http://www.scribd.

com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia

1.1Dasar Pendidikan Di Malaysia Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak±kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai ± nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai µDasar Pendidikan Kebangsaan¶. Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957.

Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama. Integrasi antara kaum pula merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas Negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai ± nilai integrasi antara kaum ini. Antara langkah yang telah diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dasar pendidikan negara ini ialah dengan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama di semua sekolah, menggunakan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama di setiap sekolah dan guru ±

rohani. Pada tahun 1959. Antara cadangan ± cadangan . faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan system pendidikan Negara selepas mencapai kemerdekaan ialah µPerpaduan¶. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca .guru yang mengajar di sekolah haruslah dilatih di bawah satu sistem latihan perguruan yang sama. sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. maka sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat membentuk ciri. intelek dan sosial (JERIS). kesejahteraan serta pembangunan negara. iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun1989. Di samping itu juga. berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan . Walau bagaimanapun. menulis dan mengira. 2. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979). emosi. tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum.bilik darjah yang bersesuaian . Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957. ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani. Menerusi perancangan yang sistematik. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu.1Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan selepas merdeka Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untukmengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Ketiga ± tiga faktor ini merupakan kunci kepada pembentukan arah dan orientasi nilai sistem pendidikan kebangsaan negara ini. Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. kurikulum latihan perguruan yang seragam dan amalan±amalan pedagogi di bilik. Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun1983.ciri tingkahlaku dan sikap pelajar yang bersesuaian dengan tatasusila masyarakat Malaysia.

Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial sekiranya murid ±murid ini berhenti sekolah terlalu awal. Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. jawatankuasa ini mencadangkan agar umur persekolahan murid± murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang pertama. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965). Sistem pendidikan pada tahap ini bukan hanya berorientasikan kepada pembasmian buta huruf tetapi jugauntuk mencapai matlamat ekonomi negara. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Yang ketiga pula. kebudayaan dan politik. Di samping itu. memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini. Yang kedua. menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar. Sejak itu. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial. Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta . Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Sistem pendidikan negara terus mengalami perubahan di sekitar tahun1963 hingga 1975 selaras dengan perlaksanaan rancangan lima tahun Malaysia. menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara tindakan±tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam . Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Mana ± mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan. bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik.

Kedua. beberapa buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah disediakan bagi melatih pelajar dalam bidang pertukangan. Perubahan ± perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. sains rumahtangga dan perdagangan agar pelajar dapat mengembangkan lagi bakat mereka dalam bidang kemahiran yang telah disediakan. system pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembangan pada Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975). Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia yang pertama ini . kaum mahu pun agama. mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan±kawasan dan juga antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar Bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai ketiga ± tiga hasrat ini ialah yang pertama melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat. Jawatankuasa ini telah mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan . memperbaiki sukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara mata pelajaran teras dengan mata pelajaran elektif seperti sains dan teknologi. Pada tahap ini. pertanian. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini antaranya melalui pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalam peperiksaan awam. kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu Jawatakuasa Kabinet untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Pada tahun 1974.melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa. menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara. Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Yang kedua memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat dan yang ketiga memperbaiki mutu pelajaran ke arah mecapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Yang ketiga. Di bawah RancanganMalaysia Kedua . Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat±matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. meningkatkan mutu pelajaran. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang yang berikut iaitu yang pertama . membuat penilaian secara sistematik.

1 Pengenalan KBSR dan KBSM Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negara±negara maju yang lain. 3.1. 3. Kementerian Pendidikan padaketika itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan perakuan yang terkandung dalam laporan tersebut. perkara yang lebih penting ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran ini dapat memenuhi matlamat Negara ke arah pembentukan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Oleh yang demikian. menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pendidikan Islam dan Moral serta memantapkan lagi pembentukan disiplin di kalangan para pelajar. meningkatkan kecekapan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan serta memasukkan mata pelajaran yang baru dalam kurikulum sekolah iaitu mata pelajaran Pendidikan Sivik.tenaga rakyat negara ini dapat dipenuhi. cita-cita FPN dan pendekatan yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna. Walaubagaimanapun. Oleh yang demikian. tahun 1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek. berdisiplin dan terlatih.segala perubahan dalam kurikulum. di samping berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.1 Latar belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) . menstrukturkan masa persekolahan. Antara aspek lain yang dikaji untuk penambah baikkan terhadap sistem pendidikan di negara ini ialah menyeragamkan sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan di semua sekolah. Perlaksanaan kurikulum baru KBSR danKBSM adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Berikutan itu. kurikulum di peringkat rendah dan menengah telah dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.

Yang keempat. Dan yang kelima. murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. menulis dan mengira. membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu. murid dapat bergaul . menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu. pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai±nilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk di kalangan murid. melalui KBSR. murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca. pengetahuan. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik. minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Yang kedua. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran. menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Kesinambungan daripada perubahan ini. maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan . Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai pula ialah yang pertama.Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan. maka terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Cina. sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan. murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur. nilai. Seterusnya yang ketiga pula ialah. Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. kefahaman. Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.

bakat. beberapa perubahan terhadap kurikulum sekolah menengah adalah amat diperlukan. amalan dan rekreasi serta memberi penekanan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dalam situasi kehidupan harian. Orientasi kepada masyarakat pula ditujukan kepada kemahiran berinteraksi. nilai±nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun danbersistematik. Perubahan kurikulum yang menyeluruh bagi peringkat menengah dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana mula dilaksanakan pada tahun 1988 secara berperingkat±peringkat. rohani. menekankan pembelajaran ke arah memahami diri. Bahkan KBSM digubal berlandaskan kepada konsep pendidikan umum yang memberi bpenegasan kepada pendidikan yang seimbang dan menyeluruh dalam usaha pemupukan nilai dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu menjadi warganegara yang berguna. politik. bersemangat patriotik. reakreasi. memberi keseimbangan antara ilmu pengetahuan dengan unsur nilai. Antara objekif ± objektif yang terdapat dalam KBSM ialah membolehkan pelajar menguasai kemahiran berinteraksi dalam situasi kehidupan sebenar. serta mempertingkatkan peribadi dan watak. perpaduan negara. pemikiran dan penaakulan.1. dan bertanggungjawab. jasmani. akhlak. 3.2 Latar Belakang Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Matlamat utama pendidikan di Malaysia pada dasarnya adalah menuju ke arah penambahan keperluan tenaga kerja serta mencapai perpaduan rakyat melalui perkembangan individu yang menyeluruh. sosio budaya. emosi. kemahiran hidup. Unsur± . Perkembangan diri ditujukan kepada kerohanian . ekonomi dan modenisasi. Oleh itu. Oleh itu. kesejahteraan diri. mengembangkan bakat. Aspek kewarganegaraan akan meliputi semua mata pelajaran serta kegiatan kokurikulum dalam KBSM.murid secara menyeluruh dari aspek intelek. Matlamat KBSM ini adalah berteraskan kepada perkembangan diri yang disepadukan dengan orientasi kepada masyarakat dan negara. tumpuan khas diberikan kepada pemupukan semangat kewarganegaraan yang bertujuan untuk membina perasaan bangga terhadap bangsa dan negara. untuk menjamin akan wujudnya keseimbangan pembelajaran antara kedua ± dua peringkat persekolahan iaitu rendah dan menengah. daya kreatif dan sikap yang positif.

Antara tujuan gerak kerja kokurikulm ini dilaksanakan adalah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan antara murid. pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah serta memberi peluang untuk memupuk sikap yakin dan berdikari di kalangan para pelajar. kemanusiaan dan kewarganegaraan seperti baik hati.damai dan harmoni. kreativiti dan pemikiran serta kandungan kurikulum ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian. unit beruniform dan permainan adalah unsur ketiga yang terdapat dalam KBSM ini. SK sepatutnya . Antara aspek yang terdapat dalam unsur ini ialah memperkembangkan kemahiran belajar.tenteram. membawa maksud ³sesuatu perihalan atau proses penggabungan dan kesepakatan untuk menjadi satu´. wajar diberi perhatian dan perlu dititikberatkan di dalam penyusunan pembangunan negara. kemerdekaan dan kedaulatan Negara dapat dipertahankan dan dikekalkan serta untuk memastikan supaya semua rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman. hendaklah menghalusi implikasi senario ke arah polarisasi sebagai satu ancaman kepada perpaduan nasional. bekerjasama. SK perlu mempelbagaikan kegiatan ko-kurikulum yang melambangkan kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilangkaum. SK perlu wujudkan persekitaran budaya yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang sebenar. Dengan ini.Menurut beliau: ³kepimpinan di Sekolah Kebangsaan(SK). 3. bertoleransi. Unsur yang kedua pula ialahµNilai±nilai murni¶ di mana penerapan nilai murni dalam kurikulum ini adalah yang bersifat sejagat yang berteraskan kepada aspek kerohanian.1. psikomotor dan sosial. mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah. Perpaduan rakyat Malaysia adalah satu isu yang amat penting. sekolah dan masyarakat. unsur perpaduan dikalangan rakyatnya adalah amat penting sekali kerana tanpa perpaduan. rasional dan sebagainya. Integrasi Nasional pula membawa maksud ³satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identiti yang sama´. Keyakinan warga Malaysia terhadap SK perlulah dipulihkan danditingkatkan. Berikut adalah di antara petikan pendapat tokoh-tokoh yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. mengembangkan intelek . Integrasi pula bermakna ³penggabungan atau pergabungan dua atau lebih beberapa kaum menjadi satu kesatuan´. Gerak kerja kokurikulum seperti aktiviti persatuan. Ini kerana sebagai sebuah negara yang bebas . Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini.sesebuah negara itu akan mudah terdedah kepada pelbagai kelemahan dan juga ancaman anasir±anasir luar yang cuba mengambil kesempatan atau berniat jahat terhadap kedaulatan negara ini. budaya dan bahasa.unsur penting yang terkandung dalam KBSM ini ialah yang pertama µUnsur ilmu dan kemahiran¶. agama. Kenyataan ini dipetik melalui ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Umno Pulau Pinang di Kepala Batas.3 Perpaduan dan Integrasi Nasional Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). merdeka dan berdaulat.

