You are on page 1of 9

KATA GANTI NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1. “Ibu, duit ………………….. hilang,” kata Umair kepada ibunya.

A. kita

B. kami

C. saya

D. mereka

2. Darus dan Intan bersahabat karib. ……………………tinggal sekampung.

A. Dia

B. Kita

C. Kami

D. Mereka

3. Salmi murid tahun enam . ……………….. berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

A. Dia

B. Kami

C. Awak

D. Saya

4. Bangunan baharu itu telah dirasmikan oleh ……………………………..

A. dia

B. kami

C. kamu

D. beliau

5. “Sebagai murid, ……………………….. hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.

A. dia

B. kita

C. kamu

D. mereka

6. “Boleh ………………….. tumpang bertanya ?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.

A. kamu

B. awak

C. kami

D. saya

7. “Ampun …………………..tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.

A. beta

B. patik
C. hamba

D. baginda

8. “Jika ………………….ada masa lapang , jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

A. dia

B. awak

C. beliau

D. kalian

9. Penjahat itu sudah ditangkap.………………….akan dibawa ke balai polis.

A. Saya

B. Dia

C. Mereka

D. Beliau

10. Harap maklum, …………………. akan dilayan sebentar lagi.

A. kami

B. mereka

C. anda

D. dia

11. “ Ibu , ini kawan-kawan lama saya . Bolehkah …………………menumpang tidur di rumah kita ?” kata Rosmaini kepada ibunya.

A. mereka

B. engkau

C. kalian

D. dia

12. “Kalau ……………….izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu ,” sembah ahli nujum kepada sultan.

A. tuan

B. tuanku

C. baginda

D. tuan hamba

13. “ Saya harap ………………..dapat mempersembahkan permainan yang bermutu nanti ,” kata jurulatih bola sepak itu kepada

pemain-pemainnya.

A. mereka

B. kalian

C. kami

D. kita
14. Setelah sultan mangkat , maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera ………………… .

A. baginda

B. tuanku

C. beta

D. nya

15. “………………….kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak, semalam?”tanya Maniam kepada Razif.

A. Apa

B. Mana

C. Siapa

D. Mengapa

16. Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini …………………….dinaikkan pangkat sebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.

A. mereka

B. beliau

C. kamu

D. dia

17. “Jikalau begitulah titah …………………, eloklah kita pergi siasat segera,”kata hulubalang kepada Panglima Ali.

A. tuan hamba

B. baginda

C. patik

D. beta

18. Perjuangan …………………… masih belum berakhir selagi wisel penamat belum dibunyikan oleh pengadil , “ kata ketua pasukan itu

kepada rakan-rakannya.

A. kita

B. kami

C. kalian

D. mereka

19. Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakan pertandingan bercerita . ……………….. telah

menjemput beberapa orang guru sebagai pengadil.

A. Beliau

B. Kami

C. Saya

D. Kita
20. “………………… akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,” ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka .

A. Dia

B. Kita

C. Kami

D. Mereka

21. Cikgu Rahman sudah sebelas tahun bertugas di sekolah ……………. …………….akan bersara pada tahun hadapan.

A. kita…la

B. kami…Dia

C. saya….Dia

D. kami…Beliau

22. “……………………., izinkan ………………….. ke taman memetik bunga,”sembah dayang kepada permaisuri.

A. Baginda…..hamba

B. Tuanku….. hamba

C. Tuanku… .patik

D. Patik……..beta

23. “ Saya harap ……………. akan datang beramai-ramai untuk meraikan tetamu kehormat ……………. ,” pesan Ketua Kampung Permai

kepada anak buahnya.

A. awak…..kita

B. kalian….kita

C. kamu…..kamu

D. mereka….kami

24. “Tipah , tolong hantarkan baju yang telah siap ini kepada Mak Cik Hendon……………..jangan lupa ambil upahnya,” kata ibu

kepada kakak.

A. Dia

B. Saya

C. Kamu

D. Mereka

25. “ Jika ………………masih lagi berdegil, ……………. akan mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap awak ,” kata pengurus itu

kepada salah seorang daripada pekerjanya.

A. mereka….kami

B. mereka…saya

C. kalian…. kami

D. awak……saya
26. Jika timbul apa-apa masalah, hendaklah sama-sama …………… selesaikan.

Dengan cara itu barulah ……………….dapat hidup dalam keadaan harmoni.

A. kita….mereka

B. mereka….kita

C. kalian….kami

D. kita….kita

27. “………………..perlu menghantar borang peraduan itu ke alamat yang ditetapkan selewat-lewatnya sebelum bulan Jun ini,” kata

juruhebah televisyen itu.

A. Anda

B. Kamu

C. Kalian

D. Mereka

28. “ Sudah lama …………………..bersabar . Jika tidak dapat menyelesaikan masalah ini, …………….. akan melancarkan mogok, “ kata

jurucakap pekerja syarikat itu kepada majikannya.

A. saya…………saya

B. kami………..kami

C. mereka ……saya

D. beliau……mereka

29. “Cis ,……………tidak sangka yang ……………bersikap gunting dalam lipatan !”jerit Pak Malau kepada Dang Wangi.

A. hamba …….tuan hamba

B. baginda…………patik

C. hamba………kamu

D. patik……..hamba

30. “ Amboi, comelnya adik …………..!.......................namanya ?” kata Atiqah kepada Aliah.

A. mereka….Manakah

B. awak….Siapakah

C. kami …..Siapakah

D. kamu…..Apakah
PENJODOH BILANGAN

1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
3. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh penggunaannya Contohnya


Bilangan
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja,
berbaris kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi,
panjang tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat bersama- kunci, lidi, kayu
sama
bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun,
tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli,
benda-benda yang kecil belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, yang kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio,
tidak mempunyai bentuk yang tertentu bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang keadaannya sabun, roti, benang
berketul/berbongkah
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan garam, gula, kunyit
jari
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan sate
lidi
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah,
arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong kecil- bawang, timun, daging, buahbuahan
kecil
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau bunga, kunci
berangkai-rangkai
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan burung, awan, pulau, bintang
benda
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan nasi, pulut, tanah
tangan
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang roti, tiang
dipotong
Ketul untuk benda-benda yang berketul dan ais, daging, tulang, sabun, roti
padu
Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kotak
kuntum untuk bunga mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam durian, pakaian, tanah, cili
longgokan
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang berbentuk coklat, petai, mercun
kepingan
pasang untuk benda dan manusia yang pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
berpasangan
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian pemain kompang, polis, tentera pengakap
seragam
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
dan senjata api
puntung untuk sebahagian benda yang masih rokok, bara, kayu api
menyala
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan jala, jaring, pukat
bersirat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan rambutan, duku, kenanga, padi, daun
daun yang bertangkai
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan rambut, benang, dawai,
panjang
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai
KATA GANTI NAMA DIRI
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
3. Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, seperti mereka, beliau, baginda.

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak


Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan bercakap ) kamu kamu semua
engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan halnya) ia
nya
beliau
baginda

KATA GANTI NAMA TANYA


1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan


apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

KATA GANTI NAMA TEMPAT


1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat Penggunaannya


sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
situ
sejauh sana
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian