Semalam, Kulihat dia di lorong tenat, Bersama sahabat seneraka yang hebat.

Sedekad malam lalu, Mampir langkahku, Mencuba dia sang ratu, Tanpa kusedari menjadi anak 1 Hantu, Akulah kutu itu, Kutu yang berhati batu, Kutu yang menjadi parasit anak watanku. Tidakkah kalian tahu, Ini zaman karma yang lapar kepada nafsu, Yang dahaga akan kematian insan, Aku dan dia persis satu nyawa, Bermalam-malam ganjaku tersisip hina, Bermalam-malam syabuku terselit dina, Bermalam-malam heroinku tersemat fana.

Malam 31 Ogos itu, Tatkala cahaya mulai menerangi kegelapan, Aku tercari-cari jawapan, Aku begini entah untuk apa dan demi siapa, Tatkala juga fikrahmu menyiat kalbu, Aku berfikir, Adakah aku betah berundur semula, Aku sedar, Aku mayat hidup di bumi Malaysia, Disumpah masyarakat Asia hingga Andalusia, Disisih Tuhan Maha Esa, Membuatkan ibadatku sia-sia. Kerana dadah malamku nanah berdarah, Dan kerana dia dadah aku jadi padah, Dan dia aku ranap parah, Semuanya sudah tidak terarah, Yang dibawah dipersalah, Hilang maruah, Cukuplah, Aku bukan lagi penyembah, Tunduk segalanya tanpa sanggah. Malam semalam, Aku kebingungan sendirian, Lalu sejadah usang kuhamparkan, Nawaituku ingin kembali, Dambakan kasih sejati, Tuhan Rabbul ‘Izzati.

;

Ingatlah duhai warid jatiku, Moga hidupmu yang berliku, Terus cemerlang, gemilang, terbilang, Tanpa dadah, musuh penghalang, Sekali lagi diriku seru, Ayuhlah kita hapus seteru, Kita ke gerbang globalisasi, 1 Malaysia menjana transformasi, Masyarakat kan penuh dedikasi, Tanpa dadah, iman sentiasa dihiasi.

Nukilan,

Nisa
SMK Abdul Rahman Talib

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful