AKIDAH

DEFINISI BAHASA:

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat . Akidah menurut pengertian bahasa dapat ditafsirkan dalam pelbagai makna,antaranya ialah : Perkataan akidah adalah berasal daripada kata kerja µAQADA yang bermaksud simpul atau ikat. Ia juga sering dikaitkan dengan jual beli,contohnya : µAQADA AL -BAY¶ yang bermaksud melakukan ikatan kontrak jual beli. Ia juga dikaitkan dengan perjanjian ,contohnya: µAQADA AL-µAHDU yang bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian . Al Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud -maksud di atas.

ISTILAH

Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan key akinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan

Aqidah (

) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (

) yang

bermakna 'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu. Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana p un sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.

Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah SWT yakni mengakui kewujudan-Nya. Dari segi fungsinya Allah SWT sebagai Rabb ( Malik ( ), dan Ilah ( ),

) seperti dapat dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 1, 3, 4,

Surah An-Nas ayat 1, 2, 3. Akidah menurut pengertian istilah ditakrifkan dengan pelbagai antaranya: Ibn Taimiyah yang kepadanya , beroleh definisi,

meninggal dunia pada tahun 1263 Masihi

,mentakrifkan akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa ,hati menjadi tenang keyakinan dalam kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Pengertian menurut Al-Firuz Abadi (1329-1415M), akidah ialah sesuatu yang diikat dan disimpul didalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Daripada takrif ini, akidah merupakan suatu pegangan y ang berbentuk keagamaan. Pegangan ini mestilah pegangan yang benar dan tidak menyelewang. Sesuatu yang sebati di dalam hati dan jiwa merupakan akidah atau pegangan agama seseorang. Menurut Imam Al-Ghazali (1058-1111 M), akidah ialah berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak. Daripada takrif yang dikemukakan ini ,jelaslah kepada kita bahawa akidah itu bersumberkan dalil yang pasti dan dipercayai. Ianya datang daripada Allah dan atas dasar inilah terangkum di dalamnya beberapa persoalan akidah yang wajib diimani oleh setiap Muslim. Kepercayaan kepada Allah merupakan pokok yang menjadi asas dalam akidah Islamiyyah.bertolak daripada asas inilah lahirnya kepercayaan kepada Rasul rasul, Kitab-kitab, para Malaikat, Hari Akhirat serta Qada¶ dan Qadar. Perkara perkara ini merupakan sesuatu yang bersifat ilmiah,wajib diyakini, dijadikan pegangan di dalam hati setiap orang -orang Islam kerana ia telah sabit di dalam Al Quran dan hadis-hadis Rasulullah.

Menurut

Al-Murtada Al-Zabidi (1732-1791 M), akidah ialah apa yang

dipegang oleh seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ia tersemai di dalam hati dan jiwa. Takrif yang dikemukakan oleh Al-Murtada Al-Zabidi ini hamper sama dengan takrif yang dikemukakan oleh Al-Firuz Al-Abadi,Cuma bezanya Al-Zabidi tidak . menyebut akidah itu tidak dicampuri oleh unsur -unsur yang meragukan. Namun begitu, dapat difahami bahawa keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan yang tidak bercampur dengan unsur -unsur keraguan kerana, tidak dikatakan yakin jika ada keraguan. Secara umumnya, Al-Zabidi menegaskan bahawa akidah itu adalah sesuatu yang bersemadi didalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kepastian kepada Allah, Tuhan pencipta mutlak.

Secara umumnya, kita dapat mentakrifkan bahawa Akidah (Aqidah) ialah Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku pe rkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt . Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu Akidah
Ilmu Tauhid

Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai
Ilmu Usuluddin

Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya
Ilmu Makrifat

Suatu ilmu yang membahaskan perkara -perkara yang berhubung dengan cara -cara mengenal Allah swt

Ilmu Kalam

Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil -dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan
Ilmu Akidah

Suatu ilmu yang membahas tentang perkara -perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt Di dunia akidah berperanan untuk menjadi sumber kekuatan pada diri seseorang kerana dalam diri manusia ada ruh, akal, kalbu, emosi dan fizikal. Semua ini mempunyai makanan yang tersendiri. Ruuh akan meronta-ronta kalau ia jauh daripada Penciptanya kerana keseimbangan alam ini adalah beras askan kepada kedekatan seseorang kepada Pencipta. Jika sesuatu itu tidak mengikut peraturan dan arahan daripada apa yang telah ditetapkan, ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dan kecelaruan. Ruuh akan kuat apabila ia dekat dengan sumber tenaga yang member i kekuatan. Kedekatan ini akan makin jelas apabila amalan -amalan yang dilaksanakan adalah berpaksikan kepada tauhid Ilahi atau Uluhiyyah, bukan sekadar Rabbi atau Rububiyyah. Antara amalan-amalan yang perlu diusahakan bagi mendapatkan kekuatan daripada Allah ialah amalan ibadah khusus dan dalam masa yang sama apa -apa ibadah am. Yang penting amalan tersebut:   Kerana Allah Mengikut syariat sebagaimana ditunjukkan oleh sunnah Rasul

Di akhirat pula, akidah berperanan untuk menyelamatkan dan melayakkan diri untuk mendapat keridhaan dan nikmat syurga daripada Allah. Kerana di akhirat, yang akan dibawa ialah hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera ialah hati yang mempunyai amalan serta kepercayaan yang sahih. Itulah akidah. Ikatan-ikatan akidah itulah yang aka n mengemudi seseorang untuk menuju jalan yang sejahtera dan bertemu dengan Penciptanya. Pada waktu itu, tidak bermanfaat

anak pinak dan harta benda. Akidah bukan sekadar dijaja atau dilaungkan pada mulut tetapi perlu dinobatkan dalam bentuk iktikad (hati), penyataan (lisan) dan pelaksanaan (anggota badan).

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.

Tauhid
Tauhid adalah dakwah pertama para Rasul. Setiap Rasul, semuanya mengajak kepada tauhid. Nabi Nuh [Al -A¶raf: 59], Nabi Hud [Al-A¶raf: 65], Nabi Shaleh [al-A¶raf:73]. Umat Islam adalah umat aqidah.Oleh itu bertauhid yang betul merupakan asas bagi semua amalan yang soleh. Tanpanya amalan itu tidak diterima. Firman Allah :

³Barang siapa mengharapkan pengampunan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya´. (Al_Kahfi :110) Kalimat Tauhid berasal dari kata "Wahhada" yang kemudian diubah menjadi Tauhid. Dari segi bahasa ia bermaksud meng"Esa" kan, yakni meng "Esa" kan Allah S.W.T. Adapun dari segi istilah, ilmu Tauhid itu ialah :

"Suatu cabang Ilmu Pengetahuan yang membahaskan masalah yang berhubungan dengan wujud Tuhan dan segala sifat -sifatNya, sama ada sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah, juga membahaskan masalah yang berhubung dengan Rasul-rasul serta sifatnya."

Firman Allah :

³Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi -nabi) yang sebelummu, jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang -orang yang merugi (Az Zumar : 65)

BAHASA:

Menurut pengertian bahasa,tauhid mempunyai beberapa maksud, antaranya: tauhid menurut pengertian bahasa ialah menetapkan sesuatu itu esa. Tauhid menurut pengertian bahasa juga bermaksud mengakui bahawa sesuatu itu Esa atau mengEsakan.Ia juga bermaksud mengakui atau mengiktikadkan bahawa Allah itu Esa.

ISTILAH

Tauhid menurut pengertian istilah dapat diertikan dengan maksud berikut: a. tauhid membawa maksud mengakui bahawa tiada Tuhan kecuali Allah. b. tauhid membawa maksud mengetahui, mengakui, menetapkan, dan meyakinkan yang sebenarnya disembah hanyalah Allah. c. tauhid menurut pengertian istilah ialah sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang disokong oleh dalil-dalil yang jelas dan nyata. d. tauhid menurut pengertian ulama Mutakallimin atau ulama Tauhid bermaksud suatu ilmu yang membahaskan Esanya Allah dan segala sifat yang wajib bagi-Nya dan segala sifat yang mustahil serta sifat yang harus bagi Allah.

Ilmu tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan Allah, sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul. e. ilmu tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang cara -cara untuk menetapkan akidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil meyakinkan, sama ada dalil-dalil itu merupakan dalil naqli, dalil akli atau melalui dalil naluri jiwa.

Pecahan Tauhid
Dalam pengakajian Ilmu Tauhid, Tauhid boleh dibahagikan kepada 3;
Tauhid Rububiyah Tauhid Uluhiayah Tauhid Asma¶ Was Sifat

Tauhid Rububiyah

Bermaksudnya

adalah

mengesakan

Allah

SWT

dalam

segala

perbuatanNya, seperti dalam hal mencipta, memberi rezeki, menghidupkan dan mematikan, serta mengatur makhluk. Seorang muslim haruslah meyakini bahwa Allah SWT tidak memiliki sekutu dalam RububiyahNya. Tauhid rububiyah, secara fitrah diakui oleh setiap orang, termasuk orang2 musyrik, termasuk juga jin, karena Allah menciptakan semua makhlukNya di atas fitrah pengakuan terhadap rububiyah Nya. Tidak ada umat mana pun yang menyangkalnya. Di hati setiap manusia sudah difitrahkan untuk mengakuiNya. Doktor Abdul Aziz Al-Salman menjelaskan pengertian Tauhid Rububiyyah iaitu suatu keyakinan kukuh bagi seseorang hamba bahawa Allah, Tuhan yang Maha Esa dalam mencipta apa sahaja, memberi rezeki dan mentadbir alam jagat ini. Dialah Maha Pengatur Segala Makhluk dengan segala nikmat dan Tuhan yang menganugerahi makhluk-makhluk-Nya daripada kalangan para Anbia¶ dan pengikut pengikutnya dengan akidah yang benar, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat dan amal soleh. Menurut kata-kata Al-Shiekh Abu Bakar Jabar Al-Jazari pula, ianya memberi pengertian bahawa Tauhid Rububiyyah ialah menafikan dan menolak sebarang sekutu bagi Allah dalam sifat Al-Rububiyyah yang mutlak,mencipta, memberi rezeki, memegang kuasa pemerintahan, mentadbir, mematikan dan menghidupkan, memberi, dan menarik semula nikmat,mendatangkan bahaya dan manfaat, memuliakan dan menghinakan.

Tauhid Rububiyyah dikenal juga dengan istilah Tauhid Al -Kauli Al-µIktikadi oleh sesetengah ulama ilmu tauhid kerana ia melibatkan pengakuan dengan hati akan kewujudan Allah yang Maha Esa, memuji -muji atas kurniaan yang tidak terhingga kepada makhluk-makhluk-Nya.

Tauhid Uluhiyah

Bermaksudnya adalah mengesakan Allah SWT dalam setiap

jenis

peribadatan yang telah disyariatkan. Seperti shalat, puasa, zakat, haji, do'a, nadzar, sembelihan, berharap, cemas, takut, dan sebagainya yang tergolong jenis ibadah. Jika seorang hamba beribadah sesuai dengan apa yang diinginkan syariat, ikhlas hanya untuk Allah, serta tidak menjadikan sekutu bagiNya dalam ibadah tersebut, maka inilah yang dinamakan Tauhid Uluhiyah. Tauhid inilah yg sebenar dituntut oleh Allah, yaitu mengesakan Allah dalam hal ibadah. Jadi, Tauhid uluhiyah adalah tauhid ibadah, ka rena ilah maknanya adalah ma'bud (yang disembah). Dari penjelasan diatas, kita dapat melihat hubungan antara Tauhid Rububiyah dengan tauhid Uluhiyah. Siapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk Allah, dengan mengimani tidak ada pencipta, pemberi rizki dan pengatur alam kecuali Allah, maka ia harus pula mengakui bahwa tidak ada yang berhak menerima ibadah dengan segala macamnya kecuali Allah SWT, dan itulah tauhid uluhiyah. Tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyah. Jadi, Tauhid Rububiyah mengharuskan adanya Tauhid Uluhiyah. Doktor Abdul Aziz Al-Salman mentakrifkan Tauhid Uluhiyyah sebagai mengetahui dan mengakui bahawa Allah mempunyai sifat -sifat ketuhanan dan kekuasaan-Nya terhadap segala makhluk-Nya dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya dan mengikhlaskan agama terhadap Allah semata -mata. Selain itu,pendapat lain menurut Al -Shiekh Abu Bakar Jabar Al-Jazari pula, Tauhid Uluhiyyah dapat ditakrifkan sebagai mengEsakan Allah dalam urusan ibadat yang telah diwajibkan -Nya ke atas hamba-hamba-Nya mengikut cara yang telah ditetapkanyang mencakupi amalan hati dan anggota yang lain dan tidak

mempersekutukan Allah dalam apa jua ibadat yang disertai oleh sikap tidak mengakui dan tidak mengiktiraf pihak yang lain daripada Allah untuk mener ima pengabdian hamba -hamba-Nya.

Tauhid Asma¶ Was Sifat

Sedangkan Tauhid Asma' wa Sifat maksudnya adalah menetapkan nama -nama dan sifat-sifat Allah sebagaimana yang Dia tetapkan untuk diriNya atau apa yang telah ditetapkan oleh RasulNya. Tidak ada sesudah Allah orang yang lebih mengetahui Allah daripada RasulNya. Maka siapa saja yang meng -ingkari nama-nama Allah dan sifat-sifatNya atau menamakan Allah dan menyifatiNya dengan nama -nama dan sifat-sifat makhlukNya, atau men-ta'wil-kan dari maknanya yang benar, maka dia telah berbicara tentang Allah tanpa ilmu dan berdusta terhadap Allah dan RasulNya. Allah memerintahkan kepada kita untuk menyeru kepadaNya dengan menggunakan nama-nama yang telah ditetapkanNya. Hal ini menunjukan bahwa Rububiyah dan Uluhiyah-Nya mengharuskan adanya Asma' dan sifat Allah. Allah menetapkan asma'Nya sendiri yang kesemuanya adalah husna, sangat baik. Asma' Allah mengandung makna dan sifat yg sempurna. Setiap nama (asma') menunjukkan kepada sifat daripada sifat -sifatNya ::
Asma' ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan sifat rahmah (kasih sayang), As-Sami' dan Al-Bashir menunjukkan sifat sam'u (mendengar) dan bashar

y y

(melihat),
y y al-`Alim menunjukkan sifat `ilmu (pengetahuan) yang luas, al-Karim menunjukkan sifat karam (dermawan dan mulia), dan begitu

seterusnya

Tauhid merupakan suatu cabang yang wajib diketahui dan dikuasai oleh semua insan yang bergelar umat Islam. Banyak nas -nas daripada Al-Quran telah membuktikan bahawa umat Islam wajib untuk mentauhidkan dan mematuhi perintah Allah.

³Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang orang yang ) bertaqwa ± (Surah Al-Baqarah:21) Ertinya bahawa Allah itu adalah pencipta setiap benda yang ada di ala ini termasuk bumi langit dan planet -planet yang lain, yang dapat dilihat atau tidak, semuanya adalah kepunyaan Allah swt

Iman
Bahasa:

Kepercayaan, keyakinan atau pegangan. Kepercayaan kepada sesuatu perkara.
Istilah:

Keyakinan yang mantap di dalam hati, diujarkan dengan lidah, dan diamalkan dengan anggota.
Rukun Iman: Beriman kepada Allah Beriman kepada Malaikat Beriman kepada Nabi dan Rasul Beriman kepada Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qada¶ dan Qadar

Beriman kepada Allah

Mempercayai bahawa Allah itu wujud dan Allah -lah yang hanya layak disembah serta mempunyai sifat kesempurnaan dari segi sifat dan zatnya.
Beriman kepada malaikat

Percaya bahawa malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan dari nur tidak makan, tidak tidur, dan tidak berjantina.
Beriman kepada Nabi-nabi

Beriman kepada semua nabi-nabi dan rasul-rasul yang diturunkan oleh Allah sejak zaman Nabi Adam A.S sehingga Nabi Muhammad S.A.W. Rasul yang wajib diketahui sebanyak 25 sahaja.

Beriman kepada Kitab

Percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada nabi dan rasul. Zabur : Nabi Daud A.S Taurat : Nabi Musa A.S Injil : Nabi Isa A.S

Al Quran: Nabi Muhammad S.A.W
Beriman kepada Hari Akhirat

Percaya bahawa akan berlaku hari kiamat yang talah dinyatakan dan dijanjikan oleh Allah di dalam Al Quran.
Beriman kepada Qada¶ dan Qadar

Percaya kepada takdir yang telah ditentukan oleh Allah ke atas setiap perkara selepas berusaha dan bertawakal. Sebagai umat Islam kita mestilah menjaga dan memelihara iman kita. Dengan mempelajari ilmu tentang agama Islam agar kita menjadi hamba Allah yang taat dan beriman kepadaNya.