You are on page 1of 2

‘KEDAH AMAN MAKMUR’

Ruj. Kami : SMKM/01/2016


Tarikh : 14 JANUARI 2016

Kedah Bowl, City Plaza


Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Tuan,
MEMOHON MENGADAKAN LATIHAN BOLING TENPIN

Merujuk perkara di atas, Kelab Boling Tenpin SMK Mergong ingin mengadakan latihan
tenpin boling.

2. Latihan ini adalah sebagai aktiviti kelab untuk tahun 2016 dan akan diadakan
pada setiap minggu sepanjang tahun ini. Ketetapan latihan adalah seperti berikut:

Hari : Rabu (kecuali cuti umum)


Masa : 4.00 – 5.30 petang
Tempat : Kedah Bowl, City Plaza

3. Bagi melaksanakan aktiviti ini, pihak kelab memohon jasa baik pihak tuan untuk
membenarkan pelajar-pelajar sekolah ini mengadakan latihan di tempat tuan.

4. Pihak kelab sangat berharap supaya permohonan ini mendapat pertimbangan


yang sewajarnya daripada pihak tuan dan menghubungi guru penasihat kelab sama ada
melalui telefon atau faksmili (Cik Jaslin binti Jamaludin, 019 – 4216706).

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“1 Murid 1 Sukan”

Yang menurut perintah,

…………………………………..
(HARIZAN BIN SULAIMAN B.K.M)
Pengetua
SMK Mergong
s.k - fail

You might also like