akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka. muhibbah. 4) Guru dan Guru Kelas 9 . Pada 24 Januari 2009 yang lalu. sekolah telah memberi tanggungjawab kepada panitia agama Islam bagi menjalankan Program Solat Jemaah iaitu pada waktu Zohor sebelum murid-murid pulang ke rumah. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. • Dari segi agama. Selain itu. Program KIA2M dan sebagainya. murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan. kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan sukan berlangsung. • Dari segi emosi. murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang berlainan kaum. sekolah juga telah mengadakan program motivasi bagi murid-murid yang akan menduduki UPSR bagi menaikkan semangat belajar di kalangan murid-murid. Secara tidak langsung. sekolah telah melaksanakan pelbagai program untuk kurikulum pelajar. Dari segi sosial.• Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid dalam bidang kokurikulum ialah Kejohanan Sukan Tahunan. setia kawan. Dalam meningkatkan prestasi murid-murid. sekolah ini telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-24. malah mereka juga dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial. Tindakan ini juga dapat melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain. Melalui aktiviti ini muridmurid bukan sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani. murid-murid faham akan budaya kaum masing-masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Ini bagi menanamkan sifat kepatuhan kepada perintah tuhan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala guru memberi sedikit tunjuk ajar supaya murid-murid pandai berdikari dan menguruskan sesuatu dengan baik dan ini selaras dengan FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. kantin. serta kelengkapan kelas untuk kemudahan murid-murid. pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. surau. rohani. • Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan. Saya langsung tiada masalah dalam beriteraksi dengan mereka semua.• Di sekolah ini. semua guru-guru di sana bersifat peramah dan murah dengan senyuman. Kedatangan murid juga perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. padang dan sebagainya. perhiasan kelas. tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas. Jasmani penting kerana jasmani yang cergas menghasilkan otak 10 . Selain menguruskan hal-hal yang berkaitan murid-murid. • Pada perhimpunan pagi pula. apa yang saya dapat katakan. Keterampilan guru-guru di sana sangat kemas dan bagus di mana ia dapat memberi contoh yang baik kepada murid-murid. ketua pengawas akan mengendalikannya. emosi. makmal komputer. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber. makmal Sains. 5) Prasarana • Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan keseimbangan dari segi jasmani. Guru-guru di sini juga boleh dikatakan menepati masa kerana mereka akan menunggu murid-murid masuk ke kelas kerana murid-murid lewat masuk terutama selepas waktu rehat. intelek dan sosial. bilangan guru lelaki lebih sedikit daripada bilangan guru wanita. Namun. kebersihan. • Jasmani ialah antara aspek yang ditekankan dalam FPK untuk diperkembangkan oleh guru-guru. alat tulis. jadual waktu bertugas. serta Buku Kemasukan Sekolah. Buku Rekod Mengajar.

Ini kerana. Antara prasarana sekolah yang memperkembangkan jasmani murid-murid ialah: PADANG GELANGGANG BADMINTON • Emosi adalah antara aspek yang penting dalam setiap individu khususnya muridmurid.yang cerdas. emosi yang stabil akan membantu murid-murid dalam 11 .

mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran. Kawasan-kawasan sekolah yang boleh memperkembangkan emosi murid-murid ialah : KANTIN SEKOLAH KELAS @ BILIK DARJAH • Kekuatan rohani banyak membantu murid-murid dalam proses pembelajaran di sekolah. kekuatan rohani yang kuat akan membantu murid-murid 12 . Ini kerana.

jadi tempat ibadat di sekolah ini ialah surau. MUSOLLA AL MUQARRABIN MURID-MURID SOLAT JEMAAH • Perkembangan intelek merupakan antara sebab utama murid-murid pergi ke sekolah.dalam kestabilan emosi dan ketenangan jiwa. Perkembangan intelek yang bagus akan menghasilkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan 13 . Disebabkan Sekolah Sungai Kerawai mempunyai semua murid yang beragama Islam. Prasarana sekolah yang memperkembangkan rohani murid-murid ialah tempat ibadat.

Kebangsaan. Aspek ini tidak kurang pentingnya kerana dengan sosial. murid-murid dapat berinteraksi dengan warga sekolah. 14 aktiviti sosial juga mempengaruhi . Tempat-tempat yang murid-murid boleh memperkembangkan lagi intelek mereka ialah : KELAS SEWAKTU GURU MENGAJAR PERPUSTAKAAN • Aspek sosial di dalam sekolah meliputi pelbagai perkara termasuklah keselamatan dan pertandingan-pertandingan yang sekolah anjurkan. Selain itu.

Prasarana sekolah yang mempengaruhi sosial murid-murid ialah : PONDOK KESELAMATAN PERTANDINGAN NASYID ANTARA KELAS Antara langkah-langkah lain yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membantu mencapai FPK ialah: i. Mengembangkan potensi secara menyeluru dan seimbang. 15 .keseronokan dan keinginan murid-murid untuk datang ke sekolah.

Menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua murid tanpa mengira bangsa atau agama. masa 16 . para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar.0 IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Pertama. Menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sainstifik dan teknologi. para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. mereka haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Malahan pembentukkan modal insane itu juga perlu diberi perhatian yang serius.ii. Dalam hal tersebut. iii. Memperkembangkan murid secara sihat (fizikal dan cergas) dan juga secara mental serta mempunyai sikap menghargai orang lain. kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkannya membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan. Kedua. iv. Ketiga. v. 5. Sehubungan dengan itu mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. FPK adalah satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Dalam pada itu. Adalah diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu. amat penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masingmasing. kemahiran. Oleh itu.

• Mesti mempunyai daya kepimpinan supaya ia boleh berpengaruh ke atas orang lain. Selain daripada itu. Mesti mempunyai tenaga mental yang tinggi serta berkeupayaan unutk terus belajar seiring dengan pertambahan tugas. Mesti mempunyai imej kendiri yang baik dan berasa yakin pada diri sendiri.dan tenaga mereka demi keluarga.0 RUMUSAN DAN CADANGAN Rumusan : 17 . sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menadi satu kenyataan. jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungajawab professional meraka. dan bukan hanya satu impian sahaja. masyarakat dan negara. • • • Mesti bertanggunjawab dan sentiasa menyempurnakan tugas. guruguru juga mesti memiliki ciri-ciri yang berikut : • Mesti mempunyai unsur kecindan dan kemesraan serta mempunyai penampilan diri yang menarik. • Mesti mempunyai integriti yang tinggi di mana dia boleh dipercayai serta mempunyai tabiat baik yang kukuh. Sebagai rumusan. 6.

18 . jenis sistem pendidikan. berilmu. kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. jenis kokurikulum. kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah. • Justeru itu. • Menggubal. FPK amnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara.• • FPK mempunyai implikasi yang sangat penting kepada pendidikan negara. • Pendidikan moral kepada semua murid supaya murid mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji. Cadangan : • Institut perguruan hendaklah membina insan guru yang berakhlak mulia. asas falsafah pendidikan memberikan panduan kepada sesebuah sistem pendidikan unutk menetapkan matlamat. melaksana dan menilai kurikulum perguruan supaya bersesuaian dengan peredaran zaman. Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Negara. • Institut perguruan perlu menigkatkan pengetahuan dan kecekapan guru pelatih secara berterusan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful