You are on page 1of 4

Gejala LGBT tidak asing lagi berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini.

Gejala ini dilihat semakin


meningkat dan bertambah dari semasa ke semasa yang melibatkan golongan remaja di peringkat IPTA
khususnya. Pepatah Melayu ada menyebut, 'alah bisa tegal biasa' yang membawa maksud perkara yang
susah akan menjadi senang jika ia selalu dilakukan. Ia juga boleh diertikan sebagai sesuatu yang pada
awalnya ganjil, lama kelamaan diterima sebagai perkara normal. Jika kita masih tidak berusaha dan
menzahirkan sikap ketegasan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi yang
menyentuh isu Islam serta umat Islam, maka akhirnya generasi akan datang akan melihat fenomena
yang sama berlaku di tanah air ini dengan menganggapnya satu suasana normal sahaja. Oleh itu, semua
pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan ini agar tidak menjadi semakin serius.

Setiap pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing agar tidak saling menunding jari dan
menyalahkan sesama sendiri. Bermula dengan peranan ibu bapa di rumah. Salah satu seminar anjuran
JAIS yang bertajuk Seminar Kesedaran Ummah; LBGT Apa Yang Perlu Anda Tahu? ada
mendedahkan pengakuan peserta, antara sebab golongan berkenaan terjebak aktiviti bercanggah syariat
agama ialah faktor keluarga serta persekitaran terutama ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada
anak bermasalah. Kunci kepada permasalahan itu adalah pentingnya memberi kasih sayang secukupnya
kepada anak dalam proses pembentukan identiti dari umur mereka lima sehingga 10 tahun. Pada usia
ini anak-anak mudah terdedah dengan pelbagai perkara yang mereka sendiri tidak tahu menilai sama
ada perkara itu baik atau sebaliknya dan betul atau salah. Jadi ibu bapalah yang selaknya menerangkan
kepada mereka.

Ibu bapa juga sewajarnya memantau aktiviti sosial anak- anak mereka dan juga mengawasi penggunaan
telefon bimbit dan media sosial. Tidak dinafikan, dunia globalisasi kini memudahkan kita untuk
mencari maklumat di hujung jari. Namun, perkara negatif seperti video pornografi juga mudah dilawati
dan diakses. Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak anak mereka tidak terjebak dengan perkara
tersebut. Manakala bagi anak yang terjerumus dalam kegiatan LGBT pula, mereka tidak sepatutnya
disingkirkan sebaliknya dibantu dengan merujuk kepada pakar serta berusaha mendekatkan mereka
kepada ajaran agama Islam yang sebenar.

Selain itu, individu lain yang turut memainkan peranan ialah warga pendidik. Menurut Mohd Puad
Zarkashi (2013) guru-guru perlu membantu memberi penjelasan dan pemahaman mengenai gejala
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pelajar agar mereka tidak mudah terjerumus
dengan gejala negatif yang kian berleluasa itu. Beliau berkata, walaupun tiada mata pelajaran khusus
disediakan, tetapi guru-guru boleh menggunakan mata pelajaran kesihatan dan reproduktif sosial secara
kreatif, untuk memberi penjelasan mengenai kesan negatif gejala itu. "Tugas dan tanggungjawab
seorang guru hari ini bukan sekadar memahami cabaran dalam isu-isu pendidikan atau mendidik pelajar
di dalam bilik darjah, tetapi perlu memahami dan menangani cabaran isu-isu sosial seperti penularan
gejala LGBT. Di samping itu, untuk mengatasi masalah ini juga, pihak sekolah juga boleh
menganjurkan seminar buat ibu bapa dan masyarakat setempat agar mendapat pendedahan tentang isu
ini. Dengan adanya seminar kesedaran ini, pengetahuan mengenai gejala LGBT dapat diperluas, dan
gejala ini dapat dicegah daripada terus menular hingga merosakkan struktur sosial sesebuah negara

Seterusnya, masyarakat di negara ini juga tidak kurang pentingnya dalam memainkan peranan bagi
mengatasi masalah LGBT ini. Pertama sekali, kita tidak perlu untuk menghukum dan mensisihkan
mereka daripada masyarakat. Bukan sahaja keluarga, yang diharap dapat membantu dan tidak
menyisihkan, begitu juga masyarakat, yang bagi mereka lebih banyak menghukum dan menghina
daripada cuba untuk memahami masalah mereka. Lazimnya, hanya mereka yang pernah terjerumus ke
lembah yang sama, bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dengan matlamat, membawa mereka
keluar daripada dunia `gelap' itu seterusnya menikmati kehidupan yang lebih bermakna . Bukanlah
bermaksud kita menyokong kesalahan mereka tetapi sekiranya mampu, bantulah mereka pulang ke
pangkal jalan.

Presiden Persatuan Kebajikan Darul Modahish, Mohd Khariri Mohd Ramli, 38, berkata NGO
sepatutnya menjadi penggerak kesedaran bagi memulihkan golongan LGBT supaya dapat mengecapi
masa depan yang lebih baik. NGO berkaitan, katanya, perlu memberi kesedaran dan pendidikan
mengenai kesihatan, keselamatan seks, bahaya HIV dan cara mencari rezeki yang halal supaya
golongan sasaran terbabit mampu mencari sinar semula untuk terus hidup.

Timbalan Presiden Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI), Mohd Rafi Jaafar, pula berkata, pihaknya sudah
enam tahun berkecimpung memberi pendidikan kerohanian dan agama kepada golongan LGBT, yang
dikelaskan sebagai komuniti terpinggir, dengan mendorong mereka supaya tekad untuk berubah.
Katanya, asas pembentukan PAFI adalah mendidik dan memberi kesedaran kepada golongan dengan
menjadikan Masjid Jamek Kuala Lumpur sebagai pusat operasi utama."Kami mahu menjadikan PAFI
sebagai platform permulaan untuk golongan LGBT berubah ke arah yang lebih baik berlandaskan Islam
dengan dibantu JAKIM, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) "Apa yang dilihat, sepanjang penubuhan PAFI, golongan LGBT sebenarnya perlu
dibantu, malah mereka sememangnya mahu bantuan terutama dalam aspek agama," katanya. Namun,
beliau mengakui, pihaknya dan NGO berkaitan yang lain amat memerlukan bantuan agensi agama,
terutama dalam aspek pendidikan, kesedaran dan dakwah. Tanpa bantuan agensi agama seperti JAKIM,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan majlis
agama Islam, sudah pasti kami sukar untuk membantu golongan ini.Golongan LGBT boleh berubah
jika mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Bagi kerajaan pula, pihaknya tidak sesekali tunduk kepada desakan pihak yang mahukan hak-hak
golongan (LGBT) diiktiraf demi mematuhi prinsip hak asasi manusia tanpa batas, kerana ia adalah dosa
besar mengikut Islam. Jamil Khir (2016) mengatakan cara hidup songsang yang diamalkan kumpulan
LGBT dilihat semakin menular kepada generasi muda dan jika tidak dibendung, ia akan memberi impak
negatif kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat serta boleh mengucar-kacirkan negara. Justeru,
kerajaan juga memainkan peranan untuk memastikan hal ini dapat diatasi. Banyak seminar kesedaran
yang dianjurkan oleh kerajaan dan usaha sama dengan badan bukan kerajaan yang lain. Justeru,
sememangnya semua pihak seharusnya berganding bahu untuk membantu mengatasi dan menangani
masalah LGBT di negara ini.

Rujukan

Petah Wazan Iskandar .2015.Dilema LGBT; Dibantu atau disisih.Dilayari


pada 25 Julai 2017. http://www.bharian.com.my/node/69222

Petah Wazan Iskandar.2015. Bekas LGBT Bantu Rakan ke Pangkal


Jalan.Dilayari pada 26 Julai 2017.
http://www.bharian.com.my/node/69545

Petah Wazan Iskandar.2015. Program Mukhayam Pulih golongan LGBT.


Dilayari pada 26 Julai 2017. http://www.bharian.com.my/node/69741

Siti Zulaikha Zubir.2017.Jangan Sebar Agenda LGBT.Dilayari pada 25


Julai 217. http://www.bharian.com.my/node/267547

Tiada nama pengarang. Golongan LGBT Boleh Berubah. Dilayari pada 25


Julai 2017. http://www.bharian.com.my/node/227009

Tiada nama pengarang.2016. KerajaanTidak Akan Tunduk Kepada Desakan


LGBT. Dilayari pada 25 Julai 2017. http://www.bharian.com.my/node/135476
.
.

You might also like