You are on page 1of 23

Negara Islam 

Madinah
Jelaskan Langkah-langkah  Yang Diambil Oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ke Arah
Pembentukan Negara Islam di Madinah.  

Pengenalan :                                                                                                     

Demografi Madinah :

 Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah. Masyarakatnya


terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang
Yahudi. Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa
berselisih faham sesama mereka. Golongan Yahudi memandang rendah orang-
orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai
pentadbiran. Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara
kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang
Quraisy di Mekah. Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang
ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana
mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi. Jadi, pemikiran mereka lebih
terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk
agama Islam yang dibawanya.
 Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik
permulaan negara Islam di Madinah. Walaupun sebelum ketibaan Nabi
Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-
orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan
Aqabah II.
 Latarbelakang Nabi Muhammad Sebelum Hijrah.
 Konsep negara.

Isi :

Pembinaan Masjid :

 Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas


terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi
tempat ibadat dan penyebaran agama Islam. Kaum Ansar di Madinah menyambut
Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan
secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama
Islam.
 Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid
yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga
digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam

Pembentukan Ummah :
 Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap
penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w.
mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :

                  i.          Muahahjirin dengan Muhajirin.

                  ii.         Ansar dengan Ansar.

                  iii.       Muhajirin dengan Ansar

 Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah


Islam. Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan
ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama
Islam dan negara.

Mewujudkan Piagam Madinah :

 Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk


membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. Piagam Madinah bukan
sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga
perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang
Yahudi. Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama
mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang
diterima umum. Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan
bebas menjalankan aktiviti masing-masing. Keselamatan penduduk Madinah
terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah
daripada serangan musuh. Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. Dengan
pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan
pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara  Musyawarah :

 Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik.


Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad
s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus
mengadakan perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal
barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga
menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan
Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep musyawarah terbayang dalam
hubungan politik antarabangsa.

Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :

 Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa
ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada
ancaman dan serangan musuh. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam
Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam
bidang ketenteraan.

Mengadakan Hubungan Luar :

 Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar


perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :

 Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling


membantu sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam
bidang pertanian. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang
perniagaan.

Kesimpulan :

Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan.


Piagam Madinah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M
bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam


sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat
bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian
Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah
juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk
peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara
(Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Perangkaan Piagam Madinah
o 1.1 Langkah pertama
o 1.2 Langkah kedua
o 1.3 Langkah ketiga
 2 Tujuan Piagam Madinah
 3 Prinsip Piagam Madinah
 4 Kandungan Piagam Madinah
 5 Pautan luar

 6 Rujukan

[sunting] Perangkaan Piagam Madinah


Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan
wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga
langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
[sunting] Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran
Rasulullah.

[sunting] Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan
persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan
pertolongan kaum Ansar.

[sunting] Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan


Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali


sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah
adalah:

 Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan
segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
 Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki
sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu
bangsa Madinah.
 Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan
masing-masing.
 Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar
Madinah.
 Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian
yang tercatat dalam piagam tersebut,

[sunting] Tujuan Piagam Madinah


 Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
 Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
 Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
 Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
 Mewujudkan keamanan di Madinah
 Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
 Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
 Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
 Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
 Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta
benda dan keluarga di Mekah.

[sunting] Prinsip Piagam Madinah


 Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
 Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
 Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
 Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
 Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
 Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan
sosial.
 Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya
telah dicatatkan
 Kebebasan beragama
 Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
 Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

[sunting] Kandungan Piagam Madinah


 Fasal 1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis)
dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang
yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang
bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama
mereka.

 Fasal 2

Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

 Fasal 3

Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling
tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama
mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan
dan adil di kalangan orang-orang beriman.

 Fasal 4

Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka
bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti
dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan
mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
 Fasal 5

Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama
mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu,
dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka
sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 6

Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 7

Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 8

Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 9

Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 10

Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 11

Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama
bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari
mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan
berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

 Fasal 12

Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di


antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi
sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.


o Fasal 12-b

Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang
yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat
persetujuan terlebih dahulu.

 Fasal 13

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat
kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau
kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-
sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari
mereka.

 Fasal 14

Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang
kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

 Fasal 15

Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah
dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin
sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

 Fasal 16

Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan


dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap
mereka.

 Fasal 17

Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh
dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin
yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan
keadilan di kalangan mereka.

 Fasal 18

Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu
hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

 Fasal 19

Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang
tumpah pada jalan Allah.

 Fasal 20

Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk
dan seteguh-teguhnya.


o Fasal 20-b

Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy
dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

 Fasal 21

Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan


tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali
yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara
mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

 Fasal 22

Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan
Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang
mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka
keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan
diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

 Fasal 23

Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan


perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

 Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan
orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

 Fasal 25

Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin,
mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama
mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka
sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa
melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

 Fasal 26

Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 27

Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 28

Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 29

Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 30

Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

 Fasal 31

Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-
orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan
diri dan keluarganya sendiri.

 Fasal 32

Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan)
sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

 Fasal 33

Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik
hendaklah membendung segala kejahatan.
 Fasal 34

Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan)


sama dengan mereka itu.

 Fasal 35

Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-
orang Yahudi itu sendiri.

 Fasal 36

Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan
mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.


o Fasal 36-b

Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke
atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan
keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang
menghormati piagam ini.

 Fasal 37

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang


mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-
menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai
Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat
kebajikan terhadap perbuatan dosa.


o Fasal 37-b

Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan
oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

 Fasal 38

Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin


selama mana mereka berada dalam keadaan perang

 Fasal 39

Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-
mana pihak yang menganggotai piagam ini
 Fasal 40

Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan
terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

 Fasal 41

Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya
sendiri.

 Fasal 42

Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama
peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan
kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah
menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

 Fasal 43

Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga
tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

 Fasal 44

Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana


pihak yang mencerobohnya.

 Fasal 45

Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu
perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam
perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang
mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama
(Islam).

 Fasal 46

Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu
dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain
yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-
anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan
dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya
sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

 Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang
bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah
atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang
zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan
dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.
TELADAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM KINI

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN


PELBAGAI aliran pemikiran, falsafah, peraturan, sistem politik, ekonomi dan sosial
ciptaan manusia ditawarkan untuk menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi manusia
sejagat. Malangnya, semuanya tewas dan gagal apabila dilaksanakan. Hingga ke hari ini
tidak ada satu aliran pun yang dapat memperlihatkan kemampuannya untuk
menyesuaikan dengan realiti kehidupan.

KEGAGALAN ALIRAN MARXISME:

Bibit-bibit kejatuhan Russia sebagai lambang kuasa yang dibangunkan di atas ideologi
komunisme (aliran Marxist) telah bermula sejak 40 tahun yang lalu. Pada bulan
September 1961, harian ‘Pravda’ yang menjadi lidah rasmi Jawatankuasa Pusat Parti
Komunis Russia telah menyebarkan program baru parti itu. Rancangan itu ialah fikiran
yang memansuhkan jalan atau cara revolusioner seperti yang ditegaskan oleh buku
‘Materialisme Dialektika’: “Berikutnya peralihan daripada kapitalisme kepada sosialisme
dan memerdekakan kelas buruh (pekerja) daripada penindas kapitalis. Ini boleh
direalisasikan bukan dengan evolusi, bukan dengan memperbaikinya, akan tetapi dengan
perubahan bentuk dan cara sistem kapitalisme yakni dengan revolusi.”

Harian tersebut juga menegaskan usaha-usaha merealisasikan masyarakat komunisme


seperti yang dirancangkan itu meliputi tempoh 20 tahun akan datang. Di samping itu ia
menekankan kegagalan sistem komunis selama 40 tahun yang lalu dalam membentuk
asas ideologi dan kehidupan duniawi yang lengkap bagi masyarakat komunisme.

Ini menunjukkan komunisme sebagai satu ideologi telah hilang kekuatannya untuk
melaksanakan apa yang dinamakan ‘kepastian sejarah peralihan daripada kapitalisme
kepada sosialisme’. Kegagalan itu berlaku kerana teori komunisme tidak ditegakkan di
atas usul dan kaedah am yang lengkap untuk membolehkan ideologi itu berkembang.

Prinsip penghapusan hak milik individu telah ditukar kepada satu penyelesaian yang
lebih sederhana iaitu menguasai segenap industri, perniagaan luar negara, bank-bank dan
segala perkhidmatan awam. Antara bukti kegagalan pelaksanaan prinsip persamaan di
dalam masyarakat komunisme diungkapkan dalam buku tulisan Krien Brinton yang
bertajuk ‘Revolusi Komunisme: Unsur, Penyelesaian dan Hasilnya’: “Sebagaimana yang 
diakui oleh para pendokong komunisme sendiri bahawa Russia kini hidup di dalam satu
masyarakat yang berbeza-beza dalam pembahagian barang-barang keperluan dan
perolehan individu dengan perbezaan yang besar. Seorang ahli politik berkedudukan
tinggi, pengarah perusahaan, penulis atau penari ballet hidup bergelumang dengan
kemewahan sedangkan rakyat biasa tidak sedemikian.”
Keadaan itu menjadikan masyarakat Russia satu masyarakat yang lebih tidak memiliki
persamaan dalam bidang ekonomi jika dibandingkan dengan sebarang masyarakat
kapitalis.
 Fakta itu jelas membuktikan komunisme pada zahirnya memperjuangkan prinsip
persamaan dan keadilan secara teori tetapi gagal apabila dilaksanakan.

KEGAGALAN TAMADUN BARAT:

Sebahagian besar generasi muda tertipu oleh fatamorgana peradaban Barat. Mereka
menyangka kebersihan lahiriah kaum itu merupakan bukti kebersihan rohani dan hati
mereka. Kemajuan pesat di dalam bidang sains dan kebendaan tidak mencukupi untuk
dijadikan contoh teladan di dalam segala perkara. Ukuran kemajuan dan tamadun sesuatu
bangsa sepatutnya ditimbang dengan nilai akhlak dan kemanusiaan yang direalisasikan
dalam masyarakat.

Tamadun Barat jika dilihat dari necara ini sebenarnya sudah muflis. Segala slogan yang
dicanangkan oleh Barat seperti prinsip kebebasan, perdamaian dan persamaan hanyalah
omongan kosong belaka. Seorang ahli falsafah Inggeris, Joede, menulis di dalam
bukunya: “Sesungguhnya tamadun moden itu tidak ada perseimbangan antara kekuatan
dan akhlak... kerana akhlak sangat ketinggalan jauh daripada ilmu. Semenjak
kebangkitannya ilmu terus meningkat maju sedangkan akhlak berada dalam kemunduran
sehingga jarak antara keduanya sangat jauh.”

SYARAT ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN:

Setiap sistem mempunyai falsafah, matlamat, jalan, gagasan dan caranya yang tersendiri
mengenai kehidupan. Setiap sistem juga mempunyai masalah dan cara penyelesaiannya
apabila dilaksanakan. Oleh itu adalah tidak adil dan tidak rasional jika sistem tertentu
diminta menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh sistem lain. Logiknya jika kita
ingin minta cara penyelesaian sesuatu sistem terhadap masalah kehidupan maka sistem
itu perlu diberi peluang terlebih dahulu dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Setelah itu
barulah dapat dilihat sama ada masalah itu masih ada atau sudah selesai, berubah bentuk
atau unsurnya. Pada masa itu barulah sistem berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap permasalahan yang timbul.

Islam adalah sistem hidup yang lengkap, bersifat sepadu, saling berkait dan menguatkan
antara satu aspek dengan aspek lain. Sistem ini berbeza daripada sistem lainnya dari segi
wataknya, gagasannya tentang kehidupan dan cara pelaksanaannya. Perbezaan ini adalah
perbezaan yang asasi dan menyeluruh. Oleh itu Islam tidak bertanggungjawab terhadap
masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini kerana masalah itu lahir akibat Islam
dipisahkan daripada realiti kehidupan.

