You are on page 1of 40

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Salam.tage lain majlis.

Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun
konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan. . secara literalnya menurut Kamus
Dewan Edisi Empat ditakrifkan ..

Contoh ucapan awam

1
1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, laungan yang tidak asing lagi meniti dari bibir ke
bibir didengar dari telinga ke telinga dihayati dari hati ke hati, begitu serasi dengan agenda inovasi negara bagi
melahirkan bakat berdasarkan semua rakyat Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengacara majlis, yang saya hormati dif-dif kehormat menyeri majlis, saf
juri yang berpaksikan keadilan, saudara penjaga masa yang setia, rakan-rakan seperjuangan yang saya geruni
seterusnya hadirin yang saya muliakan.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Tinggi-tinggi pohon pulasan,


Tinggi lagi si pohon ara,
Rai kreativiti realisasi wawasan,
Inovasi menjana 1Malaysia

Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan secara literal mahupun
konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan. Inovasi secara literalnya menurut Kamus Dewan
Edisi Empat ditakrifkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem dan lain-lain.

Dalam konteks yang lebih dekat menurut Yayasan Inovasi Malaysia inovasi dapat digambarkan sebagai kreativiti
yang dilaksanakan. Inovasi adalah satu proses menempatkan idea kepada amalan. Inovasi menambah nilai idea
dan jika idea diibaratkan sebagai benih, maka inovasi adalah pokoknya. Menjana menurut Pusat Rujukan
Persuratan Melayu ditafsirkan sebagai menghasilkan atau mengeluarkan.

1Malaysia pula menurut buku kecil 1Malaysia terbitan Pejabat Perdana Menteri, adalah satu gagasan memupuk
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan kepada beberapa nilai-nilai penting. Maka adalah
dirumuskan bahawa inovasi menjana 1malaysia secara konteksnya dapat ditafsirkan sebagai KREATIVITI YANG
DILAKSANAKAN MENGHASILKAN GAGASAN PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA.

Hadirin yang saya muliakan, Tiada tunjang akar, pokok tidak tegak berdiri, tanpa tunjang hujah, pengucapan saya
tidak bererti. Hujah saya yang pertama adalah berteraskan bagaimana inovasi mampu menjana 1Malaysia.
Sebelum langkah diorak lebih jauh, biar kita kupas apakah itu 1Malaysia.

1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020
tercapai. Dibawah formula ini, konsep 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-
teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-nilai Aspirasi. Tanpa kedua-dua aspek ini maka gagallah formula 1Malaysia.

Namun,
Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal,
Langkah pahlawan ditengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal

2
Hadirin yang saya muliakan,
Tumpuan pada hari ini adalah kepada aspek kedua pelaksanaan konsep 1Malaysia iaitu Penerapan Nilai-nilai
Aspirasi di mana dapat saya buktikan disini bagaimana inovasi mampu menjana 1Malaysia. Ia dapat dilihat di mana
budaya inovasi itu sendiri merupakan salah satu daripada 8 nilai-nilai aspirasi yang menjadi tunjang kepada aspek
Penerapan Nilai-nilai Aspirasi yang akan merealisasikan 1Malaysia.

Melihatkan bahawa budaya inovasi ini merupakan salah satu daripada nilai-nilai aspirasi tersebut, jelaslah bahawa
inovasi akan menjana 1Malaysia. Inovasi adalah asas kepada pertumbuhan dan kemajuan negara sebagai
pemangkin yang menentukan acuan dan kepantasan kita. Bagi Malaysia, ia merupakan teras peralihan kepada
ekonomi yang diterajui teknologi dan penting dalam mengekalkan kelebihan daya saing negara.

Perubahan yang berlaku hari ini memerlukan kerajaan dan industri meletakkan inovasi serta daya kreatif sebagai
faktor utama mencapai anjakan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam penerapan budaya inovasi,
rakyat Malaysia perlu mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan. Kita perlu dikenali sebagi
individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan
sentiasa bersedia untuk menjadi perintis. Betul, kita lah. Jangan selalu hanya mengharap pada orang lain.

Tangan digarap suka berkebun,


Tebang nenas di tepi paya,
Jangan diharap setitik embun,
Kena panas keringlah ia.

Hadirin yang saya muliakan, Nah, kita telah lihat bagaimana inovasi menjana 1Malaysia. Kini hujah saya yang kedua
akan berteraskan bagaimana penerapan inovasi itu sendiri ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia. Dalam usaha
memastikan inovasi menjana 1Malaysia, pelbagai langkah turut diambil. Jangan seperti tin yang kosong, berbunyi
lebih isi tiada.

Malaysia Inovatif 2010 telah dilancarkan bagi mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi
memperkasakan negara. Ia merupakan kick start pencetusan idea-idea inovasi ke segenap lapisan masyarakat dari
pencipta dan saintis sehingga kepada masyarakat akar umbi. Selain itu, ia merupakan satu kaedah bagi memberi
suntikan inovasi dan kreativiti ke dalam masyarakat melalui pembangunan ekosistem yang berupaya melakukan
perubahan ke arah itu. Inovasi telah diletakkan dilandasan yang betul dalam memajukan ekonomi negara termasuk
memberi fokus kepada k-ekonomi. Selain itu, Malaysia telah melengkapkan gagasannya dalam bidang inovasi
dengan kewujudan Pusat Inovasi Negara dan Dasar Inovasi Negara. Antara program-program yang direncanakan
bagi menyemarakkan inovasi termasuklah 1Malaysia Innovation Tournament dan Festival Malaysia Inovatif.

Tidak ketinggalan juga MyIdeas yang menjadi platform di mana kreativiti rakyat Malaysia diiktiraf dan diberi
ganjaran di mana idea yang terbaik akan direalisasikan menjadi kenyataan. Ia juga menggalakkan dan menghimpun
idea-idea daripada setiap lapisan masyarakat dan memanfaatkan idea-idea tersebut menjadi amalan terbaik
dengan objektif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Hadirin yang saya muliakan,

3
Inovasi dan kreativiti sebenarnya merentasi semua lapisan masyarakat dan merangkumi semua aspek kehidupan,
pembangunan dan kemajuan. Ia melibatkan penemuan yang memudahkan proses kerja dan dalam masa yang
sama meningkatkan produktiviti atau mutu hasil kerja secara ketara. Inovasi menjadi pemacu ekonomi negara
dalam menghadapi cabaran-cabaran global dewasa ini.

Hadirin yang saya muliakan,


Kita telah pun melihat bagaimana inovasi diterapkan di dalam masyarakat segenap lapisan. Sekarang, hujah saya
yang ketiga adalah berteraskan kepada pencapaian inovasi negara.

Malaysia telah melonjak 3 anak tangga berbanding kedudukan tahun 2007. Singapura telah jatuh ke tangga 17
berbanding tangga 16 sebelumnya, Thailand menurun ke tangga 58 daripada tangga 53 sebelumnya dan Indonesia
pula kekal di tangga 74. Global Innovation Output Index pula meletakkan Malaysia di tangga ke 30 daripada 132
negara manakala Global Innovation Input Index meletakkan Malaysia di tangga ke 29 daripada 132 buah negara.
Selain itu, Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke 24 daripada 133 negara bagi kecanggihan dan inovasi
perniagaan oleh Forum Ekonomi Dunia di dalam Laporan Daya Saing Global 2009-2010. Kedudukan ini telah
mengatasi New Zealand pada kedudukan ke 27, China pada kedudukan ke 29 dan Itali pada kedudukan ke 34.

Namun begitu, kedudukan ini mampu ditingkatkan lagi melalui pembudayaan inovasi di kalangan sektor awam dan
swasta.kita tidak harus mudah berpuashati dengan pencapaian pada hari ini. Biarpun ia sesuatu yang boleh
dibanggakan, masih banyak yang perlu kita kejar ke arah mencapai Wawasan 2020. Kerajaan telah
memperkenalkan prinsip 1Malaysia sebagai senjata bagi mempertingkatkan prestasi yang mana inovasi adalah
sebahagian daripadanya.

Apa guna kepuk di ladang,


Kalau tidak berisi padi,
Apa guna senjata di pinggang,
Kalau tidak berani mati.

Pada keseluruhannya negara berada pada kedudukan yang baik berbanding dengan kebanyakan negara di rantau
ini dari aspek inovasi. Kajian Economist Intelligence Unit yang diterbitkan dalam bulan April 2009 meletakkan
Malaysia pada kedudukan ke 31 daripada 82 buah negara dalam prestasi indek inovasi.

Hadirin yang saya muliakan,


Kesimpulannya telah saya kupaskan pokok pengucapan awam inovasi menjana 1Malaysia melalui 3 teras hujah
iaitu pertama bagaimana inovasi mampu menjana 1Malaysia, kedua bagaimana penerapan inovasi itu sendiri
dalam masyarakat Malaysia ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia dan ketiga pencapaian inovasi negara.

Jelas sudah, inovasi menjana 1Malaysia. Tuntasnya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan akan menjana
satu transformasi ketara, kearah sebuah negara Malaysia maju, didokongi oleh rakyat yang utuh perpaduannya
dan tinggi martabatnya pada pandangan dunia.

Anak dara menumbuk pandan,


Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk simpan ke tepi.

4
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

5
Bahaya dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang meng-
gunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan
dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja
dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh
lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna
apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi
ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak
sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine".
Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada
individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di
sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini
mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan
dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokainb, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang);
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
Diperoleh secara haram;
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;
dan
mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan
kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini
berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian

6
umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan
hokum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan
terhadap individu-individu dan masyarakat. Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam
suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

..Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.. Surah Al-
baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, Keluarga yang dinaugi oleh ketua yang mengguna atau
menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. Antaranya tidak dapat menyediakan
nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk
membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga
agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:

..peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka... Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya. Riwayat Ahmad dan
Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al
Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, Fatwa Al Syariiyah (muka surat 184) bahawa dadah adalah
haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab
Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.

Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah
hukumnua haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti
yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang
khamar.

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1) pembuatnya, (2) pengedarnya, (3)
peminumnya, (4) pembawanya, (5) pengirimnya, (6) penuangnya, (7) penjualnya, (8) pemakan wang
hasilnya, (9) pembelinya, (10) pemesannya.

Oleh yang demikian bolehlah disimpulkan bahawa semua kegiatan yang berkaitan dengan dadah
adalah haram hukumnya seperti:

Menanam sebarang bahan untuk menghasilkan dadah


Memproses sebarang bahan untuk menghasilkan dadah
Menjual beli dadah.
Menggunakan keuntungan hasil daripada perniagaan dadah dan sebagainya yang berkaitan

7
Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih
dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih
bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara factor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :-

Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang
sebaya dengannya.
Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat
dan berfaedah.
Masalah dan tekanan rumah tangga
Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya
dengan cara menjadi pengedar.
Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna
baru.
Kurangnya pengetahun agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

kesan kepada penagih


kesan kepada keluarga
kesan kepada masyarakat
kesan kepada Negara
1. Kesan Kepada Penagih

Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan
penagih, pengedar dan penjenayah.
Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam
khayalan.
Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi,
HIV/Aids dan maut.
2. Kesan Kepada Keluarga

Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga

8
Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk
merawatnya.
Rumah tangga menjadi porak peranda.
berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
3. Kesan Kepada Masyarakat

mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan
belia dengan dadah.
Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat
dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku

Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri
daripada golongan remaja dan belia.

9
KEPENTINGAN SUKAN

Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti
sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi.. Melalui sukan, kita dapat
mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh itu,sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang
unggul juga dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya
serta perjuangan yang kuat. Selain itu,kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam
kalangan anggota seseorang individu.Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan tersendiri
yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat.

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan
kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan
saling memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu,kegiatan sukan juga
boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini
dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat
antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan hubungan diplomatik
antara sebuah negara dengan negara yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara
menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Sebagai asas dalam pembentukan PENDIDIKAN JASMANI dan KEGIATAN KOKURIKULUM.


Kewujudan aktiviti sukan juga mendorong pelancaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah rendah dan
menengah sertapun pusat-pusat pengajian tinggi.Pendidikan Jasmani ini adalah terdedah kepada semua
pelajar bahawa fungsi-fungsi sukan secara berfokus kepada fizikal dan mental seseorang dan juga
mengajar mereka bagaimana melakukan setiap aktiviti sukan dengan tatacara yang betul supaya tidak
membahayakan diri sendiri.Selain itu,kegiatan kokurikulum juga diperkenalan selepas kewujudan
sukan.Kegiatan kokurikulum juga dilaksanakan di kebanyakan institusi-institusi pengajian
tinggi.Kegiatan-kagiatan yang dijalankan adalah seperti aktiviti sukan yang biasanya kita jalankan.
Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan
professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat
yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira
45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui
aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam
sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Menyediakan peluang pekerjaan. Melalui aktiviti bersukan, peluang pekerjaan profesional dan bukan
professional dapat diwujudkan.Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat
yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira
45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui
aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam
sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam bidang akademik.

Sebagai satu industri dan perdagangan serta penyumbang pendapatan negara. Sukan berkembang

10
menjadi satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contohnya : Amerika Syarikat
memperolehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan
pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di
negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula
memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-
alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah
meningkatkan pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan,
barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk alatan sukan melebihi
RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.

Kegiatan sukan juga dapat mengurangkan kos perubatan untuk rakyat. Bersukan dapat menjadikan tubuh
badan seseorang individu sihat dan cergas.Sehubungan dengan itu,kerajaan dapat mengurangkan
peruntukan kewangan untuk membeli bahan-bahan perubatan dan teknologi yang canggih bagi mengubati
penyakit rakyat.Manakala,kerajaan dapat mengalihkan modal-modal yang berlebihan ke sektor-sektor
yang lebih penting dalam mencapai hasrat wawasan 2020 terutamanya sektor industri dan
pembangunan.Jika dilihat dari segi perspektif individu sebdiri,seseorang itu juga dapat menjimatkan
perbelanjaannya terhadap bahan perubatan kerana tubuh badan yang sihat disebabkan bersukan secara
kerap.Manakala,individu berkenaan juga boleh menggunakan pendapatan yang berlebihan untuk membeli
keperluan asas seperti makanan,minuman,pakaian dan lain-lain bagi menjamin kesejahteraan
kehidupannya.

11
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Tujuan Pendidikan Sepanjang Hayat

Pendidikan sepanjang hayat juga untuk menbangunkan kerjaya seseorang bagi meningkatkan produktiviti
individu,organisasi tempat kerja dan negara.Hal in bermakna proses pembelajaran itu akan berakhir
apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolah,sebalik proses tersebut berterusan sepanjang hayat.

Mengikut kajian UNESCO,kemajuan yang dicapai oleh negara-negara membangun ialah hasil daripada
perancangan strategik pembangunan sumber manusia.Perancangan ini memberi peluang kepada seluruh
anggota masyarakat untuk mendapat pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.Pada pertengahan
tahun 1990-an Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui UNESCO telah melancarkan program bagi
meningkat kesedaran membangun.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada masa ini talah mengiktiraf
pendidikan sepanjang hayat sebagai kunci kepada pembangunan sumber maunsia.

Menyedari hakikat tentang pentingnya pendidikan sepanjang hayat bagi memakmurkan dan memajukan
negara,kerajaan malaysia telah mengambil beberapa tindakan proaktif.Antaranya,menggubal beberapa
dasardan meetakkan kompenen pendidikan sepanjang hayat sebagai terus utama dalam perancangan
pembangunan negara.Sebagai contoh,Rangka Rancangan jangka panjang ketiga(RRJP3)bagi tempoh
2001-2010 dan Dasar Wawasan Negera(DWN)adalah antara rangka pembangunan negara jangka panjang
bagi menghadapi cabaran globalisasi.Rangka rancangan pembamgunan negara yang dirancang begitu
teliti dan sistematik ini telah berjaya melahirkan modal insan yang berkualiti,berprgetahuan,berkemahiran
dan bertaraf dunia.

Konsep Pendidikan Sepanjang hayat

Pada hari ini,konsep pendidikan sepanjang hayat merangkumi pengertian yang begitu luas.Konsep
inimerangkumi proses pendemokrasian pendidikan yang memberi peluang pendidikan seluas-luasnya
kepada setiap individu tanpa mengira kelas sosial,kaum,umur dan juga jantina.Peluang pendidikan yang
diberikan adalah bagi meningkatkan pengetahuan,kemahiran dan kompetensi seseorang.

Pendidkan sepanjang hayat menekankan kepada proses pembelajaran kendiri dan bukanny proses
pengajaran.Halini bererti bahan-bahan dan pedagogi yang digunakan adalah sesuai dan mesra
pelajar.Selain itu,waktu belajar perlu juga fleksibel dan kurikumnya sesuai dengan kemajuan teknilogi
dan keperluan semasa.

Pendidikan sepanjang hayat boleh dilakukan sama ada secara formal seperti di sekolah,instituti pengajian
dan pusat latihan vokasional,ataupun secara tidak formal iaitu berdasarkan pengamalan dan latihan di
tempat kerja masing-masing.Cara pendekatan pendidikan sepanjang hayat ini boleh dipelbagaikan supaya
mudah diakses oleh pelajar seperti melalui,pembelajaran ataupun kursus secara pos.

Ringkasnya,pendidikan sepanjang hayat ialah suatu proses pembelajaran yang berterusan bagi tujuan
meningkat pengetahuan dan kemahiran seseoran

12
Kepentingan Pendidikan Sepanjang Hayat

Menuntut ilmu merupakansuatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan
agama.konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu.Sebaliknya konsep ini telah
lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia.Namun begitu,konsep pendidikan sepanjang hayat
telah diberi penekanan semula oleh kebanyakan negara.Keadaan ini timbul ekoran perubahan persekitaran
baharu dunia yang dipengarui globalisasi dan ekonomi berasakan pengetahuan atau K-ekonomi.Ekonomi
berasakan pengetahuan menjadi keutamaanbagi menjamin dan menentukan daya saing sesebuah negara.
Produktiviti dan kualiti sesuatu produk pada masa kini ditentukan oleh daya inovatif dan aplikasi
pengetahuan atau pengguna teknologi.Setiap pemimpin negara dunia sedar bahawa aset utama bagi
kemajuan sesebuah negara itu ialah rakyat. Aset utama rakyat pula ialah pengetahuan kemahiran yang
mereka peroleh untuk menyumbang kepada kemajuan diri,masyarakat dan negara

Langkah-langkah ke arah pendidikan sepanjang hayat

-Menguasai kemahiran pengurus masa


-Menguasai kemahiran berfikir
-Menguasai kemahiran membaca
-Menguasai kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
-Menguasai kemahiran pembelajaran kendiri

Pengurusan Masa
Mengurus,membahagi dan mengatur masa seharian supaya dapat dimaafaatkan sebaik-baiknya:
-Ubah tabiat lama yang negatif seperti suka menangguhkan kerja,membuat kerja pada saat-saat akhir.
-Galakkan komunikasi interpersonal dan kurangkan komunikasi intrapersonal.
-Ubah suasana tempat kerja supaya dapat memberi tumpuan.
-Sediakan rancangan pelan bertindak serta jadual waktu/jadual kerja harian.

Kemahiran Berfikir

Proses menggunakan munda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelasaikan masalah.

Kreatif:mencerna dan menghasilkan idea baharu atau asli.


-Menjana idea
-Menghubungkaikan
-Meramal
-Mereka cipta

Kritis :sama ada sesuatu idea munasah atau tidak.

13
-Mencirikan
-Membandingkan
-Mengumpul dan mengelaskan
-Menilai
-Membuat keputusan

Kemahiran membaca:penting untuk mendapatkan,dan fakta tentang sesuatu perkara.


-Bacaan luncuran(skimming)
-mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh.
-Bacaan imbasan(scanning)
-mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.
-Bacaan intensif
-mendapatkan maklumat terperici.
-Bacaan laju
-memperoleh maklumat dengan kadar yang cepat.

Kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


-Menguasai kemahiran asas dalam penggunaan teknologi dan komunikasi secara berfikir dan terancang
untuk menimba ilmu dan maklumat.

Pembelajaran Kendiri
-Mempunyai akses belajar secara Kendiri dan berdikari mengikut minat,keperluan,dan keupayaan sendiri.

14
Media Massa di Negara Kita Bertindak Sebagai Agen Pengukuhan Sosial

Hubungan antara media massa dengan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Keduanya saling berhubung
rapat. Segala isi dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat menjadi sumber informasi bagi media
massa. Justeru, media massa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membangun dan
membina masyarakat. Ia menjadi sarana dan prasarana komunikasi yang sangat penting dalam kehidupan
manusia sejagat. Ia mempunyai tugas dan kewajiban untuk merakam segala peristiwa yang berlaku di
sekeliling kita melalui pemberitaan atau penerbitan. Hakikatnya, media massa membentuk entiti dan
sistem tersendiri dalam sistem masyarakat yang lebih luas.

Secara universal, tujuan media massa adalah untuk menyebar informasi, mendidik, memujuk, menghibur,
menyebar propaganda, membina pengaruh dan pelbagai tanggung jawab sosial yang lain. Sekali gus ,
kehadiran institusi media penting untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. Melihat kepada
peranannya yang cukup besar maka boleh kita simpulkan bahawa media merupakan produk budaya yang
mempunyai kepentingan yang beragam seperti politik, budaya, ekonomi, agama, hiburan dan sebagainya.

Kepentingan yang beragam itu dituang dan salurkan melalui pelbagai bentuk media massa yang
umumnya terbahagi kepada dua iaitu media cetak (suratkhabar, majalah, bulletin) dan media elektronik
(televisyen dan radio). Media elektronik hari ini diperluaskan lagi dengan internet dengan segala macam
mediumnya seperti web site , web portal, blog dan media sosial seperti facebook, twitter, whatsApp dan
sebagainya.

Setiap bentuk media tersebut mempunyai ciri khas masing-masing baik dalam konteks kewartawanan,
cara pemberitaan, isi kandungan, penampilan serta tujuan dan kepentingan yang berbeza. Dalam konteks
inilah kita lihat bahawa media massa merupakan organisasi yang mempunyai kepentingannya yang
beragam, malah saling bertentangan. Kebanyakan media yang pelbagai itu pula dibiayai oleh badan-badan
atau individu-individu tertentu.

Yang jelas, realiti dunia media memperlihatkan bahawa ada media massa yang memiliki kepentingan
politik dan ia biasanya dibiayai oleh kekuatan politik tertentu. Demikian juga, media massa yang
bermotifkan ekonomi yang dibiayai oleh badan-badan perniagaan tertentu di mana tujuannya adalah
keuntungan semata-mata. Ada juga media yang bermotifkan agama, pendidikan, kepenggunaan, alam
sekitar yang dikendalikan dan dibiayai oleh badan-badan tertentu.

Semua kepentingan media massa tersebut akan mempengaruhi berita yang disampaikan. Oleh sebab
adanya pelbagai kepentingan maka timbul anggapan bahawa kebanyakan fakta yang disampaikan
bukanlah fakta yang bersifat objektif, namun fakta itu dikonstruksikan oleh media atau wartawan
(penulis) dengan bermotifkan kepentingan tertentu. Demikianlah pandangan aliran konstruksionis melihat
berita yang disampaikan oleh media massa.

Bagi aliran itu, apa yang terhasil dari kerja jurnalistik adalah hasil dari konstruksi jurnalistik yang
membabitkan semua proses dari memilih bahan berita, sumber, fakta, pemilihan dan pemakaian kata,
grafik sehinggalah kepada kerja penyuntingan adalah bertujuan menerapkan aspek propaganda dan
pembinaan kuasa atau pembinaan imej golongan atau individu tertentu.

15
Masyarakat sebagai sasaran pembaca, pendengar dan penonton media massa seharusnya memiliki daya
dan kemampuan menganalisis supaya dapat menilai sejauh mana benarnya sesuatu berita atau sejauh
mana sahih atau batilnya apa yang disogokkan kepada kita. Pada hemat penulis, isu inilah yang paling
ketara dalam pelbagai maklumat yang disalurkan melalui internet atau media sosial yang menjadi trend
masyarakat hari ini.

Sebaliknya kebanyakan berita yang disalurkan melalui media konvensional lebih sahih maklumatnya
serta bersifat konstruktif dalam membentuk pandangan dan pendapat umum walaupun elemen
propaganda masih ada di dalam pemberitaan atau penulisan itu. Sifat pemberitaan seperti ini menepati
pandangan aliran positivisme yang melihat media massa sebagai medium menyalurkan maklumat
berasaskan fakta yang benar dan diatur oleh kaedah-kaedah tertentu secara universal. Dalam konteks ini,
berita itu adalah cermin dan refleksi dari kenyataan yang sebenarnya.

Pendekatan pluralis juga mempunyai pandangan yang serupa bahawa berita haruslah sama dan selari
dengan fakta yang hendak disalurkan. Memang secara idealnya media massa seharusnya bebas dan
neutral serta menjadi wadah bagi semua kelompok masyarakat menyatakan pandangan dan pendapat
mereka. Juseru, pendekatan kritis sering melihat berita tidak mungkin refleksi dari hakikat sebenar kerana
berita yang dihasilkan hanya mewakili atau mencerminkan kepentingan kekuatan pihak tertentu atau
pihak yang dominan dan berkuasa.

Anggapan itu mungkin benar dalam keadaan tertentu, Namun, dalam konteks negara kita kebanyakan
media massa arus perdana berusaha menyalurkan berita mengikut pendekatan konstruksionis seperti yang
dinyatakan. Maknanya, media massa di negara kita adalah agen konstruksi atau pengukuhan sosial yang
mentafsir dan mendefinisikan realiti. Berita itu merupakan potret dari arena pertarungan antara berbagai
pihak dalam realiti kehidupan yang mempunyai sifat subjektif dan sifat dan sifat subjektif ini
dikonstruksikan oleh wartawan atau penulis.

Itulah hakikat kerja wartawan di mana tugasnya bukan sekadar melaporkan sebuah fakta atau peristiwa
tetapi turut berperanan mengkonstruksi fakta supaya dapat dicerna dan difahami oleh khalayak pembaca.
Apa pun, etika kewartawanan tetap menjadi perkara asas dalam pemberitaan. Keprihatinan kepada etika
dan moral ini menjadi bahagian integral dalam proses penelitian produksi berita atau penulisan yang akan
dikeluarkan oleh media massa.
________________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia

16
Teknologi Hijau

Lima langkah strategik jayakan Dasar Teknologi Hijau Negara

BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima langkah strategik bagi menjayakan Dasar
Teknologi Hijau Negara.

Perdana Menteri berkata, langkah pertama adalah mengukuhkan rangka kerja institusi terutama di
kalangan Menteri manakala langkah kedua mensasarkan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif
bagi Pembangunan Teknologi Hijau.

Katanya, langkah ketiga pula akan menggiatkan lagi pembangunan modal insan menerusi pemberian
latihan dan program pendidikan.

"Langkah keempat adalah akan menggalakkan penyelidikan dan inovasi Tekologi Hijau menerusi
pengkomersialan.

"Langkah terakhir adalah memantapkan usaha mempromosi dan meningkatkan kesedaran rakyat terhadap
Teknologi Hijau," katanya berucap melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara di sini, hari ini.

1. Apakah maksud teknologi hijau?

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi
menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih
mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan
sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan
pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang
menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada
peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. Aplikasi Teknologi Hijau juga adalah
selaras dengan konsep pembangunan mapan (sustainable development) di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.
Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-
kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari
sekarang.

2. Mengapakah teknologi hijau diberi penekanan dalam pentadbiran negara?

Pada 9 April lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga,
Teknologi Hijau dan Air bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Saya percaya

17
penekanan terhadap teknologi hijau adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam
sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama Kerajaan-Kerajaan di seluruh
dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan
cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan
peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.

Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup rakyat
dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mapan. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya
akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.

Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang
menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-
peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk
hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam
sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah
dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara kita. Mengikut unjuran kami,
menjelang tahun 2020, industri PV dapat menyumbang sebanyak 4 peratus pendapatan daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (GDP).

Kerajaan akan menyediakan dasar yang sesuai untuk mempromosikan teknologi hijau. Pihak swasta, para
profesional serta penyelidik harus bekerjasama untuk mencipta dan mengkomersilkan teknologi hijau.

3. Apakah kepentingan aplikasi teknologi dan amalan hijau dalam kehidupan kita sebagai orang
awam?

Seperti yang telah saya katakan tadi, secara amnya, Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang
mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke
udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena
perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang melampau seperti keadaan cuaca
panas yang sedang kita hadapi pada masa ini. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan,
kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis flora dan
fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada
masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara
prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini.

Proses perubahan cuaca global sememangnya tidak dapat dihalang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha
boleh dilakukan untuk melambatkan proses ini. Oleh yang demikian, aplikasi Teknologi Hijau merupakan
salah satu langkah yang diambil bagi melambatkan proses perubahan cuaca dunia. Kita sebagai pengguna
merupakan salah satu daripada penyumbang terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau melalui aktiviti
harian dan pilihan yang kita buat sebagai contohnya penggunaan kereta, tenaga elektrik, penggunaan
bahan-bahan kimia seperti racun serangga dan sebagainya.

18
Sehubungan itu, aplikasi teknologi dan amalan hijau seperti penggunaan alat-alat elektrik cekap tenaga,
penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, penjimatan penggunaan air merupakan antara
perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti harian kita. Walaupun amalan-
amalan hijau bukan merupakan satu kebiasaan pada sebahagian daripada kita pada masa kini, kita perlu
mengubah minda kita bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati
pada hari ini dalam jangka masa panjang. Kita juga harus sedar bahawa pilihan-pilihan yang dibuat oleh
kita pada hari ini akan menentukan masa depan yang akan dilalui oleh anak-anak kita di masa akan
datang. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua agar
mula mendekati amalan-amalan hijau yang kecil seperti mengitar semula sampah, menggunakan peralatan
cekap tenaga, mengamalkan penjimatan tenaga dan air dan sebagainya.

4. Boleh Y.Bhg Dato berikan sedikit saranan dan harapan Datuk kepada masyarakat ke arah
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengutamakan teknologi hijau?

Usaha Kerajaan untuk menerapkan teknologi hijau perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek
inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta
sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara
kita boleh dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk
mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh menghasilkan
teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan
air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan
untuk tujuan eksport.

Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau
amalan hidup seharian. Kita harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan
perkara-perkara mudah yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam
bekas tanpa keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke
rumah, eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau
plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.

Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan
penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun
harga peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga
adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan dengan
langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup. Ibubapa harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut terdorong untuk
mengamalkan budaya hijau.

Sebenarnya perubahan gaya hidup dan perubahan minda akan mengorak langkah ke arah penghayatan
dan pengamalan teknologi hijau. Perubahan kecil yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan yang
besar pada masa hadapan.

19
5. Adakah sebarang galakan disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan teknologi hijau?

Untuk bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai
insentif fiskal sejak tahun 2003 bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga
Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti
penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan
(Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status).

Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan
untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus
dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah
ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:

i- duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada
pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh ST;
ii- pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang
tempatan;
iii- Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga
(high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen
yang diluluskan oleh ST.
iv- Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian EE consumer goods yang diluluskan oleh ST
seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan
penyaman udara.

6. Boleh Y.Bhg Dato terangkan langkah-langkah yang diambil atau contoh-contoh program yang
dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat?

Kementerian telah mula menjalankan program-program kesedaran mengenai Kecekapan Tenaga dan
Tenaga Boleh Diperbaharu yang merupakan salah satu daripada cabang Teknologi Hijau sejak tahun 2000
lagi melalui penubuhan Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Energy
Efficiency (CETREE) oleh Universiti Sains Malaysia. Program-program ini disasarkan kepada golongan
profesional, sekolah, institusi pengajian tinggi dan orang awam di Malaysia. Antara program yang telah
dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan
Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival
Pendidikan Sains dan Teknologi Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah
membangunkan Modul Tenaga Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum Sekolah
Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di peringkat awal dalam Tenaga
Boleh Diperbaharu dan Kecekapan Tenaga.

Selain itu, Kementerian juga telah melaksanakan program Energy Month peringkat Kebangsaan secara
tahunan bagi meningkatkan kesedaran mengenai Tenaga Boleh Diperbaharu dan mempromosikan amalan
Kecekapan Tenaga di kalangan orang awam dan sektor swasta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan

20
semasa program Energy Month adalah mengadakan ceramah-ceramah berkaitan Kecekapan Tenaga,
menerbitkan buku panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, menerbitkan siri artikel di surat khabar dan
menggunakan media massa untuk menggalakkan amalan Kecekapan Tenaga.

Di masa akan datang, Kementerian akan melaksanakan kempen Teknologi Hijau yang akan melibatkan
stake-holders yang berkaitan termasuk orang awam dan Kementerian/ Jabatan Kerajaan, badan bukan
Kerajaan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan semua pihak mengenai kepentingan Teknologi Hijau dalam kehidupan kita. Ini bagi
memastikan program-program lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan dalam mempromosi dan
membangunkan Teknologi Hijau tempatan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan dihayati oleh semua
lapisan masyarakat.

Sumber: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

21
Kitar Semula
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) kitar semula bermaksud
memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku
apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan
yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber
kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas
dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan
baru.

Mengapa Perlu Kitar Semula


Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada
dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semulajadi. Kita perlu
bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin
mneningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak
produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa
Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa
Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya
mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi)
Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa/bahan buangan yang tidak
dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak

KepentinganTerhadapAlamSekitar

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negative yang amat besar
kepada alam semula jadi :

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada
sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh sisa pepejal
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula
dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat
disimpan dan dikekalkan
Tenaga yang besar digunakan apabilan membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya
memerlukan sedikit tenaga dan secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan
dan pemeliharaan alam semula jadi

Kepentingan Terhadap Manusia

22
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya :

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita
didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan
tadahan air
Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi
kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula
Memelihara sumber asli semula jadi untuk generasi akan datang. Kita semula mengurangkan
penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber
asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi akan datang

23
Perdagangan Elektronik - Saluran Perniagaan Baru

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce
(EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi
maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-
penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank,
syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.
Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu
rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik
yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di
mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang
menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana
telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah
komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun
demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di
antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah
persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya
berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Integrasi Perniagaan

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat
mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat
antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh
diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke
peringkat antarabangsa.

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan
integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun
penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan
dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-
borang kertas dan birokrasi.

Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam
rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian
(standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet

24
yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai
satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan
bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan
mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape
Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian
dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti
perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian
menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian
dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan
ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.

E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang
tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet,
pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs,
Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang
keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan
perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu
pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap
akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan
botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di
antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada
pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara
perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat
itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara
perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih
ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga,
beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

Saiz E-dagang

25
Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online
Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu
peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi
pada masa depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus
daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan
kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.

Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna
untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap
seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat
pembelian melalui Internet.

Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan
mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa
pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun
sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangka
bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun
bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.

Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah
ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini
dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi
Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.

Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan
menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186
juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).

Skop E-dagang

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang
professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada
pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan
pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya
diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah
penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada
tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.

26
Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat
sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada
teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian
aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat
kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada
penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada
tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan
mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

Jaminan Pengguna

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila
mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran
teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET)
maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain
pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader, Cybercash dan DigiCash
yang membolehkan menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.

Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah
sistem kriptografi PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak
seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap
transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi tersebut

Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Tajuk : Sistem Pengangkutan Awam Yang Sistematik Menjana Pembangunan Negara

Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur melalui sistem pengangkutan awamnya.
Sekiranya sistem pengangkutan awamnya tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan

27
pentadbiran sebuah negara yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada
pembangunan negara .

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan
pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk juga
memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan . Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang
disediakan ini meliputi rangkaian perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem
pengangkutan awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta . Dalam
penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia memerlukan pelaburan dan
perbelanjaan kewangan yang amat tinggi disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan
sekali gus bermakna sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan
negara.

Melihat kepada sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam seperti
bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT , monorel dan seumpamanya .
Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya ,
landasan kereta api dan landasan berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang
sistematik semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan kecanggihan
kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang dapat
meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya menjana pembangunan negara .

Sistem pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang
bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan lancar dan efisyen . Sistem
pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang yang berteknologi tinggi dengan konsep yang
lebih moden bertaraf dunia serta landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih
. Sistem pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan sistem
pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat diperlukan oleh ramai orang di
serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut
membantu penjanaan pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah maju , berdaya saing
apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri penerbangan ini .

Bagi sistem pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak kurang
pentinganya pengangkutan di sungai sungai . Sistem pengangkutan air juga memerlukan satu sistem
yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan dermaga dan pelabuhan pelabuhan bertaraf dunia
supaya boleh menampung keperluan penggunaan kapal kapal pengangkut yang besar untuk berlabuh
dan menguruskan pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat diurus dalam masa yang singkat
dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat penting bagi negara kerana ia menguruskan pengangkutan
yang banyak dan barangan berat melibatkan perjalanan yang jauh di merata dunia . Ini semua turut
memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan
atau pun pihak swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi negara yang
dapat menjana pembangunan negara .
Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik ,
serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya manakala sistem
pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju

28
dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden , pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini
semua kerana tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan
pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian
pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti
dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh
melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .

Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan negara .
Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan moden supaya berupaya
menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan awan yang sistematik juga dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memberi pulangan kepada pendapatan negara
.Sebab itulah negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang
sistematik di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak
, tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada
negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur
untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara .

Negara perlu membina dan mengilhamkan sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik
sepei pembinaan Lebuh Raya Utara Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan
banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian lebuh raya ini pasti sudah
tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik , kesesakan berlaku di mana mana , kepayahan untuk
berhubung antara satu tempat ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan
setakat rangkaian lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter ,
LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan pembinaan sistem
pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah meneroka pembukaan tanah tanah terbiar ,
tanah tanah di pedalaman sekaligus kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan
dengan sekelip mata menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau
perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus , dahulunya tiada penghuni
di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan
penduduk di merata pelusuk negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang
sistematik maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .

Tidak dapat dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya negara
tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem pengangkutan awam lama ,
pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa
memikirkan kesan alam sekitar , kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa
tanpa mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat di suatu tempat
dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini sebenarnya terletak kepada
kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa
sistem pengangkutan awam yang sistematik adalah penjana pembangunan negara . Sekiranya negara
dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen , secara tidak langsung ia telah
menjana pembangunan negara yang lebih teratur , berkembang dan berdaya maju . Penyediaan sistem
pengangkutan awam yang sistematik ini bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan
perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri dan

29
seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan infrastrukturnya juga perlu sistematik -
baru boleh dilihat dapat menjana pembangunan negara .

Apabila melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan infrastruktur
sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh raya , setesen kereta api , landasan kereta
api , lapangan kapal terbang dan landasannya , pelabuhan pelabuhan dan dermaganya : Semua ini
memerlukan kawasan kawasan lama diperbesarkan , kawasan kawasan baru diterokai , sistem lama
sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan baru . Ini bermakna dalam
penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat menjana pembangunan negara secara besar besaran .
Dalam erti kata lain tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak
membangun pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia ada , impak masa
hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan
negara terus dapat memacu pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan :
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan .

Sistem pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan pengguna ,
memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri ciri perkhidmatan selamat , dapat
mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan
sosial yang baik . Sekiranya semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam
bermakna pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul . Sistem pengangkutan yang
selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana pembangunan negara kerana sistem pengangkutan
awam yang tidak selamat , sedikit sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam
negara dengan itu negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan
terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan kerana hasil perniagaan
, pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat
berkembang kerana ada kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan
sektor industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pelaburan dalam
negara .

Negara mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara dan
pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik untuk memberi
keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya
negara tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan
mereka ke tempat kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan negara
turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan prasarana sistem pengangkutan
awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara
tidak membina prasarana sistem pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan .
Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan pelbagai konsep , bercirikan
moden , canggih , termaju dan bertaraf dunia . Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara
melalui sistem pengangkutan awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam
yang sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara turut tidak
membangun .

30
Memandangkan sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan
negara . Maka dapat kita lihat negara negara di seluruh dunia berlumba lumba menggerakan jentera
pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam yang lebih
sistematik . Ini bermakna pembangunan sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu
faktor penting yang dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah maju sekiranya
sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat di sesebuah negara yang sistem
pengangkutan awamnya kucar kacir lagi kelam kabut serta tidak terurus dengan baik maka
gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur serta tidak dapat menjana kepada
pembangunan negara itu sendiri .

Pembangunan sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem
pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem pengangkutan awamnya . Ia
akan memberi impak yang amat besar kepada negara : Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang ,
kemajuan tidak dapat dicapai , tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat , rakyat tidak
dapat keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara . Sistem
pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan berkesan sebenarnya ia seiring
dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem
pengangkutan awam maka tidak dapat menjana pembangunan negara .

Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan
negara ialah penerokaan kawasan dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang
sistematik, bukan setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan dalam
penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan elektrik , bekalan telekomunikasi ,
perumahan , ruang perniagaan , kawasan pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan
sebagainya. Ini pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada
pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem pengangkutan awam yang
sistematik , negara berupaya mengguna jentera pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga
merupakan satu pembangunan kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara
masih di takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan .

Di negara negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana
mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana pembangunan negara .
Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju , sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang
supersonik dan berjentera jet , kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka
bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem pengangkutan awam dunia
yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada mereka lantaran dapat menjana pembangunan
negara mereka berterusan dari semasa ke semasa dan terus berlumba lumba untuk membuktikan mereka
adalah yang terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding dari
negara negara pesaing mereka . Negara negara maju juga sentiasa memastikan sistem pengangkutan
awamnya bersistematik dan bertaraf dunia , mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk
membangunkan dan memajukan sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini
negara tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan yang sejahtera
.

31
Banyak perkara yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam
yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara kerana pembangunan
yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik ini lebih bersepadu dan menyeluruh .
Dalam hendak menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak
penyumbangnya secara global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak , arkiteknya ,
juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju , usahawan usahawan , tenaga
buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini
.

Maka jelas membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana
pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya negara itu tidak
mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik . Justeru itu untuk terus maju dan
membangun sudah semestinya negara mampu memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .

Apa itu buli?

Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse) Buli melibatkan serangan fizikal dan
ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan
seksual.

Adakah ia kerap berlaku?

Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.

Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi.

32
Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung
menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti
tidak mahu berkawan.

Tanda dan Gejala

Kebanyakan kes tidak dapat dikesan melainkan terdapat tanda fizikal atau mangsa memberitahu ibu-bapa
ataupun guru.

Gejala-gejala yang wujud juga mungkin tidak spesifik seperti yang berkaitan dengan tekanan dan masalah
perubatan seperti pening kepala, sakit perut dan sebagainya atau penurunan prestasi pelajaran.

Komplikasi

Kesan-kesan buli

Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa
buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam
kehidupan di masa akan datang.

Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;

1. Tiada keyakinan diri


2. Rasa rendah diri
3. Prestasi pelajaran merosot
4. Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
5. Masalah penyesuaian diri apabila dewasa

Pencegahan

Cara-cara membantu mangsa buli

1. Beri perhatian jika ada mangsa secara sukarela dengan memberitahu mengenai buli dan meminta
pertolongan. Kadang-kala mangsa hanya memerlukan perhatian dan seseorang untuk mendengar.
2. Ibu bapa mangsa buli dan pembuli perlulah dimaklumkan.
3. Aturkan perjumpaan jika perlu. Bincangkan cara-cara penyelesaian masalah dengan mereka.
4. Buat susulan dengan berkomunikasi dengan mangsa, ibu bapa dan guru-guru mengenai masalah
ini.
5. Lakukan pemantauan terhadap kelakuan/perilaku pembuli dan keselamatan mangsa di sekolah
dan persekitarannya secara menyeluruh.

Bagaimana cara untuk mengurangkan atau mengelakkan buli?

Kanak-kanak perlu memberitahu dan melibatkan orang dewasa seandainya masalah berkenaan
wujud.

33
Jangan teragak-agak untuk memberitahu orang dewasa atau orang yang boleh dipercayai
seandainya anda tahu ada individu yang dibuli.

Sekolah atau institusi perlu

Memastikan dan memperjelaskan bahawa sebarang kejadian buli tidak boleh diterima (never
acceptable)
Mengadakan perbincangan yang khusus berkenaan buli dan masalahnya
Mempertingkatkan pengawasan orang dewasa di kawasan seperti bilik air, kaki lima atau
perkarangan dan sebagainya.
Menekankan kepentingan keselamatan, nilai hormat menghormati dan sentiasa mengambil berat.
Menekankan kesan atau akibat dari menyakitkan orang lain
Menguatkuasakan tindakan segera dan berterusan terhadap semua kelakuan agresif.
Lakukan susulan terhadap semua aktiviti yang agresif.
Memperbaiki hubungan dan komunikasi di antara pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar.
Menyediakan peti cadangan untuk masalah-masalah (problem box) di sekolah supaya pelajar
dapat melaporkan masalah serta memberi cadangan.
Mengajar cara bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran

Pendahuluan

Cukai adalah merupakan suatu cara kerajaan mengumpul hasil daripada individu, syarikat atau badan lain
untuk membiayai perbelanjaan negara seperti pembangunan sosio-ekonomi.

Secara umumnya tiada seorang pun suka membayar cukai dan sekiranya diberi pilihan ramai yang tidak
mahu membayar cukai. Ini kerana cukai dianggap sebagai satu bebanan atau tekanan kepada individu.

Namun cukai merupakan elemen terpenting sebagai sumber hasil kepada sesebuah negara. Dengan sistem
pungutan cukai yang efisien dan teratur, sesebuah negara itu mampu menjana hasil yang tinggi dan stabil
bagi digunakan untuk kebaikan rakyat dalam pembangunan sosio-ekonomi.

Sistem kutipan cukai berbeza mengikut negara dan budaya serta berubah dari masa ke semasa mengikut
perubahan zaman. Sebagai contohnya, pada zaman awal tamadun manusia, cukai dibayar dalam bentuk
barangan seperti gandum, beras, gula atau barang ternakan. Apabila sistem kewangan dan matawang
diperkenalkan maka cukai dibayar dalam bentuk matawang mengikut kadar nilai yang ditetapkan oleh
sesebuah pemerintah.

Sejarah Percukaian

34
Sejarah percukaian dunia telah bermula sejak beribu tahun dahulu. Perkataan cukai atau Tax itu sendiri
wujud pada abad ke 14. Ianya lahir dari perkataan Latin taxare yang memberi maksud assess. Negara
China mempunyai sejarah percukaian yang lama dan cukai telah dikenakan sejak 3000 tahun yang lalu.
Cukai yang dikutip di kebanyakan negara di dunia pada ketika itu sebahagian besarnya adalah untuk
membiayai peperangan.

Sistem percukaian di Tanah Melayu telah bermula sejak zaman Kesultanan Melaka iaitu sebelum
kedatangan penjajah barat ke Tanah Melayu. Pada ketika itu, jawatan yang dipertanggungjawab untuk
memungut cukai ialah Syahbandar dan mereka merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan
dan undang-undang pelabuhan melalui kuasa yang diberi oleh Raja untuk memungut cukai di pelabuhan.
Cukai juga dikutip untuk tujuan melindungi semua kapal yang melalui Selat Melaka dan sebagai caj
penggunaan kemudahan pelabuhan.

Selepas kedatangan British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, pada tahun 1826, pentadbiran cukai
ditadbir oleh seorang Gabenor dan sebuah Majlis Jeneral di Calcutta yang mana ia dikawal oleh Board of
Control Syarikat Hindia Timur. Namun beberapa struktur dan amalan percukaian yang telah digunakan
oleh pembesar melayu sebelum ini masih dikekalkan seperti sistem Tax Farming iaitu satu bentuk
percukaian dengan memajak kuasa memungut cukai kepada pemajak yang paling tinggi dengan
dikenakan lesen kepada pemajak dan cara ini dapat melicinkan proses pungutan cukai eksais.

Daripada sejarah ringkas ini, jelas menunjukkan percukaian berperanan penting dalam perkembangan
sistem ekonomi dan sosial sesebuah negara sejak manusia hidup bertamadun dan matlamat utama
kerajaan mengenakan cukai dari zaman dahulu hingga sekarang adalah untuk mendapatkan sumber
kewangan bagi perbelanjaan negara dan rakyat.

Peranan cukai untuk pembangunan

Sesebuah kerajaan yang memerintah memerlukan hasil untuk mentadbirkan sesebuah negara. Sekiranya
negara kekurangan hasil, maka ia terpaksa menampung segala perbelanjaan untuk projek pembangunan
melalui pinjaman. Negara tidak boleh bergantung kepada pinjaman semata-mata untuk menguruskan
pembangunan tanpa mendapatkan sumber atau hasil dari dalam negara kerana ia boleh mengakibatkan
sesebuah negara itu menjadi muflis. Apa yang berlaku di negara lain seperti Greece dan Sepanyol adalah
negara mereka tidak mempunyai hasil yang mencukupi dan terpaksa meminjam dari luar sehingga
menyebabkan matawang mereka jatuh.

Di Malaysia, kita mempunyai hasil kekayaan bumi seperti getah, padi, kelapa sawit dan minyak. Bijih
timah pada satu ketika dahulu adalah merupakan hasil utama negara yang menyumbang kepada
pendapatan negara. Namun begitu negara ini tidak boleh bergantung kepada hasil komoditi dan petroleum
kerana hasil yang ada di perut bumi ini akan berkurangan dan kehabisan pada satu hari nanti. Ianya
merupakan pendapatan yang tidak stabil dan nilai dagangan berdasarkan kepada permintaan pasaran
dunia. Pengeluaran minyak dan gas kian menyusut dan akan kehabisan pada satu hari nanti. Negara perlu
mencari sumber yang lain bagi menjana pendapatan untuk meneruskan pembangunan. Cukai dilihat
sebagai satu sumber pendapatan yang stabil bagi sesebuah negara.

35
Negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas seperti di Asia Barat terutamanya Arab Saudi, Qatar, dan
UEA tidak memerlukan hasil dari cukai untuk menampung perbelanjaan negara. Malah negara berkenaan
memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk terus maju dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan
sukan hasil dari minyak dan gas. Sebagai contohnya Qatar adalah merupakan sebuah negara kecil dengan
penduduk seramai 2 juta dikatakan mempunyai simpanan gas ketiga terbesar di dunia. Simpanan gas
tersebut mampu bertahan selama 160 tahun dan menjadikan negara tersebut tidak perlu bergantung
kepada hasil yang lain seperti cukai.

Prinsip asas percukaian iaitu sebagai satu mekanisme mengumpulkan hasil daripada individu, syarikat
atau entiti lain adalah untuk membangunkan negara dan menyediakan pelbagai kemudahan awam demi
untuk kesejahteraan rakyat tetap kekal hingga ke hari ini.

Hasil dari cukai yang dipungut oleh kerajaan dapat di manfaatkan oleh seluruh rakyat seperti berikut:
a) Keamanan
hasil dari perbelanjaan negara ke atas keselamatan seperti keperluan logistik untuk
tentera dan polis bagi melindungi rakyat dan Negara

b) Fizikal dan Pembangunan


membina rangkaian infrastruktur yang moden seperti jalanraya, jambatan dan rel.

c) Ekonomi
memodenkan pelabuhan untuk menggalakkan pelaburan serta memberi galakan
syarikat untuk menjalankan aktiviti pengilangan

d) Sosial
menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada masyarakat.
c

Pendapatan Negara

Pada tahun 2014, hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak RM224 billion. Dari jumlah tersebut,
hasil dari cukai langsung yang dijangka sebanyak RM133 billion, cukai tidak langsung sebanyak
RM38,822 billion, hasil bukan cukai adalah sebanyak RM50.6 billion, terimaan bukan hasil sebanyak
RM852 juta dan hasil daripada Wilayah Persekutuan sebanyak RM645 juta.

Jenis Cukai

Sistem Percukaian dalam negara boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu cukai langsung yang
dikenakan secara langsung ke atas orang yang dikenakan cukai dan pada lazimnya atas pendapatan atau
perolehan yang diterima. Cukai Pendapatan dan Cukai Korporat adalah cukai langsung yang ditadbir oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain dari cukai tersebut LHDN juga mengutip Cukai
Keuntungan Harta Tanah dan Cukai Setem.

36
Cukai tidak langsung ini digunakan bagi mengagihkan semula pendapatan dan kekayaan dalam mencapai
pembahagian yang lebih saksama serta mengurangkan ketidakseimbangan pembahagian kekayaan di
dalam sesebuah negara. Ini dilaksanakan melalui penetapan kadar cukai individu progresif yang mana
kadar cukai akan meningkat seiring dengan peningkatan pendapatan pembayar cukai. Cukai yang dibayar
oleh pembayar cukai berpendapatan tinggi menjadi sumber hasil kerajaan seterusnya dapat diperuntukkan
untuk menambah baik kemudahan awam bagi manfaat semua, terutama golongan miskin dan
berpendapatan rendah.

Cukai Tidak Langsung pula adalah cukai yang dikenakan atas barang atau perkhidmatan ditetapkan, yang
mana beban cukai ditanggung melalui harga barang atau perkhidmatan. Cukai tersebut adalah Cukai
Jualan dan Cukai Perkhidmatan dan ianya ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM). Cukai
Jualan telah berkuatkuasa sejak tahun 1972 manakala Cukai Perkhidmatan pula telah dilaksanakan sejak
tahun 1975. Di samping itu juga JKDM turut mentadbir Duti Kastam iaitu kutipan cukai untuk barangan
yang diimport dan eksport dan Duti Eksais untuk pengeluran pengilangan dalam negara seperti kenderaan
bermotor, tembakau dan minuman keras.

Disamping itu juga terdapat cukai lain yang dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis
Daerah/Perbandaran dan Pejabat Tanah di setiap Daerah. Majlis Kerajaan Tempatan mengutip Cukai
Taksiran yang mana ianya diperuntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Hasil pendapatan
daripada cukai ini akan digunakan untuk membiayai kos operasi di kawasan majlis seperti kutipan
sampah, membina taman rekreasi membaiki jalan serta menyediakan kemudahan awam. Pejabat Tanah
dan Daerah pula mengutip Cukai Tanah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan
Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1966.

Dalam sistem ekonomi moden, sistem percukaian tidak dilihat sebagai instrumen untuk mendapatkan
hasil pendapatan kerajaan. Cukai kini merupakan sebagai satu proses pindahan wajib sumber ekonomi
daripada sektor swasta kepada sektor awam bagi mencapai objektif ekonomi dan sosial negara.

Cukai juga berperanan untuk menghalang sesuatu aktiviti yang tidak diingini daripada berleluasa.
Pengenaan cukai yang tinggi ke atas rokok dan minuman keras dapat membendung serta mengawal
penggunaannya. Begitu juga dengan barangan import yang mana duti dikenakan bagi menggalakkan
penggunaan barangan buatan tempatan.

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia

Semasa pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Y.A.B Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015.

