You are on page 1of 3

PANDUAN SOLAT

SUNAT
CARA NABI S.A.W.
Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain


SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF)

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga
menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi
bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari
matahari. Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan
mahupun matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar
biasa. Tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian
gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa
Ta’ala yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka
disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana
Matahari (Khusuf)

 HUKUM SOLAT GERHANA

Para ulamak telah sepakat bahawa disyariatkan mengerjakan solat sebanyak dua rakaat
sekiranya terjadi gerhana.

Menurut Ibn ‘Umar radhiallahu’ anh, Nabi s.a.w bersabda:

‫ت َاأييحدد َايولي َاهلييياَتههه‬


‫إهشن َااَلششمس َاواَلويقمر َالي َاييوهسيفاَهن َالهمو ه‬
‫يو‬ ‫و ي ي يي‬
‫ه ه‬ ‫هه‬ ‫ه‬
‫يوليكنِشيمهيماَ َاآيَيييتاَن َامون َاآييَاَت َااَللشه َافيهإيذاَ َايرأييَويتمممويهاَ َافي ي‬
َ‫صلوا‬
Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian
seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah
dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya
(mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – Hadis riwayat al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.

Namun, para ulamak berbeza pendapat tentang hukum perlaksanaan solat Gerhana
tersebut. Syeikh Muhammad bin ‘Umar bin Salim Bazmul pula menguatkan pendapat bahawa
solat Gerhana ini hukumnya sunat mu’akkadahbersandarkan hadis berikut:

‫صيلشىَّ َايرمسييومل‬‫ي‬‫ف‬‫ َا‬ ‫م‬‫ش‬


‫ل‬ ‫ي‬ ‫س‬‫و‬‫ َا‬ ‫خسيفت َااَلششمس َاهف َاعههد َارسييوهل َااَللشيهه َاصيلشىَّ َااَللشيه َاعلييي ه‬
‫ه‬
‫م يو يي ي ي‬ ‫ي‬ ‫ي ي و و م يو ي م‬

You might also like