You are on page 1of 12

SULIT 3756/1

Prinsip
Perakaunan
Kertas 1
Ogos
2015
1 ¼ jam SMK PALOH, KLUANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2015


TINGKATAN 5

PRINSIP PERAKAUNAN
KOD KERTAS: 3756/1
Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan


2. Jawab semua soalan
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu
jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.
5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

3756/1@2013 hakcipta RR [Lihat halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 2 3756/1

1 Apakah matlamat penubuhan koperasi?

A Meningkatkan daya saing perniagaan.


B Membentuk budaya niaga kalangan ahli.
C Mencari keuntungan maksimum untuk anggota melalui aktiviti koperasi.
D Meningkatkan kepentingan ekonomi anggota menerusi aktiviti koperasi.

2 Antara berikut, badan manakah berkuasa untuk menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan
di Malaysia?

A Institut Akauntan Malaysia (MIA)


B Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
C Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)
D Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASC)

3 Apakah maksud liabiliti tidak terhad dalam perniagaan milikan tunggal?

A Pemiutang berhak menuntut aset peribadi pemilik bagi menjelaskan hutang perniagaan.
B Pemilik akan menanggung segala hutang peribadinya dengan wang perniagaan.
C Semua aset perniagaan dan aset peribadi adalah dimiliki oleh pemilik.
D Aset bukan semasa akan dijual untuk menjelaskan hutang perniagaan.

4 Pernyataan manakah benar berkaitan diskaun tunai?

A Galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak


B Potongan daripada harga pada senarai harga
C Galakan pembayaran hutang dengan segera
D Potongan daripada harga belian

5 Antara berikut yang manakah liabiliti semasa?

A Pinjaman bank
B Sewa diterima terdahulu
C Komisen belum diterima
D Faedah atas overdraf bank

6 Maklumat berikut diperoleh dari satu dokumen invois.


Tarikh : 8 Mei 2015
Jumlah: RM9 400
Syarat : 5 % 7 hari, 2 % 14 hari, 30 hari
Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 12 Mei 2015?

A RM188
B RM282
C RM470
D RM658

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 3 3756/1

7 Menjual komputer terpakai kepada Afiq dengan harga RM500. Tunai yang diterima
disimpan di pejabat
Berdasarkan kenyataan di atas, apakah catatan bergu yang betul untuk urus niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Jualan Akaun Bank
B Akaun Alatan Pejabat Akaun Modal
C Akaun Tunai Akaun Alatan Pejabat
D Akaun Afiq Akaun Jualan

8 Urus niaga berikut telah berlaku dalam perniagaan Kedai Runcit Fazliana.
Cik Fazliana menjelaskan pinjaman RM55 000 dan faedah RM1500
dengan cek perniagaan.
Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan ?

Ekuiti Pemilik
Aset Liabiliti
A
(RM53 500) (RM53 500) RM0
B
(RM53 500) (RM55 000) RM1 500
C
(RM56 500) (RM56 500) RM0
D (RM56 500) (RM55 000) (RM1 500)

9 Pada akhir tempoh perakaunan, buku perniagaan Faez Enterprise menunjukkan baki-baki berikut:

RM
Aset 78 000
Liabiliti 24 600
Berapakah modal awal, jika perniagaan Faez Enterprise memperoleh untung bersih RM16 800 dan
membuat ambilan sebanyak RM5 000.

A RM41 600
B RM53 400
C RM65 200
D RM66 200

10 Aliran dokumen manakah yang betul berlaku dalam urus niaga secara kredit?

A KatalogInvoisBorangPesananResit
B BorangPesananInvoisKatalogResit
C BorangPesananKatalogResitInvois
D KatalogBorangPesananInvoisResit

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 4 3756/1

11 Aliran dokumen berikut berlaku dalam urus niaga tunai.

Pesanan Belian Invois Tunai X


Apakah X?

A Memo
B Resit
C Keratan cek
D Penyata akaun

12 “ Van peribadi telah dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan.”


Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am bagi urus niaga di atas?
Debit Kredit
A Akaun Ambilan Akaun Modal
B Akaun Kenderaan Akaun Modal
C Akaun Ambilan Akauan Kenderaan
D Akaun Modal Akaun Kenderaan

13 Petikan berikut diambil daripada buku perniagaan Syarikat Nadia.

Akaun Kawalan Penghutang


2014 RM 2014 RM
Dis 31 Baki b/b 3 600 Dis 31 Bank 5 300
Diskaun diberi 200
Baki h/b 3260
8 760 8 760
Hitungkan jualan kredit berdasarkan maklumat di atas.

A RM 1 900
B RM 3 600
C RM 5 160
D RM 8 760

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 5 3756/1

14 Antara berikut, urus niaga manakah betul tentang catatan kontra dalam Akaun Kawalan?

I Pindahan dari Lejar Jualan ke Lejar Belian


II Pindahan dari Lejar Belian ke Lejar Jualan
III Peniaga pindahkan tunai di tangan ke bank
IV Peniaga mengeluarkan tunai di bank untuk kegunaan perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15 Baki akaun manakah yang dicatat di sebelah kredit imbangan duga?

A Penghutang
B Diskaun diberi
C Pulangan belian
D Pulangan jualan

16 Bayaran cek RM600 kepada Fairos telah didebitkan ke Akaun Bank dan dikreditkan
ke Akaun Fairos.
Apakah kesan kesilapan tersebut ke atas keseimbangan Imbangan Duga?

A Sebelah debit Imbangan Duga terlebih RM600


B Sebelah debit Imbangan Duga terlebih RM1 200
C Sebelah kredit Imbangan Duga terkurang RM600
D Tiada kesan ke atas keseimbangan Imbangan Duga

17 Apakah kaedah-kaedah susut nilai yang boleh digunakan dalam sesebuah perniagaan?

I Kaedah garis lurus


II Kaedah nilai skrap
III Kaedah penilaian semula
IV Kaedah penilaian semasa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan III

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 6 3756/1

18 Apakah catatan bergu bagi merekod pengurangan peruntukan hutang ragu?


Debit Kredit
A Peruntukan hutang ragu Akaun Untung Rugi
B Akaun Untung Rugi Peruntukan Hutang Ragu
C Penghutang Peruntukan Hutang Ragu
D Peruntukan Hutang Ragu Penghutang

19 Syarikat Jaffar Bhd membeli sebuah van berharga RM60 000 pada 1 April 2013. Van ini
disusutnilaikan dengan kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Berapakah nilai buku
van tersebut pada 31 Disember 2014?

A RM49 500
B RM49 950
C RM54 000
D RM54 450

20 Maklumat berikut diperoleh daripada Yayasan Enterprise pada 30 Jun 2015:


Imbangan Duga Pada 30 Jun 2015
Debit (RM) Kredit (RM)
Penghutang 6 800
Peruntukan Hutang Ragu 240
Hutang lapuk 600
Maklumat tambahan:
i. Pada 30 Jun 2015, hutang berjumlah RM300 bagi seorang penghutang yang diisytiharkan muflis
terpaksa dihapuskan sebagai hutang lapuk.
ii.Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang.

Hitungkan peruntukan hutang ragu yang dicatatkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30
Jun 2015.

A Debit Akaun Untung Rugi RM177


B Debit Akaun Untung Rugi RM45
C Kredit Akaun Untung Rugi RM177
D Kredit Akaun Untung Rugi RM45

21 Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Gaya pada 30 Jun 2015.


RM
Baki awal tunai 25000
Penerimaan:
Penghutang 19000
Sewa diterima 200
Pembayaran:
Belian tunai 10500
Pemiutang 9800
Ansuran pinjaman 750
Berapakah lebihan atau kurangan pada 30 Jun 2015 ?

A Lebihan RM 4150
B Lebihan RM 23150
C Kurangan RM 1850
D Kurangan RM 15250

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 7 3756/1

22 Jadual di bawah menunjukkan anggaran belian Perniagaan Hanim bagi tiga bulan berakhir 31 Mac
2015.
Bulan Anggaran Belian
Januari RM42 000
Februari RM50 000
Mac RM38 000
Belian adalah 70% secara tunai dan 30% secara kredit. Belian kredit akan dibayar pada bulan
berikutnya. Kirakan anggaran tunai yang akan dibayar pada bulan Februari.

A RM27 600
B RM47 600
C RM50 000
D RM64 400

23 Berikut adalah maklumat gaji yang diberi oleh seorang pekerja, En. Ridzwan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2014.

Encik Ridzuan menerima gaji RM36 000 setahun dan menerima elaun perumahan sebanyak RM4 800
setahun. Beliau juga telah menerima elaun kerja lebih masa sebanyak RM4 000 sepanjang tahun 2014.

Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja ialah 11%
dan bahagian majikan ialah 12%.

Hitung caruman KWSP bahagian pekerja bagi Encik Ridzuan dalam tahun 2014.

A RM3 960
B RM4 488
C RM4 896
D RM4 928

24 Berikut ialah maklumat gaji yang diterima oleh Humaira, seorang pekerja.
RM
Gaji pokok 2000.00
Elaun kerja lebih masa 500.00
Elaun perumahan 350.00
KWSP(caruman pekerja) 11%
PERKESO 50.00
Yuran koperasi 70.00
Berapakah gaji bersih?

A RM2 850.00
B RM2 521.50
C RM2 471.50
D RM2 416.50

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 8 3756/1

25 Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh semasa pembubaran Perkongsian Shahrul Amin.
Akaun Realisasi
2015 RM
Mac 31 Pemiutang 200

Apakah yang dimaksudkan dengan catatan pada 31 Mac 2015?

A Baki pemiutang yang belum dijelaskan semasa pembubaran


B Menerima diskaun daripada pemiutang kerana menjelaskan hutang semasa pembubaran
C Jumlah pembayaran kepada pemiutang semasa pembubaran selepas menolak diskaun tunai
D Jumlah bayaran yang dibuat kepada pemiutang semasa pembubaran sebelum menolak diskaun tunai

26 Apakah kesan terhadap perniagaan perkongsian jika salah seorang pekongsi meninggal dunia?

A Perniagaan perlu dibubarkan


B Perniagaan boleh diambil alih oleh waris si mati
C Perniagaan boleh diteruskan oleh pekongsi yang sedia ada
D Perniagaan perlu menukar milikan perniagaan kepada milikan tunggal

27 Antara berikut, butiran manakah tidak direkod dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi?

A Untung bersih
B Faedah atas modal
C Faedah atas ambilan
D Faedah atas pinjaman

28 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Akma dan Akmal pada 30 Jun 2015.
RM
Untung bersih 18 940
Modal Akma 45 000
Modal Akmal 15 000
Faedah atas modal ialah 5% atas modal
Pembahagian untung ialah mengikut nisbah modal.
Berapakah kongsi untung Akma?

A RM11 955
B RM13 080
C RM14 205
D RM16 455

29 Apakah jenis modal yang dinyatakan di dalam Tatawujud Syarikat?

A Modal berdaftar
B Modal berbayar
C Modal diterbitkan
D Modal belum diterbitkan

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 9 3756/1

30 Berikut ialah petikan Kunci Kira-kira Syarikat KLS Berhad pada 31 Disember 2014.
Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2014
Ekuiti Pemilik RM
X
500 000 10% saham keutamaan RM2.00 sesaham 1 000 000
2 000 000 saham biasa RM1.00 sesaham 2 000 000
3 000 000
Y
300 000 10% saham keutamaan RM2.00 sesaham 600 000
1 000 000 saham biasa RM1.00 sesaham 1 000 000
1 600 000

X Y
A Modal dibenarkan Modal belum diterbitkan
B Modal berbayar Modal dibenarkan
C Modal dibenarkan Modal diterbitkan dan berbayar penuh
D Modal diterbitkan dan berbayar penuh Modal dibenarkan

31 Antara berikut, yang manakah dicatat di sebelah kredit Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?

A Yuran
B Lebihan
C Komisen dibayar
D Honorarium

32 Pernyataan berikut telah dibentang oleh Bendahari Kelab Rekreasi Negeri Johor di dalam mesyuarat
agong bagi tahun berakhir 31 Disember 2014.

RM
Yuran diterima sepanjang tahun 2014 7 800
Yuran belum diterima tahun 2013 240
Yuran tahun 2014 diterima pada tahun 2013 150
Yuran diterima untuk tahun 2015 180
Yuran belum diterima tahun 2014 200
Hitungkan yuran tahunan 2014 bagi Kelab Rekreasi Negeri Johor.

A RM7 690
B RM7 730
C RM7 870
D RM7 910

33 Untuk menentukan untung atau rugi sesebuah perniagaan, apakah kaedah yang boleh digunakan?

I Kaedah baki berkurangan


II Kaedah perbandingan
III Kaedah garis lurus
IV Kaedah analisis

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 10 3756/1

34 Berikut ialah maklumat yang diambil dari Kedai Satria Jati.


RM
1 April 2014 Modal 30 600
31 Mac 2015 Kenderaan 45 000
Penghutang 4 600
Ambilan sepanjang tahun RM1 200.
Pemilik juga ada membawa masuk modal tambahan RM5 000.

Hitungkan untung atau rugi yang diperoleh?

A RM8 200
B RM15 200
C RM76 400
D RM86 400

35 Apakah rumus yang digunakan bagi menghitung kos prima dalam penyediaan Akaun Pengeluaran?
A Kos bahan langsung + Kos buruh langsung - Kos belanja langsung
B Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Kos belanja langsung
C Kos bahan langsung + Kos buruh langsung + Kos overhed
D Kos bahan langsung + Kos buruh langsung - Kos overhed

36
Kilang Perabot Murali membayar gaji pengurus kilang sebanyak RM4 500 sebulan.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis perbelanjaan tersebut?
A Kos prima
B Kos overhed
C Kos bahan mentah
D Kos buruh langsung

37 Maklumat berikut diambil daripada Kilang Kasut Sukan FC yang menunjukkan kos pengeluaran bagi 100
pasang kasut berjenama JDTFC.

Kain kanvas 2 500


Getah 2 500
Operator kilang 3 000
Sewa kilang 12 000
Susut nilai mesin 45 000

Pihak pengurusan kilang telah bersetuju untuk menjual sepasang kasut dengan harga RM100. Jika pemilik
kilang ingin mendapatkan keuntungan sebanyak RM 9 000, berapakah pasang kasut sukan yang perlu
dikeluarkan?

A 3 300 pasang
B 2 850 pasang
C 1 320 pasang
D 1 050 pasang

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 11 3756/1

38 Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang kos berubah?

A Tidak dipengaruhi oleh perubahan volum pengeluaran


B Berkadar songsang dengan perubahan volum pengeluaran
C Belanja yang tetap dan tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran
D Berkadar terus dengan perubahan volum pengeluaran

39 Maklumat berikut diberikan oleh Kassim.


Sewa terdahulu RM 250
Gaji terakru RM1 500
Bank RM6 000
Berapakah nisbah semasa?

A 0.24 : 1
B 0.29 : 1
C 3.43 : 1
D 4.17 : 1

40 Maklumat berikut diperolehi daripada buku Kedai Kain Annie bagi tahun berakhir 31
Disember 2015.
Stok awal RM 7 320
Kos Jualan RM38 500
Kadar pusingan ganti stok 7 kali
Hitungkan nilai stok akhir?

A RM1 820
B RM3680
C RM5 500
D RM6410

SOALAN TAMAT
Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................. .........................
(Rahim bin Rosdi)

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT
SULIT 12 3756/1

Prinsip
Perakaunan
Kertas 1
Ogos
2015
1 ¼ jam SMK PALOH, KLUANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015


TINGKATAN 5

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

JAWAPAN

1. D 21. C
2. B 22. B
3. A 23. B
4. C 24. C
5. B 25. B
6. C 26. A
7. C 27. D
8. D 28. A
9. A 29. A
10. D 30. C
11. B 31. A
12. B 32. B
13. C 33. C
14. A 34. B
15. C 35. B
16. D 36. B
17. B 37. A
18. A 38. D
19. B 39. D
20. D 40. B

3756/1 [Lihat Halaman sebelah


Koleksi Trial 2015 Cg Narzuki Online SULIT