You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN (LKTP)

73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN KHAS


BIL: 1 TAHUN: 2016

Tarikh : 11 Januari 2016


Hari : Isnin
Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik Wacana Minda, SKBR(LKTP)
Kehadiran :
1. En. Othman b. Hashim Guru Besar
2. En. Abdul Malek b. Bakri GPK Akademik dan Pentadbiran
3. En. Idris b. Wahab GPK HEM
4. En. Mohd. Radhi b. Md. Azmee GPK Kokurikulum
5. Pn. Liviawarty J Gadaun Setiausaha
6. Mazni bt. Abdul Majid Ketua Panitia Bahasa Malaysia
7. Siti Noorfatimah bt. Ibrahim Ketua Panitia Matematik
8. Cik Nor Azlinda bt. Abdullah Guru MT
9. Cik Norasleyza bt. Zakaria Guru BM
10. Pn. Zuraidah bt. Kamdani Guru BM
11. En. Azharudin b. Sapar @Ab. Satar Guru BM
12. En. Ashrul b. Abu Bakar Guru BM
13. Pn. Maisarah bt. Abd. Rahim Penyelaras Unit B&K

1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. OTHMAN BIN HASHIM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK dalam


mesyuarat kali pertama Program Pemulihan Khas.
1.2 Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua guru yang terlibat, kerana
telah bertungkus lumus untuk mengurangkan bilangan murid LINUS
khususnya memastikan sifar murid LINUS yang belum menugasai K1 dan
K2 dalam Kemahiran Literasi LINUS2.0.
1.3 Semua mesyuarat panitia, termasuklah mesyuarat Program Pemulihan
Khas, perlu diseragamkan dengan mesyuarat Kurikulum iaitu dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
1.4 Pengerusi berharap agar mesyuarat kali ini dapat merancang program yang
bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas.
Tindakan: Makluman

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cik Norasleyza bt. Zakaria mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan.
2.2 Pn. Siti Noorfatimah bt. Ibrahim menyokong cadangan supaya minit
mesyuarat yang lalu disahkan.
Tindakan: Setiausaha

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tidak ada perkara berbangkit.

4.0 PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS


4.1 Pengesahan Pelantikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas 2016
4.1.1 Pn. Mazni bt. Abdul Majid mencadangkan agar pelantikan AJK
Program Pemulihan Khas 2016 disahkan.
4.1.2 Cik Nor Azlinda bt. Abdullah menyokong agar pelantikan AJK
Program Pemulihan Khas 2016 disahkan.
Tindakan: Setiausaha

4.2 Senarai Nama Murid Pemulihan Khas 2016


4.2.1 Ujian Saringan Pemulihan Khas menggunakan Instrumen Penentu
Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) Tahap 1 dan Tahap
2 untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, dan Instrumen
Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Tahap 1 dan Tahap 2 bagi
mata pelajaran Matematik.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Berikut adalah senarai Murid Pemulihan Khas 2016 berdasarkan
Ujian Saringan Pemulihan Khas yang telah dilaksanakan pada 4
hingga 8 Januari 2016:

Bahasa Malaysia
Bil Nama Murid J Kelas Bangsa
1 Alif Daniel b. Hazimi L 2 BE M
2 Intan Nur Shafila bt. Nurul Shahfudin P 2 BE M
3 Muhd Syaqir b. Mohamad Adzmi L 2 BE M
4 Divesh Naidu a/l Gobalan L 5 BE I
5 Muhammad Fiktri b. Noryazali L 5 BE M

Matematik
Bil Nama Murid J Kelas Bangsa
1 Intan Nur Shafila bt. Nurul Shahfudin P 2 BE M
2 Ainin Sofiya bt. Jailani P 3 BE M
2
Tindakan: Makluman/Setiausaha
4.2.3 Berikut merupakan murid-murid yang baru melepasi ujian
saringan dan akan diberi bimbingan oleh Guru Pemulihan Khas
dalam tempoh 2 – 3 bulan pertama bagi membantu murid-murid
ini mengikut PdP aliran perdana seperti biasa.

Bahasa Malaysia
Bil Nama Murid J Kelas Bangsa
1 Muhd. Danish b. Abd. Razak L 3 BE M
2 Muhd. Faizal b. Jamaludin L 3 BE M
3 Muhd. Luth Mikail b. Mohd. Hanif L 3 BE M
4 Ravines a/l Narajan L 6 BI I

Matematik
Bil Nama Murid J Kelas Bangsa
1 Divesh a/l Gobalan L 5 BE I
2 Muhd. Fikri b. Noryazali L 5 BE M
3 Ravines a/l Narajan L 6 BI I
Tindakan: Guru Pemulihan Khas, Guru Mata Pelajaran

4.3 Perancangan Aktiviti Tahun 2016


1. Mesyuarat = 4 kali setahun (Jan., Apr., Jul. & Nov.)
2. Pencalonan Murid Pemulihan Khas = 2 kali setahun (Jan. & Jun)
3. Ujian Saringan Pemulihan Khas = 1 kali setahun (Januari)
4. Ujian Pelepasan = 3 kali setahun (Jun & Okt.)
5. Ujian Diagnostik = 1 kali setahun (Januari)
6. Perjumpaan Tiga Penjuru = 2 kali setahun (Mac & Julai)
7. Pengumpulan maklumat murid = sepanjang tahun
8. Saringan LINUS2.0 = 2 kali setahun (Mei & September)
9. Program Harapan = Sepanjang tahun (Setiap hari Jumaat 7.40 – 8.10
pagi)
10. Program Minda Cergas = Sepanjang tahun (Setiap hari Selasa 7.20
hingga 7.40 pagi)
Tindakan: Guru Pemulihan Khas

4.4 Anggaran Perbelanjaan Tahun 2016


4.4.1 Anggaran perbelanjaan tahunan program pemulihan khas tahun
2016 adalah seperti yang dilampirkan.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Peruntukan Kewangan: Guru Pemulihan boleh menggunakan
peruntukan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Khas daripada
Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan
pekeliling seperti di bawah:

3
Di bawah ”Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling”
(Pekeliling Kewangan Bil.2/91 – KP1573/17/jld.8(78) bth.11 Feb
1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan
kanak-kanak menerima pendidikan sesuai dengan bakat, tahap
kecerdasan dan kebolehannya.

4.4.3 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi


Bahasa Malaysia dan Matematik digunasama oleh Guru Pemulihan
untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk Kelas Pemulihan
Khas.
Tindakan: Pentadbir / Guru Panitia BM & MT

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Seorang murid dari 3 Bestari (Adam Harris) dicalonkan untuk mengikuti
Program Pemulihan Khas. Ibu bapa murid tersebut telah bertemu dan
berbincang dengan Guru Pemulihan Khas, Guru PPKI dan Guru Besar
bagi menerangkan keadaan anak mereka. Adam Harris telah mendapatkan
pengesahan daripada doktor bahawa dia mempunyai masalah
pembelajaran khusus (Dysleksia). Pn. Livia akan menjalankan Saringan
BM dan MT bagi murid tersebut dalam masa yang terdekat.
Tindakan: Guru Pemulihan
5.2 Murid Pemulihan Khas mesti diberi tempat duduk di hadapan kelas.
Tindakan: Guru Kelas / Guru MP
5.3 Guru mata pelajaran perlu mengenal pasti murid-murid yang mengikuti
Program Pemulihan Khas agar pemulihan di dalam kelas dapat
dilaksanakan untuk murid tersebut
Tindakan: Guru MP
5.4 Guru BM dan MT yang terlibat perlu menyerahkan satu salinan RPT
(softcopy) kepada Guru Pemulihan Khas.
Tindakan: Guru MP
5.5 Sekiranya terdapat murid baru yang perlukan bimbingan Guru Pemulihan
Khas, sila isi borang pencalonan Program Pemulihan Khas.
Tindakan: Guru Kelas / Guru MP

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK Program Pemulihan Khas di dalam mesyuarat kali
ini. Beliau berharap agar semua guru yang terlibat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah
penguasaan asas 3M.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh,

Urusetia Mesyuarat Program Pemulihan Khas


SK Bukit Rokan (LKTP)
4