GST bukanlah satu cukai yang baru tetapi ia merupakan satu sistem percukaian yang akan mengantikan
cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Cukai Jualan yang telah
dilaksanakan sejak tahun 1972 dan Cukai Perkhidmatan sejak tahun 1975 didapati tidak lagi relevan
dengan keadaan semasa kerana ianya mempunyai kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda keatas
pengguna, ketiadaan pelepasan cukai keatas barang yang dieksport dan isu pindahan harga atau transfer

37
pricing. Ianya perlu digantikan dengan satu sistem percukaian yang menyeluruh dan saksama bagi
memanfaatkan seluruh rakyat.

Cukai jualan pada ketika ini dikenakan di peringkat pengilangan pada kadar 5%, 10%, 20% dan spesifik
manakala cukai perkhidmatan dikenakan pada kadar 6%. Sehubungan dengan itu, GST yang akan
dilaksanakan nanti akan dikenakan pada kadar 6% dan kadar ini adalah yang terendah di rantau ini.
Apabila GST dilaksanakan kelak, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan akan dimansuhkan. GST atau
dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di sesetengah negara adalah merupakan cukai kepenggunaan
yang mampu menjana pendapatan yang stabil kepada negara dan telah dilaksanakan di lebih 160 buah
negara di dunia.

GST tidak akan dikenakan ke atas barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak
masak, rempah ratus dan lain-lain lagi. Bekalan air paip dan penggunaan elektrik 200 unit pertama
sebulan untuk pengguna domestik juga tidak dikenakan GST. Perkhidmatan pengangkutan seperti bas,
keretapi, teksi, LRT, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan
dari GST

Peranan Belia terhadap Pembangunan Negara

March 21, 2017

Belia harapan bangsa. Cogan kata ini begitu sinonim dengan golongan belia yang merupakan kelompok
dominan dan berpengaruh demi melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya. Sehubungan itu, 15 Mei
setiap tahun diangkat sebagai hari istimewa buat para belia. Dengan adanya hari tersebut, secara tidak
langsung dapat mengingatkan benak fikiran kita tentang besarnya kuasa kumpulan manusia yang berusia
13 hingga 40 tahun ini. Di Malaysia, mereka terdiri daripada dua perlima daripada keseluruhan
warganegara. Persoalannya, setakat mana sumbangan yang dihadiahkan oleh perwira bangsa ini demi
memakmurkan tanah air serta mewarisi kelangsungan pembangunan politik, ekonomi mahupun sosial?
Sejarah Islam menyaksikan Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu yang pertama daripada
malaikat Jibril A.S. di Gua Hira'. "Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan." Wahyu
pertama ini menjelaskan tentang peri pentingnya membaca atau menuntut ilmu pengetahuan sebagai
proses atau tatacara pengkajian demi kesejahteraan dunia mahupun akhirat. Rentetan daripada itu,
golongan belia harus mempersiapkan perisai ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek atau bidang kerana
mereka merupakan pewaris kelangsungan hidup sesebuah negara. Janganlah kelompok ini leka dengan
terjebak dengan pelbagai kemelut sosial yang kian melanda akhir-akhir ini kerana hanya akan
membinasakan sesebuah tamadun bangsa. Saidina Ali bin Abi Talib, seorang tokoh Islam yang disegani
berkata, "Jika anda ingin melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah remaja dan belianya."
Bagaimana golongan ini menggalas tanggungjawab primer ini sekiranya alpa dengan arus dunia yang
melalaikan seperti terjebak dalam pergaulan bebas, jenayah, pengambilan dadah dan alkohol atau
membuang masa dengan berpeleseran di kompleks beli-belah. Jelaslah bahawa belia perlu mempunyai
intelektual yang tinggi bagi meneruskan dan memajukan negara pada masa hadapan nanti.
Keluhuran dan ketinggian budi merupakan pelengkap makna tamadun itu sendiri. Selain daripada
kemegahan dan kehebatan lahiriah, nilai tatasusila juga turut menjadi nilai tambah terhadap kemajuan

38
sesebuah ketamadunan. Nilai-nilai mahmudah seperti saling menghormati, berbuat kebaikan dan
menghulurkan pertolongan buat yang memerlukan perlu menjadi pakaian diri agar lebih dihormati dan
gah di mata seantero dunia. Peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' jelas menunjukkan kepada
kita bahawa segala didikan dan tunjuk ajar perlu bermula dari rumah oleh ibu bapa sendiri. Ibu bapa harus
diingatkan bahawa anak-anak umpama kain putih untuk dicorakkan. Salah didikan bakal menjadi barah
yang membunuh masa depan permata negara ini. Selain nasihat melalui kaedah lisan, ibu bapa menjadi
suri tauladan kerana kepimpinan melalui tauladan lebih dekat dengan jiwa anak-anak.
Seterusnya, masyarakat turut memerlukan golongan belia yang gagah dari aspek fizikal dan
mentalnya. Hal ini kerana usia kumpulan ini sangat optimum dalam menyumbang bakti kepada
masyarakat melalui aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Sebagai tamsil, aktiviti bergotong-royong
yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga amat memerlukan tenaga muda bagi memudahkan segala kerja
berat yang boleh dilakukan bersama-sama. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Segala pekerjaan seperti membersihkan kawasan persekitaran, mencuci longkang yang
tersumbat dan aktiviti mengecat bukan sahaja dapat disiapkan dalam masa yang singkat malahan kegiatan
seperti ini merapatkan ukhuwah persaudaraan sesama manusia. Lazimnya, kesibukan membanting tulang
mencari nafkah zahir membataskan perhubungan, tetapi dapat ditautkan kembali dengan adanya anjuran
sebegini.
Di samping itu, suara belia sangat berkesan dalam mempengaruhi peta minda masyarakat. Justeru,
golongan belia perlu mengambil peluang dengan menyemarakkan semangat warna biru yang terdapat
pada Jalur Gemilang itu sendiri. Perpaduan dapat dibentuk apabila seluruh masyarakat berganding bahu
dengan suara belia sebagai pembakar semangat meniupkan persaudaraan. Jangan semaikan benih
kebencian sehingga peristiwa hitam seperti Rusuhan Kaum 13 Mei menyala kembali seperti pisang
berbuah kali kedua. Toleransi dan saling menghormati merupakan antara kunci perpaduan dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Belia perlu sentiasa beringat bahawa mereka adalah tonggak
untuk meneruskan delegasi negara kelak.
Sumbanglah walau sebesar zarah demi kesejahteraan bersama. Itulah diksi indah yang sepatutnya
membibitkan kesedaran dalam diri para belia untuk menyumbang bakti terhadap masyarakat setempat.
Sekiranya kesemua belia menyalurkan khidmat kepakaran bidang masing-masing, tiada asbab
pembangunan negara terbantut. Sebagai contoh, seseorang belia yang pakar dalam bidang ekonomi boleh
merangka dasar pembangunan bukan sahaja membantu dari aspek kewangan negara bahkan membuka
ruang untuk golongan berpendapatan rendah turut serta dalam pembangunan tersebut. Golongan pendidik
pula sebagai batu loncatan dalam melahirkan ahli cerdik pandai dalam pelbagainl lingkungan bidang.
Tidak dinafikan bahawa belia mampu mengubah nasib negara dengan sumbangan kepakaran masing-
masing. Jadilah seperti pohon yang berbuah yakni memberi manfaat kepada orang lain.
Sebagai akhirul kalam, ingin ditegaskan bahawa tanpa golongan belia, negara sukar untuk
meneruskan kelangsungan kemajuan. Semangat juang luar biasa belia seperti akar yang menguatkan
pasak pohon negara. Sumbang bakti golongan majoriti ini menjadi kekuatan dalaman dalam
membangunkan negara tidak kira ruang lingkup politik, ekonomi mahupun sosiobudaya. Segala peranan
dan tanggungjawab di bahu para belia diharap dapat memajukan negara yang bertamadun yakni lahiriah
dan rohaniah masyarakatnya sangat utuh. Bebaskan diri belia daripada kancah maksiat yang boleh
meranapkan jati diri. Semua pihak mempunyai peratusan dalam menggalas tugas untuk meningkatkan
kecemerlangan dan sahsiah anak-anak belia yang bakal menerajui kepimpinan negara. 'Di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.'

39
40

You might also like