You are on page 1of 20

www.planetarium-sarawak.

org

Disember 2015

ISSN 1985-0344 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK &
Keluaran 16 PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Astronomi ke
pelosok Sarawak

Ikuti kami melalui media sosial

Planetarium Sultan @SahabatPSI SahabatPSI Planetarium Sultan sahabatastronomi Planetarium Sultan
Iskandar Iskandar Iskandar
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 2

Aktiviti jelajah Sarawak
perkembang minat astronomi

T
Hari Astronomi SMK ahun 2015 melibatkan program-program yang mendekat-
Kidurong sempena
kemenangan Astro
4 kan astronomi kepada orang awam. Program di Betong,
Bintulu serta jauh di kawasan pergunungan Ba’Kelalan
Kuiz membuktikan bahawa aktiviti astronomi yang dianjurkan oleh
Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak
tidak pernah menuju ke titik noktahnya.
Sasaran 3000 Reaksi yang dapat dilihat pada muka pelajar-pelajar sekolah
peserta dalam
Jerayawara Sahabat
9 ketika melakukan projek astronomi atau pengunjung yang melihat
objek melalui teleskop amatlah bernilai kerana wujudnya minat di
Astronomi kalangan mereka terhadap astronomi.
Ilmu astronomi di kalangan masyarakat kita masih lagi kurang

10
jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Astronomi masih
Jerayawara Sahabat lagi dianggap sebagai ilmu yang jauh dari kita seperti kajian terha-
Astronomi 2015 dap bulan, planet, komet, galaksi dan sebagainya.
Namun, amat kurang yang mengetahui bahawa astronomi ini
Planetarium mini
12
adalah ilmu yang paling dekat dengan diri kita seperti ilmu tentang
tarikan Pesta Kaul graviti, siang dan malam, air pasang dan surut, gerhana dan banyak
lagi.
Kita membawa ilmu ini kepada masyarakat bukan hanya se-
Ilmu sains bagai maklumat kosong sahaja, tetapi ia bertujuan untuk mem-
diketengah di
Minggu Astronomi 14 buka minda kita betapa kecilnya kita jika dibandingkan dengan apa
yang telah lama wujud di sekeliling kita.
Betong Program serta aktiviti PSI dan SAS yang dijalankan dari tahun
ke tahun diharapkan dapat menambahkan ilmu dan minat orang
serta kesedaran terhadap astronomi yang secara tidak langsung
Bengkel Sains
Astronomi di
Ba’Kelalan
18 memberikan kelebihan kepada masyarakat kita.

Moles: What is out
there?
20
Extrasolar Planets
Editor
Alfean Aziz

Muka depan: Abdul Rahman Hisyam dari Untuk maklumat lanjut hubungi:
Persatuan Astronomi Sarawak sedang Sumbangan Planetarium Sultan Iskandar
menunjukkan cara yang betul untuk Kementerian Pembangunan Sosial
melancarkan roket air semasa Bengkel Ismandy Ali Sarawak
Sains Astronomi dan Kaji Bintang di SK Asfahanim Bujang 93000 Jalan Budaya
Kluster Ba’Kelalan, Lawas. Jenau Adam Kuching, Malaysia
Alfean Aziz Tel: 082-251275
Fatin Syariqah Binti Yazi Faks: 082-415806
http://www.planetarium-sarawak.org
e-mel: psi@planetarium-sarawak.org
3 • Disember 2015