harmonis dan sejahtera ³ mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak ingin melihat tercapainya citacita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada 2020 nanti´ 3. sebagai rakyat Malaysia.1. bertanggungjawab. Pensyarah di Fakulti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warganegaranya. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum. berakhlak mulia. kita harus berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan ini untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Malah. Datuk Wan Hashim.pendidikan. UKM mengatakan ³ mereka yang menentang sekolah wawasan adalah mereka yang tidak ingin melihat tercapainya cita-cita kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu seperti yang tercipta dalam Wawasan2020 apabila rakyatnya hidup secara aman dan damai di mana tiada lagi fenomena pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi pada 2020 nanti´ 3. bertanggungjawab. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. perbezaan kebudayaan. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini. berakhlak mulia. memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. setia kepada negara. setia kepada negara. Di samping itu.4 Keberkesanan sistem pendidikan KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan.4 Keberkesanan sistem pendidikan KBSR dan KBSM dalam pembentukan Integrasi Nasional di Malaysia Sememangnya KBSR dan KBSM dirancang untuk mencerminkan keinginan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sempurna dan mempunyai keperibadian yang tinggi seperti percaya kepada Tuhan.1. memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta . sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. Dalam hal ini. prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dan dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia.merupakan miniature reality sebuah negara Malaysia´ Menurut pendapat Prof.

prasangka yang bersifat perkauman atau prejudis ini seharusnya dikikis dan dihapuskan daripada diri setiap masyarakat Malaysia. Di samping itu.mempunyai semangat perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi antara kaum. Dalam situasi ini. nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. dalam kurikulum KBSR dan KBSM. ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak ± kanak. pemilihan mata pelajaran yang terkandung dalam KBSR dan KBSM seperti mata pelajaran Bahasa Melayu. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara. sebagai rakyat Malaysia.Sejarah dan Aktiviti Ko-kurikulum adalah sangat penting dalam usaha untuk mencapai cita±cita yang termaktub dalam Rukun Negara. Tanpa semangat perpaduan dan kejelekitan antara kaum. Pendidikan Moral . Oleh yang demikian. Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksankan secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid±murid akan dilatih mengamalkan sikap . Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Dalam usaha untuk membina suatu sistem pendidikan yang berdasarkan perpaduan ini. kita harus berusaha untuk merapatkan jurang perbezaan ini untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Integrasi nasional antara kaum adalah antara aspek penting yang perlu ditekankan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. perbezaan kebudayaan. pendidikan. iaitu kepatuhan terhadap ideologi Rukun Negara. sikap toleransi harus sentiasa diamalkan. kedudukan BahasaMelayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini. sosial dan ekonomi tidak harus dibiarkan berlarutan atau menjadi batu penghalang terhadap usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan warga negaranya. Semua perancangan kurikulum sekolah seperti KBSR dan KBSM adalah mempunyai perkaitan dengan prinsip Rukun Negara. Dalam hal ini. Oleh yang demikian. kemajuan dan pembangunan negara pasti akan terjejas dan akhirnya akan menyebabkan berlakunya konflik dan perpecahan kaum. harmonis dan sejahtera. Bagi matapelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan matapelajaran Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR. serta menyedari akan kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penerapan prinsip Rukun Negara dalam KBSR dan KBSM adalah atas kesedaran bahawa sekolah merupakan agen yang boleh menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang sempurna dalam proses pendidikan serta murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka demi mewujudkan perpaduan antara kaum. kelima±lima prinsip Rukun Negara perlu diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Malah. semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum harus menekankan unsur integrasi nasional .

Sikap±sikap seperti ini adalah penting dalam usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan pelajar yang berbilang kaum. matlamat dan objektifnya serta penegasan terhadap kesedaran kebangsaan dan pemupukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu. integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui ³Aktiviti Budaya Sekolah´.2 Penutup Kesimpulannya.membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan. lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah. . 3. Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua intipati Rukun Negara jelas menunjukkan matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan masih berkekalan. Oleh yang demikian. serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan ± rakan yang lain. permainan serta unit beruniform. hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. Melalui aktiviti±aktiviti yang dijalankan ini. Untuk mencapai hasrat ini. mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM. Bagaimanapun. tidak dapat dinafikan aktiviti±aktiviti budaya sekolah yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan. adalah dirasakan amat penting KBSR dan KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat. seperti mana yang terkandung dalam Penyata Razak ( 1956 ). Penerapan nilai ± nilai murni ini adalahpenting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. kurikulum KBSR dan KBSM yang terdapat dalam system pendidikan di negara ini sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar walaupun dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas ³ hendak menyatukan kanak±kanak dari semua kaum di dalam negara ini ³. Seterusnya. ianya meliputi aktiviti kelab. memahami budaya kaum lain. mendisiplinkan diri.seperti kerjasama. persatuan.bertoleransi. dasar± dasar negara. pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful