You are on page 1of 19

KERTAS KERJA

LARIAN PELANGI

ANJURAN

GGGC3233 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

TARIKH

13 MEI 2017

TEMPAT

DATARAN PANGGUNG SENI,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,

43600 BANGI, SELANGOR


[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

TEMA

“BERSAMA KITA WARNAI DUNIA”

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

TUJUAN

Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk mengaplikasikan pengajaran dan
pembelajaran kursus GGGC3233 Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Khas secara amali.
Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpul dana dan menggalakkan
penglibatan warga kampus UKM, Bangi serta komuniti setempat.

PENGENALAN

Program Larian Pelangi ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh mahasiswa
Tahun 3 Program Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi
mengumpul dana untuk disumbangkan kepada institusi dan badan-badan kanak-kanak
berkeperluan khas. Program yang bertemakan “Bersama Kita Warnai Dunia” ini bertujuan
untuk menggalakkan penglibatan awam untuk bersama-sama kanak-kanak istimewa
disamping untuk memohon bantuan dari segi kewangan daripada pelbagai pertubuhan
samaada badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Selain itu, program ini juga
dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar tahun 3 program Pendidikan Khas,
UKM untuk merancang, menguruskan dan melaksanakan sebuah program yang melibatkan
Orang Kelainan Upaya serta komuniti setempat.

Disamping itu, program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada warga UKM
dan komuniti setempat bagi bersama-sama merasai pengalaman bersama Orang Kelainan
Upaya dalam masa yang sama dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan
sokongan untuk Orang Kelainan Upaya.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu wadah bagi memberi kesedaran kepada
ibu bapa, individu, masyarakat serta mahasiswa mengenai kepentingan dalam memberi
peluang kepada Orang Kelainan Upaya. Program ini juga akan mendapat penyertaan daripada
beberapa agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan seperti The National Autism Society of
Malaysia (NASOM), Makmal Pembelajaran Autism UKM, Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) serta sekolah di sekitar Bangi.

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

MISI

Misi Program Larian pelangi ini adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada
institusi dan badan-badan kanak-kanak berkeperluan khas. Rentetan itu, kualiti yang
memberangsangkan dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia. Pada masa yang sama, program ini mampu
melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir dalam segi akademik, malah turut memiliki
kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, segala ilmu
pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal
menerusi program ini dapat diterapkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian semua
pihak yang terlibat. Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat kerjasama dan
kemahiran insaniah bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing.

VISI

Kesihatan Terjamin, Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk melatih mahasiswa dalam merancang dan
menguruskan program yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas. Di samping itu juga,
program ini bertujuan mengumpulkan dana dalam membantu penyediaan perkhidmatan
sokongan bagi institusi dan badan-badan kanak-kanak berkeperluan khas.

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

OBJEKTIF PROGRAM
1. Melatih sifat kepimpinan mahasiswa dalam merancang, mengurus, dan melaksanakan
program yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas.

2. Mengumpul dana untuk disumbangkan kepada institusi serta badan-badan untuk kanak-
kanak khas bagi penyediaan perkhidmatan sokongan.

TEMA

“Bersama Kita Warnai Dunia”

ANJURAN

Pelajar Tahun 3 Program Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan.


Universiti Kebangsaan Malaysia.

TARIKH

Tarikh : 13 MEI 2016 (SABTU)


Masa : 6.30 a.m – 12.00 p.m

TEMPAT PROGRAM DAN KESELAMATAN

Dataran Panggung Seni,

Universiti Kebangsaan Malaysia


43600 Bangi, Selangor

ASPEK KESELAMATAN

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

Sepanjang keberlangsungan program, pihak penganjur akan bekerjasama dengan Wisma


Aman untuk menjaga keselamatan trafik disekitar UKM. Pihak Wisma Aman juga turut akan
meronda untuk memastikan tiada perkara yang tidak diinginkan berlaku. Terdapat juga
beberapa sukarelawan dan juga krew program yang akan menjaga larian terutamanya untuk
para peserta berkeperluan khas. Ahli-ahli PBSMM juga akan terlibat dan akan memantau di
setiap checkpoint sebagai langkah berjaga-jaga.

PUBLISITI

Publisiti projek dikendalikan melalui medium berikut:

1. Media cetak (Banner)


2. Media elektronik (facebook, twitter dan instagram)

Medium berikut mempunyai perincian program Larian Pelangi..

CADANGAN PERASMI

1. Yang Bahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali,

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGLIBATAN DAN SASARAN

Program ini melibatkan Mahasiswa/i tahun 3 Program Pendidikan Khas Fakulti Pendidikan,
sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, dan
komuniti setempat, pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk golongan kurang upaya
serta wakil daripada golongan badan kerajaan dan bukan kerajaan.

STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A.

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

PERINCIAN PROGRAM

MAKLUMAT PROGRAM

NAMA PROGRAM : LARIAN PELANGI


TEMA : BERSAMA KITA WARNAI DUNIA
TARIKH : 13 MEI 2017
TEMPAT : DATARAN PANGGUNG SENI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR
ANJURAN : PELAJAR TAHUN 3 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SLOT: PENDAFTARAN

Di dalam slot ini, pendaftaran peserta akan bermula seawal jam 6.30 pagi sehingga 7.00 pagi.
Dalam masa yang sama, penjualan kupon akan dilaksanakan bagi penggunaan permainan di
dalam mini karnival. Disamping itu, pemberian t-shirt dan label pengenalan akan diberikan
kepada setiap peserta mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan.

SLOT: SENAMROBIK

Sebelum memulakan acara larian, para peserta digalakkan mengikuti aktiviti senamrobik yang
akan dianjurkan oleh mahasiswa UKM. Aktiviti memanaskan badan amat penting sebelum
memulakan apa-apa aktiviti kesukanan kerana mampu mengelakkan kecederaan. Perkara ini

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

akan memudahkan semua pihak. Dengan menyertai aktiviti senamrobik, hubungan


silaturrahim sesama masyarakat dapat dieratkan di samping menyemai semangat berpasukan.

SLOT: LARIAN PESERTA KATEGORI SEKOLAH & TERBUKA

Larian amal ini merupakan salah satu platform bagi menderma sambil mempraktikkan budaya
sihat dalam kalangan mahasiswa/wi UKM serta komuniti. Kekangan masa yang dihadapi oleh
mahasiswa/wi UKM serta komuniti tidak seharusnya menjadi halangan untuk terlibat secara
aktif dalam kegiatan-kegiatan yang melibatkan penggunaan tenaga fizikal. Program ini
menjadi pemacu kepada kelahiran modal insan kelas pertama yang bukan sahaja berdaya
saing tetapi seiring dengan perkembangan masyarakat Malaysia. Seterusnya, program ini
mampu mengeratkan silaturrahim sesama mahasiswa/wi UKM bersama dengan komuniti
walaupun masing-masing menceburi dalam bidang yang berbeza dan merapatkan jurang
diantara mahasiswa/wi UKM, komuniti dan murid berkeperluan khas.

SLOT: PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

Menjadi seorang mahasiswa khususnya mahasiswa UKM, tidak lari dengan aktiviti-aktiviti
yang boleh meningkatkan kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang serba boleh.
Melalui slot penyampaian hadiah, kebolehan memimpin serta sikap bertanggungjawab
mengendalikan majlis dapat dipupuk dalam diri setiap mahasiswa UKM. Di samping itu, slot
ini juga mampu mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa/wi UKM, komuniti, murid
berkeperluan khas serta pihak-pihak kehormat. Ini sekali gus dapat menaikkan nama UKM di
peringkat kebangsaan. Pemberian hadiah dan sijil ini juga membuktikan bahawa penglibatan
peserta-peserta larian amat kami hargai.

SLOT: JUALAN DAN MINI KARNIVAL

Dengan wujudnya slot jualan dan mini karnival, semangat berpasukan dalam kalangan
mahasiswa dan mahasiswi dapat ditingkatkan. Melalui slot ini juga, ilmu-ilmu keusahawanan
dapat diterapkan dalam diri setiap mahasiswa. Di samping itu, mahasiswa juga dapat berfikir
secara kreatif, innovatif dan kritis untuk mengumpul dana sebanyak mungkin bagi membantu

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

program ini berjalan dengan mudah dan lancar. Slot ini bukan sahaja menguntungkan
mahasiswa UKM malah mampu menguntungkan para usahawan kerana kami membuka ruang
dan pasaran kepada mereka untuk mempromosikan produk serta barangan mereka. Program
ini bukan sahaja dapat menghiburkan pengunjung, malah slot ini juga mampu mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama masyarakat. Masyarakat yang prihatin terhadap murid
berkeperluan khas juga dapat dilahirkan dengan adanya jualan serta karnival ini. Selain itu,
slot ini sebagai satu medium untuk menarik perhatian pengunjung dan memeriahkan lagi
program larian yang dijalankan. Melalui slot ini, ianya tidak hanya mampu mengeratkan
silaturrahim antara peserta malah ianya turut memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas untuk bersama-sama bersosial dalam melakukan berbagai aktiviti yang terdapat di dalam
slot ini.

BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila
hubungi:

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

NURIN JAZLINA BINTI ABDUL HALIM NURUL NABILAH BINTI ABDUL WAHAB
Setiausaha 1, Setiausaha 2,
Program Larian pelangi, Program Larian pelangi,
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia

No. Tel: 019-3314687 No. Tel: 017-4357303

PENUTUP

Dengan ini, pihak kami amat berharap kerjasama daripada pihak tuan untuk mempromosikan
seterusnya memberi bantuan kewangan agar kami dapat melaksanakan program ini. Harapan
kami agar program ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat dan objektif
yang disasarkan dengan jayanya.

Semoga usaha kami ini dapat menyumbang dalam memperkasakan konteks kemasyarakatan
di negara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

Lampiran A

STRUKTUR ORGANISASI
“LARIAN PELANGI”

PENAUNG
Y. BHG. Prof Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM

PENASIHAT
YBhg Prof Dr.Norazah Binti Mohd Nordin
Dekan Fakulti Pendidikan

PENYELARAS
Dr. Norshidah Binti Mohamad Salleh
Penyelaras Kursus GGGC3233, Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan Khas

Prof .Madya Dr. Rosadah Binti Abd. Majid


Pensyarah Kursus GGGC3233, Pentadbiran Dan Pengurusan Pendidikan Khas

PENGARAH
Syahirah binti Dedy
FPEND/3
A150510
017-9427422

syahirahdedy1905@gmail.com

TIMBALAN PENGARAH I

Abdullah Mu’izz bin Nasron


FPEND/3
A151415
017-9187873
muizz.nasron@gmail.com

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

TIMBALAN PENGARAH II
Atirah Izzah binti Mat Noor
A150688
019-9952161
atirahizzahmatnoor@gmail.com

SETIAUSAHA I
Nurin Jazlina binti Abdul Halim
FPEND/3
A148911
019-3314687
nurinjazlina.halim@gmail.com

SETIAUSAHA II
Nurul Nabilah Binti Abdul Wahab
FPEND/3
A150249
017-4357303
nurul.nabilah.abdul.wahab@gmail.com

BENDAHARI I

Nur Fatin Atilia binti Roslan


FPEND/3
A150657
017-5870354
nurfatinatiliaroslan@gmail.com

BENDAHARI II
Norbaizura binti Mohd Noh
A150540
012-2167019
norbyezura2301@gmail.com

Senarai Ahli Jawatankuasa

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

AJK Program
1. Siti Nasuha binti Zainudin (Ketua) A151251
2. Noor Fadhilah binti Yahya A151431
3. Norazila binti Suboh A147267
4. Nor Afira binti Ahmad A150582

AJK Pendaftaran
1. Mahdi bin Abdullah (Ketua) A149547
2. Nor Aminah binti Khalib A151418
3. Mohd Zulfiqar bin Mohd Nor A150592
4. Nurul Ezyan Aznie binti Mohd Rusli A151246

AJK Jamuan
1. Syathila binti Zulkiffli (Ketua) A150748
2. Nurul Fatihah binti Kamaluddin A149590
3. Nurul Athirah binti Juhari A150970
4. Raidah Mahirah binti Abdullah A151222

AJK Cenderamata
1. Suzy anak Thomas (Ketua) A149658
2. Lovenia Ornessa Danis A150979
3. Norshahidatul Ashima binti Rifin A149874
4. Siti Zubaidah binti Abdullah A151367

AJK Tugas-Tugas Khas dan Keselamatan


1. Mohamed Hazeem bin A. Hamid Shokery Mohamed (Ketua) A150865
2. Siti Norfirdaus binti Mohammed Ashaari A149324
3. Nur Amsyar binti Baharudin A150912
4. Muhamad Amirul bin Anuar A149232
5. Muhammad Saifuddin bin Mohd Radzuan A146546

AJK Perhubungan

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

1. Mohamad Syazwan bin Che Hamzah (Ketua) A151392


2. Siti Maliati Azzahra binti Yusof A151426
3. Hasliza binti Mustapa A151189
4. Siti Hasmidah binti Husin A150808

AJK Teknikal
1. Umi Kalsum binti Mohd Said (Ketua) A147819
2. Noor Akmarwati binti Mat Yaub A149507
3. Mohamad Syarifudin bin Yusof A150941
4. Nor Syakirah binti Ibrahim A151389

AJK Protokol
1. Noor Azierah binti Mohamd (Ketua) A151291
2. Nurulhuda binti Ghazali A151355
3. Diani Amira binti Hamzah A148556
4. Stefaney Aming A149968

AJK Pemasaran
1. Roosaimah binti Abdullah (Ketua) A148454
2. Anis Ilyani binti Mohammed A151397
3. Leeza Farhana binti Roslee A151360
4. Muhammad Nurnizam bin Suhaimi A151177

AJK Publisiti

1. Fadilah binti Yambu (Ketua) A148588


2. Noradibah binti Ibrahim A150676
3. Siti Aisyah binti Buhari A151285
4. Siti Nurbayah binti Sh Ahmad A151257

Lampiran B

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

TENTATIF PROGRAM “LARIAN PELANGI”

TENTATIF PROGRAM

MASA PROGRAM
SABTU 13 MEI 2017
6.00 PG-7.00 PG Pendaftaran peserta dan pemberian goodies
- Penjualan kupon mini carnival
- Pemberian nombor cabutan bertuah
7.00 PG-7.15 PG Majlis Perasmian Larian Pelangi
7.15 PG-7.30 PG Lite Zumba
- Pelajar Sukan dan Rekreasi, Fakulti Pendidikan UKM
7.30 PG-7.45 PG Pelepasan peserta berkeperluan khas
Peserta dan pelatih OKU
7.30 PG-7.45 PG Pelepasan peserta kategori terbuka
- Warga UKM serta komuniti sekitar Bangi dan Kajang
- Mini karnival tetap berlangsung untuk pelawat/warga
UKM yang tidak mengambil bahagian
9.30 PG-9.45 PG Jangkaan penamatan larian
- Pemilihan 3 pemenang terawal bagi kedua-dua kategori
9.45 PG -10.00 PG Pengumpulan semua peserta
- Rehat dan minum pagi
10.00 PG-11.30 PG Majlis Penutupan
- Ucapan penutup oleh Dekan Fakulti Pendidikan UKM
- Penyampaian hadiah serta cabutan bertuah
11.30 PG -11.50 PG Lawatan ke Booth Pameran dan Mini Karnival
- Pemberian sijil penyertaan
12.00 T/H Majlis bersurai

Lampiran C

ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM “LARIAN PELANGI”

Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA JUMLAH(RM)

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

1 - Yuran Pendaftaran Peserta (300XRM40) 12,000


- Jualan Booth Makanan (10XRM40) 400
- Penajaan 1,000
- Jualan kupon (Mini Karnival) 1,000
- Fakulti 500
- Fakulti (Fakulti dan Universiti) 3,755
JUMLAH 18,655

Anggaran Perbelanjaan
HARGA SEUNIT
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)
(RM)
1. PUBLISITI

i) Banner 2 40 80
ii) Flyers 200 1 200
iii) Poster
20 4 80
iv) Bunting
10 20 200

Jumlah 560

2. PROGRAM

i) Buku program 10 2 20
ii) Bahan mini carnival
a. Giant bubble 8 50 400
b. Face painter
10 30 300
c. Dart
d. Bucket 30 2 60
e. Bola pingpong 30 5 150
30 1 30
Jumlah
960

3. TTK & KESELAMATAN

i) Hiasan pentas 1 200 200


ii) First aid 1 300 300
iii) Lain-lain 1 150 150

Jumlah
650
4. CENDERAMATA
i) Baju T (peserta, 370 12 4,440

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

urusetia, dan
sukarelawan) 5 20 100
ii) Plaque dan 370 1 370
cenderamata 400 1.50 600
iii) Sijil 300 5 1,500
iv) Botton badge
v) Pingat/medal 7,010

Jumlah
5. JAMUAN

i) Minum pagi 400 5 2000


ii) Air mineral 400 1 400

Jumlah 2,400
6. PROTOKOL
i) Kad jemputan 10 2 20

Jumlah 20
7. RENCAM
i) Toner & lain-lain 400

8. FASILITI
a. SIARAYA
i. Set PA system 1 350 350
ii. Wireless Microfon 1 100 100

b. Peralatan Majlis
i. Kanopi 8 130 1,040
ii. Kerusi Banquet 10 6.50 65
iii. Kerusi Plastik 200 2 400
iv. Meja Bulat 2 20 40
v. Meja Pameran 2’ 10 12 120
X 4’ 4 70 280
vi. Papan Pameran 5 40 200
vii. Kipas Siling 4 35 140
viii. Suis Soket 13A 1
Gang
ix. Cas Tambahan 620 620
– pendawaian
khemah dan

15
[LARIAN PELANGI] 13 MEI 2017

tenaga kerja
-Membuka
semula pendawai
elektrik

Jumlah 3,755
JUMLAH KESELURUHAN 15,755

Anggaran Pendapatan = RM 18,655.00


Anggaran Belanjawan = RM 15,755.00

Baki = RM 2,900
p/s: (Disumbangkan kepada badan-badan untuk kanak-kanak berkeperluan khas)

15