You are on page 1of 5

DIKEMASKINI : 3/8/2017 99.9.

14

SUKAN NEGERI SEMBILAN (SUKNES) 2017


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING
(LELAKI DAN WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,


pertandingan ini akan dijalankan menurut Undang –
Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa
(IHF),Persatuan Bola Baling Asia (AHF) dan
Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) yang
berkuatkuasa pada ketika ini.

1.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa


Teknikal dan Pertandingan Sepaktakraw SUKAN NEGERI
SEMBILAN (SUKNES) ,2017 adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

22 September hingga 24 September 2017

3.0 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

5 September 2017 (Ahad, 5.00 Petang)

4.0 TEMPAT PERTANDINGAN

5.0 PENYERTAAN

5.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua daerah dalam


Negeri Sembilan dan IPTA/IPTS dan Kelab . Penyertaan
adalah terbuka kepada semua.

5.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan satu (1)


pasukan sahaja terdiri daripada:-
PERANAN LELAKI PEREMPUAN
Pengurus Pasukan 1 orang 1 orang
Jurulatih Pasukan 2 orang 2 orang
Pemain (2 Regu) 14 orang 14 orang
JUMLAH 17 orang 17 orang

5.3 Terbuka kepada pemain kelab bola baling/IPTA/IPTS/


Politeknik/IPG
5.4 Mestilah menggunakan borang Pendaftaran yang
dikeluarkan oleh Pengelola iaitu L01 untuk lelaki dan P01
untuk perempuan

6.0 KELAYAKAN PESERTA

6.1 Hanya peserta yang lahir pada 1 Januari 1997 dan


selepasnya sahaja yang layak didaftarkan oleh semua
pasukan.

6.2 Hanya peserta yang tidak pernah mewakili mana negeri


ditemasya SUKMA yang lepas layak bertanding

5.5 Sekiranya peserta terpilih dan layak mewakili SUKMA 2018,


peserta harus mewakili Negeri Sembilan dan tidak boleh
mewakili mana-mana Negeri lain.

7.0 PAKAIAN
7.1 Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF)
dan perkara- perkara berikut :-

7.1.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan


bersarung kaki.

7.1.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa


atau kasut sukan.

7.1.3 6.3. Digalakkan pemain memakai kasut sukan


‘futsal’.

7.1.4 6.4. Setiap pasukan dikehendaki membawa


sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna
bagi setiap peringkat umur. Pemain dimestikan
memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 20
di bahagian belakang dengan ukuran ketinggian
nombor sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm
ukuran dibahagian dada. Pemakaian nombor
pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat
kejohanan.

7.1.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki


mengisytiharkan warna jersi masing-masing semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

7.1.6 Pertukaran warna jersi : Jika berlaku pemakaian jersi


yang sama warna sebelum pertandingan oleh kedua-
dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat
dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki
menukar jersi.

8.0 JADUAL DAN TEMPAT PERTANDINGAN

8.1 Jadual dan tempat pertandingan akan ditetapkan oleh


Jawatankuasa Pengelola dan akan diedarkan kepada semua
Pasukan pada masa Taklimat Pengurus Pasukan yang akan
diadakan sebelum pertandingan pertama bermula.

8.2 Jadual pertandingan yang telah ditetapkan oleh


Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Tempoh Permainan

9.1.1 Secara Liga pusingan awal dengan masa permainan


10 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit.
(10:5:10)

9.1.2 Secara kalah mati (separuh akhir) masa permainan


10 minit setiap separuh masa dengan 5 minit rehat
(10 :5:10)

9.2 Masa Rehat Permainan (1 Minit)


9.2.1 Setiap pasukan boleh meminta Time-out bagi
setiap separuh masa semasa pasukan itu
menguasai bola dengan menghantar Kad Hijau
kepada Pegawai Meja Teknikal.

10.0 BANTAHAN/RAYUAN

10.1 Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan


secara bertulis oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar
sahaja kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam
selepas tamat perlawanan berkaitan.

10.2 Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah disertakan


dengan wang tunai RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua
Ratus Sahaja).

10.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan/rayuan


yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
11.0 KELEWATAN

11.1 Hanya 5 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan


yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan
bilangan gol 3 – 0.

12.0 HADIAH-HADIAH

12.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:-


PINGAT
BIL ACARA
Emas Perak Gangsa
1. Berpasukan lelaki 1(17) 1(17) 1(17)
2. Berpasukan Wanita 1(17) 1(17) 1(17)
JUMLAH 2 (34) 2 (34) 2 (34)

13 LAIN – LAIN

13.1 Pengelola berhak meminda atau mengenakan peraturan


baru (jika perlu) bertujuan untuk menjaga imej dan
semangat SUKNES dan juga memastikan perjalanan
pertandingan lancar dan berjaya

13.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini


akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad