You are on page 1of 33

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang

Di era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja amat membimbangkan. Ramai

dalam kalangan remaja kini terjebak dalam masalah sosial. Dari hari ke hari dapat dilihat

dalam siaran berita dan dada akhbar berita mengenai tingkah laku remaja yang terlibat dalam

masalah sosial semakin meningkat dan merunsingkan. Hal ini boleh memberi impak negatif

terhadap pembangunan belia dalam negara. Ia bukan sahaja melibatkan belia bermasalah

sebaliknya ia turut membabitkan pelan pembangunan untuk belia. Suatu permasalahan yang

bererti untuk kita renungkan dan bincangkan bersama untuk melalui cabaran era globalisasi

dengan kelemahan nilai dan kekuatan akhlak dalam kalangan remaja yang terbabit dengan

masalah ini (Mohd Faizal & Mohd Zaki Ishak, 2014).

Menurut World Health Organization (2002), statistik menunjukkan satu daripada lima

orang remaja yang berumur 13 hingga 15 tahun di seluruh dunia merupakan perokok.

Sebahagian daripada remaja seluruh dunia antara 80, 000 hingga 100, 000 daripada mereka

mula merokok setiap hari. Dianggarkan 50% daripada remaja yang mula merokok di usia

muda akan meneruskan tabiat tersebut hingga 15 ke 20 tahun. Daripada kajian-kajian yang

pernah dijalankan membuktikan pengiklanan tembakau banyak mendorong remaja untuk

merokok. Ia menujukkan satu perempat daripada remaja yang merokok di Rantau Pasifik

Barat akan mati disebabkan rokok. Hal ini menunjukkan bahawa masalah rokok dalam

kalangan remaja amat serius dan perlu diberi perhatian.

1
Terdapat seramai 3.1 juta perokok dengan 0.2% perokok tegar di Malaysia. Ketagihan

perokok tegar untuk meninggalkan tabiat tersebut adalah amat payah namun menurut Dr

Hilmi, pada setiap tahun seramai lebih 100, 000 perokok sosial atau perokok ringan untuk

tidak lagi merokok dan meninggalkan tabiat itu. Namun begitu, data yang diperoleh daripada

Kementerian menunjukkan penglibatan remaja di bawah umur 18 tahun perlu dikhuatiri

dengan sebanyak 45 hingga 50 orang dari hari ke hari. Jumlah remaja perempuan yang

merokok dibandingkan dengan tahun 2000 dengan 2004 telah menunjukkan peningkatan

daripada 4% kepada 8%. Bagi remaja lelaki yang terdiri daripada lingkungan umur 12 hingga

18 tahun yang menghisap rokok bersamaan dengan 30%. Oleh yang demikian perkara ini

perlu dipandang serius dan tidak harus dipandang enteng (The Star Online, 2013).

Alam remaja adalah dimana mereka mencari identiti masing-masing. Akan tetapi,

kebanyakan remaja tewas dengan hawa nafsu yang menyebabkan mereka tersasar dalam

memilih identiti mereka. Dalam tempoh ini juga adalah normal untuk remaja melakukan

kesalahan namun, mereka harus tahu menilai dan membezakan yang betul dan salah atau

yang baik dan buruk dalam menentukan hala tuju mereka.

Menurut Hall yang dipetik daripada tulisan Badrulzaman (2006), remaja adalah

masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting

bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk

mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar

mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja

akan mudah terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau

kurang perhatian. Akhirnya ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif

2
seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah dan terlibat dengan pelbagai gejala

sosial.

Dorongan untuk pertumbuhan seseorang remaja itu adalah persekitarannya yang

banyak memainkan peranan dan pengaruh besar keatas pembentukan mereka. Keluarga

adalah persekitaran yang paling hampir dan memainkan peranan yang besar keatas

perkembangan remaja. Hoffman yang dipetik daripada tulisan Badrulzaman (2006),

menyatakan personaliti dan karakter remaja telah dicorakkan mengikut acuan keluarganya.

Keluarga turut memberi dampak kepada sikap, kelakuan dan corak pemikiran remaja pada

masa hadapan mereka.

Tingkah laku atau kelakuan yang menyimpang daripada norma yang ditetapkan oleh

masyarakat sosial adalah dianggap sebagai tingkah laku devian atau menyimpang oleh

masyarakat setempat keatas pelaku tersebut. Mereka yang berkelakuan seperti ini pada usia

muda atau remaja digelar sebagai delinkuen. Justeru itu, delinkuen ini berkelakuan atau

melakukan perkara-perkara yang jelas tidak boleh diterima masyarakat setempat dan diluar

norma yang ditetapkan oleh mereka (Azizi dan Rosnah dipetik daripada tulisan Zainudin &

Norazmah, 2011). Oleh itu, jelas disini bahawa kelakuan merokok dalam kalangan remaja

adalah tingkah laku devian yang menyimpang daripada norma yang ditetapkan oleh

masyarakat sosial apabila mereka tidak sepatutnya berkelakuan tersebut. Kelakuan atau

tingkah laku yang menyimpang atau devian yang dilakukan oleh remaja atau delinkuen yang

masih bersekolah dan terjebak dalam masalah sosial ini adalah melanggar norma masyarakat

dan undang-undang negara. Seperti yang termaktub di dalam Akta Makanan 1983: Peraturan-

peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, menyatakan:

3
Penjualan hasil tembakau kepada orang belum dewasa dilarang 8. (1) Tiada

seorang pun boleh menjual apa-apa hasil tembakau kepada orang belum dewasa. (2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan

apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas menggalakkan lebih ramai lagi

pelajar memulakan tabiat merokok dan terus merokok hingga dewasa. Sekiranya tiada

penguatkuasaan yang tegas di kenakan keatas remaja yang merokok ini, ia akan terus

merosakkan dan menjadi barah dalam remaja (Utusan Online, 2009).

Dalam tulisan Norhaida et.al, (2015), Sapora Sipon ada menyatakan bahawa kasih

sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan memberikan rasa

dimiliki dan disayangi yang membuatkan mereka berasa lebih selamat berada di dalam

keluarga tersebut. Dengan ini anak-anak akan berkembang dan pertumbuhan mereka akan

lebih teratur, baik dan stabil.

Oleh itu, pengkaji tertarik untuk membuat kajian mengenai faktor keluarga dalam

mempengaruhi gejala merokok dalam kalangan remaja terutamanya di Pekan Rawang.

Mengikut pemerhatian yang dibuat, dapat dilihat bahawa kebanyakan remaja terutamanya

yang masih bersekolah terlibat dengan gejala merokok ini. Tanpa segan silu dan takut mereka

mempamerkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka kepada umum.

1.2 Penyataan Masalah

Remaja yang terlibat dengan masalah merokok ini sudah semestinya akan turut

terjebak dengan pelbagai masalah sosial lain seperti melepak, berjudi, ponteng sekolah,
4
dadah, arak, gangsterism dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan oleh Rokiah, Siti Hajar

dan Abd. Hadi (2013), gejala merokok yang tidak dibendung dalam kalangan remaja

akan mengundang kepada pelbagai masalah sosial yang lain seperti penagihan dadah,

hidu gam, ketagihan daun ketum dan alkohol.

Keberkesanan institusi kekeluargaan memainkan peranan mereka dalam menghalang

masalah sosial ini dalam kalangan remaja adalah amat penting. Institusi keluarga

merupakan pendorong kepada perubahan emosi, kognitif dan sosial kepada ahli keluarga

tersebut. Pemantapan institusi keluarga boleh membawa kepada perubahan besar dalam

mengubah permasalahan sosial dalam kalangan remaja ini. Keluarga yang bermasalah

dan memberi aura negatif kepada remaja memberi kesan dan pemicu kepada masalah

sosial dalam kalangan remaja (Barulzaman, 2006).

Menurut Abd. Rahim yang dipetik daripada tulisan Zainudin dan Norazmah (2011),

remaja akan mengadaptasikan dirinya untuk menentukan pertumbuhan kelakuan mereka

dengan persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan pengamalan budayanya. Remaja

merupakan aset dan penyumbang kepada kemajuan dan mencorakkan masa hadapan

negara. Oleh itu, penting untuk mengkaji tentang faktor yang menyumbang kepada

remaja terjebak dengan masalah sosial termasuk diri sendiri, keluarga, pengaruh rakan

sebaya dan sekolah.

Namun pengkaji memilih untuk memfokuskan kepada keluarga dalam mempengaruhi

gejala merokok dalam kalangan remaja. Keluarga merupakan institusi terpenting dalam

kehidupan seharian oleh itu, pengaruh utama dalam kehidupan remaja adalah penting

untuk dilihat kefungsiannya kerana keluarga yang sihat mampu mempengaruhi

keluarganya. Untuk memastikan keperluan dan kehendak setiap ahli keluarga dimana

5
batasan antara ibu bapa dan anak mempunyai fungsi yang jelas, tidak terlalu tegas dan

tidak huru-hara membolehkan keluarga yang sihat wujud. Ia mampu mempengaruhi

anak-anak di dalam keluarga tersebut ( Carr yang dipetik daripada tulisan Wan Syafiq,

2015).

1.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan kajian telah dijadikan panduan untuk penyelidikan ini. Berikut

merupakan persoalan kajian yang diajukan:

i) Bagaimanakah remaja yang terjebak dengan gejala merokok ini mula

merokok?

ii) Apakah pendorong yang mendorong mereka untuk mencuba untuk merokok?

iii) Adakah tekanan belajar merupakan salah satu faktor menyebabkan remaja

merokok?

iv) Adakah untuk kelihatan macho dihadapan remaja perempuan atau untuk

memikat perempuan menyebabkan mereka merokok?

v) Adakah untuk kepuasan diri menyebabkan remaja memilih untuk merokok?

vi) Adakah remaja merasakan dengan merokok menjadikan mereka lebih matang

dan dihormati menyebabkan mereka merokok?

vii) Pilihan untuk merokok berbanding aktiviti lain yang bermasalah adalah

disebabkan diri sendiri atau faktor lain?

viii) Adakah keadaan psikologi remaja yang memilih untuk merokok ini

terganggu?

ix) Adakah pengaruh rakan sebaya yang merokok menyebabkan remaja mengikut

dorongan rakan sebaya?

6
x) Adakah rakan yang merokok memberi impak kepada remaja lain?

xi) Tersalah memilih rakan juga mungkin penyebab yang membuatkan remaja ini

terjebak dengan gejala merokok?

xii) Pengaruh rakan sebaya memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap

tabiat merokok dalam kalangan remaja ini?

xiii) Malu dan diejek oleh rakan sebaya jika tidak merokok juga menyebabkan

remaja memilih untuk merokok?

xiv) Institusi keluarga yang bermasalah berpotensi menyumbang kepada

permasalahan ini?

xv) Adakah ahli keluarga seperti (ibu/ bapa/ adik beradik/ sepupu/ pakcik makcik/

saudara mara/ lain-lain) merokok dihadapan remaja ini?

xvi) Dimana fungsi dan peranan keluarga dalam membendung permasalahan ini

dalam kalangan remaja?

xvii) Adakah ahli keluarga tidak memberi kesedaran mengenai bahaya merokok?

xviii) Berapa kerapkah ahli keluarga menasihati dan melarang untuk tidak terjebak

dengan rokok?

xix) Adakah persekitaran keluarga dimana ibu atau bapa yang merokok

menyebabkan anak-anak turut terpengaruh untuk merokok?

xx) Keluarga yang bermasalah mungkin menyebabkan remaja memilih jalan

pintas untuk mencari ketenangan diri di luar?

xxi) Remaja yang dibiarkan bebas tanpa kawalan keluarga mungkin menyebabkan

mereka mudah untuk terjebak dengan masalah sosial terutama merokok?

7
xxii) Adakah pihak sekolah tidak mengambil berat soal masalah sosial dalam

kalangan remaja?

xxiii) Bagaimana sekolah memainkan peranan institusi tersebut sebagai sebuah

institusi yang berupaya untuk mengawal masalah sosial dalam kalangan

murid?

xxiv) Adakah terdapat sebarang usaha daripada pihak sekolah menggunakan

khidmat kaunseling dan sebagainya untuk membantu menyedarkan remaja

yang dikenalpasti bermasalah ini?

xxv) Adakah remaja yang terjebak dengan masalah sosial ini kurang didikan

agama?

xxvi) Bagaimana pegangan agama mampu membendung remaja daripada terjebak

dengan masalah sosial terutamanya merokok?

xxvii) Adakah merokok kini telah menjadi satu budaya dalam kalangan remaja

menyebabkan ia menjadi ikutan kepada remaja?

xxviii) Adakah merokok dalam kalangan remaja dilihat sebagai perlakuan normal

kerana ia menjadi suatu kebiasaan untuk melihat budaya merokok tanpa

mengira tempat?

xxix) Seberapa kerapkah agensi kesihatan komuniti menganjurkan kempen anti-

merokok ini?

xxx) Adakah gambar-gambar penyakit kronik pada kotak rokok tidak cukup

menakutkan kepada remaja?

xxxi) Adakah gambar-gambar pada kotak rokok ini tidak memberi kesedaran

terhadap remaja?

8
xxxii) Adakah harga rokok terkini masih murah?

xxxiii) Adakah rokok dijual secara lerai mudah dan mampu diperolehi oleh remaja?

xxxiv) Adakah peniaga dengan mudah menjual rokok kepada remaja di bawah umur?

xxxv) Bagaimana kawalan undang-undang oleh kerajaan untuk menyekat pembelian

rokok dalam kalangan remaja?

xxxvi) Adakah undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk menyekat gejala

merokok dalam kalangan remaja?

xxxvii) Adakah dasar-dasar baru yang digubal oleh kerajaan untuk membantu

mengawal remaja yang terjebak dalam masalah sosial ini?

Setelah menyenaraikan persoalan-persoalan kajian diatas terdapat beberapa

yang menarik minat pengkaji untuk menekankan mengenainya iaitu:

i) Siapa di dalam keluarga selain daripada ibu bapa yang mempengaruhi

remaja untuk terjebak dengan masalah merokok?

ii) Persekitaran keluarga yang bagaimana yang mampu menyumbang

kepada tabiat merokok anak-anak?

iii) Adakah ahli keluarga seperti (ibu/ bapa/ adik beradik/ sepupu/ pakcik

makcik/ saudara mara/ lain-lain) merokok dihadapan remaja ini?

1.4 Matlamat Kajian

Matlamat yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah untuk melihat institusi keluarga

dalam mempengaruhi gejala merokok dalam kalangan remaja.

9
1.5 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah menentukan sejauh mana pengaruh keluarga dalam

tabiat merokok dalam kalagan remaja. Terdapat beberapa objektif khusus yang

dikenalpasti dalam kajian ini:

i) Untuk mengenalpasti bentuk persekitaran sosial yang mampu menyumbang

kepada perasaan ingin merokok kepada remaja,

ii) Untuk melihat bentuk pengaruh keluarga dalam mempengaruhi remaja untuk

merokok,

iii) Untuk mengkaji cara remaja mendapatkan bekalan rokok sekiranya ia mudah

sehingga ramai remaja yang terjebak dengan masalah rokok.

iv) Untuk mengetahui label masyarakat terhadap remaja yang merokok.

1.6 Kepentingan Kajian

Aspek penting yang mendorong pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah kerana

belum ada lagi pengkaji yang membuat kajian khusus tentang masalah sosial dalam

kalangan remaja ini di Pekan, Rawang. Kajian ini boleh menyumbang ilmu dan

maklumat kepada masyarakat setempat. Walaupun kajian sebelum ini pernah dibuat

namun di daerah yang berlainan dan secara keseluruhan meliputi negeri Selangor serta

tidak khusus di lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji.

Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi kesedaran secara langsung atau tidak

langsung kepada mereka yang terlibat. Mereka yang terlibat dalam permasalahan ini

bukan sahaja remaja itu sendiri tetapi turut melibatkan ibu bapa, pihak sekolah dan

institusi kerajaan serta masyarakat. Pihak yang terlibat akan dapat mengetahui tentang

10
permasalahan ini berlaku sebenarnya terhadap komuniti mereka. Pendedahan ini adalah

supaya mereka dapat membuka mata tentang masalah sosial yang semakin merebak

dalam kalangan remaja ini. Oleh itu, dengan adanya kajian seperti ini diharap ia dapat

memberi kesedaran tentang betapa serius dan kroniknya masalah ini secara realiti pada

masa ini.

1.7 Skop Kajian

Pengkaji telah memilih Pekan Rawang sebagai lokasi kajian. Kawasan ini dipilih

sebagai lokasi kajian kerana terdapat ramai remaja yang terlibat dengan masalah sosial

terutamanya gejala merokok. Responden terdiri daripada remaja yang berumur 12 tahun

hingga 18 tahun tanpa mengira jantina dan etnik. Pemilihan responden adalah secara

rawak mengikut pemerhatian pengkaji sebelum responden didekati.

Kajian ini adalah untuk melihat pengaruh keluarga dalam mempengaruhi gejala

merokok dalam kalangan remaja. Namun begitu, pengkaji turut menjurus untuk fokuskan

kepada institusi keluarga dalam memainkan peranan dalam mempengaruhi tabiat

merokok dalam kalangan remaja.

1.8 Batasan Kajian

Dalam setiap penyelidikan terdapat batasan tertentu yang dihadapi oleh penyelidik.

Dalam kajian ini pengkaji mengalami batasan semasa proses menemubual responden. Hal

ini demikian kerana, responden yang ingin ditemubual pengkaji adalah terdiri daripada

remaja yang terlibat dengan gejala sosial. Sebahagian daripada kalangan remaja ini

mempunyai sifat agresif dimana mereka tidak menghiraukan tentang batas dan hormat

terhadap sesiapa dalam bertindak sama ada daripada daripada segi bercakap mahupun

kelakuan, pandangan dan sebagainya. Hal ini menyukarkan pengkaji dalam proses

11
menemubual responden. Terdapat juga masalah daripada segi respoden yang tidak mahu

memberi kerjasama terhadap pengkaji. Responden tidak mahu mendedahkan mengenai

kelakuan mereka kerana bimbang diketahui keluarga dan masyarakat. Mereka khuatir

sekiranya pengkaji mendedahkan mengenai kelakuan mereka kepada keluarga dan

masyarakat kerana pengkaji merupakan salah seorang penduduk di kawasan kajian dan

terdapat dalam kalangan mereka yang dikenali oleh pengkaji. Namun begitu, masalah ini

dapat diatasi oleh pengkaji dengan menerangkan tujuan sebenar dan menunjukkan bukti-

bukti kukuh bahawa pengkaji merupakan salah seorang pelajar universiti yang sedang

menjalankan kajian dan informasi yang diberikan responden sekadar untuk tujuan

pendidikan iaitu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Di samping itu, responden terdiri daripada remaja lelaki hampir 90% daripada

mereka. Pengkaji mempunyai masalah daripada segi komunikasi kerana responden berasa

malu untuk berhadapan dengan pengkaji dan untuk menjawab soalan pengkaji. Terdapat

halangan untuk mereka berkomunikasi dengan pengkaji kerana pengkaji berlainan jantina

dengan mereka dan sebahagian daripada mereka kurang selesa untuk berbual dan

bercerita mengenai mereka. Namun begitu, hal ini dapat diatasi apabila pengkaji

menerangkan dengan terperinci tentang tujuan pengkaji, kerahsian identiti pemberi

maklumat dan tujuan penggunaan maklumat yang diberikan. Selain daripada itu, pengkaji

turut membawa adik lelaki pengkaji dan beberapa rakannya yang lain untuk menemani

pengkaji dan mereka juga turut membantu menerangkan kepada yang lain tentang tujuan

pengkaji untuk menemubual mereka.

12
1.9 Susun Atur Penulisan

Dalam penulisan kajian ini pengkaji telah membahagikan kepada beberapa bahagian

iaitu bahagian pendahuluan, sorotan penulisan, metodologi, dapatan kajian dan

perbincangan serta kesimpulan kajian.

Pada bahagian Bab 1, mengandungi latar belakang kajian, penyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan

susun atur penulisan kajian ini.

Dalam Bab 2 pula membincangkan, definisi konsep dan sorotan kajian-kajian lepas.

Definisi konsep tentang konsep-konsep penting dalam kajian yang perlu difahami secara

mendalam. Sorotan kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji lain yang mempunyai

kaitan dengan kajian dilakukan dan boleh di jadikan bahan rujukan sebagai panduan

kepada pengkaji dalam penulisan kajian ini.

Tambahan lagi, dalam Bab 3 mengenai metodologi yang digunakan semasa

menjalankan kajian. Bahagian ini mengandungi reka bentuk kajian, sampel kajian,

kaedah pengumpulan data yang digunakan dan cara analisis data yang akan digunakan.

Seterusnya, Bab 4 mengandungi dapatan kajian. Bahagian ini menerangkan analisa

kajian berdasarkan data-data dan maklumat yang diperolehi menggunakan kaedah

tematik dan analisis naratif. Manakala, dalam Bab 5 yang merupakan bab akhir

mengandungi kesimpulan keseluruhan hasil dapatan kajian dan cadangan untuk

penambahbaikan untuk kajian masa hadapan.

13
BAB 2

SOROTAN KAJIAN-KAJIAN LEPAS

2.1 Pendahuluan

Dalam sorotan kajian ini mengandungi kajian-kajian yang lepas yang pernah dibuat

oleh pengkaji lepas yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Sorotan kajian mengandungi

pengertian konsep dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan masalah merokok dalam

kalangan remaja.

2.2 Kajian-kajian Lepas

Kajian-kajian lepas diperolehi dengan merujuk kepada kajian yang pernah dibuat oleh

pengkaji-pengkaji lepas. Dengan merujuk sekiranya tajuk kajian tersebut dapat dikaitkan

dengan tajuk kajian pengkaji.

2.3 Definisi Konsep

2.3.1 Definisi Remaja

Penjualan rokok kepada remaja dibawah umur adalah merupakan satu kesalahan.

Menurut Akta Makanan 1983: Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (2004),:

orang belum dewasa ertinya mana-mana orang yang umurnya di bawah lapan

belas tahun;

Menurut Karl C. Garisson dan Karl C. Garrrison Jr. yang dipetik daripada Noor,

Fachri, Sharifah dan Mursidin (2013), menerangkan bahawa peningkatan dewasa dan proses

kearah kematangan adalah bermula dengan perkataan remaja (adolesence) yang berasal

14
daripada perkataan Latin to grow into maturity. Mereka dikira sudah mampu untuk

memikirkan tentang masa depan dan peranan mereka. Kuhlen yang dipetik daripada tulisan

Noor et al. (2013), proses peningkatan dan perubahaan remaja daripada satu fasa ke fasa

yang lain yang mana daripada kanak-kanak ke dewasa. Peringkat dan proses ini dikenali

sebagai transisi atau peralihan yang melibatkan remaja yang berusia antara 12 hingga 20

tahun. Menurut pandangan Santrock yang dipetik daripada tulisan Noor et al. (2013), beliau

menegaskan remaja merupakan satu keadaan atau ketika yang penuh dengan huru hara,

konflik, tekanan , gelora dan mempunyai hati yang berubah-ubah pada bila-bila masa sahaja.

Tahap rasionalisasi remaja adalah pada tahap yang tidak tetap dan menentu apabila mereka

mempunyai pemikiran dan perasaan yang sentiasa berubah antara keangkuhan dan

kerendahan hati, kegembiraan, kemurungan serta kebaikan dan keburukan.

Menurut Kamus Dewan yang diambil daripada tulisan Noor et al. (2013), remaja

didefinisikan sebagai satu tahap yang mulai untuk dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup

umur untuk kahwin. Alam remaja ditentukan oleh faktor biologi disamping pengaruh

masyarakat setempat. Proses perkembangan dan perubahan remaja dibahagikan kepada dua

fasa tersebut. Antara usia 13 hingga 18 tahun merupakan peringkat awal remaja dan antara

umur 18 hingga 24 merupakan peringkat akhir remaja (Noraini dipetik daripada Noor et al.,

2013).

Laili Ibrahim yang dipetik daripada Noor et al. (2013), menyatakan remaja sebagai

suatu keadaan dimana seseorang berada ditengah-tengah antara kanak-kanak kepada dewasa.

Tahap ini merupakan keadaan yang paling penuh cabaran dan berkecamuk. Menurut

Perundangan Malaysia yang dipetik daripada Noor et al. (2013),:

15
remaja adalah golongan yang berumur 10 sehingga 18 tahun serta belum berkawin.

Ini kerana kanak-kanak mengikut perundangan Malaysia sebagai seseorang yang

telah mencapai umur tanggungjawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82

Kanun Keseksaan8 dan di bawah umur 18 tahun mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

2.3.2 Definisi Keluarga

Menurut Gpeda yang dipetik daripada tulisan Badrulzaman (2006), satu unit

sosial yang merangkumi ibu bapa dan anak adalah dikenali sebagai keluarga. Hanson

(2005) yang dipetik daripada tulisan Kaakinen, Gedaly-Duff, Coehlo dan Hanson

(2010) menyatakan:

Keluarga merujuk kepada dua atau lebih individu yang bergantung satu sama lain

untuk sokongan emosi, fizikal dan ekonomi. Ahli-ahli keluarga sendiri adalah jelas.

Menurut Burgess dan Locke (1953, pp. 7-8) yang dipetik daripada tulisan

Kaakinen, Gedaly-Duff, Coehlo dan Hanson (2010) menyatakan bahawa:

Keluarga adalah sekumpulan orang yang disatukan oleh ikatan perkahwinan, darah

atau pengangkatan, membentuk satu isi rumah; berinteraksi dan berkomunikasi

antara satu sama lain dalam peranan sosial masing-masing, suami dan isteri, ibu

dan bapa, anak lelaki dan anak perempuan, adik-beradik; mewujudkan dan

mengekalkan budaya yang sama.

Keluarga boleh didefinisikan sebagai satu set individu yang mempunyai

kaitan daripada segi darah, perkahwinan atau yang lain bersandarkan perhubungan

16
tersebut, atau angkat yang berkongsi tanggungjawab utama untuk penghasilan dan

mengambil berat atau menjaga ahli masyarakat tersebut (Schaefer, 2009).

2.3.3 Definisi Persekitaran Sosial

Menurut Rokiah et al. (2013), kanak-kanak atau remaja meniru kelakuan

merokok daripada persekitarannya dan orang di sekelilingnya mengikut kepada teori

pembelajaran sosial. Keadaan ini diterangkan menggunakan model teori sosial.

Seseorang individu yang mempelajari atau menimba pengalaman merokok daripada

orang lain berdasarkan contoh ikutan atau role model dipercayai adalah diatas model

pengaruh sosial.

Tindakan mengubah sikap, kepercayaan, tingkah laku, persespsi seseorang

atau beberapa orang yang lain adalah merupakan pengaruh sosial. Di dalam pengaruh

sosial terdapat konformi, pemenuhan dan pematuhan. Konformi merupakan suatu

bentuk pengaruh sosial yang memberi pengaruh dengan individu tersebut dengan

sendiri cuba menyesuaikan dirinya mengikut norma sosial agar menepati kriteria yang

ditetapkan. Sebagai contoh, dalam memilih pakaian seseorang individu memilih

untuk berpakaian bukan berlandaskan apa yang dirasakan diingini untuk dipakai

sebaliknya memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain akan apa yang dipakai dan

mengikut trend semasa yang dipakai oleh orang lain. Pemenuhan merupakan suatu

permintaan agar orang lain mengikut untuk turut sama membuat perlakuan yang

sama. Manakala, pematuhan merupakan pengaruh sosial yang berupaya

mempengaruhi seseorang agar mengikut perlakuan yang dinginkan dengan adanya

pengaruh kuasa (Dicky, Endang, Esti & Habibul, 2014).

17
2.3.4 Definisi Tingkah Laku Devian atau Menyimpang

Menurut Kamus Dewan, tingkah laku yang menyimpang daripada perlakuan

normal didefinisikan sebagai kelakuan devian. Azizi et al. (2005), berpendapat

bahawa kelakuan devian bermaksud kelakuan yang diluar norma-norma masyarakat

tertentu yang ditetapkan oleh masyarakat. Mc Caghy (1985), kelakuan yang diluar

ketetapan dan kemahuan masyarakat yang ditolak oleh masyarakat adalah merupakan

kelakuan devian atau menyimpang. Lemert berpendapat kelakuan devian atau

kenakalan adalah pengingkaran terhadap norma-norma sosial yang ditetapkan oleh

masyarakat setempat. Rohana (1996), ia juga diberi definisi sebagai tidak memenuhi

norma-norma sosial sesuatu masyarakat atau kumpulan sosial. Albert Cohen yang

dipetik daripada Azizi et al. (2005), mendefinisikan kelakuan menyimpang sebagai

mengingkari sesuatu yang diharapkan oleh sesebuah institusi, iaitu harapan yang

dipersetujui bersama dan diiktiraf sebagai diterima dalam sistem sosial.

Kelakuan sosial ini juga sering dikaitkan dengan tingkah laku agresif atau pun

delinkuen. Maksud delinkuen ini pula hanya diberi kepada kesalahan-kesalahan yang

dilakukan oleh seseorang yang berada di bawah usia iaitu kurang daripada 21 tahun.

Pepler (1988), kelakuan devian dibahagikan kepada dua iaitu fizikal dan verbal.

Ugutan menggunakan fizikal atau kekerasan, menendang, memukul, menolak,

mencederakan, membunuh, merogol dan mengambil atau memusnahkan barang milik

orang lain merupakan kelakuan devian fizikal. Panggilan nama yang tidak disukai,

mengejek, menyebarkan fitnah dan gosip pula merupakan kelakuan devian secara

verbal Smith (1991). Berdasarkan beberapa kajian lepas kesemua mempunyai definisi

18
dan huraian mengenai tingkah laku devian atau menyimpang (Azizi et al., 2005;

Albert Cohen yang dipetik daripada Azizi et al., 2005; Mc Caghy, 1985; Pepler,

1988; Rohana, 1996; Smith, 1991 yang dipetik daripada tulisan Badrulzaman, 2006).

2.3.5 Definisi Masalah Sosial

Masalah sosial merupakan kelakuan yang terangkum di dalamnya akan

tingkah laku yang hanya untuk memuaskan nafsu semata mata yang tidak

mendatangkan kebaikan kepada keutuhan sistem dan organisasi ekonomi yang

diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti atau negara. Terdapat beberapa faktor

yang boleh dikaitkan dengan remaja yang terlibat dalam permasalahan ini. Menurut

Abd Rahim yang dipetik daripada Zainudin dan Norazmah (2011), remaja yang

terlibat dalam permasalahan sosial ini boleh dikaitkan dengan beberapa faktor,

antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri, ketidakberkesanan institusi keluarga

dalam memainkan peranan masing-masing dan pengaruh rakan sebaya. Faktor

persekitaran seperti sekolah turut boleh menyumbang kepada ketidak utuhan moral

dalam kalangan remaja (Zainal dan Sharani yang dipetik daripada tulisan Zainudin

dan Norazmah, 2011).

Menurut HanXioa (2011), masalah sosial dalam kajian yang dijalankannya

adalah kelakuan yang tidak selari dengan adat orang Melayu dan peraturan agama

Islam. Antara gelagat yang menarik perhatian beliau kerana ia yang paling sensasi di

bandar untuk dikaji daripada masalah-masalah sosial dalam kalangan remaja adalah

melepak, menghisap rokok, mak nyah dan pergaulan bebas. Masalah sosial yang

19
dilakukan ini bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri sebaliknya turut

memberi impak negatif kepada orang lain serta persekitaran sekeliling.

Remaja dan belia masa kini sedang mengalami kejutan budaya yang merupakan

antara fenomena pemodenan yang mendorong berlakunya gejala sosial. Transisi

sewaktu kanak-kanak dan dewasa adalah masa yang merupakan tempoh dimana

remaja sedang mencari identiti untuk proses pembentukan dan perubahan identiti.

Remaja yang gagal mengawal dirinya sewaktu ini merupakan mereka yang sedang

mengalami kekeliruan. Keadaan ini merupakan satu permasalahan yang bukan sahaja

merugikan remaja itu sendiri tetapi turut juga merugikan negara. Justeru itu, masalah

sosial dalam kalangan remaja ini haruslah diambil serius dan perhatian terhadapnya

agar sebarang tindakan boleh diambil untuk membantu disamping dapat menaikkan

imej negara dan bersaing dengan negara maju yang lain (Zainudin & Norazmah,

2011).

2.2.1 Kajian Lepas

Kajian yang dipilih oleh pengkaji merupakan antara kajian yang pernah

dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain yang lepas. Oleh itu, merujuk kepada kajian

lepas dapat membantu untuk memahami dan mengetahui akan kekurangan dalam

sudut yang diperlukan agar penambahbaikan dapat dilakukan.

Kajian yang pertama adalah kajian mengenai Kepercayaan Merokok dan

Kelakuan antara Belia di Malaysia dan Thailand oleh Parkinson et al. (2009). Kajian

ini mengkaji tentang keperayaan atau tanggapan belia mengenai faktor dan punca

yang mendorong mereka untuk merokok. Berdasarkan analisis yang dibuat antara
20
belia lelaki dan perempuan di Malaysia dan Thailand menunjukkan satu sebab yang

mempunyai persamaan yang mendorong mereka untuk merokok iaitu mereka percaya

dengan merokok ia dapat membantu untuk mengurangkan berat badan. Kajian ini

juga menerangkan mengenai saluran untuk belia mendapat maklumat mengenai

kempen untuk tidak merokok. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang penting antara belia Thailand dan Malaysia.

Walaupun kajian ini dibuat dengan membezakan belia antara dua negara,

namun ia tetap dapat digunakan untuk melihat kepercayaan belia terhadap pengaruh,

pandangan atau pendapat serta kepercayaan belia itu sendiri terhadap tabiat merokok

mereka. Kajian ini mengkaji secara keseluruhan sebab merokok daripada belia wanita

dan lelaki serta faktor yang menyebabkan mereka untuk terus merokok walaupun

menyedari kemudaratannya. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji akan melihat

terhadap pengaruh ini sejauhmana ia mempengaruhi tabiat merokok dalam kalangan

remaja sehingga menyebabkan mereka terjebak. Ia adalah penting untuk melihat

sejauhmana kepercayaan remaja itu sendiri dan penyebab yang diakui oleh mereka

sendiri justeru, kajian ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran kepada

pengakaji tentang kepercayaan terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja ini

secara keseluruhan.

Kajian Rintis Pandangan Kanak-kanak Mengenai Strategi Pemasaran Kempen

Anti-Merokok di Pantai Dalam Kuala Lumpur oleh Rokiah et al. (2013). Kajian ini

bermatlamat untuk melihat sejauh mana kempen-kempen yang dijalankan untuk tidak

merokok berupaya memberi kesedaran kepada kanak-kanak atau remaja. Namun

21
demikian, hasil kajian mendapati kempen ini langsung tidak berkesan kerana ia tidak

langsung menakutkan remaja dengan gambar-gambar kempen anti merokok yang

dijalankan. Strategi pemasaran dan pengiklanan kempen ini perlu ditambah baik dan

diberi lebih penekanan agar ia lebih berkesan pada masa akan datang.

Kajian mengenai keberkesanan kempen-kempen anti-merokok ini dapat

membantu pengkaji untuk melihat sejauhmana kesedaran sivik belia. Hal ini

demikian kerana, kebanyakan remaja yang merokok di Pekan Rawang tanpa segan

silu mempamerkan aksi mereka. Oleh itu, pengkaji ingin melihat akan kesedaran

mereka terhadap isu-isu semasa, nilai sivik serta kesedaran bahaya rokok kepada

kesihatan dalam kalanga remaja.

Kajian Peranan Ibu bapa dan Pengaruh Merokok Rakan Sebaya dalam

Pembangunan Remaja (Bindah & Othman, 2011). Kajian ini cuba mengenal pasti

faktor yang mendorong remaja untuk mula merokok dan cuba mencari jalan untuk

menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba melihat sejauh mana

faktor persekitaran dan dalaman mempengaruhi gejala merokok dalam kalangan

remaja serta menerangkan proses-proses merokok yang membabitkan remaja. Ia juga

menerangkan bagaimana pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya dapat mempengaruhi

proses ini dan kesannya.

Kajian ini sedikit sebanyak membantu pengkaji dalam memahami dan

menjalankan kajian. Walaupun kajian ini melihat kepada dua pengaruh iaitu,

pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya sebagai pendorong utama, namun pengkaji lebih

mengkhususkan hanya kepada satu pendorong yang diandaikan merupakan

22
pendorong utama terhadap tabiat merokok dalam kalangan remaja. Kajian ini lebih

melihat kepada konsumerisma remaja dalam merokok. Pengkaji lebih kepada untuk

melihat sejauhmana peranan keluarga dalam mempengaruhi remaja terlibat dalam

masalah sosial yang semakin global ini.

Kajian Faktor-faktor Penyebab Perilaku Merokok pada Remaja dalam Jurnal

Psikologi oleh Komasari dan Helmi (2000). Dalam kajian ini menunjukkan proses-

proses merokok, sosialisasi dan tranmisi oleh remaja. Kelakuan merokok adalah

sesuatu yang dipelajari. Tempoh belajar daripada tempoh kanak-kanak, manakala

proses merokok dipelajari dalam tempoh remaja. Proses pembelajaran berlaku

melalui transmisi daripada generasi sebelumnya iaitu dari lingkungan keluarga, sikap

membenarkan daripada ibu bapa terhadap remaja yang merokok selain daripada

pengaruh rakan sebaya. Namun, penyumbang terbesar adalah kepuasan merokok

terhadap remaja itu sendiri. Ia dimana remaja lebih mengikut kepada pertimbangan

emosional daripada pertimbangan rasional untuk merokok.

Kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor penyebab perilaku merokok

pada remaja yang menggunakan pendekatan teori tertentu untuk menjelaskan

kewajarannya. Pengkaji pula menggunakan pendapat remaja itu sendiri melalui

temubual bersemuka yang dijalankan tanpa mengaitkan ia dengan mana-mana teori

sebaliknya menganalisa temubual tersebut secara tulen dalam melihat permasalahan

ini.

Kajian Perilaku Merokok Pada Remaja tesis Universitas Sumatera Utara

Medan oleh Nasution (2007). Kajian ini menerangkan mengenai perilaku merokok

23
dalam kalangan remaja. Ia menerangkan tentang perilaku merokok, jenis-jenis

perilaku perokok dan motif-motif mereka merokok. Ia juga menjelaskan mengenai

aspek-aspek perilaku merokok dan kesan daripada merokok terhadap perilaku

merokok. Kajian ini menerangkan tentang definisi remaja, ciri-ciri masa remaja dan

tugas-tugas zaman remaja serta perubahan sosial pada remaja. Kajian ini

menerangkan secara keseluruhan mengenai perilaku merokok dalam kalangan remaja.

Kajian mengenai perilaku merokok pada remaja ini dijalankan secara umum

dan luas tanpa menspesifikkan pada mana-mana tajuk tertentu. Oleh itu, analisa yang

dibuat adalah secara umum. Ia melihat pelbagai faktor yang menyebabkan perilaku

rokok remaja dan pelbagai tahap yang menyebabkan seseorang remaja itu digelar

ketagihan rokok serta melihat kepada aspek-aspek remaja itu sendiri. Kajian ini

adalah terlalu umum dan luas serta tidak menspesifikkan kepada mana-mana faktor

atau penyebab. Oleh itu, untuk menguji ketepatan antara salah satu penyebab utama,

pengkaji memilih untuk lebih mengkhususkan kepada salah satu penyebab atau faktor

yang dirasakan terlalu dekat atau hampir dan menguji sejauhmana ketepatan jangkaan

ini.

Kajian Masalah Sosial di Bandar Semenanjung Malaysia yang merupakan

tinjauan daripada perspektif masyarakat Malaysia oleh Haris (2004). Kajian ini

membincangkan bentuk masalah-masalah sosial utama yang berlaku seperti masalah

jenayah, vandalisme, inses, merokok, buang bayi, penderaan, penyalah gunaan dadah,

lepak, pergaulan bebas dan sebagainya. Ia juga membincangkan mengenai salah laku

24
sosial yang paling banyak dilakukan oleh remaja lelaki dan perempuan. Kajian ini

juga mengandungi mengenai cadangan untuk mengawal salah laku sosial masalah ini.

Kajian ini adalah untuk melihat tentang masalah sosial yang wujud

terutamanya di kawasan bandar. Dengan melihat kepada kajian ini pengkaji dan

melihat dan meneliti masalah-masalah sosial yang wujud dan melihat kedudukan

salah laku merokok, serta menganalisis adakah terdapat kecenderungan untuk remaja

yang terlibat dengan salah laku merokok ini akan turut terjebak dengan salah laku

sosial yang lain.

Kajian Persekitaran Keluarga dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian

Remaja tesis Universiti Pendidikan Teknologi Malaysia oleh Badrulzaman (2006).

Kajian ini mengkaji mengenai perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah

laku devian di kalangan pelajar remaja di Daerah Pontian Johor. Responden terdiri

daripada pelajar tingkatan empat di tujuh buah sekolah menengah di Daerah Pontian.

Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perhubungan antara ciri-ciri tingkah laku

ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Hubungan yang signifikan antara tahap

kepatuhan ibu bapa kepada agama, gaya asuhan ibu bapa dan tahap kasih sayang ibu

bapa dengan tingkah laku anak-anak.

Kajian ini lebih terarah kepada persekitaran keluarga dalam mempengaruhi

kelakuan devian remaja dan kecenderungan melihat kepada aspek bentuk-bentuk

asuhan terhadap remaja. Pengkaji walau bagaimanapun tidak melihat aspek gaya

asuhan dalam faktor pengaruh keluarga sebaliknya lebih kepada aspek lain dimana

melihat keluarga sebagai role model kepada remaja.

25
Bab 3

METODOLOGI

3.1 Metodologi

Bab ini menerangkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk

menerangkan kaedah-kaedah serta bentuk kajian yang digunakan untuk mengumpul data dan

memperoleh maklumat kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam menjalankan kajian ini pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah

kualitatif untuk mendapatkan maklumat dan mengumpul data. Dua teknik kualitatif yang

digunakan iaitu teknik snowball dan teknik purposive. Teknik snowball adalah dimana

responden yang dipilih oleh pengkaji akan membantu pengkaji dengan memperkenalkan

kepada rakan-rakan yang lain yang berkaitan yang mungkin dapat membantu pengkaji.

Teknik purposive pula merujuk kepada pengkaji bergantung kepada kemahiran dan

kepakaran pengkaji dalam pemilihan responden yang dikenalpasti berdasarkan pemerhatian

untuk dijadikan wakil kepada sampel kajian yang dijalankan.

3.3 Sampel Kajian

Responden kajian ini adalah remaja yang terdiri daripada usia 12 hingga 18 tahun di

Pekan Rawang, iaitu terdiri daripada 10 orang responden yang terdiri daripada pelbagai latar

belakang tanpa mengira etnik dan jantina. Responden yang dipilih mestilah terdiri daripada

remaja yang merokok dan pengkaji secara sendiri menyaksikan atau sememangnya

mengetahui bahawa remaja tersebut merokok.


26
3.4 Lokasi Kajian

Pengkaji memilih Pekan Rawang atau sekarang juga dikenali sebagai Bandar Rawang

yang terletak di Rawang, Selangor. Pengkaji memilih lokasi tersebut kerana kawasan tersebut

mempunyai ramai remaja yang melakukan masalah sosial terutamanya merokok secara

terang-terangan. Oleh itu, mudah untuk pengkaji mengenalpasti responden untuk ditemubual.

Selain daripada itu, pengkaji juga antara penduduk di kawasan kajian. Oleh yang demikian,

adalah mudah untuk pengkaji ke lokasi kajian dan untuk pengkaji mengenalpasti dan

mendekati responden.

Rajah 1.1: Lokasi Pekan Rawang

27
3.5 Kaedah Pengumpulan Data

3.5.1 Kaedah Pemerhatian

Dalam menggunakan kaedah ini pengkaji memilih untuk membuat

pemerhatian di sekitar Pekan Rawang pada setiap hari selama lima hari berturut-turut

iaitu daripada hari selasa sehingga hari sabtu. Pemerhatian ini juga akan dibuat

selama tiga hingga ke empat jam sebelum responden didekati. Pemerhatian secara

berturut-turut dibuat untuk melihat sekiranya terdapat perubahan atau kelainan dalam

gelagat remaja yang merokok ini. Daripada itu, sekiranya terdapat perbezaan atau

kelainan perbandingan dapat dibuat. Pengkaji akan memerhati dan meneliti perlakuan

remaja yang merokok ini dan mengambil maklumat yang diperlukan daripada

pemerhatian pengkaji. Pengkaji akan pergi ke lokasi-lokasi atau tempat yang

mempunyai ramai remaja merokok menjadikan tempat untuk mereka berkumpul dan

melepak.

3.5.2 Temubual Bersemuka

Setelah pemerhatian dibuat, pengkaji akan mendekati remaja-remaja yang

merokok ini dan meminta izin untuk temubual dijalankan. Sekiranya remaja tersebut

memberi kerjasama temubual akan dijalankan berdasarkan keselesaan remaja tersebut

sama ada untuk ditemubual ditempat mereka melepak atau untuk berbual di kedai

makan yang berhampiran. Temubual akan dijalankan dengan suasana santai dan

secara berbual supaya tidak timbul unsur tekanan dan paksaan terhadap mereka.

28
3.5.3 Data Primer

Data primer adalah data asal yang diperolehi oleh pengkaji tanpa sebarang

perubahan atau olahan keatas data tersebut. Data primer adalah data yang didapatkan

secara langsung dari objek penelitian (Musanto, 2004). Terdapat beberapa kaedah

dalam mendapatkan data primer ini. Data-data primer yang diperoleh pengkaji dalam

kajian ini adalah daripada pemerhatian dan temubual bersemuka yang dijalankan.

3.5.4 Data Sekunder

Data sekunder dapat membantu pengkaji dalam mendapatkan gambaran jelas

dan pandangan mengenai kajian yang sedang dijalankan. Data sekunder adalah data

yang diperolehi melalui dokumentasi (Musanto, 2004). Data sekunder ini diperolehi

dengan merujuk kepada jurnal-jurnal, bahan bacaan buku dan sumber elektronik

seperti laman sesawang yang berkaitan.

3.6 Analisis Data

3.6.1 Analisis Data Tematik

Dapatan kajian yang diperolehi dianalisa menggunakan kaedah tematik.

Kaedah tematik merupakan salah satu kaedah dalam kajian kualitatif iaitu kaedah

yang berdasarkan tema-tema penting yang ingin ditekankan. Analisis data mengikut

tema diolah berdasarkan soalan-soalan kajian dan jawapan temubual yang diterima.

Oleh itu, pengkaji menggunakan analisis data mengikut tema berdasarkan

perbincangan dengan melihat percakapan responden dalam menganalisis data.

29
Kaedah tematik menggunakan analisis naratif ini memperlihatkan kepada beberapa

tema iaitu:

a) Bentuk-bentuk persekitaran sosial seperti diri remaja itu sendiri, ibu bapa, ahli

keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan sekolah,

b) Bentuk pengaruh keluarga dalam mempengaruhi remaja untuk merokok,

c) Alasan remaja untuk merokok,

d) Kaedah untuk remaja mendapatkan bekalan rokok,

e) Masa dan lokasi yang remaja sering merokok,

f) Label masyarakat terhadap remaja yang melanggar norma masyarakat seperti

budak jahat, liar dan sebagainya.

3.6.2 Analisis Naratif

Analisis naratif adalah teknik analisa menggunakan penceritaan yang

diperolehi daripada temubual dengan responden. Naratif atau cerita merupakan salah

satu kaedah untuk menganalisis data. Individu membentuk kehidupan seharian

mereka berdasarkan cerita tentang siapa mereka dan orang lain dan mereka

menterjemah sesuatu yang lepas dengan cerita ini. Cerita, terdapat dalam ungkapan,

adalah dimana seseorang individu masuk ke dunia baru dan dimana pengalaman

mereka tentang dunia itu diterjemah dan mempunyai makna tersendiri. Analisis

naratif, adalah kajian mengenai pengalaman sebagai cerita, kemudian, paling utama

adalah cara berfikir tentang pengalaman. Analisis naratif sebagai kaedah kajian

memerlukan pandangan terhadap fenomena tersebut. Untuk menggunakan analisis

naratif sebagai kaedah kajian mestilah mengambil beberapa pandangan tentang

30
pengalaman sebagai satu fenomena sesuatu yang dikaji (Connelly & Clandinin yang

dipetik daripada Clandinin & Murphy, 2009). Definisi ini memberi tempat kepada

persetujuan bersama tentang pengalaman sebagai fenomena cerita dan kajian naratif

sebagai kaedah untuk analisis kepada pengalaman yang diceritakan. Kehidupan yang

hidup, diberitahu, diceritakan dan dihidupkan dalam kaedah cerita berdasarkan

lanskap penceritaan. Untuk mengkaji pengalaman secara naratif, kita mesti

memahaminya sebagai fenomena cerita (Clandinin & Murphy, 2009).

Naratif yang dibentuk dengan baik menggunakan insiden, masa, lokasi dan

dialog bukan sahaja untuk membentuk cerita dalam membentangkan data tetapi juga

untuk menyampaikan perasaan kuasa dan batas penulis kajian, termasuk artistiknya

dan dimensi moral beliau. (Weiland dipetik daripada Holley & Colyar, 2009).

Naratif adalah data berguna kerana individu sering mengambil penting tentang dunia

dan tempat mereka melalui kaedah naratif. Melaui menyampaikan cerita mereka,

individu menapis dan mencerminkan berdasarkan pemahaman sosial dan politik.

Cerita kebiasaannya, kaedah yang lazim digunakan oleh individu untuk

menyampaikan idea mereka (Feldman, Skldberg, Brown & Horner, 2004). Oleh itu,

pengkaji memilih untuk menggunakan analisis naratif dalam kajian ini kerana ia

bersesuaian dengan kajian pengkaji dan merupakan pendekatan yang mudah untuk

mendekati dan memahami responden kajian.

31
3.7 Etika Kajian

Dalam menjalankan kajian ini beberapa etika yang dituruti oleh pengkaji. Pengkaji

memastikan kerahsiaan identiti responden. Hal ini demikian kerana, perkara ini merupakan

perkara sensitif kepada remaja tersebut. Mereka ingin identiti mereka dirahsiakan dan tidak

dibongkar kerana bimbang ia diketahui umum. Mereka juga khuatir sekiranya aktiviti mereka

diketahui oleh keluarga mereka bagi remaja yang tidak mendedahkan perlakuan mereka.

Oleh itu, pengkaji mengambil langkah untuk merahsiakan identiti responden dan tidak

mendedahkannya. Segala maklumat yang diberikan oleh responden juga adalah sulit dan

hanya digunakan untuk tujuan kajian sahaja.

Tambahan lagi, pengkaji tidak berhak untuk menghakimi responden dan tingkah laku

yang dilakukan mereka. Nama-nama responden juga digantikan dengan kod-kod tertentu

untuk tidak menghakimi respoden dimasa yang sama juga untuk mengekalkan identiti

responden sebagai sulit.

Selain itu, pengkaji juga memastikan maklumat yang diberikan oleh responden

dikekalkan sedia ada seperti daripada sumber. Pengkaji tidak mengolah, mengubah atau

mereka maklumat dan memastikan ia adalah sama seperti dengan sumber asal. Pengkaji tidak

berhak dan tidak beretika untuk mengubah sebarang maklumat dan data yang diberikan

kerana ia adalah daripada sumber atau responden yang ditemubual. Adalah tidak profesional

dan tidak beretika untuk pengkaji mengolah sumber maklumat dan data yang diberikan oleh

responden.

32
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai hasil kajian bagi menjawab persoalan dan objektif

kajian. Dapatan ini akan membincangkan maklumat-maklumat kajian yang diperolehi dan

melihat sekiranya objektif pengkaji tercapai. Analisa naratif digunakan dalam menganalisa

data.

4.2 Dapatan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah temu bual bersemuka untuk

mendapatkan maklumat kajian. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk memudahkan

responden bertutur dalam bahasa harian yang digunakan oleh responden. Kaedah yang

digunakan ini adalah lebih mudah kerana ia tidak terlalu tegas dan memaksa responden untuk

menjawab soalan-soalan pengkaji dan ia lebih berbentuk santai.

33

You might also like