PERUTUSAN

A stronomi adalah bidang yang penting bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malah untuk kema-
juan negara. Malaysia sebagai negara yang beraspirasi untuk menjadi sebuah negara maju juga eng-
gan ketinggalan. Bermula dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertama negara Dr
Sheikh Muszaphar Shukor pada tahun 2007, kini negara berhasrat untuk menghantar angkasawan kedua
pula.
Bagaimanapun, untuk menjayakan misi tersebut bukanlah mudah. Ia melibatkan kos yang tinggi dan
juga tentangan daripada pelbagai pihak yang merasakan bahawa ianya merupakan satu pembaziran.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan menghantar manusia ke angkasa telah memberi
impak positif terhadap kita. Pelbagai eksperimen boleh dijalankan di angkasa lepas yang mampu menyum-
bang kepada kemajuan bidang-bidang sains lain seperti perubatan, farmaseutikal, dan pertanian.
Seiring dengan kemajuan negara dalam bidang astronomi, rakyat juga harus cakna mengenai kepenti-
ngan bidang tersebut terhadap individu, masyarakat, negara dan juga manusia sejagat. Di sinilah planetarium
serta persatuan-persatuan astronomi memainkan peranan.
Tahun 2015, sepertimana tahun-tahun sebelumnya telah memperlihatkan pelbagai usaha Planetarium
Sultan Iskandar bersama Persatuan Astronomi Sarawak dalam meningkatkan kesedaran astronomi khusus-
nya di Sarawak. Aktiviti-aktiviti seperti Jerayawara Sahabat Astronomi dan Hari Astronomi untuk ke sekian
kalinya telah berjaya menarik ribuan peserta yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang menarik berjaya menarik perhatian peserta untuk sedikit sebanyak memperoleh
pengetahuan tentang astronomi dalam persekitaran yang menyeronokkan. Dengan usaha yang berterusan,
matlamat demi melahirkan masyarakat yang celik ilmu astronomi dan sains angkasa tidak mustahil akan
tercapai. Syabas diucapkan kepada Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak!

Datu Romie Sigan Daniel
Presiden Persatuan Astronomi Sarawak
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 4

Hari Astronomi
SMK Kidurong sempena
kemenangan Astro Kuiz

Para pelajar SMK Kidurong menunjukkan planisfera yang telah siap dibuat semasa salah satu sesi dalam
program Hari Astronomi SMK Kidurong.
5 • Disember 2015

Salah satu dari kumpulan yang menunjukkan hasil Dona Repet (kiri) sedang menerangkan kaedah un-
projek Infografik sempena dengan Hari Astronomi. tuk melancarkan roket air.

Jenau Adam

H ari Astronomi yang di-
adakan selama tiga hari
ini telah melibatkan ker-
jasama antara PSI, SAS dan guru-
guru serta pelajar-pelajar SMK
Kidurong untuk merealisasikan
program yang dirancang setelah
mengumumkan kemenangan
SMK Kidurong sebagai juara bagi
Astrokuiz 2013.
Kira-kira 1570 pelajar terma- Projek Infografik yang memfokuskan kepada planet Zuhrah, salah satu
suk guru terlibat dalam program planet yang digunakan dalam pertandingan yang diadakan sempena
Hari Astronomi SMK Kidurong.
Hari Astronomi ini dengan pihak
PSI dan SAS telah mengadakan bagi memudahkan mereka untuk dak pecah membuktikan pelajar
beberapa program pengenalan mengenal pasti buruj-buruj di telah mereka bekas yang dapat
kepada astronomi serta kepada langit. Untuk mengenali dengan menampung rintangan yang ter-
program yang memerlukan kema- lebih lanjut tentang buruj, pela- paksa dilalui ketika menjatuhkan
hiran matematik dan fizik. jar-pelajar juga telah belajar cara telur tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang disusun menggunakan perisian Stellarium Dalam program Hari As-
semasa program Hari Astronomi yang merupakan perisian khusus tronomi ini, terdapat tiga per-
ini melibatkan pelbagai peringkat untuk mencari buruj, planet serta tandingan telah diadakan iaitu
umur lebih-lebih lagi ia bukan sa- objek langit. pertandingan membuat Info-
haja memfokuskan kepada pelajar Selain itu, terdapat juga pe- grafik, membuat jam matahari
jurusan sains sahaja. lajar-pelajar yang berpeluang hybrid dan pertandingan mem-
Antara aktiviti yang telah untuk mereka pendarat misi ke buat dan melancarkan roket air.
dijalankan termasuk Small and Marikh yang merupakan simulasi Ketiga-tiga pertandingan ini telah
Large, Near and Far yang meru- peralatan untuk dibawa ke planet menguji kemahiran dan pengeta-
pakan pengenalan kepada as- Marikh. Ia merupakan simulasi di huan pelajar-pelajar dalam meng-
tronomi secara umumnya. Di mana telur diletakkan di dalam hasilkan sesuatu secara berkum-
samping itu, pelajar yang terlibat bekas dan pelajar-pelajar dike- pulan dalam tempoh yang telah
juga belajar cara mencari buruj hendaki menjatuhkan bekas itu diberikan. Pemenang-pemenang
dan juga membuat carta bintang dari tempat tinggi. Telur yang ti- bagi pertandingan ini menerima
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 6

Pegawai Daerah Pendidikan Bintulu, Abdul Mu’in bin Abdul Kassim sedang mencuba teleskop bersama-sama
Pengetua SMK Kidurong Then Chew Nyiew (kanan) dan Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali
(dua dari kanan) sambil diberi penerangan oleh Juruteknik Planetarium, Dona Repet (kiri).

