You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27,

91009 Tawau.

KERJA KURSUS

NAMA SISWA PENDIDIK : NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI

TUGASAN : TUGASAN 2 PEMBINAAN ITEM

ANGKA GILIRAN : 2015052340058

NO MATRIKS : 8098

NO KAD PENGENALAN : 960909065382

UNIT : PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

NAMA KURSUS : PENGAJARAN SAINS ABAD KE 21

KOD : SCES 3093

NAMA PENSYARAH : CIK NAIMA KADIR

TARIKH HANTAR : 06.03.2017

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PEMBINAAN ITEM DAN SKEMA JAWAPAN 2

3.0 ANALISIS ITEM 14

4.0 JUSTIFIKASI ITEM 20

5.0 PENUTUP 24

7.0 RUJUKAN 25

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Penulisan item yang bermutu memerlukan penguasaan isi kandungan mata pelajaran dan
kefahaman yang tinggi terhadap konsep pengujian agar item yang dihasilkan sesuai dengan
pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur. Item bermaksud perkara atau alat yang
digunakan untuk mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran
sesuatu konstruk serta cara pemberian skornya.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses


pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Rahayah, 2003). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah
dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.

Berikut adalah panduan penulisan item :

a) Kenalpasti konstruk yang perlu ditaksir.

2
b) Kenalpasti tajuk / konteks dimana pengukuran konstruk itu akan dilakukan.

c) Tentukan perkara berkenaan terdapat dalam kurikulum.

d) Pastikan pelajar berpeluang /sudah mempelajari.

e) Pastikan akur dengan spesifikasi.

f) Kenal pasti aras kesukaran item yang dihasratkan.

Selepas membuat item, guru haruslah menganalis item untuk menentukan


kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Analisis item ini dilaksanakan
untuk membezakan item yang baik dan item yang lemah dan juga untuk menghasilkan ujian
yang bermutu dan berkualiti. Melalui analisis item ini, guru akan memperolehi beberapa
maklumat penting. Antaranya ialah respon murid terhadap setiap item, maklumat tentang
bagaimana setiap item berfungsi (senang atau sukar) dan diskriminasikan murid kepada
kumpulan tinggi (KT) dan kumpulan rendah (KR).

Saya memilih Dokumen Standard Kurikulum Tahun 5 dengan temanya adalah


Sifat Cahaya. Berdasarkan topik yang dipilih, kami dikehendaki membina item ujian dengan
merujuk kepada format Kertas 2 UPSR. Analisis item dan justifikasi harus dibuat pada item
yang tidak mematuhi Julat Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi.

2.0 PEMBINAAN ITEM DAN SKEMA JAWAPAN

Komponen item terdiri daripada empat iaitu rangsangan, tugasan, arahan dan skema
penskoran. Berikut adalah huraian komponen tersebut :

 Rangsangan
Merupakan maklumat khusus di mana sesuatu soalan itu didasarkan. Rangsangan
mungkin berupa petikan, pernyataan, gambar, rajah, carta aliran, perbualan atau lain-
lain.

 Tugasan
Pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan atau diberikan oleh calon
sebagai respons kepada item.

 Arahan
Pernyataan yang menunjukkan bagaimana harus respons itu disampaikan.

3
 Skema Penskoran
Panduan tentang bagaimana harus skor diberikan kepada pelbagai respons yang
diberikan.

4
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN BAHAGIA, TEMERLOH PAHANG

SAINS

Kertas 2

1 jam

Nama : ________________________________________

Kelas : ________________________________________

SOALAN MARKAH
(a) /1
JANGAN BUKA KERTAS 1 (b)(i) /1
SOALAN INI SEHINGGA DI (b)(ii) /1
(c) /1
BERITAHU
(a) /1
(b) /1
2 (c) /1
Kertas ini mengandungi 8 soalan.
(d) /1
Jawab semua soalan. (a) /1
(b) /1
3
(c) /1
(d) /2
(a) /1
4 (b) /1
(c) /2
(d) /1
(a) /2
UJIAN TOPIKAL SAINS 5
(b) /1
(c) /1
TAHUN 5 (d) /1
(a) /3
TAJUK : SIFAT CAHAYA (b) /1
6 (c) /1
(a) /1
(b) /2
(c)(i) /1
7
(c)(ii) /1
(d) /1
(a) /1
(b) /1
(c) /2
8
(d) /2

5
1. Rajah 1 di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh seorang murid untuk
mengkaji pembentukan bayang-bayang. Satu objek diletakkan pada tiga kedudukan yang
berbeza iaitu X, Y, dan Z. Bagi setiap kedudukan, saiz bayang-bayang yang terbentuk pada
skrin diperhatikan.

Rajah 1

Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan itu.

Kedudukan objek X Y Z

Saiz bayang-bayang

(a) Apakah tujuan penyiasatan ini ?

Untuk mengkaji pembentukan bayang-bayang


(1markah)

(b) Berdasarkan penyiasatan di atas, nyatakan yang berikut:

i. Pembolehubah dimanipulasikan

Kedudukan objek dengan sumber

ii. Pembolehubah yang dimalarkan

Saiz objek

(2 markah)

6
(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

Semakin hampir saiz objek dengan sumber cahaya, semakin besar imej baying-bayang pada
skrin

(1 markah)

2. Eksperimen dibawah dijalankan untuk mengkaji sifat cahaya. Siti melihat cahaya lilin
melalui lubang yang terdapat pada setiap kadbod iaitu A, B dan C seperti dalam gambar di
Rajah 2. Kedudukan dan saiz kadbod adalah sama.

Rajah 2

(a) Apa tujuan eksperimen di atas dijalankan?

Mengkaji sifat cahaya

(1 markah)

(b) Ramalkan pemerhatian Siti, jika kadbod B dialihkan ke kanan ?

Siti tidak dapat melihat cahaya lilin melalui lubang kadbod

(1 markah)

(c) Ramalkan pemerhatian Siti jika lilin dialihkan ke kiri?

Siti tidak dapat melihat cahaya lilin melalui lubang kadbod

(1 markah)

7
(d) Nyatakan kesimpulan daripada eksperimen di atas

Cahaya bergerak dalam keadaan lurus

(1 markah)

3. Rajah 3 menunjukkan situasi sudu diletakkan di dalam gelas yang berisi air.

Rajah 3

Sudu kelihatan bengkok

(1 markah)

(b) Jelaskan sebab pemerhatian anda di 3 (a)

Cahaya dibiaskan kerana melalui dari udara ke air

(1 markah)

(c) Apakah kesimpulan daripada gambar rajah di atas

Cahaya dibiaskan ketika melalui perbezaan medium

(1 markah)

(d) Nyatakan dua fenomena lain yang menunjukkan sifat cahaya seperti di Rajah 3.

Periskop, pelangi, mana-mana jawapan berkaitan

(2 markah)

8
4. Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan situasi yang dilalui Encik Rahmat dalam kehidupan
sehariannya. Rajah tersebut menunjukkan penciptaan alat atau model yang menggunakan
sifat cahaya.

Rajah 4 Rajah 5

(a) Jelaskan fenomena di Rajah 4.

Berlaku pantulan cahaya

(1 markah)

(b) Jelaskan fenomena Rajah 5.

Berlaku pembiasan cahaya

(1 markah)

(c) Ramalkan bahan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan bahan di Rajah 4.
Berikan sebab anda.

Aluminium foil, kerana permukaannya oleh memantulkan cahaya

(2 markah)

d) Nyatakan fenomena lain yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti Rajah 4 dan 5

Mikroskop, teropong, mana-mana jawapan berkaitan

(1 markah)

9
5. Rajah 6 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji penembusan cahaya melalui bahan.
Sebuah objek legap berbentuk bintang diletakkan diantara mentol dan skrin.

Rajah 6

(a) Nyatakan pemerhatian anda berdasarkan eksperimen di atas. Jelaskan sebab ia berlaku

Pembentukan bayang-bayang pada skrin, kerana cahaya tidak dapat menembusi objek legap

(2markah)

(b) Nyatakan apa akan berlaku pada imej yang terpapar pada skrin jika objek diletakkan
berhampiran sumber cahaya

Imej menjadi besar

(1 markah)

(c) Ramalkan jika bintang legap digantikan dengan bintang yang mempunyai sifat lutsinar.

Tiada bayang-bayang

(1 markah)

(d) Berikan sebab atas ramalan anda di (c)

Cahaya dapat menembusi

(1 markah)

10
6. Gambar rajah dibawah menunjukkan fenomena dan penciptaan alat yang menggunakan
sifat cahaya.

A C
B

(a) Berdasarkan gambar rajah di atas, terangkan konsep Sains iaitu sifat cahaya yang telah
diaplikasikan.

A = Cahaya bergerak lurus

B= Cahaya dipantulkan

C= Cahaya dibiaskan

(3 markah)

(b) Nyatakan fungsi alatan objek C.

Melihat objek yang sangat kecil

(1 markah)

(c) Ramalkan apa akan berlaku jika cahaya tidak mempunyai sifat seperti di gambar B?

Manusia tidak dapat melihat kerana cahaya tidak dapat dipantulkan ke mata

(1 markah)

11
7. Cikgu Musa meminta muridnya menjalankan satu penyiasatan bagi mengkaji bagaimana
jarak antara objek dengan sumber cahaya mempengaruhi saiz baying-bayang. Rajah 7
menunjukkan susunan radas penyiasatan tersebut.

Rajah 7

(a) Apakah hipotesis yang sesuai bagi eksperimen tersebut?

Semakin hampir kedudukan bola dengan sumber cahaya, semakin besar saiz bayang-
bayang pada skrin

(1 markah)

12
(b) Penyiasatan telah dijalankan dan pemerhatian direkodkan dalam maklumat di bawah.

Berdasarkan maklumat yang diberi, lakarkan imej yang terbentuk di skrin dalam jadual yang
disediakan

Jarak bola dari sumber


Imej yang terbentuk di skrin
cahaya, cm

20

30

40

( 2 markah )

(c) Berdasarkan penyiasatan ini, nyatakan pemboleh ubah berikut :

(i) Pemboleh ubah yang dimanipulasi

Jarak bola dari sumber cahaya

(ii) Pemboleh ubah yang bergerak

Imej yang terbentuk di skrin

(2 markah)

13
(d) Ramalkan apa yang akan berlaku jika bola digantikan dengan kaca lut sinar?

Tiada pembentukan bayang-bayang

(1 markah)

8. Rajah 9 menunjukkan kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian. Rahmat sedang
melihat rambutnya melalui cermin.

Rajah 9

a) Terangkan konsep sains yang menyebabkan Rahmat boleh melihat dirinya melalui
cermin?

Berlaku pantulan cahaya pada cermin kemudian ke mata Rahmat dan tukang gunting rambut

(1 markah)

b) Ramalkan apa yang berlaku jika tukang gunting rambut menggunakan bahan kayu
menggantikan kaca dalam proses pembuatan cermin?

Tidak berlaku pantulan cahaya

(1 markah)

14
(c) Lukis gambar rajah sinar cahaya dalam kotak yang disediakan untuk menunjukkan
pantulan cahaya pada permukaan cermin.

Sinar insiden,i Sinar biasan,r

(2 markah)

(d) Nyatakan dua aplikasi lain yang menggunakan sifat cahaya seperti di (a)

Berlian, sinar optik, mana-mana yang berkaitan

(2 markah)

15
3.0 ANALISIS ITEM

Analisis item bagi setiap ujian dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran (Facility
Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh
Macintosh dan Morrison (1969). Cara mengira indeks kesukaran subjektif adalah dengan
membahagi skor min dengan markah penuh item.

IKS = Skor min item ÷


markah penuh item

Indeks Diskriminasi, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan


murid yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan murid yang memperolehi skor rendah.
Indeks perbezaan adalah satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk
mengukur pembezaan individu. Rajah 1 menunjukkan nilai indeks diskriminasi

Indeks Diskriminasi Maksud

Lebih daripada 0.4 Item amat diskriminasi

0.30 ke 0.39 Item yang berdiskriminasi

0.20 ke 0.29 Diskriminasi yang sederhana

0.10 ke 0.19 Kurang diskriminasi perlu semakan semula

Kurang dari 0.10 Item kurang diskriminasi perlu dibuang

Rajah 1

NT  N R
Indeks Diskriminasi, D =
1
N
2

NT = Bilangan calon kumpulan skor tinggi yang menjawab betul

NR = Bilangan calon kumpulan skor rendah yang menjawab betul

N = Jumlah calon kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah

16
Berikut adalah prosedur dalam mencari indeks kesukaran,F dan diskriminasi, D bagi item-
item diberi.

 Langkah 1: Susun calon mengikut skor tertinggi kepada skor terendah.


 Langkah 2: Tentukan kumpulan skor tinggi dan kumpulan skor rendah
 Langkah 3: Tentukan Bil. Jawapan Betul dalam kumpulan skor tinggi, NT dan Bil.
Jawapan Betul dalam kumpulan skor rendah, NR
 Langkah 4: Gantikan dalam formula.

Berikut adalah Jadual Penskoran bagi kelas 5 Amanah (Jadual 5) (Jadual 6)


Penanda : Kotak biru menandakan pelajar yang mempunyai skor kumpulan tinggi, warna
kuning mewakili skor kumpulan rendah

17
Item
Bil Pelajar
1(a) (b) (c)(i) (ii) 2(a) (b) (c) (d) 3(a) (b) (c) (d)

1 Ali 1/1 1/1 1/1 1/1 0/1 1/1 0/1 0/1 0/1 0/1 0/1 0/2

2 Amir 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/1 0/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2

3 Akif 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2

4 Alin 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/1 0/1 1/1 0/1 0/1 0/1 1/2

5 Yusuf 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2

6 Rani 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/2

7 Isa 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2

8 Lina 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/2

9 Muru 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/2

10 Fifi 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/2

Jumlah
Jawapan 10 10 10 10 9 8 7 9 8 8 8 5
Betul

Bil. Jawapan
Betul dalam
5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 4
kumpulan
skor tinggi, NT

Bil. Jawapan
Betul dalam
kumpulan 5 5 5 5 4 3 2 4 3 3 3 1
skor rendah,
NR

Indeks
1.0 1.0 1.0 1.0 0.9 0.8 0.7 0.9 0.8 0.8 0.8 0.25
Kesukaran, p

Indeks
Diskriminasi, 0 0 0 0 0.2 0.4 0.6 0.2 0.4 0.4 0.4 0.6
D

18
Item
Bil Pelajar
4(a) (b) (c) (d) 5(a) (b) (c) (d) 6(a) (b) (c)

1 Ali 1/1 0/1 0/2 1/1 2/2 1/1 1/1 0/1 1/3 1/1 1/1

2 Amir 1/1 1/1 0/2 0/1 0/2 1/1 0/1 0/1 2/3 1/1 1/1

3 Akif 1/1 0/1 0/2 0/1 1/2 1/1 1/1 0/1 2/3 1/1 0/1

4 Alin 1/1 1/1 2/2 1/1 0/2 1/1 1/1 1/1 3/3 1/1 1/1

5 Yusuf 1/1 0/1 2/2 0/1 2/2 1/1 0/1 1/1 2/3 1/1 0/1

6 Rani 1/1 0/1 2/2 0/1 0/2 1/1 1/1 1/1 2/3 1/1 0/1

7 Isa 1/1 0/1 2/2 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 2/3 1/1 1/1

8 Lina 1/1 0/1 0/2 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 2/3 1/1 1/1

9 Muru 1/1 1/1 0/2 0/1 2/2 1/1 1/1 1/1 3/3 1/1 1/1

10 Fifi 1/1 1/1 1/2 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/3 1/1 1/1

Jumlah
Jawapan 10 4 9 5 13 10 8 7 20 10 7
Betul

Bil. Jawapan
Betul dalam
5 2 5 3 8 5 5 5 10 5 4
kumpulan
skor tinggi, NT

Bil. Jawapan
Betul , skor 5 2 4 2 5 5 3 2 10 5 3
rendah, NR

Indeks
1.0 0.4 0.45 0.5 0.65 1.0 0.8 0.7 0.67 1.0 0.7
Kesukaran, p

Indeks
Diskriminasi, 0 0 0.2 0.2 0.6 0 0.4 0.6 0 0 0.2
D

19
Item
Bil Pelajar
7(a) (b) (c)(i) (ii) (d) 8(a) (b) (c) (d) Skor

1 Ali 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 2/2 0/2 24/40

2 Amir 1/1 2/2 1/1 1/1 0/1 1/1 1/1 0/2 1/2 24/40

3 Akif 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 1/2 1/2 29/40

4 Alin 1/1 0/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 2/2 2/2 30/40

5 Yusuf 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2 2/2 31/40

6 Rani 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 2/2 1/2 32/40

7 Isa 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2 1/2 33/40

8 Lina 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 0/2 2/2 33/40

9 Muru 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 2/2 2/2 36/40

10 Fifi 1/1 2/2 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1 2/2 2/2 39/40

Jumlah
Jawapan 10 18 10 10 9 10 10 11 14
Betul

Bil. Jawapan
Betul dalam
5 10 5 5 5 5 5 6 8
kumpulan
skor tinggi, NT

Bil. Jawapan
Betul dalam -
kumpulan 5 8 5 5 4 5 5 5 6
skor rendah,
NR

Indeks
1.0 0.9 1.0 1.0 0.9 1.0 1.0 0.55 0.7
Kesukaran, p

Indeks
Diskriminasi, 0 0.4 0 0 0.2 0 0 0.2 0.4
D

20
Aras kognitif Taksonomi
Item Indeks Kesukaran, F Indeks diskriminasi, D
Bloom
1(a) Mengingat 1.0 0

1(b) Menilai 1.0 0

1(c)(i) Mengingat 1.0 0

1(c)(ii) Mengingat 1.0 0

2(a) Mengingat 0.9 0.2

2(b) Mengaplikasi 0.8 0.4

2(c) Mengaplikasi 0.7 0.6

2(d) Memahami 0.9 0.2

3(a) Mengingat 0.8 0.4

3(b) Memahami 0.8 0.4

3(c) Menilai 0.8 0.4

3(d) Mengaplikasi 0.25 0.6

4(a) Memahami 1.0 0

4(b) Memahami 0.4 0

4(c) Menganalisis 0.45 0.2

4 (d) Mengaplikasi 0.5 0.2

5(a) Menganalisis 0.65 0.6

5(b) Memahami 1.0 0

5(c) Memahami 0.8 0.4

5(d) Menganalisis 0.7 0.6

6 (a) Memahami 0.67 0.2

6(b) Mengingat 1.0 0

6(c) Mengaplikasi 0.7 0.2

7 (a) Mengingat 1.0 0

7(b) Menganalisis 0.9 0.4

7(c)(i) Mengingat 1.0 0

7(c)(ii) Mengingat 1.0 0

21
7 (d) Memahami 0.9 0.2

8 (a) Memahami 1.0 0

8 (b) Menganalisis 1.0 0

8(c) Menganalisis 0.55 0.2

8(d) Memahami 0.7 0.4


Jadual 6

4.0 JUSTIFIKASI ITEM

Pada tahun 1959, Benjamin S. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul Taxonomy of
Educational Objectives Book 1 iaitu Cognitive Domain yang mencadangkan pengelasan
objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Enam komponen ini
disusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah. Pada bulan
November, 1996 Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom bersama David
Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan Taksonomi Bloom. Usaha ini
didasarkan dengan harapan agar dapat menambah baik taksonomi ini sesuai dengan
peredaran masa dan abad ke-21. Struktur yang baru memaparkan konsep yang menyeluruh
dan jelas berkait dengan penyelarasan antara piawaian dan matlamat pendidikan, objektif,
produk dan aktiviti (Krathwohl, 2002).

Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan


yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin
senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus
iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang
rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkan item mempunyai
aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid adalah
sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang rendah
boleh dibaiki.

22
Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan
murid yang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan murid yang memperolehi skor rendah.
Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara – 1.00 hingga + 1.00. Nilai D yang negatif
menunjukkan item tersebut gagal membezakan kumpulan murid yang memperolehi skor
tinggi dengan yang memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan 1.00 iaitu positif,
ini menunjukkan bahawa peratus kumpulan yang memperolehi skor tinggi berjaya memberi
jawapan betul dan peratus kumpulan yang memperolehi skor rendah memberi jawapan salah.

Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkan kedua-dua


kumpulan murid memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa
item tersebut gagal membezakan antara kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi
dengan memperolehi skor rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga
1.00 menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pula
menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 adalah sesuai
bagi item ujian.

Pembinaan item haruslah mempunyai hubungkait antara aras kognitif


taksonomi Bloom dengan indeks kesukaran item. Perbezaan indeks haruslah positif agar ia
menunjukkan tiada diskriminasi antara pelajar kumpulan skor rendah dan tinggi.

SOALAN 1
Kebanyakan soalan adalah pada aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah iaitu mengigat.
Indeks Diskriminasi adalah 0, dimana tiada diskriminasi. Oleh kerana soalan pada aras
mudah, semua kumpulan murid dapat menjawab soalan ini. Soalan perlu diubahsuai dan perlu
dicuba lagi. Soalan 1 (b) pada aras menilai harus diubah kerana mempunyai indeks kesukaran
yang rendah.

SOALAN 2

Soalan ini mempuyai aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah, sederhana dan tinggi iaitu
mengingat, mengaplikasi dan menilai masing-masing. Indeks diskriminasi adalah pada tahap
positif tinggi, 0.6, sederhana positif, 0.4 dan positif rendah, 0.2. Item positif tinggi 2(c) sangat
sesuai diterima tetapi perlu diubah kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana
mempunyai indeks kesukaran rendah dan aras kognitif Taksonomi Bloom mengaplikasi yang
sederhana. Soalan lain perlu diubahsuai dan dicuba sekali lagi.

23
SOALAN 3

Soalan ini mempuyai aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah, sederhana dan tinggi iaitu
mengingat, mengaplikasi dan menilai masing-masing. Indeks Diskriminasi adalah pada tahap
positif tinggi, 0.6 dan sederhana positif, 0.4. Item positif tinggi 3(d) sangat sesuai diterima
sebagai item kerana mempunyai keselarasan dengan indeks kesukaran aras tinggi iaitu 0.25
pada tahap aras kognitif mengaplikasi. Soalan lain mempunyai indeks kesukaran rendah
selaras dengan indeks kesukaran rendah, 0.8 pada tahap mengingat dan memahami.

SOALAN 4

Soalan ini mempuyai aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah dan sederhana, iaitu
memahami, menganalisis dan mengaplikasi masing-masing. Soalan 4 (a) dan 4(b) perlu
diubahsuai dan dicuba sekali lagi kerana mempunyai indeks diskriminasi sifar pada indeks
kesukaran yang rendah, 1.0 dan sederhana, 0.4 masing-masing. Soalan 4(a) adalah terlalu
mudah untuk kesemua kumpulan pelajar manakala murid tersalah konsep pada soalan 4(b).
Soalan 4(c) dan 4(d) adalah sesuai diterima sebagai item kerana mempunyai indeks
kesukaran yang sederhana, 0.4 dan indeks diskriminasi positif rendah, 0.45 selaras dengan
aras kognitif Taksonomi Bloom iaitu menganalisis dan mengaplikasi.

SOALAN 5

Soalan ini mempuyai aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah dan sederhana, iaitu
memahami dan menganalisis. Soalan 5(b) perlu diubahsuai dan dicuba lagi kerana
mempunyai indeks diskriminasi sifar dan indeks kesukaran item rendah, 1.0. soalan adalah
terlampau mudah bagi semua kumpulan pelajar. Soalan 5(d) juga perlu diubah bentuk soalan
kerana tidak mempunyai hubungkait antara aras kognitif Bloom sederhana iaitu menganalisis
pada indeks kesukaran rendah, 0.7. Walaubagaimanapun, soalan 5(d) mempunyai indeks
diskriminasi positif tinggi, 0.6 dimana kumpulan pelajar skor tinggi banyak menjawab betul
soalan ini bervbanding pelajar skor rendah

SOALAN 6

Soalan ini mempuyai aras kognitif taksonomi Bloom yang rendah dan sederhana, iaitu
menginat, memahami dan mengaplikasi. Soalan 6(a) mematuhi julat indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi .Soalan 6(b) adalah terlampau mudah untuk dijawab semua kumpulan
skor pelajar, kerana tidak menggunakan KBAT. Oleh kerana itu, indeks diskriminasi adalah
sifar. Soalan 6(c) perlu diubahsuai kerana tidak mematuhi aras kognitif Bloom mengaplikasi
dengan indeks kesukaran yang rendah, 0.7.

24
SOALAN 7

Soalan ini mempunyai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains. Contohnya, pada
soalan 7 (a) dikehendaki membuat hipotesis, 7(b) dikehendaki mengawal pemboleh ubah dan
7(c) meramalkan. Soalan 7 (a), 7(c) akur kepada julat indeks kesukaran tetapi mempunyai
indeks diskriminasi sifar. Soalan adalah mudah bagi semua kumpulan skor, perlu diubahsuai
dan dicuba sekali lagi. Soalan 7(b) juga tidak selari aras kesukaran, 0.9 dengan tahap kognitif
Bloom iaitu menganalisis. Walaubagaimanapun, indeks kesukaran adalah sederhana positif
dan perlu dibaiki dan cuba lagi.

SOALAN 8

Soalan ini mempunyai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains yang diterapkan.
Contohnya, pada soalan 8(b) dikehendaki meramalkan, soalan 8(c) diterapkan kemahiran
manipulatif dimana dikehendaki melakarkan peralatan dengan tapat. Soalan 8(b) perlu
diubahsuai kerana tidak mematuhi indeks kesukaran, 1.0 pada aras kognitif Bloom
menganalisis. Begitu juga untuk soalan 8(a) dan 8(b) kerana tidak mematuhi julat indeks
Diskriminasi, 0. Soalan 8(c) dan 8(d) adalah sesuai diterima sebagai item kerana mematuhi
julat indeks kesukaran dan indeks diskriminasi pada aras kognitif Bloom yang ditetapkan.

25
5.0 PENUTUP

Jika analisis item dijalankan dengan penuh tanggungjawab, maka guru akan lebih jelas akan
selok-belok pembinaan item dan kesannya kepada keputusan pelajar. Selepas membuat
pembinaan item, guru perlulah:

1. Melihat semula pembinaan soalan dengan lebih baik supaya tidak ada item yang
terlalu sukar atau terlalu mudah untuk diberi kepada pelajar semasa peperiksaan.
2. Melaporkan kekuatan dan kelemahan pelajar, terutamanya bagi perkara yang sudah
atau belum dikuasai oleh pelajar.
3. Mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula
4. Mengenalpasti soalan yang bias terhadap sesuatu kandungan (bab yang mungkin
tidak diajar)
5. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan tindakan
susulan yang lebih berfokus

Kesimpulannya, data yang dikumpul secara keseluruhannya adalah tidak sah kerana
responden yang menjawab item adalah tidak sah pada kedudukan ilmu dan umur. Oleh yang
demikian, kebanyakan item mempunyai indeks diskriminasi adalah sifar dan indeks kesukaran
rendah kerana rata-rata respondan dapat menjawab soalan.

26
6.0 RUJUKAN

Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of London
Press Ltd.

Krathwohl, D. R. 2002. A revision of Bloom’s taxonomy. Theory into Practice. 41(4): 212-
218.
Bloom, B. S. 1956. Taxonomy of educational objectives - book 1 cognitive domain. London:
Longman Group Limited.

Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement test.


Ohio: Charles E. Merril Books, Inc.

Sax, G., & Newton, J. W. 1997. Principles of educational measurement and psychological
measurement and evaluation. Edisi ke-4. California: Wadsworth Publishing Company.

Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-
Hall Inc.

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian.
Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.

27
LAMPIRAN

28

You might also like