Jenis Gasing

• • • • • • • • • • • •

Gasing toyol Gasing begelen Gasing berembang Gasing jantung Gasing kuno Gasing lang laut Gasing leper Gasing leper Kelantan Gasing pacitan Gasing pangkah Gasing tanjung Gasing uri

Gasing toyol Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau. Gasing begelen Gasing Begelen merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg. Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm.Gasing ini merupakan gasing Jawa dan merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam tetapi telah disimpai dengan menggunakan keluli. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memusing, ia juga boleh digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja

Gasing berembang Gasing berembang ialah sejenis bentuk gasing yang asas dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Penggunaan gasing ini digunakan secara meluas di Malaysia. Gasing jenis ini merupakan identiti asal bagi gasing Melayu di Malaysia.Gasing ini dinamakan sedemikian kerana dibuat dari buah berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai. Buah ini berbentuk bulat, agak leper dan licin. Gasing jantung Gasing jantung adalah gasing berbentuk jantung dan biasanya dimainkan di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Gasing jantung ini juga dikenali sebagai gasing lundu

Gasing kuno Gasing kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor.Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang.Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.

Gasing lang laut Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor.Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm.Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petekpetek. Gasing leper Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar. Gasing leper Kelantan Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar.Gasing leper kelantan merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.

Gasing pacitan Gasing Pacitan merupakan sejenis gasing yang berunsur Jawa. Di Johor, gasing ini hanya boleh diperoleh di kalangan pemain Jawa dari Pacitan. Di negeri Selangor pula, gasing ini banyak terdapat di kawasan Lembah Kelang, tetapi di sini ia dikenali sebagai gasing bunut.Gasing pacitan agak tinggi berbentuk berembang dengan berat 0.8 kg. Gasing pacitan ini mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian 10 cm.Gasing jenis ini selalu dimainkan oleh tekong kerana bentuknya agak tinggi, mudah mencelah dan melindungi gasing lain. Oleh sebab gasing ini mempunyai binaan yang kukuh dan agak melengkung, ia mampu menahan pangkahan. Di Pahang, gasing jenis ini banyak didapati di Kuala Lipis, terutama di mukim – mukim pedalaman di sepanjang Sungai Jelai.

Gasing pangkah Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. Gasing tanjung Gasing tanjung merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor. Ia dimainkan dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor gasing ini dinamakan gasing labu lemak.Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau. Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

Gasing uri Gasing uri merupakan sejenis gasing yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 6 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful