You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

Program panitia

pendidikan muzik

Tahun 2017

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK

Pendahuluan
Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama Panitia Sains akan mengadakan aktiviti bagi
mengisi penutupan takwim sekolah 2017. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bersempena berakhirnya peperikssan akhir tahun sekolah. Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan
murid dan guru-guru SJK(T) Ladang Stoughton.

Matlamat

Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara
sihat serta menghiburkan diri selepas minggu peperiksaan di samping mencungkil bakat
terpendam murid-murid SJK(T) Ladang Stoughton secara menyeluruh. Selain itu, para guru
dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SJK(T) Ladang
Stoughton di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan
daerah.

Objektif

1. Murid-murid dapat mencungkil bakat dalam bidang nyanyian.

2. Memupuk semangat bekerjasama di dalam satu pasukan.

3. Menghayati lagu kanak-kanak yang dinyanyikan.

Guru Muzik Mengikut Darjah:

1. Cik.Thevika – Tahun 1

2. Cik.Thevika – Tahun 2
3. Cik.Naanthinee – Tahun 3

4. Cik.Sharvina – Tahun 4

5. En.Vesvan – Tahun 5

6. Cik.Naanthinee – Tahun 6

Keterangan Program

Tarikh
-12 November 2017

Hari
-Khamis

Masa
-07.30 petang

Tempat
-Dewan sekolah

Kumpulan Sasaran
-Semua murid SJK(T) Ladang Stoughton.

Kewangan
-Peruntukan Panitia

Aktiviti

Bil Aktiviti Catatan


1 Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak 2 buah lagu kanak-kanak
Jawatankuasa Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-Kanak dan Rekacipta Alat Muzik
1. AJK Pelaksana

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat :En.Nagaraja Palaniappan (Guru Besar)

Pengerusi :En. Nagarajan Seenivasan (GK Kurikulum)

Timbalan Pengerusi 1 :En. Naanthinee Kaliappan (GK Hal Ehwal Murid)

Timbalan Pengerusi 2 : En.Vesvan Veerapan ( GK Kokurikulum)

Penyelaras : Cik. Yeema Mohgan

JAWATANKUASA KERJA

Juruacara : Cik.Naanthini Kaliapan

Dokumentasi : Cik. Yeema Mohgan

Fotografi : En.Vesvan Veerappan

Buku Program : Pn.Kaliswary Kanthan

Persiapan tempat : En.Nagarajan Seenivasan

Hadiah : Cik. Yeema Mohgan

Penutup

Penganjuran aktiviti Panitia SJK(T) Ladang Stoughton ini memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang postif. Aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan hubungan
silaturahim yang sedia ada dalam kalangan guru dan murid serta dapat mencungkil bakat
terpendam murid-murid SJK(T) Ladang Stoughton. Penganjuran aktiviti sebegini akan
diteruskan pada tahun akan datang.

Disediakan oleh,

………..........................................………

(CIK. YEEMA A/P MOHGAN)

Ketua Panitia Muzik

Disemak Oleh,

……………………..........................

(EN.NAGARAJAN A/L SEENIVASAN)

Guru Penolong Kanan

Disahkan Oleh,

……………………..........................

(EN.NAGARAJA A/L PALANIAPPAN)

Guru Besar