You are on page 1of 1

Latihan Asas Tatabahasa 2

A Garisi jawapan yang betul dalam kurungan (Tumpuan: kata pemeri dan kata nafi)
1 Banyak ilmu yang dapat kita peroleh (dari / daripada) Internet.
2 (Dari / Daripada) duduk berbual-bual lebih baik kita mengulang kaji pelajaran.
3 (Dari / Daripada) zaman dahulu lagi, manusia sudah tahu menggunakan api untuk memasak makanan.
4 Harga sepiring mi goreng naik (dari / daripada) tiga ringgit kepada empat ringgit.
5 Pelajar itu berasal (dari / daripada) negeri Sabah.
6 Akar (dari / daripada) pokok ini dapat digunakan untuk mengubati penyakit diabetes.
7 Belia dinasihati agar menjauhkan diri (dari / daripada) dadah.
8 Pasukan bola sepak kami terdiri (dari / daripada) sebelas orang pemain dan empat orang pemain
simpanan.
9 Lebih (dari / daripada) seratus orang kehilangan rumah mereka dalam tanah runtuh itu.
10 (Dari / Daripada) pemerhatian saya, orang itu tidak jujur.

B Isikan kata berapitan meN...i atau meN...kan yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah
ini.
1 Ibu ___________ (hidang) tetamu dengan pelbagai juadah yang lazat.
2 Penjudi itu banyak ___________ (hutang) ceti haram itu.
3 Semoga Tuhan ___________ (cucur) rahmat-Nya ke atas roh arwah nenek.
4 Kakak ___________ (keras) agar-agar cair itu dengan meletakkannya di dalam peti sejuk.
5 Abang ___________ (belanja) kami semasa kami menjamu selera di Restoran Ros.
6 Semasa jualan murah diadakan, pasar raya itu ___________ (tawar) barang-barang jualan dengan
diskaun yang tinggi.
7 Mereka ___________ (hulur) mangsa banjir itu bantuan berupa makanan dan pakaian.
8 Lembaga Peperiksaan ___________ (bekal) kertas tulis kepada calon peperiksaan awam.
9 Pemberita itu ___________ (hujan) pelbagai pertanyaan tentang projek baru itu kepada menteri itu.
10 Cikgu Tan ___________ (ajar) kami Matematik.

C Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif.


1 Saya sudah menyiapkan kerja itu.
________________________________________________________________________________
2 Kamu harus menghormati ibu bapamu.
________________________________________________________________________________
3 Dia belum menjelaskan yuran kelab.
________________________________________________________________________________
4 Johari pernah menonton filem ini.
________________________________________________________________________________
5 Kita patut menghargai jasa golongan tua.
________________________________________________________________________________

D Garisi kesalahan tatabahasa atau ejaan dalam setiap ayat dan membetulkan di ruang yang disediakan.
1 Ayah melanggan perkhidmatan telefon pasca-bayar dari syarikat itu. ________________
2 Kami menyimpan barang-barang lama di dalam setor itu. ________________
3 Segala anak Encik Lim pandai belajar. ________________
4 Setengah orang tidak suka bersenam. ________________
5 Lelaki itu baru habis bersembahyang waktu Zohor. ________________
6 Beliau dijatuhi hukuman penjara kerana terlibat dalam penipuan. ________________
7 Lagenda Mahsuri terdapat dalam risalah pelancongan itu. ________________
8 Makan terlalu banyak gula mungkin menyebabkan penyakit daibitis. ________________
9 Jangan dekati lombong terbiar yang merbahaya itu. ________________
10 Fauzi mengumpulkan daun-daun kering lalu memerunnya. ________________

You might also like