Para pelajar sedang mencari buruj berdasarkan peta Pelajar SMK Kidurong cuba untuk menghasilkan
bintang yang diberikan. pendarat bagi projek mereka.

binokular, hamper, plak dan sijil untuk ke teater planetarium di bin Abdul Kassim bersama-sama
sumbangan PSI dan SAS. Kuching. Pengetua SMK Kidurong Then
PSI telah membawa kubah Aktiviti cerapan matahari Chew Nyiew serta dihadiri oleh
mini ke sekolah tersebut bagi telah diadakan dengan menggu- kakitangan Planetarium Sultan
membolehkan para pelajar dan nakan teleskop Coronado, namun Iskandar, Persatuan Astronomi,
guru untuk mencuba melihat cerapan langit malam tidak ber- guru-guru serta pelajar-pelajar
sedutan tayangan yang ditawar- jaya dilakukan memandangkan sekolah tersebut.
kan. Kubah mini planetarium ini cuaca yang tidak mengizinkan Dalam majlis tersebut, pihak
sentiasa menjadi tarikan utama semasa program digunakan. PSI dan SAS turut menyampai-
memandangkan ia merupakan Majlis penutupan Hari As- kan teleskop kepada pihak seko-
salah satu cara untuk mengalami tronomi SMK Kidurong telah lah sebagai cenderamata bagi
suasana melihat tayangan plane- dirasmikan oleh Pegawai Daerah sekolah tuan rumah yang telah
tarium sekiranya tidak berupaya Pendidikan Bintulu, Abdul Mu’in mengadakan Hari Astronomi.
7 • Disember 2015

Kira-kira 1570 pelajar termasuk guru
terlibat dalam program Hari Astronomi ini
dengan pihak PSI dan SAS telah mengadakan
beberapa program pengenalan kepada
astronomi serta kepada program yang
memerlukan kemahiran matematik dan fizik.

Jenau Adam (berdiri) menerangkan cara menghasilkan projek Infografik
Astronomi kepada para peserta dari SMK Kidurong, Bintulu.
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 8

Salah seorang guru dari SK Penghulu Imban, Sibu sedang memberikan penerangan tentang
cara-cara menggunakan planisfera kepada anak-anak muridnya.
9 • Disember 2015

Sasaran 3000
peserta dalam
Jerayawara
Sahabat
Astronomi
P lanetarium Sultan Iskandar (PSI) dan
Persatuan Astronomi Sarawak (SAS)
telah menjalankan tiga siri jerayawara
tahun ini dengan tumpuan masih lagi kepa-
da sekolah-sekolah luar bandar di bahagian
dikunjungi oleh SK Kuala Balingian, SK Sg.
Liuk, SK Sg. Bayan dan SK Badengan, Mu-
kah. Sementara itu, bilangan peserta di SK
SLDB Ladang No.3, Mukah seramai 250
orang. Seramai 152 peserta terlibat bagi je-
utara Sarawak. rayawara di SK Bukit Interbai sebagai tuan
Jerayawara ini diadakan untuk mempro- rumah dengan dikunjungi oleh SK Nanga
mosikan astronomi serta memberi keseda- Sikat, SK Lubok Bemban, SK SLDB No. 1,
ran mengenai astronomi kepada golongan SK. Sg. Duan dan SK. Pengkalan Lobang,
sasar, khususnya para pelajar sekolah dan Mukah.
guru-guru sains selain masyarakat di luar Seramai 351 peserta terlibat bagi jera-
bandar. yawa yang diadakan di SK Tanjung Batu,
Tiga tempat yang dipilih untuk menga- Bintulu, 309 di SK Sg. Kem Batu 18 dan
dakan jerayawara pada tahun ini adalah Sibu 287 di SK Tatau, Bintulu.
dan Selangau di SK Bawang Assan, SK Batu Program jerayawara ini antara lain
36 dan SK Penghulu Imban pada 7 hingga berobjektifkan untuk memberi pendedahan
9 April. dan kesedaran tentang bidang astronomi
Lokasi kedua adalah di Balingian, Mu- berkaitan dengan kehidupan seharian.
kah iaitu di SK Parish, SK Ladang No 3 dan Ia juga memberi peluang pelajar me-
SK Bukit Inkerbai pada 28 hingga 30 April nguji pengetahuan dan kefahaman tentang
2015. astronomi dan memenuhi salah satu dari
Lokasi terakhir pula adalah di Bintulu objektif Agenda Sosial Negeri dalam me-
iaitu di SK Tanjung Batu, SK Sungai Kem ningkatkan pendidikan dan pembangunan
Batu 18 dan SK Tatau padas 11 hingga 13 kemahiran dan menguatkan strategi baru
Ogos 2015. rakyat serta menjana keyakinan masyara-
Bagi jerayawara tahun ini, pihak PSI dan kat untuk menghadapi masa hadapan. Di
SAS telah berjaya melibatkan sehingga 2937 samping itu, ia juga sebagai tarikan melalui
peserta dengan pecahan seramai 367 di SK pertunjukan Mini Planetarium bergerak se-
Batu 36, Sibu, 181 peserta di SK Bawang bagai galakan pelawat berkunjung ke Plan-
Assan, Sibu dengan penglibatan daripada etarium di Kuching.
pelajar sekolah-sekolah lain termasuk SK Antara aktiviti yang dijadualkan sepan-
Tanjung Bekakap, SK. Sg. Aup, SK. Sg. Le- jang program jerayawara ini adalah pe-
ngan dan SK. Nanga Tutus serta 309 peser- ngenalan tarikan graviti, membuat carta
ta dari SK Penghulu Imban dikunjungi oleh bintang, melakar buruj, pertunjukan Plan-
St. Matthew, Sibu. etarium Mini, cerapan matahari dan pelan-
Di lokasi kedua, seramai 294 pelajar ter- caran roket air.
libat di SK Parish sebagai tuan rumah yang
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 10

Jerayawara Sahaba

Para pelajar SK Bawang Assan,
Sibu giat mencari buruj pada peta
bintang.

Salah seorang pelajar dari SK Tatau, Bintulu menjawab soalan yang ditanya Pelajar dari SK Tanjung Batu, Bintu-
oleh Kurator, Ismandy Ali. lu sedang mencari peta di glob bumi.

Pelajar dari SK Bukit Inkerbai, Balingian Mukah sedang Sekumpulan pelajar dari SK Tanjung Batu, Bintulu
menjawab soalan tentang graviti bumi. menunjukkan planisfera yang telah dibuat.

Sesi melancarkan roket air oleh pelajar dari SK Batu 36, Para pelajar dari SK Parish, Balingian tidak sabar untuk
Selangau. masuk ke dalam mini planetarium.
11 • Disember 2015

at Astronomi 2015 Untuk gambar penuh, sila kunjungi www.flickr.com/sahabatastronomi

Jenau Adam sedang menerangkan cara untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado
di SK Batu 36, Selangau.

Bergambar kenangan bersama-sama guru-guru dan pelajar dari SK Tanjung Sesi melancarkan roket air di SK
Batu, Bintulu. Penghulu Imban, Sibu.

Salah seorang pelajar dari SK SLDB
Pelajar-pelajar dari SK Kem Batu 18, Bintulu sedang mendengar ceramah ten- Ladang 3 Mukah, Balingian Mukah
tang konsep graviti. ingin menjawab soalan.
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 12

Planetarium
mini tarikan
Pesta Kaul
K aul adalah perayaan tradisi yang diraikan
oleh kaum Melanau yang tinggal di sepan-
jang pantai Sarawak. Pada masa lalu, Kaul
dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk mene-
nangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang
menjadikannya sebagai perayaan yang paling pen-
ting bagi kaum Melanau Pagan.
Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran

Para pengunjung tapak pameran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak setelah
menonton sedutan tayangan di dalam mini planetarium semasa Pesta Kaul, Mukah.
13 • Disember 2015

serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian Pada tahun ini, kami telah diberi peluang untuk
serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan membawa Planetarium Mini untuk memberi pelu-
seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalen- ang kepada pengunjung untuk merasai keseronokan
dar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim semasa melihat tayangan berkaitan astronomi.
tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada Pameran PSI pada kali ini dikunjungi oleh ramai
kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan. pengunjung sehingga mencatat seramai 4000 orang
Pesta Kaul Mukah 2015 kali ini telah dirasmikan daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat
oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan umur. Kebanyakan pengunjung begitu tidak bosan
Satem dan Majlis Makan Beradat disempurnakan untuk menunggu lama beratur menunggu masuk ke
oleh Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib dalam Planetarium Mini, walaupun keadaan begitu
Mahmud. sesak ketika itu.
Bertarikh 24 – 26 April 2015 dan bertempat di Ramai daripada pengunjung yang datang sangat
Tapak Pesta Kaul Mukah, krew Planetarium Sultan teruja dan bersorak gembira selepas melihat taya-
Iskandar dan Sahabat Astronomi telah turun padang ngan. Di antara aktiviti yang kami sediakan kepada
dalam menyertai pameran korporat yang telah ditaja para pengunjung adalah seperti Augmented Reality,
oleh Persatuan Melanau Mukah. Tujuan utama pa- membuat carta bintang dan demontrasi model Or-
meran ini untuk mendekatkan diri serta berkongsi erry.
dengan orang awam tentang astronomi dalam ke-
hidupan seharian kita.

Jenau Adam menunjukkan cara untuk menggunakan planisfera kepada
pengunjung.

Asfahanim mengajar salah seorang pengunjung cara untuk membuat-
kan imej muncul melalui perisian Augmented Reality.
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 14

Ilmu sains M inggu astronomi pada
2015 telah diadakan di
Daerah Betong yang

diketengah di
berlangsung dari 13 hingga 15
April 2015 di Dewan Tan Sri
Jabu, SMK St. Augustine.

Minggu Astronomi Dengan bertemakan ‘Inovasi
Melalui Astronomi’, program
ini merupakan anjuran Pejabat

Betong Residen Betong, Planetarium
Sultan Iskandar (PSI), Persatuan

Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali bertanyakan soalan tentang konsep graviti bumi kepada
pelajar SK St. Augustine.
15 • Disember 2015

Astronomi Sarawak (SAS) dan
Agensi Angkasa Negara dengan
kerja sama SMK St. Augustine,
Betong untuk meraikan ulang ta-
hun ke-13 penubuhan Bahagian
Betong
Penganjuran Minggu As-
tronomi Daerah Betong 2015
bertujuan untuk mempromosikan
kepentingan ilmu sains khusus-
nya astronomi kepada masyarakat
di kawasan ini. Sekolah-sekolah
berkaitan seperti SMK St. Au-
gustine, SMK Datuk Patinggi
Kedit, Maktab Rendah Sains
MARA, Kolej Vokasional Teknik
Betong, SMK Ulu Layar, SMK
Saribas dan SMK Spaoh telah di- Presiden Persatuan Astronomi Sarawak, Datu Romie Sigan Daniel (dua
jemput untuk meraikan progam dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Setiausaha Sulit Tim-
minggu astronomi ini. balan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Num-
Menurut Datu Romie Sigan pang iaitu En Isik Utau. Turut sama Pengetua SMK St. Augustine Be-
tong, Cikgu Paul Langgang (kiri), Kurator Planetarium Sultan Iskandar,
Daniel, Residen Bahagian Betong Ismandy Ali (tengah) dan Pegawai Sains dari Planetarium Negara, Jong
merangkap Presiden Persatuan Tze Kian.
Astronomi Sarawak, program
Minggu Astronomi Daerah Be-
tong 2015 ini bukan sekadar akan
membuatkan masyarakat memi-
nati sains khasnya ilmu astrono-
mi, malahan masyarakat akan
menyedari betapa ilmu astronomi
boleh digunakan sebagai salah
satu kaedah anjakan paradigma
untuk berinovasi.
Ini dapat dilihat melalui usaha
berkumpulan telah menghasilkan
pelbagai rekaan kreativiti semasa
pertandingan inovasi astronomi
mengikut kategori masing-ma-
sing seperti membuat infografik
astronomi 3D, membuat jam ma- Peserta Hari Astronomi bergambar bersama-sama hasil projek Info-
tahari, membuat dan melancar- grafik mereka.
kan roket air.
Antara aktiviti yang digu- ti dan memahami buruj di langit sains angkasa.
nakan semasa program ini ter- malam serta kedudukan planet, Di samping itu, cerapan
masuk mempelajari konsep Bumi bulan dan objek-objek di angkasa. awam pada waktu malam juga
sfera dan graviti, mencari buruj Penceramah jemputan, En- diadakan untuk memberi pelu-
dan membuat planisfera selain cik Jong Tze Kian, Pegawai Sains ang kepada masyarakat di daerah
mencerap matahari mengunakan dari Agensi Angkasa Negara telah Betong mencuba menggunakan
teleskop Coronado bagi murid mengendalikan sesi membuat dan teleskop melihat planet Musytari
sekolah rendah iaitu SK Chung pelancaran roket air dengan ban- dan Zuhrah secara lebih dekat se-
Hua, SK Abang Abdul Kadir dan tuan pihak PSI dan SAS. lain mengenal pasti buruj seperti
SK St. Augustine. Mereka turut Beliau juga memberi cera- Orion dan sebagainya.
berpeluang untuk menyaksikan mah tentang aspek ‘Try Zero G, Pertandingan turut diadakan
sedutan tayangan Planetarium menggunakan carta bintang dan semasa Minggu Astronomi ini
Mini. ‘DIY Orrery’ kepada para peserta telah tiga kategori telah diperke-
Bagi sekolah menengah, pela- program termasuk menayangkan nalkan iaitu kategori pertandi-
jar telah berpeluang untuk meng- video saintis dan eksperimen ang- ngan membuat infografik as-
gunakan perisian Stellarium bagi kasawan di Stesen Angkasa Anta- tronomi 3D, pertandingan mem-
membantu mereka mengenal pas- rabangsa (ISS) beserta teori-teori buat jam matahari dan pertandi-
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 16

ngan membuat dan melancarkan
roket air.
Kumpulan Titan dari SMK
Spaoh dan Kumpulan Phobos
dari SMK Datuk Patinggi Kedit
masing-masing mendapat tempat
ketiga dan kedua dengan Juara
adalah Kumpulan Umbriel dari
SMK Ulu Layar bagi kategori
pertandingan membuat info-
grafik astronomi 3D. Manakala,
kategori pertandingan membuat
jam matahari pula telah dimena-
ngi oleh SMK Ulu Layar dengan
mengetepikan saingan dari SMK
Spaoh dan SMK St. Augustine
yang masing-masing menduduki
tempat kedua dan ketiga. Semen-
tara itu, SMK Datuk Patinggi
Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Sains Planetarium Negara, Kedit gah dalam pertandingan
Jong Tze Kian kepada pelajar-pelajar yang menyertai Minggu Astrono-
mi. membuat dan pelancancaran ro-
ket air dengan wakil mereka ma-
sing-masing menjadi Juara (Kum-
pulan Emanuel) dan Naib Juara
(Kumpulan Cherissa) dengan
tempat ketiga dari SMK Saribas
(Kumpulan Brendan).
Pemenang setiap pertandi-
ngan inovasi astronomi masing-
masing membawa pulang hadiah
berupa Binokular dan hamper
bernilai RM100 beserta piala bagi
pemenang tempat pertama. Bagi
tempat kedua dan ketiga masing-
masing menerima hadiah hamper
bernilai RM150 bersama piala
dan hamper bernilai RM100 be-
serta piala.
Hadiah-hadiah pula telah
disampaikan oleh Setiausaha Su-
lit Timbalan Ketua Menteri Sa-
Persiapan terakhir yang dilakukan oleh Dona Repet dari Planetarium
Sultan Iskandar sebelum melancarkan roket air sempena dengan sesi
rawak, Datuk Patinggi Tan Sri
pertandingan roket air. Alfred Jabu Numpang iaitu Encik
Isik Utau.

Pertandingan turut diadakan semasa
Minggu Astronomi ini telah tiga kategori telah
diperkenalkan iaitu kategori pertandingan
membuat infografik astronomi 3D, pertandingan
membuat jam matahari dan pertandingan
membuat dan melancarkan roket air.
17 • Disember 2015

Pelajar-pelajar di sekitar Betong telah dijemput untuk menyertai program Minggu Astronomi yang diadakan
di SMK St Augustine dan SK St Augustine. Kelihatan pelajar-pelajar dari SK St Augustine sedang mencerap
matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

Pelajar-pelajar di SK St. Augustine sedang mencari Pameran gambar-gambar astronomi juga diadakan
buruj dalam peta bintang. di kawasan laluan ke Dewan Tan Sri Jabu, SMK St.
Augustine.
www.planetarium-sarawak.org Disember 2015 • 18

Kurator Planetarium Sultan Iskandar, Ismandy Ali menyampaikan cenderamata kepada Guru Besar SK Klus-
ter Ba’Kelalan, Cikgu Bulan Dawat bersama-sama guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

Bengkel Sains
Astronomi di Ba’Kelalan
Jenau Adam

U dara yang nyaman dan dingin dengan sua-
sana yang indah merupakan pemandangan
dapat dilihat ketika krew Planetarium Sultan
Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak berada
di Ba’Kelalan, Lawas untuk mengadakan program
Bengkel Sains Astronomi dan Kaji Bintang di SK
Kluster Ba’Kelalan, Lawas.
Program yang diadakan dari 29 hingga 31 Julai
2015 merupakan program yang julung-julung kali
diadakan di kawasan tersebut memandangkan per-

Dona Repet menerangkan cara membaca planisfera
kepada pelajar-pelajar SK Kluster Ba’Kelalan, Lawas.
19 • Disember 2015

jalanan untuk menuju ke kawasan Ba’Kelalan agar
sukar terutama menggunakan perjalanan darat.
Program Bengkel Sains Angkasa dan Kaji Bin-
tang merupakan program jemputan daripada Seko-
lah Kebangsaan Kluster Ba’ Kelalan dan Persatuan
Dysleksia Sarawak (DASwk).
Persatuan Dysleksia Sarawak turut menjalankan
program Buddy Read seiring dengan Bengkel Sains
Astronomi dan Kaji Bintang dengan memfokus ke-
pada murid yang menghadapi kesukaran membaca.
Dalam bengkel yang melibatkan kira-kira 110
pelajar dan guru, para peserta telah didedahkan de-
ngan aktiviti mengenali buruj melalui mencari dan
melakar buruj serta lebih menyeronokkan adalah
membuat serta menggunakan planisfera atau carta
bintang. Ia merupakan aktiviti asas bagi mana-mana
program astronomi yang diadakan oleh Planetarium
Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.
Kurator, Ismandy Ali menerangkan cara untuk meng-
Di samping itu, pengenalan kepada astronomi hasilkan roket air yang akan digunakan pada hari
dalam kehidupan seharian turut sedikit sebanyak terakhir program Bengkel Sains Astronomi.
memberikan pendedahan kepada peserta tentang
kaitan astronomi dengan kehidupan seharian ma-
sing-masing. Para peserta turut didedahkan tentang
konsep bumi sfera dan tarikan graviti yang mem-
berikan pemahaman mereka tentang bumi.
Peserta juga berpeluang untuk bermain per-
mainan ‘Small and Large’ dan ‘Near and Far’ yang
menguji strategi mereka untuk menentukan kedudu-
kan objek-objek di muka bumi dan di angkasa lepas.
Simulasi langit malam antara aktiviti yang dapat
dilakukan bagi menggantikan sesi cerapan yang ti-
dak dapat dilakukan disebabkan masalah cuaca. Me-
lalui perisian Stellarium yang boleh diperolehi secara
percuma, para pelajar boleh melihat dan melakukan
simulasi kedudukan planet, bulan dan buruj-buruj di
langit malam.
Satu lagi aktiviti yang sentiasa menarik perhatian
peserta dan orang ramai adalah tayangan dengan
menggunakan kubah mini planetarium yang dibawa
Jenau Adam menjelaskan cara untuk menggunakan
khas dari Kuching. Tidak ramai yang dapat berkun- planisfera yang dibuat oleh pelajar-pelajar.
jung ke Planetarium Sultan Iskandar untuk menon-
ton tayangan yang ditawarkan di teater. Namun,
dengan adanya kubah mini ini ia sedikit sebanyak
memberikan rangsangan visual kepada pelajar-pela-
jar yang berada jauh dari bandar raya Kuching.
Pada hari terakhir, para peserta berpeluang un-
tuk membuat roket air dan melancarkan roket air
tersebut untuk menguji berapa jauh roket dapat di-
lancarkan.
Secara keseluruhannya, bengkel ini telah me-
nitikberatkan nilai pengajaran dan pembelajaran se-
cara interaktif di kalangan peserta. Ia juga mampu
untuk meningkatkan minat para pelajar dan ma-
syarakat setempat terhadap ilmu astronomi.

Pelajar-pelajar menulis nama pada roket air yang di-
hasilkan untuk dipertandingkan semasa sesi pelan-
caran roket air di hari terakhir.
Moles: What is
out there?
I n this co-production of Al-
bedo Full Dome and Medi-
uscula, young children will
be introduced to the fascinating
world of astronomy in a fun, sim-
entrance to his home. Sometimes
it is lit; sometimes it is dark. Why
could that be?
Plato desperately wants to
see what is out there in the world
ple and very humorous way, hand above. One day he finally gets to
in hand with Plato, a young mole. see it all! Plato discovers day and
The animated characters and the night, the Sun and Moon, and
attractive backdrops of this full- the stars! Plato’s best friends are
dome entertainment show will Alfa, Beta and Gamma. They
keep audiences captivated. With love to sing... and go treasure
Moles, children will learn basic hunting! Good thing the pro- oped with clear and tender con-
concepts about science while fessor Socrates keeps an eye on sistency. The illustrations are sug-
having a great time. our young friends, as sometimes gestive, warm and very expres-
The story revolves around things can get a little out of hand! sive. They are filled with poetic
Plato, who lives with his parents The Moles story was inspired by messages that will stir a child’s
deep underground, in a dark bur- the Greek philosopher Plato’s imagination. Moles integrates tra-
row full of mystery and surpris- “Myth of the Cave”. ditional storytelling with digital
es. He is a restless, curious and Moles stands out for its beau- media in order to entertain and
thoughtful creature — fascinated ty and simplicity of visual design. awaken interest for astronomy
by the light that penetrates the Characters and settings are devel- and nature.

Extrasolar Planets
like Earth? If life developed on a matter of time before a world
our planet, could it arise else- teeming with life shows up in as-
where? How can we find those tronomy surveys of stars in our
other planets? galactic neighborhood.
These are the questions that Right now, we know of only
drive teams of astronomers one world where life exists: ours!
around the world, on their search But it is likely there are other
for extrasolar planets. In their places in the galaxy where life has
latest fulldome show, Extrasolar evolved and thrived. What if that
Planets – discovering new worlds, life is intelligent? Has it tried to
the creative minds at Albedo contact us? This show speculates
Fulldome in cooperation with the on the possibility of such life, and
Planetarium of the Science Mu- points out nearby civilizations
seum “La Caixa”, take audiences may already know about us —
on a journey of scientific discov- from our radio and TV broadcast
ery and deep space exploration. signals.
This exciting new show de- Extrasolar Planets – discover-
scribes how astronomers search ing new worlds is an imaginative
for planets circling other stars. exploration into the discoveries

W e live on a small planet It explains the two main meth- of new worlds beyond our Sun,
that revolves around a ods they use: studying the minute the possibilities that they might
medium sized yellow “wobbles” of stars and detecting be habitable, and the chances
star. It is just one among many flickers in a star’s brightness. Only that any of those worlds harbor
stars that make up the Milky Way a few Earth-like planets have intelligent life. With the success
Galaxy. And yet, our star is spe- been found, and as of yet, no ex- of such planet finder missions
cial. It has planets. Are there plan- traterrestrial life has been found as Kepler and CoROT, detecting
ets that orbit other stars? If so, on any of the worlds discovered alien life may no longer be the
are any of them habitable worlds so far. Yet, it’s likely to be only stuff of science fiction!