You are on page 1of 2

PANDUAN PENULISAN LAPORAN SANDARAN

A. Panduan Asas

1. Sebarang isi/model/jadual/rajah/gambar/rujukan MESTI ADA KAITAN DENGAN


TAJUK/PROJEK SANDARAN.
2. Rujukan adalah benar-benar wujud dan lengkap maklumat sumber rujukan
tersebut.

B. Panduan Konfigurasi

1. Save file as MS Word 97-2003 supaya boleh dibuka di mana-mana komputer.


2. Setting muka surat: Page Layout - Margin – Normal
3. Alignment dalam Paragraph: Justified

C. Panduan Teknikal Penulisan

1. Penulisan ilmiah jangan guna simbol & - guna "dan".


2. Penggunaan "murid" bukan "pelajar" (Akta Pelajaran):

Formula: HEP - pelajar - IPT


HEM - murid - sekolah

3. Tajuk dan subtajuk mesti bold.

4. Kata sendi dalam tajuk dalam huruf kecil:

Contoh: Pengurusan dan Kepimpinan dalam Pendidikan

5. Apabila nama orang tidak semua dalam huruf besar, maka bin dan binti dalam
huruf kecil:
- En. Abdul Wahab bin Awang
- Pn. Kasmah binti Ibrahim

6. Tanda baca -, / , ( ), : ;

i. Tiada ruang (space) seperti contoh berikut:


- Pengetua/Guru Besar
- (PdP), Istiqomah (berterusan)
- Jadual 5:

7. Penggunaan 'di' dekat dan 'di' jauh:

- kata kerja: ditulis, dikatakan


- kata nama/tempat: di samping, di sekolah
8. Penulisan angka:

- 1 hingga 9: Satu (1), lima (5)

Contoh: Terdapat lima (5) buah kelas yang terlibat….

- 10 dan seterusnya: Boleh pilih sama ada dalam angka sahaja atau dalam
perkataan sahaja.

9. JADUAL:

i. Tiada tanda noktah (.) pada ayat/pernyataan/perkataan dalam jadual.

ii. Jangan 'biarkan' MS Word selaras sendiri jadual dibuat:

Setting jadual:
- Paragraph
- Spacing: Pilih - Before - 6. After - 6.
- Line spacing: Single

10. Perkataan bahasa Inggeris dalam italic tetapi dalam kurungan ( ) tidak italic.

Contoh: Pengetua turut melaksanakan sesi coaching kepada guru-guru serta


pementoran (mentoring) kepada guru-guru penolong kanan….

D. Panduan Penggunaan Bahasa

Perkataan Betul Catatan/keterangan

baharu sekolah baharu benda/orang

guru baharu

baru baru sampai masa

baru beli

Sehubungan dengan itu, - Kedua-duanya betul


Sehubungan itu,

You might also like