SURAT PERSETUJUAN SEWA RUMAH SECARA KONTRAK

SURAT INI DIAKUI SAH DIANTARA PIHAK PENYEWA DAN TUAN RUMAH APABILA TURUNNYA TANDA TANGAN KEDUA PIHAK DAN TANDA TANGAN SEORANG SAKSI DAN DIPANJANGKAN KEPADA PESURUH JAYA SUMPAH.

1. SEWA RUMAH ADALAH DIKIRA DARI TARIKH MASUK RUMAH . 2. BAYARAN SEWA HENDAKLAH DIJELASKAN PADA TIAP TIAP AWAL BULAN DAN
HENDAKLAH SAMPAI KEPADA TUAN RUMAH PADA ATAU 1 HARIBULAN SEPANJANG TEMPOH MENYEWA. 3. BAYARAN SEWA HENDAKLAH DIBAYAR TERUS KEPADA TUAN RUMAH DENGAN MENGGUNAKAN WANG TUNAI / CEK. 4. JIKA PENYEWA AKAN MENGOSONGKAN RUMAH SILA BERI NOTIS KEPADA TUAN RUMAH SEKURANG KURANGNYA 2 BULAN LEBIH AWAL. BEGITU JUGA SEBALIKNYA. 5. KEADAAN KESELAMATAN FIZIKAL RUMAH LUAR DAN DALAM ADALAH TANGGUNG JAWAB PENYEWA. TIADA SEBARANG UBAH SUAI BOLEH DIBUAT. 6. PEMASANGAN ELEKTRIK TAMBAHAN DAN PEMASANGAN ELEKTRIK SEPERTI KIPAS , AIR-CONDITION DAN SEBAGAINYA HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA TUAN RUMAH TERLEBIH DAHULU. 7. BAYARAN ELEKTRIK DAN SEBARANG TUNGGAKAN YANG ADA HENDAKLAH DIJELASKAN OLEH PENYEWA SEBELUM MENGOSONGKAN RUMAH. 8. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA APABILA KUNCI GRILL , LAMPU , PINTU , TINGKAP DAN KEKEMASAN LANTAI APABILA ROSAK . 9. SEBARANG MASALAH HENDAKLAH DIRUJUK KEPADA TUAN RUMAH DENGAN SEGERA. 10. TUAN RUMAH BERHAK MENGELUARKAN ARAHAN BERPINDAH DARI RUMAH INI APABILA DIRASAKAN AMAT TIDAK SESUAI LAGI CONTOHNYA APABILA BILA SESUATU BERLAKU DAN MENDAPAT BANTAHAN DARI MASYARAKAT SETEMPAT ATAU ENGKAR MENJELASKAN SEWA RUMAH MENGIKUT TEMPOH DAN WAKTU DAN LAIN LAIN LAGI. 11. TUAN RUMAH BERHAK MEMBUAT SEBARANG UBAH SUAI DIRUMAH INI TANPA PERSETUJUAN PENYEWA. 12. KADAR SEWA RUMAH BOLEH DINAIKAN JIKA PERLU MENGIKUT KEADAAN SEMASA. KADARNYA AKAN DIRUNDINGKAN DAN DIBERITAHU. 13. KADAR SEWA RUMAH ADALAH RM 250.00 SEBULAN 14. BAYARAN DEPOSIT RM 250.00 15. DEPOSIT API DAN AIR RM 100.00 16. MULA MASUK RUMAH 1 APRIL 2010 DAN BAYARAN SEWA RM 250.00 17. TUAN RUMAH BERHAK MEMBUAT SEBARANG TUNTUTAN SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEROSAKAN SEPERTI YANG DIJELASKAN DI ATAS.
ADALAH KAMI YANG MENANDATANGANI PERSETUJUAN INI SEDAR BAHAWA SEMUA KETERANGAN ADALAH BENAR DAN DIPERSETUJUI.

TANDATANGAN TUAN RUMAH NAMA : NO K.P. : TARIKH : TANDATANGAN SAKSI NAMA : NO K.P. :

TANDATANGAN PENYEWA NAMA : NO K.P. : TARIKH :

TARIKH :

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful