PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR

Mac 2008

1.0

Pengenalan

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

kreativiti. . Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. menyeluruh dan menyeronokkan. Namun begitu. daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum. pembimbing. motivator. pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan. seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus. Selain mengajar. hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching).

1972). 4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. 3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. 10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. . 2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses P & P. Connell. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1) Menguruskan rutin bilik darjah. 8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W. 5) Mengurus aktiviti kumpulan.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 2. 9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan.F. 7) Mengurus sumber.0 2. 6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Guru Sebagai Pengurus Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.

Sebagai contoh. Seterusnya. seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam P & P Seni Visual. Sebagai pembimbing. jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik. guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Kemudian. menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 2. Menurut beliau juga. guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahun baru kepada murid mengenai seni.2 Guru Sebagai Pembimbing Antara lain. 1994). Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan Seni Visual: 1) Bersopan santun 2) Menghormati pandangan murid 3) Peramah 4) Jujur 5) Prihatin . guru perlu membimbing muridmurid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.

Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari. 2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. rasional. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?: 1) Memberi komentar yang positif. motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. 1978). 2. guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu. . Dalam P & P Seni Visual. berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual. 3) Memilih alat dan bahan.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual.3 Guru Sebagai Motivator Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson. - Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

9) Penghargaan - Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. . 7) Hormat-menghormati - Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan 8) Memberikan Galakan dan Motivasi - Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. membuat eksperimentasi. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. 5) Rangsangan - Pamerkan berterusan. Pameran hasil hasil karya karya murid sebagai satu bentuk sokongan - murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 4) Masa - Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir. 6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel - Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. dan meneroka.

hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Sebagai contoh. bagi peringkat permulaan ini. M. kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Seperti yang kita ketahui. guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses P & P Seni Visual. (2003).. Hal ini bermaksud. B. Bagi menyempurnakan tugasan ini. Guru boleh menyeidakan “wording” yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. agak sukar sekiranya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Menurut Joyce.4 Guru Sebagai Pemudah Cara Sebagai seorang guru seni yang cermerlang. Dengan cara ini. .PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 2. & Weil. sekiranya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh muridmurid. murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang. guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Justeru..

4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni. Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni? 1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.5 Guru Sebagai Inisiator Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. 6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik perhatian murid. 5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti P & P seni mereka. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada muridmuridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan P & P. 2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P. pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni. 3) Memahami dinamika kumpulan.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 2. .

suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek. . Sesungguhnya. asa serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Pengitlakkannya. semua pihak sewajarnya bersama-sama berusaha untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya.0 RUMUSAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan penyataan yang menjadi penentu arah haluan. Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam FPK. sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Suasa persekolahan yang memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah. emosi dan jasmani pelajar. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar. menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisah-pisah. bertukar-tukar pendapat. rohani. Penghayatan terhadap FPK merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya sekolah. melepaskan pucuk masing-masing.PSV3010 Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Mac 2008 3. Di samping itu. membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.