You are on page 1of 2

2.

0 PERATURAN
Pelari berlari dalam lorong masing-masing.
Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang oelari dalam keadaan berikut:
- Mengheret kaki di bawah palang pagar.
- Melompat pagar di lorong lain atau,
- Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

Teknik Lari Berpagar Yang Betul
a) Menuju pagar pertama
i) Bilangan langkah larian hendaklah tetap.
ii) Berlari dengan pantas (lari pecut).
iii) Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu
tinggi semasa melepasi pagar.

b) Melepasi pagar
i) Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan.
ii) Bengkokkan badan ke hadapan.
iii) Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
iv) Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan smelangkah melepasi pagar.
v) Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah
(mendarat).

c) Berlari di antara pagar
i) Bilangan langkah hendaklah sama.
ii) Berlari lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.

d) Mengakhiri larian
Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sama dengan gaya yang diamalkan untuk lari pecut jarak dekat.

Kesalahan Teknik Yang Biasa Dilakukan Dalam Acara Lari Berpagar
a) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.

e) Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar. peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar. c) Ketika cuba melepasi pagar.b) Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama. d) Melepasi pagar dengan badan yang tegak. .