Sebenarnya untuk mengambil Islam sebagai penyelesaian masalah, terlebih dahulu Islam
perlu dijadikan pengatur selurun kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan
dunia ini. Setelah itu apabila timbul persoalan atau permasalahan barulah wajar untuk
meminta pandangan Islam mengenai persoalan itu kerana masalah itu timbul dalam
sistem Islam, bukan ditimbulkan oleh sistem bukan Islam. Allah SWT berfirman yang
bermaksud:

“Wahai orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang
nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 208).

Islam mendidik manusia dengan sistem tertentu, memerintah dengan hukum tertentu,
menyelesai masalah mereka atas dasar tertentu serta mewujudkan sistem kemasyarakatan,
ekonomi dan politik yang tertentu. Jadi perkara utamanya ialah melaksanakan Islam
sebagai sistem yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

Pengertian Tarbiyah.

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan 
dan  pendidikan. Tarbiyah  Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan
berasaskan sumber  al-Quran  al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini
adalah sumber-sumber rabbani.  Dengan  sumber inilah generasi sahabat dididik oleh
Rasulullah SAW sehingga berjaya melahirkan generasi rabbani yang  mendapat  jolokan
dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim yang
bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh
berbuat kebaikan, melarang berbuat  kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”
(Ali ‘Imran: 110)

Peranan Tarbiyah Islamiyah.

Tarbiyah  memainkan  peranan   penting  dan  berkesan dalam kebangkitan, 


pembangunan dan kemajuan sesuatu  masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat
bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah
perlu  diberi keutamaan  dalam  perancangan  pembangunan  sesuatu masyarakat. Sejarah
Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama  untuk 
membangunkan  manusia  yang  mampu  menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.

Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak
didikan  Islam adalah iman.

Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan  panjang
lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat  Islam. Katanya, asas
pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid  Rububiyatillah 
dan  tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya ia 
mengetahui hakikat  diri dan letak duduknya manusia itu dalam  hidup  supaya faham
mengapa manusia itu  dijadikan,  memahami  hubungan  dan pimpinan  akal   fikiran 
manusia,   tindak   lakunya  dan segala aktivitinya dihubungkan dengan Allah swt,” tulis
beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Shadid  dalam  ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah


menyingkap  kembali  sejarah  dengan menjelaskan bahawa Rasulullah  SAW  adalah
utusan  Allah SWT. Baginda adalah contoh utama  dan  qudwah hasanah serta pelaksana
manhaj al-Quran. Baginda adalah pendakwah yang  amat  faham tentang dakwahnya dan
murabbi  (pendidik)  yang dianugerahkan  segala sifat sebagai murabbi. Baginda 
mengajak  sahabatnya   dan   orang  ramai  beriman   kepada Allah, menghubungkan
mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman bahawa al-Quran adalah arahan
daripada Allah SWT untuk dilaksanakan. Arahan itu hanya akan diterima oleh hati yang
beriman. Oleh itu, menurut Said  Hawa,  pemusatan perlu diberi kepada proses
pendidikan untuk memastikan lahir titik tolak yang betul.

Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek.

Iman  tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup  manusia.  Setiap 
pekerjaan  yang   dilakukan  hendaklah  dibina dan  didorong oleh  iman kepada  Allah 
SWT. Dengan itu, barulah pekerjaan itu  dikira  sebagai  ‘ubudiyah (ibadah)  kepada 
Allah  SWT.

Menurut   Mustafa  Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada  aqidah  yang 
baik.  Perkataan ibadah itu  mempunyai  sifat kesyumulannya  dan merangkumi segala
urusan hidup, tidak terbatas kepada sembahyang, puasa,  zakat dan haji sahaja kerana
risalah dan  tugas  manusia dalam  hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup
seluruhnya ialah ibadah
kepada Allah.

“Tidak  Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk  beribadah kepada Aku.”       
(Al-Zariyat: 56)
 
Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini
dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan 
minum, ilmu  dan  amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati
Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga  sekolah,
kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah,  padang permainan, malah dunia
seluruhnya  menjadi  tempat beribadah kepada Allah SWT. Dengan perkataan lain, segala
usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada
Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua
aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati
manusia  dengan Allah pada setiap masa adalah asas  utama  bagi melaksanakan tarbiyah
Islamiyah dengan berkesan.
Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek  yang  paling penting kerana
matlamat pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam  pengertian sebenar
iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir  dalam bentuk
amalan dan  tindakan,  seperti  yang disebutkan dalam al-athar: “...Ia sebati  dalam  jiwa 
dan  dibenarkan  dalam  bentuk amalan.” Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya  orang yang beriman ialah orang  yang  beriman kepada Allah dan
RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa
mereka di jalan    Allah.”  (Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur,  sentiasa berhubung  dengan Allah
SWT, yakin akan menemui-Nya,  mengharapkan rahmat-Nya  dan  takut akan azab-Nya.
Jiwa  yang  hidup inilah yang menjadi  tumpuan  Allah swt untuk dicampakkan nur
kepadanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada
hati dan amalanmu.”

“Pada  hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak  kecuali mereka  yang  balik 
kepada  Allah  dengan  hati  yang (sejahtera).”

Tarbiyah Islamiyah berusaha menghi-dupkan jiwa  supaya  tidak  mati, 


memakmurkannya  supaya  tidak  binasa   dan melembutkannya  supaya  tidak keras
kerana hati yang keras dan  akal yang beku  merupakan  satu  kemungkaran  yang  perlu 
diminta perlindungan Allah SWT daripadanya.
 
“Adapun  Nabi  SAW  meminta perlindungan  daripada  Allah  SWT daripada ilmu
yang tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”

Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca  daripada  hatinya. Tepat seperti  yang telah
disabdakan oleh  Rasulullah  SAW  dalam hadithnya yang bermaksud:

“Ketahuilah di dalam  jasad manusia terdapat  seketul  daging, jika baik ketulan itu
maka baiklah seluruh jasadnya,  tetapi jika  rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.
Ketahuilah ia adalah hati.”

Oleh  itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan.
Jiwa perlu dibersihkan daripada   sebarang  syirik  dan  sifat  yang   tercela seperti hasad, 
‘ujub,  takkabur,  bakhil,  cintakan  dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.

Menurut  Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati  itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang
menciptanya,  nama-Nya, sifat-Nya,  perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati  yang sihat 
akan  mengutamakan keredaan Allah dan  mencintai  apa yang disukai Allah serta
menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.
Realiti Masyarakat Islam Kini.

Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan
dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara  semudah ini tidak difahami oleh 
umat  Islam hari ini atau kabur bagi mereka.

Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang
kekuatan dan terumbang-ambing  menjadi buih, tidak digeruni atau disegani  lagi seperti
yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir  seluruh  umat  manusia  bersatu  menghancurkan  kamu seperti  orang  yang
sedang lapar  menghadapi  hidangan makanan.  Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit
pada masa  itu, wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi  kamu
laksana buih air bah.”

Dasar Penyelesaian Islam.

Masalah  manusia  hari ini tidak akan dapat dirungkaikan  kecuali  kembali kepada Islam.
Islam pula tidak dapat memainkan  fungsinya  melainkan wujud para  pendokong
(‘amilinnya).

Meneliti  sejarah Rasulullah  SAW, para pendokong dibentuk  dan  diproses  melalui
Tarbiyah Islamiyah yang  mengikrarkan  ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah yang 
merangkumi  i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam amalan
hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan  jiwa mereka daripada
beriman  kepada  yang lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan
yang lain daripada Allah semata-mata.

Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi 
dasar  penyelesaian  Islam. Ummah  yang  dianggotai  oleh mereka yang melalui proses
pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap
anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah’.

Selagi ikrar ini tidak lahir dalam  bentuk  amalan individu mahupun masyarakat sebagai
natijah proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah
muslimah dalam pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan jelas ini  perlu difahami oleh
setiap muslim yang telah bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan
mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya bagi   Allah SWT. Kefahaman yang jelas ini penting
supaya amalan hidup setiap  muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai
Allah SWT. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah atau asas  bagi  suatu sistem
yang lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah  Islamiah benar-benar diasas
dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. Allah berfiman
dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:

“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan  supaya jangan tunduk
memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula  Allah berfirman yang bermaksud:

“Siapa  yang  mematuhi Rasul maka  sesungguhnya  ia mematuhi Allah.”

Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama
ialah membersihkan jiwa  anggota  daripada  ‘ubudiyah  kepada  yang  lain daripada
Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang dianggotai 
mereka  yang  sudah  bersih  hati dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat
Islam.

Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelah
tencapai suatu tingkat kekuatan  yang  mampu menghadapi cabaran dan tekanan
masyarakat jahiliyah. Kekuatan yang dimaksudkan ialah  kekuatan  aqidah,  kekuatan 
syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatan
yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah  atau sekurang-kurangnya mampu
mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.
Dunia islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh islam. Umat Islam tidak
dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal
oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya:

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang
mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat islam
yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak
sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di
dalam hati musuh terhadap kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya
Rasulullah. Jawab baginda "cintakan dunia dan bencikan akhirat".

Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam
pada hari ini mencecah lebih 1 billion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di
muka bumi ini; kebanyakannya tinggal di negara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang
lumayan.

Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan
negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia.
Persoalannya ialah Kenapa faktor-faktor ini tidak dimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini
menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Sebaliknya
musuh Islam yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai
strategi melumpuhkan dan memporak-perandakan negara Islam.

Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit oleh musuh Islam. Negara Iraq yang
kaya dengan sumber minyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri
pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat. Kekayaan yang mereka perolehi hasil bumi
negara Islam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat
islam.

Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada dunia
mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya
hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa
yang sama mencabut keberanian itu dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan
peasaan penakut: takut kepada musuh Islam.

Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orang Mongol sepatutnya dijadikan


teladan supaya peristiwa hitam ini tidak akan berulang kembali. Adakah faktor-faktor
kejatuhan Baghdad mula meresap dalam masyarakat dewasa ini. Masalah rasuah
sekarang semakin menjadi. Ia telah meresap dalam pelbagai organisasi kepimpinan.
Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli
pucuk pimpinan supaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islam sendiri. Jika
dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomi umat islam merudum malahan negara juga turut
tergadai.

Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang? Sudahlah ekonomi lemah ditokok
pula dengan pelbagai penyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmi keruntuhan
akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu
pemulihan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah 'lain sakit lain pula
ubat yang diberi'.

Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala
sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidak sepatutnya
ditonton sudah menjadi semakin lumrah dan video lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa
sahaja. Bukankah ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam
kini tidak mempunyai ketahanan dan iman yang kuat untuk menangkis serangan yang
hebat ini. Semua ini adalah antara strategi dan perancangan musuh Islam yang tidak akan
redha terhadap perkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akan berlaku
beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih.

Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak redha
terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut carahidup mereka."

Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yang banyak. Manusia lebih suka ke
kilang daripada masjid. Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi
lengang,cuma diimarahkan dengan karpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan
musuh islam? Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke
kilang.

Dalam hadith tadi, Nabi memberi 2 faktor berlakunya begini: cintakan dunia dan benci
kepada mati. Umat Islam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu
dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung
tenaga memerangi musuh Islam. Mereka tidak takut menghadapi mati. Sebaliknya
masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap
menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak
dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad
memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.

Oleh itu, sama-samalah kita menginsafi diri dan bertaubat di atas segala keterlanjuran
yang kita lakukan. Hanya dengan kembali kepada Allah, segala penyakit akan terubat,
insyaallah.

You might also like