You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN & MAKAN MALAM


LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR 2017
SM SAINS REMBAU, N.SEMBILAN

1.0 Pendahuluan

Majlis Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pemimpin Pelajar akan diadakan pada 27 Oktober 2017
iaitu pada hari Jumaat. Lokasi majlis ini diadakan pada tahun ini ialah di Dewan Dato’ Azam,
SM Sains Rembau. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa para pelajar
yang telah memberikan khidmat sebagai pemimpin pelajar di SM Sains Rembau.

2.0 Objektif

2.1 Menghargai jasa Lembaga Pemimpin Pelajar yang telah menjalankan tugas dengan
cemerlang, bertanggungjawab dan komited terhadap tugas yang diberikan.
2.2 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.

3.0 Atur cara Program

8.00 mlm : Kehadiran guru-guru dan pelajar.


8.30 mlm : Majlis bermula
 Kata alu-aluan pengerusi majlis
 Bacaan doa selamat
 Ucapan Ketua Pengawas
 Ucapan Pengetua dan perasmian majlis
 Jamuan makan.
 Persembahan pelajar.
 Penyampaian hadiah.
10.30 mlm : Majlis Bersurai

4.0 Ahli Jawatankuasa Kerja

Penasihat : Pn. Hjh Norzila bt Idris - Pengetua SM Sains Rembau


Pengerusi : En. Shafian bin Ishak - PK HEM
N.Pengerusi 1 : Cik Sharizan bt Sheikh Osman - PK Pentadbiran
N.Pengerusi 2 : Pn. Hasni binti Bakar - PK Koku
Penyelaras : Cik Norhayati bt Ahmad Sidi - GKMP Sains & Matematik
Setiausaha : Pn. Rahayu binti Johari
Bendahari : Pn. Nor Hafizah bt Jaharudin
Buku program/ Jemputan
: Cik Nurul Najwal bt Othman
Hadiah/sumbangan
: Pn. Murni bt Buchik
Juruacara : Pelajar
Makanan dan persiapan tempat
: En. Noor Khairul Azwan bt Yusoff
Kebersihan : En. Saljie Saluien
Doa / Fotografi : En. Shahiful Izuan b Ismail & Pelajar
5.0 Perbelanjaan Majlis

1. Jamuan Makan (55 orang X RM20) : RM 1100.00


2. Hadiah Cabutan Bertuah (10 hadiah) : RM 300.00
3. Hiasan Dewan / Backdrop : RM 100.00
Jumlah RM 1500.00

6.0 Sumber Kewangan

Disebabkan LPP tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi maka pengawas-
pengawas tingkatan telah bersetuju membuat kutipan bayaran sebanyak RM15.00 seorang
dan akan memohon bantuan kewangan daripada guru-guru dan individu yang sudi memberi
sumbangan secara ikhlas kepada kami bagi menjayakan majlis ini.

7.0 Menu
i. Nasi Beriani
ii. Ayam Goreng Berempah
iii. Dalca Daging dan sayur
iv. Jelantah
v. Popadom
vi. 2 jenis kuih
vii. Buah tembikai
viii. Air oren sejuk
ix. Teh tarik
x. Cendol

8.0 Konsep Jamuan


i. Meja bulat dan kerusi bersarung
ii. 2 meja untuk VIP (guru) dengan dome
iii. 5 meja untuk pelajar
iv. 2 set buffet

9.0 Penutup

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis perpisahan
kepada pengawas-pengawas tingkatan 5 yang akan tamat pengajian pada tahun ini. Semoga
majlis dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh, 23 Oktober 2017


RAHAYU BINTI JOHARI
Naib Setiausaha LPP 2017,
SM Sains Rembau.

Disahkan oleh,

__________________________
(PN HJH NORZILA BINTI IDRIS)
Pengetua Kanan,
SM Sains Rembau.

You might also like