You are on page 1of 2

LANGKAH SELAMATKAN BIODIVERSITI

1. Persidangan pengurusan biodiversiti.

Bengkel mengenai biodiversiti, bioprospek, pengurusan dan pengawasan eko-pelancongan


dan perlindungan spesis terancam. Tahun Biodiversiti Sedunia 2010 memberikan peluang
kepada masyarakat dunia untuk memahami kepentingan peranan biodiversiti dalam
mewujudkan suatu suasana kehidupan yang mampan. Aktiviti yang terancang lebih
tertumpu kepada aspek galakan kepada orang awam untuk mengurangkan kemusnahan
biodiversiti, di samping meningkatkan pemahaman terhadap kepentingan biodiversiti kepada
manusia.
120 negara tentang menandatangani KONVENSION KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL (CBD).
memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan
biodiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut,Malaysia
menjanjikan 50% litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

2. Menggalakkan dan memperbanyakkan penubuhan pusat penyelidikan dan


pembangunan (R&D).

Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap


potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-Pusat
penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara
dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan
benih. Pemuliharaan kepelbagaian biologi dapat dibantu dengan kaedah-kaedah
bioteknologi seperti penyelamatan embrio, perlakuran protoplas, kriopengawetan dan
perpustakaan DNA. Bioteknologi juga boleh digunakan untuk menilai variasi ginetik yang
terpendam, iaitu melalui teknik RFLP dan elektroforesis gel.

3. Mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan yang lebih telus.

Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas
pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti
pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan
biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi, pengawalan terhadap
hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak
merugikan Negara.
Kepelbagaian biologi yang meliputi keanekaan organisma di peringkat genetik, spesis dan
ekosistem, wajar dianggap sebagai harta pusaka sesebuah negara berdaulat. Khazanah ini
seharusnya dipulihara untuk generasi sekarang dan sebagai warisan generasi-generasi
yang akan datang.

Pendidikan secara formal dan informal merupakan pendekatan yang terbaik dalam
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya memelihara kepelbagaian biodiversiti
ini.

Pendidikan Formal

1. Mata pelajaran sains dan biologi

Pengenalan biodiversiti dalam mata pelajaran sains atau biologi, mengenalpasti spesis
haiwan dan tumbuhan, peranannya dalam kehidupan seharian dan kebaikan sesuatu spesis
tersebut kepada manusia.
2. Aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum
Melalui aktiviti seperti mencipta syair, pantun, berpidato, ceramah, kuiz, projek kelas,
penyediaan buku skrap, lukisan, permainan alam sekitar, kajian biodiversiti dan sebagainya
dapat mendekatkan para pelajar kepada kepentingan dan keperluan biodiversiti dalam
bentuk karya, ilustrasi atau objek yang menarik. Ini dapat menggalakkan para pelajar
mempelajari dan menghayati kekayaan biodiversiti di dunia ini dengan lebih berkesan.

3. Penulisan biodiversiti

Dengan memperbanyakkan pembacaan artikel, jurnal, majalah alam sekitar dan


dokumentari berkaitan dengan biodiversiti mampu menambahkan ilmu pengetahuan kita
dalam usaha memelihara biodiversiti di sekeliling kita. Selain itu dapat memupuk perasaan
kasih sayang dan menghargai kepentingan kepelbagaian biodiversiti di dunia ini.

Pendidikan Tidak Formal

1. Lawatan luar

Dengan mengadakan sesi lawatan ke kawasan hutan simpan, taman negara, zoo
negara, kawasan hutan bakau, taman burung dan taman herba dapat membantu
para pelajar akan kepentingan fungsi biodiversiti dalam kehidupan seharian. Muzium
biodiversiti seperti muzium siput, muzium hidupan akuatik, muzium spesis pokok dan
muzium haiwan dapat menginsafkan diri kita betapa ruginya kita sekiranya
kehilangan spesis-spesis yang berharga kepada negara akibat daripada kerakusan
manusia dalam mengejar arus pemodenan dengan memusnahkan habitat asal
spesis haiwan dan tumbuhan tersebut.

2. Aktiviti biodiversiti

Aktiviti seperti menanam pokok, penanaman semula pokok seperti pokok api-api dan
perepat, pokok kayu jati, merbau dan sebagainya dapat mengembalikan semula
kitaran biodiversiti.

3. Program kesedaran

Program-program kesedaran seperti aktiviti mengutip sampah sarap di kawasan


persisiran pantai dan hutan simpan, mengitar semula barangan terpakai seperti botol
plastik, kaca dan suratkhabar, menjalankan aktiviti pembersihan sungai dan pelbagai
lagi aktiviti kesedaran mampu menarik masyarakat di negara ini untuk bersama-
sama memelihara dan memulihara biodiversiti dan alam sekitar dengan lebih
berkesan.