You are on page 1of 2

KONSTRUK MATEMATIK KERTAS 1

OP 1 PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN

PP1 Pengetahuan dan pemahaman tentang konsep, nilai, fakta, hokum dan
prinsip yang berkaitan dengan nombor
PP2 Pengetahuan dan pemahaman tentang konsep dan fakta yang berkaitan
dengan ukuran
PP3 Pengetahuan dan pemahaman tentang konsep berkaitan dengan ruang

OP 2 KEMAHIRAN MENGIRA

KM1 Keupayaan mengendalikan operasi asas dalam konteks nombor bulat,


pecahan, nombor perpuluhan, wang dan ukuran
KM2 Keupayaan mengendalikan operasi asas dengan melibatkan penukaran
bentuk nombor, mencerakinkan dan membuat perbandingan nilai
KM3 Keupayaan mengendalikan operasi asas yang melibatkan konsep nombor,
peratus dan purata
KM4 Keupayaan mengendalikan operasi bergabung dalam konteks nombor
bulat, pecahan, nombor perpuluhan, wang dan ukuran

OP 3 KEMAHIRAN MENGAPLIKASI

KAP1 Keupayaan menggunakan pengetahuan dan pemahaman tentang konsep,


nilai dan fakta berkaitan dengan nombor, ukuran, wang, peratus
dan purata serta asas untuk menyelesaikan masalah harian
KAP2 Keupayaan membuat anggaran dan penghampiran untuk menyelesaikan
masalah
KAP3 Keupayaan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian
yang lebih kecil untuk menyelesaikan masalah harian
KAP4 Keupayaan membuat perbandingan dan menghubungkait berdasarkan
kriteria seperti nilai, konsep, fakta, ciri, bentuk, struktur dan corak
KAP5 Keupayaan menggunakan konsep atau rumus berkaitan perimeter, luas dan
isipadu
KAP6 Keupayaan mentafsir dan mewakil maklumat dari satu bentuk ke bentuk
yang lain untuk menyelesaikan masalah atau berkomunikasi
(perwakilan data)
KONSTRUK MATEMATIK KERTAS 2

OP 1 PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN (4-6 ITEM)

PP1 Kebolehan menama, menulis, menentukan nilai serta membundar suatu


nombor bulat
PP2 Kebolehan menama, menulis dan menentukan nilai suatu pecahan
PP3 Kebolehan menyatakan suatu ukuran berdasarkan alat pengukurnya
PP4 Kebolehan menama, melukis serta menyatakan ciri bentuk 2 matra dan
bentuk 3 matra

OP 2 KEMAHIRAN MENGIRA (9-12 ITEM)

KM1 Kebolehan menukar bentuk suatu nombor


KM2 Kebolehan mengendalikan operasi asas dalam konteks nombor bulat,
pecahan, nombor perpuluhan serta peratus
KM3 Kebolehan mengendalikan operasi asas dalam konteks wang dan ukuran
(kuantiti yang mempunyai unit)
KM4 Kebolehan mengendalikan operasi bergabung

OP 3 KEMAHIRAN MENGAPLIKASI (6-8 ITEM)

KAP1 Kebolehan menentukan perimeter dan luas bentuk 2 matra dan isipadu
bentuk 3 matra
KAP2 Kebolehan menyelesaikan masalah harian yang melibatkan nombor,
peratus, wang dan ukuran
KAP3 Kebolehan menentukan purata hingga 5 kuantiti

You might also like