You are on page 1of 8

TAJUK : Sekolah Berkesan

Pengenalan
Sebagaimana yang kita tahu sekolah berkesan merupakan sesuatu yang menjadi hasrat
banyak pentadbir sekolah dan juga masyarakat. Kebanyakan isu sekolah berkesan
adalah mengaitkan sekolah dengan pencapaian akademik. Ia adalah kerana di negara
kita Malaysia kini, sekolah berkesan banyak diukur melalui pencapaian peperiksaan
UPSR, PMR, SPM dan STPM.
Adakah sekolah berkesan hanya berkaitan dengan pencapaian akademik sahaja?
Dialog di atas secara langsung menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah diukur
dari segi pencapaian akademik. Pada hakikatnya sesebuah sekolah berkesan bukan
sahaja diukur dari segi fungsinya sebagai memberi pendidikan kepada murid-murid
tetapi juga ia meliputi berbagai-bagai aspek. Sekolah bukan semata-mata diujudkan
untuk tujuan akademik bahkan ia juga membentuk disiplin,sahsiah,kepimpinan dan
sebagainya.
Usaha-usaha mencapai matlamat sekolah berkesan dapat dilihat melalui gagasan-
gagasan seperti mewujudkan sekolah berkesan, Sekolah Bestarai, Sekolah Wawasan,
sekolah Harapan, Sekolah Contih dan sebagainya.

Definasi Sekolah Berkesan


Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminology sekolah tempat untuk belajar
dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan
oleh sesuatu.

Pengertian Sekolah Berkesan Mengikut Persepsi Yang Berbeza


Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai
persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh
kerana itu Stoll dan Fink (1996) menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada
keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.
Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinasikan keberkesanan sekolah
melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur
keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan oleh para
pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses.
Levine dan Lezotte(1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang
dikehendaki(outcome). Edmonds (1979) mendefinasikan keberkesanan bukan sahaja
dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan(equity). Mengikut beliau
keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan
akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak
kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak
kelas menengah yang menguasainya.
Rowan(1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah berkesan :
i) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih
daripada median kebangsaan.
ii) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkatkan
dari semasa ke sekolah.
iii) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort,
iv) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Menurut Sergiovanni(1987) juga mendefinasikan sekolah berkesan berasaskan
peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur
keberkesanan seperti berikut:
i) Peningkatan skor ujian
ii) Penigkatan dalam kehadiran
iii) Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah
iv) Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris,
Sains dan sejarah
v) Penglibatan komuniti dan ibu bapa
vi) Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
vii) Ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru
viii) Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa

Pengertian sekolah berkesan menurut Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM) dicerminkan melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah
pada peringkat negeri dan juga pada peringkat kebangsaan.
Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah berkesan mestilah
berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN, dan dalam Wawasan 2020. Kriteria
yang digunakan adalah seperti berikut:
i) Konsep kesaksamaam dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang
beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui
program pengayaan bagi mereka.
ii) Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara
sengaja memupuk perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat menghormati dan kerjasama antara
satu dengan yang lain.
iii) Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan
mereka yang seimbang dan interaksi sosial mereka dengan pelajar lain di sekolah
perlu diberi perhatian.
iv) Sekolah memainkan peranan yang berkesan dalam melibatkan ibu bapa, bukan
hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang
melibatkan guru,pelajar,ibu bapa, komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan
terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.
v) Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.
vi) Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru
mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-
hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
vii) Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan
wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
viii) Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu
menjayakannya.
ix) Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritikal,
penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik dan tinggi.
x) Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru
dan ibu bapa.
Ciri-Ciri Sekolah Berkesan

Kajian-kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah banyak dilakukan di negara-


negara Barat terutama Amerika Syarikat. Dalam ‘Projek Kajian Keberkesanan
Sekolah Connecticut” (shoemaker,1982),gauthier(1982) dan Villanova(1984) telah
merumuskan beberapa ciri sekolah yang berkesan iaitu:
i) Persekitaran sekolah yang selamat
ii) Misi sekolah jelas dan kakitangan mempunyai tanggungjawab bersama.
iii) Hubungan sekolah dengan inu bapa yang bersifat positif.
iv) Pelajar ada hasrat meningkatkan pencapaian akademik melalui kemudahan
pengajaran yang ada.
v) Mementingkan penggunaan masa
vi) Guru-guru menaruh harapan yang tinggi supaya semua pelajar mempunyai
kemahiran asas yang cukup.
vii) Guru mempunyai daya kepimpinan dalam pengajaran.
Manakala Purkey dan Smith(1983), membuat satu kajian secara literature, dan
mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan smith telah membahagikan 13 ini
kepada dua struktur, antaranya strutur pertama terdapat sembilan cirri sekolah yang
berkaitan dengan strutur organisasi , dan strutur kedua terdiri daripada empat cirri
yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan
budaya dan iklim sesebuah sekolah.
Purkey dan Smith melihat strutur organisasi adalah:
i) Penekanan kepada pengurusan dan membuat secara demokkratik;
ii) Kepimpinan pengajaran yang kuat diberikan oleh guru besar atau pengetua atau
guru-guru lain;
iii) Kestabilan staf;
iv) Penekanan kepada kurikulum dan pengajaran;
v) Program pembangunan staf di peringkat sekolah;
vi) Penglibatan dan sokongan ibu bapa;
vii) Pengiktirafan tentang kejayaan akademik;
viii) Penggunaan masa yang berkesan, melibatkan lebih masa kepada pelajaran
akademik dan kurang kepada aktiviti-aktiviti bukan akdemik; dan
ix) Sokongan daripada pejabat pendidikan daerah.
Abdul Karim bin Mohd.Nor (1989) yang membuat kajian terhadap empat
buah sekoalh menengah luar Bandar mendapati 12 ciri institusi yang membezakan
sekolah berkesan dengan sekolah tidak berkesan. Ciri-ciri- tersebut ialah :
i) Kemahiran kepimpinan pengetua
ii) Persepsi peranan pengetua
iii) Pengalaman sebagai pengetua
iv) Strategi pembangunan yang digunakan di sekoalh
v) Penglibatan ibu bapa
vi) Jangkaan guru terhadap pelajar
vii) Sikap guru terhadap pelajar
viii) Pandangan guru terhadap sekolah
ix) Disiplin pelajar
x) Penggunaan pusat sumber sekolah
xi) Persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan, dan kepuasan guru terhadap
pelajar.
Dapatan daripada kajian ini merealisasikan sekolah berkesan mempunyai
iklim sekolah yang positif dari keempat-empat dimensi yang dikaji berbanding dengan
sekolah yang tidak berkesan.
Kajian oleh Geltener(1981) menjelaskan keberkesanan sesebuah sekolah ada
kaitan dengan kepimpinan pengetua iaitu
Pengetua - Ahli falsafah
Pengetua - medel pendidikan
PengetuaPenyokong pendidikan
PengetuaRakan sependidikan dengan murid dan ibu bapa
Pengetua - Orang yang memulakan perubahan pendidikan,inovasi sekolah dan action
research. Kajian ini disokong oleh Sweeney(1982).

Budaya Sekolah Berkesan


Kajian-kajian sekolah berkesan telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri
budaya sekolah berkesan. Sekolah-sekolah berkesan mempunyai elemen-elemen
budaya seperti berikut:
i) Nilai-nilai yang kukuh yang mendorong persekitaran yang selamat,kondusif untuk
belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau vandalisma.
ii) Jangkaan yang tinggi, terhadap tiap-tiap pelajar dan guru, kepercayaan bahawa
semua orang boleh berjaya.
iii) Kepercayaan bahawa kemahiran-kemahiran asas perlu diperolehi oleh semua
pelajar
iv) Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya.
v) Kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk perkembangan pelajar secara
menyeluruh melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kurikulum ,organisasi
pembelajaran dan amlan sekolah yang peka kepada keperluan pelajar pelbagai
kebolehan, budaya, latar belakang sosioekonomi, dan tahap keistimewaan.
vi) Usaha yang gigih untuk menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan
sahaja pelajar terlibat dalam proses pembelajaran tetap guru, pentadbir, ibu bapa juga
terlibat dalam pembelajaran berterusan.

Norma Sekolah Berkesan


Sekolah berkesan mempumyai norma-norma yang tertentu yang dibina oleh warganya
bersaskan nilaii dan kepercayaan warganya tentang apa yang dianggap penting, dan
menjadi cara hidup sekolah.
Stoll dan Fink(1996) membincangkan norma-norma yang berikut:Matlamat bersama
‘kita tahu arah kita’Warga sekolah-sekolah yang berkesan mempercayai bahawa
setiap anggotanya mesti memahami matlamat dan mempunyai visi yang sama
terhadap apa-apa yang hendak dicapai oleh sekolah. Jika tidak wujud kesefahaman
ini, maka guru akan mengejae matlamat yang masing-masing dan begitu juga
pelajar.Bertanggungjawab atas kejayaan ‘kita mesti berjaya’Kepercayaan bahawa
semua orang boleh menberi sumbangan dan berjaya adalah norma kedua sekolah
berkesan. Pihak seklah yang berkesan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid
dan gurunya, dan percaya bahawa sekolah boleh membantu meningkatkan pencapaian
murid. Jika budaya sekolah diasaskan dengan kepercayaan bahawa factor-faktor luar
seperti baka murid, dan latar belakang sodial murid mempengaruhi pencapaian
mereka,maka sukarlah bagi mereka untuk berjaya. Yang penting ialah guru, murid,
pentadbir dan ibubapa mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan perananan
yang meningkatkan kecemerlangan murid. Kesejawatan’kita akan
bekerjasama’Kesejawatan ialah keadaan wujudnya perasaan kekitaan, bekerjasama
dan tolung-menolong di kalangan warga sekolah. Pihak sekolah berkesan
menggalakkan guru-gurunya melakukan kerja-kerja secara bersama melalui ‘team
teaching’,kajian tindakan, merancang,memerhatikan pebgajaran antara satu sama lain,
memberi tindak balas, dan sebagainya. Dengan cara ini, guru mempuntyai perasaan
kekitaan dan meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri atau rakan
sekerja.Perkembangan yang berterusan’kita akan sentiasa berusaha’Pihak sekolah
berkesan percaya bahawa kecemerlangan itu bukanlah suatu keadaan yang muktamad.
Setiap anggota perlu berusaha untuk menjadi lebih cemerlang.Belajar seumur
hihup’semua orang boleh belajarBagi sekolah berkesan, seseorang itu perlu sentiasa
meningkatkan ilmu mereka. Guru-guu juga digalakkan supaya sentiasa meningkatkan
ilmu dari semua segi aspek kerjanya. Mengambil risiko’kita belajar dengan
mencuba sesuatu yang baru’Mencuba kaedah-kaedah baru adalah asas penting bagi
sekolah yang berkesan.Pihak sekolah sanggup menghadapi risiki dengan sentiasa
mencuba kaedah-kaedah baru bagi menyelesaikan masalah. Kegagalan dianggap
sebagai penggerak terhadap usaha-uasa untuk mencuba kaedah-kaedah yang
lain.Sokongan ‘sentiasa ada orang yang akan membantu;Menghormati satu sama
lain,’tiap-tiap orang boleh menyumbang,Keterbukaan’kita boleh bincangkan
perbezaan pendapat’.Merayakan dan kejenakaan’kita berasa seronok dengan diri
sendiri’.

Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan


Nilai-nilai keperibadian
Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalah”jinak seperti kucing dan
garang seperti harimau.’ Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan
adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya
pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra social
dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang.
Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat
sekolah
Dirujuk kepada peranan guru besar dalam menentukan penumpuan pencapaian
matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang
ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang
jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan
sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran
matlamat yang ditetapkan.
Menyelia dan dan menilai pengajaran
Tugas utama guru besar di sekolah berkesan bertanggunjawab untuk memastikan
matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah
oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan
secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982)

Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar


Guru besar boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan
pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian
masalah pelajar di sekolah.Guru besar juga boleh menganalisis dan mentafsir data
keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam
bentuk yang ringkas dan padat.
Mengawal dan melindungi Eaktu Pengajaran
Guru besar perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi
waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .-
Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk
membuat rondaan di bilik darjah.
Intensif kepada guru
Guru besar seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru
yang berhak menerimanya.
Menyediakan ganjaran untuk pelajar
Guru besar bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk memajukan
dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar dan
memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik
mereka..Guru besar berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di
sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan.

Peranan Guru
Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa dan menjadi
medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia merancangkan
unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke semasa. Guru
harulha membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu sebagai
seorang kawan, ibu bapa.
Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya
pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan
dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik
yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.

Peranan Pelajar
Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah
mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan
mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-
sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah sentiasa
menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik
dari segi fizikal mahupun social.
Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat
Ibu bapa di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam
menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang.
Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di
sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung
dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea
kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di
sekolha berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan
membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah.
Persekitaran sekolah
Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan
salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat
memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.
Kesimpulan
Sekolah berkesan mempunyai ideology yang jelas dan murni yang membandingkan
organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah
Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan
bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan.
Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan memberi manfaat
kepada semua pihak. Justeru itu, semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah
untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.

BIBLIOGRAFI

Amir Hasan Dawi,1999. Penteorian Sosiologi dan Pendidkan.


Tangjung Malim: Quantum Book.

Scheerens, J 1989. Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London:


Cassel.

Abdul Shukor Abdullah 1998. Fokus Pengurusan Pendidikan K.L:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi.

Mohd.Salleh Lebar,1998 . Pengenalan Ringkasan : Sosiologi dan Pendidikan


.Selangor: Thinkers Library SDN.BHD.