You are on page 1of 1

PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada murid-
murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,
dedikasi dan berani menjalankan tugas.

2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan


jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan
baik.

3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan


setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.

4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka
mesti mematuhi arahan pengawas.

5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am


pengawas.

6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah


dari semasa ke semasa.

7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.

8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain
termasuk ke acara/majlis rasmi.

9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini
sepanjang masa.

You might also like