You are on page 1of 7

Motivasi UPSR 2010

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU
SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2010
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU

1.0 Muqadimah

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6
sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di
sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa
Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari
aspek ini tercapai dengan jayanya maka Persatuan Ibu Bapa dan Guru ingin mengadakan
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat
persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

2.0 Objektif

2.1 Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki
UPSR
2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang
berkesan.
2.3 Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar
2.4 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akadamik mahupun sosial.

3.0 Tema

“KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR”

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2010

4.0 Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Sabah

5.0 Perasmi

Cadangan Perasmi Majlis Pembukaan Program Motivasi ialah:


Perasmian Pembukaan oleh Encik Husin Bin Abdullah

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 04 Ogos 2010 (Rabu)

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan Sabah

8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Terusan Baru Sandakan.

9.0 Perisian Program

Ceramah Motivasi
A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan disampaikan
oleh guru yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Ceramah ini disampaikan oleh Cikgu Sufian Bin Shah Ariffin
B. Ceramah teknik menjawab soalan UPSR subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sains.
Teknik menjawab soalan Matematik – Cikgu Norzahrina Binti Norman
Teknik menjawab soalan Sains – Cikgu Adam Bin Abdullah
Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris – Cikgu Zaidah Binti Mohd Noor

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2010

Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu – Cikgu Ahamd Khuzairi Bin Said

C. Ceramah kerohanian
Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Huszarudin Bin Hussin

10.0 Struktur Organisasi


(Sila lihat lampiran A)

11.0 Aturcara Program


(Sila lihat lampiran B)

12.0 Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2010

Disediakan oleh :-

.......................................................
Huszarudin Bin Hussin
Setiausaha
Program Motivasi Kecemerlangan
UPSR Tahun 2010
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan SABAH

Disemak oleh:-

..................................................
Adam Bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan SABAH

Disahkan oleh:-

...........................................
Husin Bin Abduallah
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Terusan Baru
Sandakan SABAH

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2010

Lampiran A

CARTA ORGANISASI
SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2010

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT HUSIN BIN ABDULLAH

PENGERUSI HUSZARUDIN HUSSIN

SETIAUSAHA HUSZARUDIN HUSSIN

BENDAHARI SUGIYATI BINTI SALIM SELAMAT

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT


PENYELARAS PROGRAM & PUBLISITI SABTURI BIN SINSANI

PENYELARAS TEKNIKAL SYED MUHAMMAD KHAIRUDIN SYED OMAR


DAN PERALATAN

PENYELARAS JAMUAN & TEMPAT JULKIPLI BIN ANDUL

PENYELARAS CENDERAMATA NOR’AISHA BINTI SHARIFUDDIN

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


1. PENGERUSI
 Membentuk jawatankuasa pelaksana
 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. SETIAUSAHA
 Menguruskan surat menyurat
 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
 Menyediakan laporan penuh program

3. BENDAHARI
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
Ke arah kecemerlangan UPSR
Motivasi UPSR 2010

 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa


 Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
 Menyediakan laporan perbelanjaan

4. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN


 Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
 Menyediakan pamphlet aturcara program
 Menguruskan pertandingan
 Mengatur jadual hakim pertandingan

5. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN


 Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
 Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
 Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
 Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

6. UNIT JAMUAN
 Menyediakan anggaran perbelanjaan
 Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
 Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

7. UNIT PUBLISITI
 Menyediakan kain rentang dan backdrop ”Bulan Dakwah”

Lampiran B
Aturcara Program
(CERAMAH MOTIVASI)

7.30pagi Pelajar mendaftar diri


7.45pagi Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR oleh Cikgu Sufian Bin Shah
Ariffin
9.45pagi Rehat
10.00pagi Teknik menjawab soalan Matematik oleh Cikgu Norzahrina Binti
Norman
11.00pagi Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris oleh Cikgu Zaidah Binti
Mohd Noor
12.00tghr Solat Zohor berjemaah dan makan tengahari
12.30tghr Ceramah kerohanian oleh Ustaz Huszarudin
01.00petang Teknik menjawab soalan Sains oleh Cikgu Adam Bin Abdullah
02.00petang Teknik menjawab soalan Bahasa Malaysia oleh Cikgu Ahmad
Khuzairi
03.00petang Ucapan daripada Guru Besar Encik Husin Bin Abdullah dan
penyampaian sijil serta cenderahati.
04.00petang Minuman petang dan bersurai

Ke arah kecemerlangan UPSR


Motivasi UPSR 2010

LAMPIRAN C

ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan Sekolah RM 400.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 400.00

ANGGARAN BELANJAWAN

Jamuan RM 196.00
Sarapan pagi
Guru 12 x RM3.00 = RM36.00

Makan Tengahari
Guru 12 x RM5.00 = RM60.00
Murid 8 x RM5.00 = RM40.00

Makan Petang
Guru 12 x RM3.00 = RM36.00
Murid 8 x RM3.00 = RM24.00

Cenderamata RM 164 .00


Sijil RM 3.00 X 20 = RM 60.00
Hadiah peserta RM13.00 X 8 = RM 104.00

Program RM 40.00
Photostat
5 subjek x 8 = RM 40.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 400.00

Ke arah kecemerlangan UPSR

You might also like